Wednesday, 18 December 2013

Pembentukan Manchuria

PERANAN JEPUN DALAM PEMBENTUKAN MANCHUKOU/MANCHURIA

PENDAHULUAN   
Manchuria merupakan sebuah wilayah kuno yang terletak di sebelah Timur Laut China juga dikenali sebagai Dongbei yang berhampiran dan bersempadan dengan Korea Utara (selatan) dan Rusia (barat laut, utara dan timur).[1] Manchuria merupakan wilayah subur yang mempunyai keluasan 450, 000 batu persegi dan mempunyai sumber-sumber hutan yang bernilai tinggi serta kawasan galian yang luas.[2]Sejak China ditakluki oleh kaum Manchu, Manchuria telah menjadisebahagian dari Empayar China yang dikenali sebagai Tiga Wilayah Timur.Kaum Manchu merupakan golongan minoriti, manakala golongan majoriti adalah terdiri daripada orang Han terdapat juga orang Korea, Jepun dan Mongol. Manchuria kini telah meliputi wilayah-wilayah Republik Rakyat China seperti Liaoning, Jilin dan Heilongjiang.
Perhubungan Jepun dengan wilayah ini bermula sejak perang Rusia-Jepun yang berlaku pada tahun 1904-1905.Hasil daripada Persetiaan Portsmouth 1905, Jepun telah mendapat kedudukan istimewa di Manchuria. Malah hak-hak dan konsesinya termasuk daerah Kwantung, bekas jalan kertapi Rusia dari Dairen ke Changchung dan jalan keretapi Antung-Mukden.[3]Perkembangan ini dilihat penting bagi status negara Jepun sebagai sebuah kuasa dunia yang baru muncul. Perkihdmatan-perkhidmatan keretapi ini dikendalikan oleh Syarikat Keretapi Manchuria yang dikuasai oleh pihak Jepun.[4] Jepun telah menumpukan sepenuh perhatian kepada wilayah ini berikutan Manchuria itu sendiri mempunyai bahan galian yang boleh dibekalkan untuk memenuhi permintaan industri di Negara Jepun seperti arang batu dan besi yang amat berguna untuk industri kereta dan kapal terbang. Malah faktor Jepun yang menginginkan pasaran tetap untuk lambakan barangan siap dan bekalan bahan mentah dapat diselesaikan apabila Jepun mendapati bahawa Manchuria merupakan kawasan pasaran yang baik bagi kedua-dua tujuan tersebut.[5]Oleh itu, pada tahun 1932, Empayar Jepun menjadikan Manchuria yang juga dipanggil Manchukuo sebagai negara boneka. Manakala Maharaja terakhir Qing iaitu Pu-yi telah dibawa keluar dari persaraan baginda di Tianjin[6]dan dijadikan pemimpin tertinggi di Manchukuo. Sungguhpun Manchukuo dibawah pimpinan Maharaja Qing, namun pada hakikatnya, negeri itu sebenarnya dikawal ketat oleh Jepun, yang menggunakan ia sebagai pangkalan mereka untuk pengembangan kuasa ke Asia.
Selain itu penubuhan Manchukuo ini hanya diakui oleh 23 negara dari 80 negara yang terdapat di dunia pada masa itu.Namun satu gerakan gerila bawah tanah yang terdiri daripada Manchurian soldiers, orang awam bersenjata, dan komunis Cina menentang pendudukan Jepun, ramai daripada mereka telah datang untuk menetap di tanah jajahan baru. Setelah Perang Dunia Kedua berakhir pada tahun 1945, Kerajaan Manchukuo dimansuhkan berikutan dikuasai oleh Kesatuan Soviet dan kemudian dikembalikan sebahagian kepada Republik China.
