MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PIHAK BRITISH UNTUK MEMPERTAHANKAN PENEMPATAN ASING MEREKA DARIPADA KEBANGKITAN NASIONALISME CHINA PADA TAHUN 1920 an.
PENDAHULUAN
Penempatan asing merupakan kawasan yang
didiami oleh kuasa asing di wilayah China. Penempatan asing di China terbahagi
kepada dua iaitu yang pertama konsesi dikategorikan sebagai kawasan dimiliki
oleh satu kuasa asing sahaja. Misalnya, penempatan kuasa asing British dan
Perancis. Yang kedua ialah penempatan antarabangsa iaitu penempatan yang dimiliki
bersama antara beberapa kuasa asing, misalnya Amerika Syarikat dan British. Contoh
bentuk penempatan ini ialah Shanghai.[1] Antara
wilayah China yang menjadi penempatan kuasa asing ialah Shanghai, Hankow,
Canton, Tientsin, Amoy, Jiujiang, Chenkiang, Suzhou, Hangzhou, Shamian Island,
dan sebagainya. Kuasa asing ini terdiri daripada British, Amerika, Rusia, Perancis,
Itali, Jepun, Jerman dan lain-lain yang memiliki beberapa konsesi di China. Antara
penempatan yang paling menjadi perhatian kuasa asing ialah yang pertama wilayah
Shanghai, kedua Tientsin, dan seterusnya Hankow. Kesemua wilayah ini telah menyumbang
kepada pendapatan dalam ekonomi China. Pada tahun 1930 melalui pendapatan di Tientsin
menurun 7.82% tetapi Tientsin masih menjadi penyumbang kedua pendapatan tetap
disamping Shanghai iaitu 47.92%.[2]
Penempatan
British di wilayah China pula seperti di Amoy, Chinkiang, Hankow, Shanghai, dan
Tientsin. British memiliki enam konsesi di Tientsin.[3] British
mempunyai kawasan penempatan yang luas meliputi 6149 mou.[4] Kuasa
asing telah meminta China untuk menyediakan sebidang tanah di pelabuhan perjanjian
untuk kawasan penempatan orang asing. Motifnya untuk mendapat perlindungan luas
terhadap penduduk asing. Penubuhan konsesi bermula dengan Konvensyen Peking
yang ditandatangani pada tahun 1860 antara tiga kuasa barat pertama diberi hak
penempatan ialah British, Perancis dan Amerika Syarikat. Konvensyen tersebut
membenarkan kuasa-kuasa barat membuka penempatan asing. Penubuhan penempatan
asing ini bermula di Nanking.
Kemunculan kebangkitan
nasionalisme di China terdiri daripada parti Koumintang (KMT), Parti Komunis
China (PKC), dan golongan pelajar. Kebangkitan nasionalisme China bermula
dibuktikan melalui “The Chinese showed
their patriotic spirit in several way such as by boycotting American goods
1905, demonstration against the twenty-one demands 1915, and may fourth
movement 1919.[5]
Berikutnya, pada tahun 1920, nasionalisma China menjadi lebih aktif dan bersatu
menentang imperialisme barat. Konsesi British dibina pada tahun 1860 dan kemunculan
konsesi-konsesi British ini membangkitkan semangat nasionalisme terhadap orang Cina
kerana tidak mempunyai hak kekuasaan yang luas dan jelas.
Kebangkitan
nasionalisme ini dilihat bermula sebelum tahun 1920 an lagi dan peristiwa-peristiwa
yang berlaku sebelum itu menjadi pemangkin kepada tercetusnya kemaraan China
pada tahun 1920 an. Oleh itu, kemunculan nasionalisme ini memberi masalah
kepada pihak British untuk mengekalkan penempatan asing mereka dalam mewujudkan
suasana aman dan harmoni. Pelbagai rintangan yang mereka hadapi sehingga
menyebabkan mereka terpaksa menyerah semula wilayah mereka kepada China.
MASALAH YANG DIHADAPI
OLEH PIHAK BRITISH DALAM KEBANGKITAN NASIONAL CHINA
1)
Gerakan
4 Mei
Permulaan pergerakan nasionalisme dilihat
melalui Gerakan 4 Mei yang merupakan satu kebangkitan semangat nasionalisme
rakyat China sebagai satu tindakan memprotes kegiatan imperialisme yang berlaku
ke atas China. Di mana pada 4 Mei 1919, kira-kira 5000 orang pelajar dari
institusi pengajian tinggi termasuklah Universiti Peking berhimpun di Medan
Tiananmen mengadakan tunjuk perasaan atau demonstrasi membantah keputusan
Persidangan Damai Versaille mengenai penyerahan Shantung kepada Jepun. Mereka
menuntut pengembalian hak-hak China di Shantung dan mendesak Kerajaan China
supaya tidak menandatangani Perjanjian Versailles. Jepun juga telah membuat
Tuntutan 21 dan juga keistemewaan yang lain tetapi telah ditolak pihak China. Penggerak
kepada gerakan ini telah berkumpul di Medan Tiannmen dan melaungkan slogan ‘Hapuskan Pengkhianat’, ‘Jangan Tandatangani
Perjanjian’ dan ‘Pelihara Kedaulatan
China’.
Gerakan 4 Mei
telah berjaya mencapai matlamatnya disebabkan desakan yang hebat dari golongan
pelajar, pedagang dan pekerja yang mendapat sokongan dari masyarakat China dan
juga perwakilan China di Persidangan Versailles yang enggan menandatangani
perjanjian kerana syarat-syaratnya yang berat sebelah. Perjanjian Versaille
dianggap tidak rasional dan melampau terhadap kedaulatan China maka golongan
pelajar bangkit menentang perjanjian damai tersebut.[6] Gerakan
4 Mei juga telah merintis jalan bagi perkembangan fahaman Komunis di China. Gerakan
4 Mei memperlihatkan bahawa gerakan buruh juga turut menyertai golongan pelajar
dalam memprotes Perjanjian Versailles.[7]
Gerakan ini melihatkan permulaan berlakunya kebangkitan nasionalisme untuk
menentang orang barat.
2)
Ekspedisi
ke Utara
Pemangkin kepada kebangkitan
nasionalisme China seterusnya ialah Ekspedisi ke Utara. Pada tahun 1926 ditanda
sebagai bermulanya Ekspedisi ke Utara di bawah KMT untuk menyatukan china.[8] Ekspedisi ini berakhir pada tahun 1928
dengan tujuan sebagai kempen penyatuan China. Satu matlamat kerajaan nasionalis
selepas menjayakan Ekspedisi ke Utara ialah memulihkan imej dan maruah China
dengan mendesak supaya hak wilayah asing dan hak wilayah asing kuasa asing
dihapuskan.[9]
Ekspedisi ini mendapat kejayaan dengan disertai tentera seramai kira 85,000 yang
terdiri daripada tentera KMT dan PKC serta 6,000 kadet daripada akademik Whampoa Military Academy. Susunan
strategi dengan melakukan serangan dua peringkat iaitu yang pertama menawan
lembah sungai Yangtze dan keduanya menyingkirkan Chang Tso-Lin dari Peking.[10] Ekspedisi
ke Utara berjaya menawan semula konsesi British di Hankow dan Kuikiang pada
tahun 1927. Dengan kekuatan semangat untuk menyatukan China, mereka telah
berjaya menawan beberapa bandar penting di tengah China seperti Changsa (12
Julai 1926), Yoochow dan Tsunyang (Ogos 1926) dan Wuhan (September 1926).[11] Kejayaan
demi kejayaan KMT dengan menawan semula beberapa wilayah China dan ekspedisi
berakhir pada tahun 1928 apabila tawan Peking.[12]
Hal ini jelas menunjukkan bahawa ekspedisi ini mendatangkan masalah pada
British sehingga menyebabkan mereka terpaksa menyerahkan konsesi di China.