PERANAN JEPUN DALAM PEMBENTUKAN MANCHUKUO
1.      PEREBUTAN SEMENANJUNG LIAOTUNG
Kemenangan Jepun dalam peperangan China-Jepun pada tahun 1895, telah menjadikan Jepun sebagai sebuah kuasa yang agong di Asia. Keadaan ini menyebabkan kuasa-kuasa barat begitu iri hati dan bimbang terhadap langkah-langkah Jepun seterusnya.[7]Konflik pertama antara Rusia dan Jepun untuk mengawal Manchuria timbul dalam perebutan Semenanjung Liaotung.[8] Semasa Jepun beroleh kemenangan semasaperang China-Jepun, Jepun telah menuntut agar pihak China menyerahkan Semenanjung Liaotung kepada Jepun.[9]Namun Jepun mendapat tekanandaripada tiga kuasa besar Eropah iaitu Jerman, Rusia dan Perancis yang telah mendesak agar Jepun menyerahkan semula Semenanjung Liaotung kepada China.[10]Melalui muslihat dan ugutan, Rusia kemudiannya pada tahun 1896, telah mendapat hak pajakan ke atas Semenanjung Liaotung selama 25 tahun yang membolehkan Rusia memanjangkan jalan keretapi yang menghubungkan pelabuhan di Dairen(Dailian) danPort Arthur (Lushun).[11]Malah Rusia turut mendapat hakpembinaan Landasan Keretapi China Timur (Chinese Eastern Railway) melalui Harbin ke pelabuhan Vladivostok.Landasan keretapi yang menghubungkan Vladivostok melalui Manchuria ini dapat mengurangkan kos tenaga dan belanja pembinaannya berikutan ia merupakan jalan singkat yang dapat menggantikan jalan yang dijangka sejauh 600 batu jika melalui Utara Manchuria di kawasan yang bergunung-ganang.[12]
Selain itu, dalam usaha mengukuhkan kedudukannya di Manchuria, Rusia bertindak dengan menempatkan seramai 25,000 orang di Port Arthur dan Dailian.Malah kebangkitan Boxer pada tahun 1900, telah membolehkan Rusia menawan Harbin, Hailer dan Tsitsihar serta Mukden di Manchuria.Apabila Rusia berjaya menguasai Manchuria dan wilayah Chihli, keadaan ini telah menyebabkan kuasa-kuasa lain iaitu England, Amerika Syarikat dan Jepun juga cuba untuk mendapatkan hak yang lebih dari China. Dominasi Rusia ini sangat membimbangkan Jepun tambahan lagi, Manchuria merupakan sebuah kawasan yang kaya dengan bahan mentah, strategik dan mempunyai tanah yang subur.Kebimbangan Jepun bertambah kuat apabila mengetahui Semenanjung Liaotung digunakan untuk pangkalan angkatan laut bagi Rusia.[13] Hal ini kerana Semenanjung Liaotung itu sendiri mempunyai peranan dalam melindungi kepentingan Jepun di Korea. Jepun yang telah lama tidak berpuas hati dengan pencerobohan Rusia di Manchuria telahmenganggap bahawa ini merupakan satu ancaman kepada kepantingan Jepun di Korea.[14] Hal ini kerana, dari segi strategik, Korea merupakan sebuah pusat pertahanan Jepun dan menjadi batu loncatan bagi Jepun untuk meluaskan pengaruhnya di Asia Timur. Oleh itu, perebutan Semenanjung Liaotung ini telah menjadi sebahagian daripada peranan Jepun untuk bertapak di wilayah Manchuria itu sendiri seterusnya membawa kepada pembentukan negara boneka Manchukuo.
2.      PERANG RUSIA – JEPUN  (1904 – 1905)
Sejak abad-19, Kesatuan Soviet telah melakukan pengembangan wilayah dan mengilhakkan hampir seluruh Manchuria yang kira-kira seluas 1/9 wilayah China. Rusia mahukan Manchuria kerana politik air panas mereka untuk mencari pelabuhan yang boleh digunakan sepanjang tahun dan bebas dari ais membeku pada musim sejuk. Perluasan Rusia ke Manchuria ini amat membimbangkan Jepun. Manchuria menjadi satu kawasan di Timur Jauh yang penting bagi Rusia dari segi ketenteraan dan ekonomi. Malah Manchuria dianggap sebagai wilayah pembekal (supplier) dan jalan perhubungan yang baik dengan kedudukannya di Seberia Timur.[15]Apabila berlakunya Pemberontakan Boxer, Rusia mendapat alasan untuk membawa askar-askarnya ke Selatan melalui Manchuria dan keadaan ini memungkinkan Rusia untuk menguasai Teluk Chihli dari Taku Bar dan ke Chemulpo yang juga merupakan jalan masuk ke Seoul yang merupakan kawasan kepentingan Jepun.Rusia menuntut kuasa ekonomi atas kekayaan Manchuria Selatan dan juga menuntut agar diadakan satu kawasan berkecuali di Korea di Utara Garisan Lintang 39° darjah dan keadaan ini telah menimbulkan ketegangan antara Rusia-Jepun.
Pada Julai 1903 Jepun telah membuka rundingan dengan Rusia untuk mendapatkan persefahaman mengenai kawasan timur laut China dan Korea. Namun Rusia telah menolak cadangan yang dikemukakan oleh Jepun di mana Jepun telah mendesak Rusia untuk mengembalikan pentadbiran Manchuria kepada China dan Rusia hendaklah mengiktiraf kepentingan politik dan ekonomi Jepun di Korea.[16] Jepun yang kemudiannya mencadangkan bahawa satu garisan ditetapkan di Utara Korea yang mana kawasan utara sebagai pengaruh Rusia, manakala di kawasan selatan pula merupakan kawasan pengaruh Jepun.[17] Selain itu juga, Jepun bukan sahaja ingin menggunakan Manchuria sebagai pasaran beliau tetapi juga untuk menggunakan sumber-sumber yang terdapat di Manchuria. Masalah Manchuria dan Korea menyebabkan berlakunya krisis di antara Jepun dan Rusia. Oleh kerana tiada persetujuan yang dicapai, apabila Rusia bertindak tidak memberikan jawapan yang jelas, akhirnya pada 6 Februari 1904, Jepun telah memutuskan perhubungan diplomatik dengan RusiaseterusnyaJepun mengistiharkan perang pada 10 Februari 1904 dengan Rusia.[18]
Perang ini ditamatkan melaluiPerjanjian Porstmouth (5 September 1905).[19] Antara syarat-syarat perjanjiannya adalahRusia telah bersetuju untuk mengakui kepentingan-kepentingan politik, tentera dan ekonomi Jepun di Korea, Selatan Manchuria dan pajakan 25 tahun Semenanjung Liaotung serta jalan keretapi yang menyambung Port Athur dan Dailian(Mukden)diserahkan kepada Jepun, Rusia juga haruslah menyerahkan separuh dari Pulau Sakhalin di Utara Hokkaido serta hak-hak istimewa ke atas Korea dan Koreamestilah menerima seorang Residen Jepun di negaranya danJepun diberi hak menggunakan jalan kereta api Manchuria yangtelah dibina oleh Rusia.Melaluiperang Rusia-Jepun ini,Jepun telah memperolehi faedah yang besar.Malah,ancaman Rusia ke atas Korea juga telah berjaya dihapuskan dan perjanjian ini turut menjadikan Jepun semakin berkuasa dan menakluk Korea pada tahun 1910.Jepun telah mendirikan banyak pangkalan-pangkalan tentera darat, laut dan udara serta turut membina landasan-landasan keretapi dan jalan raya dengan tujuan bagi memenuhi keperluan militarinya.Perang ini, turut memberi kesempatan kepada Jepun untuk menguasai Manchuria seterusnya menggantikan Rusia sebagai kekuatan asing yang dominan di Manchuria. Setelah Jepun berjaya menapak semula di Manchuria, Rusia mula menumpukan perhatian semula ke kawasan Balkan yang telah ditinggalkan sejak sekian lama.Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa peranan Jepun dalam menangani kuasa Rusia ini telah mengukuhkan lagi kedudukan Jepun di wilayah Manchuria, seterusnya membantu Jepun dalam membentu sebuah kerajaan baru iaitu negara boneka Manchukuo.
3.      KONFLIK CHINA – JEPUN
Pada 18 Januari 1915,menerusituntutan 21yang telah dikemukakan oleh Jepun kepada China,Jepun telah mengambil kesempatan untuk menguasai Manchuria. Tuntutan yang digariskan dalam Kumpulan II mengkehendaki China bersetuju melanjutkan pemajakkan Pelabuhan Port Arthur dan Dailian dan juga Jalan Keretapi Selatan Manchuria dan Jalan Keretapi Antung-Mukden dari 25 ke 99 tahun. Selain itu juga, China hendaklah membenarkan rakyat Jepun memiliki dan menyewa tanah untuk tujuan-tujuan perdagangan, perusahaan dan pertanian. Rakyat Jepun juga hendaklah dibenarkan memasuki dan menetap di Selatan Manchuria dan bahagian Timur Mongolia. Malah, China juga dikehendaki untuk mendapatkan persetujuan daripada Jepun sebelum memberi hak kepada kuasa-kuasa lain untuk membina landasan keretapi atau menerima sebarang pinjaman untuk tujuan tersebut.[20] Keadaan ini jelas menunjukkan peranan yang dimainkan oleh pihak Jepun yang perlahan-lahan mula bertapak dan mengukuhkan kekuasaannya di Manchuria itu sendiri.