3)
Gerakan
Pelajar
Masalah lain yang dihadapi oleh
pihak British dalam mempertahankan penempatan asing mereka ialah berlakunya
kebangkitan golongan pelajar dalam bangun menentang penjajah asing. Pergerakan
golongan pelajar ini boleh dilihat pembabitannya dalam pelbagai peristiwa besar
yang berlaku di China seperti Gerakan 4 Mei, Gerakan 30 Mei dan sebagainya. Pada
tahun 1910an pelajar yang mendapat pendidikan Barat dan Jepun telah kembali ke
tanah air, merekalah yang menjadi perangsang kepada gerakan nasionalisme di China.[13] Kebanyakan
daripada golongan pelajar ini telah menyertai KMT dan sebahagiannya menyertai
PKC. Semangat golongan pelajar berpusu-pusu dilihat dibandar dan kebanyakan
mereka mendaftar dalam Whampoa Military
Academy.[14]
Mereka juga menubuhkan satu parti baru yang dikenali sebagai Young China Party (Chauvinist) sebagai
agenda nasionalisme mereka. Selain
itu, Universiti Shanghai memasuki parti KMT dan PKC untuk aktif dalam
propaganda revolusi dan mengalakkan pelajar untuk terlibat dalam kebangkitan
golongan pekerja.[15]
Kebangkitan
pertama yang melibatkan golongan pelajar ialah Gerakan 4 Mei yang memperlihatkan
kepada penentangan berhubung Perjanjian Versaille. Golongan pelajar turut
bersama-sama terlibat dalam menentang perjanjian ini yang dikatakan merugikan
pihak China dalam pemberian wilayah Shangtung kepada Jepun. Yang kedua ialah Gerakan
30 Mei 1925 yang berpunca daripada pembunuhan orang China di kilang milik
Jepun. Kesan peristiwa-peristiwa ini telah menimbulkan kemarahan pihak China
maka golongan pelajar dan sekumpulan pekerja berkumpul mengadakan demonstrasi. Pergerakan
nasionalisme meletus di Shanghai pada Mei 1925, pelajar cina dan pekerja
bersama-sama membentuk kesatuan pekerja, pedagang, dan pendidikan untuk membuat
demonstrasi pembunuhan pekerja China di kilang Jepun. Sebanyak 12 pendemontrasi
dibunuh oleh polis British di Penempatan Antarabangsa di Shanghai pada 30 Mei, hal
ini telah mencetuskan pergerakan skala besar nasionalisme China.[16] Pergerakan
30 Mei menjadi bermula penyebaran secara langsung pihak Cina dan terdapat
peristiwa seperti Shankee Incident di
Canton, boikot barang British di Hong Kong, dan demonstrasi di Hankow,
Kiukiang, Peking, Chunking, dan Tientsin.[17]
Shameen
Incident atau Shankee
Incident berlaku pada 23 Jun 1925
yang dilakukan di depan konsesi British dan Perancis iaitu di Canton. Ekoran
daripada penentangan terhadap pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh
British di Shanghai. Pelajar dan golongan pekerja membuat demonstrasi jalanan
yang akhirnya menyebabkan ada yang terkorban dan tercedera. Peristiwa ini berlaku
apabila British dan Perancis telah menembak golongan yang menyertai demonstrasi
tersebut dimana tembakan tersebut berlaku semasa demonstrasi sedang dijalankan.
Berita ‘Shameen Incident’ 1925 dan
peristiwa 30 Mei, menjadi pemangkin sentimen nasionalisme kalangan China, terutama
pelajar.[18]
Pada hari sabtu 30 Mei ini, pelajar dari lapan kolej di kawasan Shanghai
berkumpul di Penempatan Antarabangsa untuk membangkitkan perjanjian yang tidak
adil dan undang-undang ketenteraan di China dan permintaan untuk enam
rakan-rakan yang ditangkap untuk dibebaskan.[19] Hal
ini jelas melihatkan kebangkitan golongan pelajar ini menjadi duri bagi British
dalam menangani kebangkitan golongan
nasoinalisme China.
4)
Pemulauan
British juga menghadapi masalah
apabila menghadapi pemulauan daripada penduduk cina. Misalnya, Di Shanghai
kuasa barat telah menghadapi pemulauan penduduk cina ini. Kesan daripada
pembunuhan 12 pendemonstrasi di depan Balai Polis di Penempatan Antarabangsa.[20]
Kejadian ini dikenali sebagai peristiwa 30 Mei 1925. Selain itu, Shakee Incident yang berlaku pada tahun
yang sama telah mendorong perdagangan British di Hong Kong dan Canton
dipulaukan.[21]
Pembunuhan beramai-ramai ini menyebabkan berlaku kebangkitan orang cina. Pihak
komunis juga mengapi-apikan semangat nasionalisme China dengan propaganda
mengecam sikap boikot kuasa imperialisme ini. Selain itu, pihak asing turut
menghadapi pemulauan dalam aspek ekonomi dimana pihak china menggalakkan
membeli daripada barangan china sahaja. Pemulauan yang dihadapi oleh pihak British
diatas tindakan mereka membunuh pendemonstrasi ini diibaratkan tertikam diri
mereka sendiri kerana menghadapi pemulauan daripada pihak China.
5) Rundingan
Masalah yang seterusnya terpaksa
dihadapi British ialah perlu membuat rundingan semula dengan pihak China.
Rundingan ini sedikit sebanyak mengganggu hak keharmonian penempatan asing British.
Usaha dimulakan dengan menghantar surat kepada semua kuasa asing yang bertapak
di China supaya mengadakan rundingan semula untuk menghapuskan sebarang
ketidakadilan dalam perjanjian sebelumnya.[22] Chiang
Kai Shek meminta orang asing mematuhi undang-undang China, terutama menghapuskan
hak orang asing di konsesi-konsesi dan penempatan asing di pelabuhan perjanjian.[23] Rundingan
antara kerajaan nasionalis China dengan pihak Brtish bersetuju menyerahkan
konsesi British di Hankow dan Kiukiang. Rundingan juga melibatkan Memorandum
Disember 1926 yang mahu menjalankan hubungan berbaik dengan kerajaan Nasionalis
antara China dan British. Rundingan ini sebagai dasar British untuk pertahankan
konsesi mereka dan kepentingan pihak British dalam mengelak kebangkitan China. Peringkat
awalnya China tidak setuju dengan rundingan tersebut kerana dikatakan hanya
memberi kepentingan kepada pihak British sahaja. Keenganan pihak China bekerjasama
memberi masalah kepada pihak British untuk mengekalkan penempatan asing mereka.
KONSESI
BRITISH DI UTARA CHINA (TIENTSIN)
Salah satu konsesi British ialah
Tientsin iaitu terletak di utara China dan merupakan bandar kedua terpenting
dalam aspek perdagangan British selepas Shanghai. British di kawasan utara
tidak mengalami penderitaan yang kritikal berbanding dengan di bahagian tengah
dan selatan China. Di laporkan tiada gerakan anti-british yang sebenar-benarnya
berlaku, tiada serangan, tiada demonstrasi, dan gangguan yang menjadi
kemalangan besar di Tientsin.[24]
Di Tientsin hakikatnya kehidupan British di utara aman dan damai bebas daripada
kesengsaraan hidup di China, melaporkan jalan sibuk dengan kereta dan pejalan
kaki, orang awam menjalankan kehidupan yang gembira, kanak-kanak sibuk bermain
permainan, dan sambutan krismas berlangsung tanpa ganguan.[25]
Namun, terdapat kebangkitan gerakan nasional pada pertengahan 1920an mengancam kedudukan
British yang berada di Tientsen dan juga kawasan pendalaman. Contohnya di
Lembah Sungai Yangtze, kebangkitan nasionalisme disebabkan masyarakat British
disitu dalam kuantiti yang besar telah menimbulkan kebimbangan.[26]
Aktiviti pelajar cina serang beberapa kilang orang asing, membuat demonstrasi
di Tientsin, dan boikot sekolah Mubaligh.[27] Namun,
British tidak melakukan sebarang tindakan untuk menghentikan kekacauan di
Tientsin ini.
DASAR
YANG DIBUAT OLEH BRITISH UNTUK MENGELAK KEBANGKITAN NASIONALISME DI KONSESI
1)
Pendekatan utama
Penempatan British di Tientsin
menjadi landasan kerajaan British untuk membuat hubungan baik dengan pihak
berkuasa China, terutama dengan kumpulan Fengtian di bawah Chan Tso Lin.[28] Pihak
British mengambil pendekatan yang sederhana (berbaik-baik) untuk mengelak sebarang
kesan aktivis china. Walaubagaimanapun British masih dalam keadaan rapuh kerana
perlu kawal tidak hanya konsesi di Tientsin tetapi juga di kepentingan kawasan
lain.[29] Oleh
itu, sebagai langkah penyelesaiannya pindah komuniti British daripada kawasan
pendalaman ke Tientsin. Sehubungan itu, keseluruhan komuniti British boleh
dilindungi sebagai langkah berjaga-jaga untuk semua konsesi. Oleh itu, semua
konsesi-konsesi British telah disatukan dibawah kawalan Majlis Perbandaran
British Tianjin (MPBT) untuk perlindungan.
2) TBCI (Tientsin British Committee Of
Information)
Selain itu, pengenalan TBCI hanya
harapan British sebagai suara untuk melindungi hak mereka di Tientsin. Untuk
mengelak serangan cina pedagang British membuat senjata sendiri melalui TBCI
ini.[30] Pembentukan
biro ini sebagai strategi untuk menghalang serangan balas propaganda cina dan
mempengaruhi dasar kerajaan British. Biro ini sebagai alat British di Tientsin
untuk menyerang nasionalisme cina.[31] Fungsi
TBCI turut membantu membetulkan pandangan negatif terhadap British di China dan
menjaga kawalan keselamatan terhadap kepentingan British. Jelaslah bahawa
peranan TBCI ini sebagai langkah British untuk mengelak sebarang kebangkitan
pihak China dan menjaga kepentingan mereka di China.
3) Memorandom Disember
Pada masa yang sama kerajaan British
menggunakan lebih banyak dasar liberal dalam ‘Memorandom Disember’. Hal ini
bertujuan untuk memperbaiki hubungan baik pihak Britain dan Cina. Contohnya,
memulangkan konsesi mereka di Tientsin dan luar wilayah.[32]
Dasar yang diperkenalkan ini sebagai langkah British untuk pertahankan konsesi
mereka di penempatan asing. Oleh itu, hasil perundingan ‘Memorandom Disember’
ini begitu penting bagi pihak British dalam menjaga kepentingan mereka.
4)
Peranan Golongan Mubaligh
Selain itu, kumpulan lain
masyarakat British yang memainkan peranan penting untuk mengekalkan penempatan
asing mereka di Utara Cina ialah golongan mubaligh. Motif mereka bukan kepada
keuntungan tetapi untuk mengubah cina. Tetapi mereka masih mendapat pandangan
negatif dari Cina.[33] Misalnya,
orang Cina mengkritik dengan mengatakan golongan mubaligh ini telah melakukan
kucar kacir di China. Apabila British berada dibawah serangan cina pada
pertengahan 1920an, golongan mubaligh mula bercakap untuk mengubah suai kaedah
dan operasi mereka di China.[34]
Mereka perlu ubah peraturan dengan meminda perlembagaan mereka dengan mematuhi
perintah kerajaan China. Hal ini bertujuan untuk mengelak daripada sebarang
kritikan ke arah imperialisme British. Dasar ini sebagai langkah untuk membina
keharmonian antara British dengan pihak China.
5)
Pentadbiran British di konsesi
Pentadbiran Majlis Perbandaran
British Tianjin (MPBT) dipecahkan kepada dua bahagian iaitu bahagian sekretariat
(pentadbiran) dan akaun (kewangan).[35]
Terdapat tiga jabatan utama yang terdapat di konsesi iaitu Jabatan Kerja Raya,
Elektrik dan Air. Pelbagai kemudahan disediakan MPBT untuk konsesi ini,
contohnya Hospital, Keselamatan, Bomba, dan Sekolah. Misalnya, Sekolah rendah
untuk semua penduduk konsesi tanpa mengira latar belakang bangsa.[36]
Di Tientsin turut mempunyai pendidikan “sekolah
grammar” yang dibuka pada tahun 1905. Samuel Lavington Hart iaitu seorang
mubaligh kristian cuba memperbaiki hubungan orang china dan barat dengan
menubuhkan Tianjin Anglo-Chinese College (TACC). Pusat pendidikan yang dibina
tanpa sekatan latar belakang pelajarnya bertujuan mengelak sebarang kebangkitan
China dan mewujudkan suasana harmoni. MPBT turut mempunyai dua hospital iaitu
Hospital Victoria dan Hospital Isolation.[37]
Komuniti asing turut membina beberapa kelab di Tientsin, antaranya Tientsin Race Club, iaitu kelab yang
terkaya tetapi tidak kepada orang China.[38] London Missionary Society (LMS) merupakan
badan dakwah kristian yang penting di Tientsin yang muncul pada 1861, di
Tientsin ada dua gereja iaitu Taku Road dan Drum Tower.[39]
Kesemua dasar yang dijalankan ini bagi mengelak campurtangan pihak China di
konsesi British. Malah, sebaliknya jika ada penglibatan orang cina dalam
pentadbiran mereka bertujuan untuk menutup lebihan kuasa pihak british dan
sekaligus mengelak sebarang gerakan nasionalisme China ini bangkit.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, jelaslah bahawa
kebangkitan nasionalisme China telah mendatangkan masalah pada British dalam
mengekalkan penempatan asing mereka. Bagi Negara china nasionalismenya
berhadapan dengan dua musuh utama iaitu imperialis barat dan monarki mutlak
serta perpecahan.[40] Pelbagai
strategi yang digunakan oleh British melalui dasar halus dan kasar untuk
melembutkan hati pihak China. Tetapi usaha
ini sedikit sebanyak diterima dan ditolak oleh pihak China kerana
terdapatnya usaha hanya untuk kepentingan sebelah pihak British sahaja bukan
pihak China sendiri. Akibat daripada kebangkitan nasionalisme ini beberapa
penempatan asing di China berjaya kembali ke tangan China di sebabkan kemaraan ini
berjaya mematahkan sayap pihak British. Peristiwa-peristiwa yang berlaku
sebelum ini menjadi pemangkin kepada berlakunya kebangkitan nasionalisme China
pada tahun 1920an. Boleh dikatakan bahawa kebangkitan nasionlisme ini hampir
semua melibatkan peranan golongan pelajar. Pada 29 Disember 1929, China telah
mengumumkan penghapusan segala hak-hak istimewa terhadap semua orang asing
bermula 1 Januari 1930. Tidak lama kemudian Jepun pula yang menyerang China
pada tahun 1937.[41]
BIBLIOGRAFI
Abdullah Zakaria Ghazali,
Azharuddin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor, Sejarah
Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur 1800-1963, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd, 2000.
C. Martin Wilbur, The Nationalist Revolution In China
1923-1928, Cambridge: Cambridge University
Press, 1983.
John Israel, Student Nationalism In China 1927-1937, California, Stanford
University Press, 1966.
Suffian Mansor, Sejarah China Moden, Kuala Lumpur:
Universiti Malaya, 2009.
Suffian
Mansor, “Tientsin and its Hinterland in Anglo-Chinese relations 1925-1937”, University of
Bristol: Department of Historical Studies, Tesis, 2009.
Suffian
Mansor, “Konsesi British Di Tianjin Sebelum 1925: Satu Bentuk Imperialisme Di China”, Sejarah,
No. 17, 2009.
[2] Suffian Mansor, “Tientsin and its Hinterland in
Anglo-Chinese relations 1925-1937”, University of
Bristol: Department of Historical Studies, Tesis, 2009, hlm. 42.
[3] Suffian
Mansor, “Konsesi British Di Tianjin Sebelum 1925: Satu Bentuk Imperialisme Di
China”, Sejarah, No. 17, 2009, hlm. 2.
[7] Abdullah Zakaria
Ghazali, Azharuddin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, dan
Asia Timur 1800-1963, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd, 2000, hlm. 363.
[12] Abdullah Zakaria
Ghazali, Azharuddin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, dan
Asia Timur 1800-1963, hlm. 380.
[14] C. Martin Wilbur, The Nationalist Revolution In China
1923-1928, Cambridge: Cambridge University Press, 1983, hlm. 27.
[35] Suffian
Mansor, “Konsesi British Di Tianjin Sebelum 1925: Satu Bentuk Imperialisme Di
China”, Sejarah, No. 17, 2009, hlm. 11.
[40]
Abdullah Zakaria Ghazali, Azharuddin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros, Suffian
Mansor, Sejarah Asia Tenggara, Asia
Selatan, dan Asia Timur 1800-1963, hlm. 336.
No comments:
Post a Comment