Pada akhir 1920-an Jepun bimbang akan penyatuan China di bawah parti Kuomintang (KMT) akan membahayakan kepentingan Jepun di Manchuria.Ekspedisi ke Utara yang melibatkan penyatuan meluas daripada Canton ke Hankow dan berakhir di Peking dan Tientsin.[21] Namun Manchuria masih lagi bebasdaripada kawalan kerajaan nasionalis (KMT).Apabila tentera KMT berjaya menawan Peking, tentera Jepun telah memberi amaran menerusi memorandum bertarikh 18 Mei 1928 kepada kerajaan Nasionalis dan juga tentera di bawah pimpinan Chang Tso-lin agar pergerakan itu tidak mara terus ke Manchuria.[22] Tindakan ini disemarakkan lagi apabila Perdana Menteri Jepun General Tanaka Giichi menegaskan kepentingan Jepun di Manchuria harus dipertahankan.Oleh itu, persidangan Timur (Tohokaigi) mencadangkan polisi Jepun ke atas China dengan memutuskan hak Jepun campurtangan secara positifnya dalam hubungan mengenai Manchuria dan Mongolia.Dalam hal ini telah membawa kepada pembunuhan Chang Tso-Lin (disyaki dibunuh oleh Jepunapabila tenteranya berundur ke Manchuria)[23] dan Jepun berusaha menggantikan beliau dengan Yung Yu-ting yang merupakan orang kepercayaan Jepun namun gagal sebaliknya diganti oleh Chang Hsueh-liang.Genderal Manchuria Chang Hsueh-liang, yang menggantikan ayahnya berjiwa patriotik dan pro-komintang telahbertindak menghentikan pembangunan keretapi Manchuria Selatandengan menentang usaha  Jepun  membina jalan keretapi Tunhua di wilayah Kirin.Malah Chang Hsueh-liang yang diberi kepercayaan memimpin wilayah Timur Laut China, cuba menyaingi Jalan Keretapi Selatan dengan harapan membina sebuah lagi landasan keretapi.Disamping itu juga, Chang turut membenarkan KMT menubuhkan cawangannya serta membenarkan propaganda menentang hak dan keistimewaan Jepun di Manchuria.Pihak Jepun yang telah bersedia untuk bertindak menghalang kemaraan tentera KMT ini akhirnya telah menimbulkan ketegangan yang berterusan antara kedua-dua pihak hingga berlakunya beberapa insiden besar bermula dengan pencerobohan secara langsung tentera Jepun ke atas Manchuria pada awal tahun 1930-an.[24]
Selain itu, dalam usaha mengukuhkan kedudukannya,Jepun telah menubuhkan Liga Pemuda Manchuria (Manshu Seining Renmei) pada 1928 sebagai alat bagi mempertahankan kedudukan Jepun di Manchuria. Keahiannya seramai 3,000 orang terdiri daripada ahli-ahli Syarikat Jalan Keretapi Manchuria Selatan dan golongan pedagang bebas Jepun di Manchuria. Mereka menjadi pendesak kepada kerajaan Jepun dan mempertahankan kepentingan Jepun di Manchuria. Pertubuhan Liga Pemuda Manchuria ini telah mendapat simpati daripada Leftenan Koloneal Ishiwara (Ishihara) Kanji dan Kolonel Itagaki Seishiro. Oleh itu, pada tahun 1929 Ishihara telah mencadangkan untuk membuat kajian tentang persiapan untuk pentadbiran Manchuria di bawah penaklukan Jepun. Ishihara juga telah mencadangkan agar satu insiden diwujudkan untuk memulakan penaklukkan Jepun ke atas Manchuria. Oleh itu, rancangan meletupkan jalan keretapi Manchuria Selatan telah dirancang tetapi tidak dipersetujui oleh tentera Maharaja Jepunpada ketika itu.Namun begitu,Peristiwa Wanpaoshan[25]telah menjadipendorong kepada berlakunya penaklukan Jepun ke atas Manchuria.
Oleh itu, pada 18 September 1931, Jepun telah bertindak dengan menghantar tenteranya ke Manchuria dan pada tarikh tersebut juga satu letupandilandasan keretapi yang dimiliki oleh pihak Jepun di stesen Peityang menjadi titik tolak kepada penyerangan Jepun ke atas Manchuria. Sungguhpun kerosakan yang berlaku tidak begitu berat, tetapi ia mendatangkan implikasi yang serius apabila pihak Jepun mejadikan insiden itu sebagai alasan untuk menduduki Manchuria dengan mengarahkan pasukan tenteranya untuk memasuki Manchuria dan menghukum gabenor yang lemah.Malah, pihak Jepun yang memulakan serangan ke atas China dengan alasan bagi mempertahankan diri telah membawa kepada kejayaan dalam menawan beberapa bandar di timur laut China seperti Mukden, Antung (19September), Yingkow (20 September),dan Kirin (21September).Pada 15 Januari 1932, keseluruhan Manchuria Selatan ditawan oleh tentera Jepun.Setelah melengkapkan penawanan ke atas Manchuria, pada 9 Mac 1932 Jepun telah menukar nama Manchuria kepada Manchukuo dengan membentuk kerajaan boneka.[26]Kerajaan Manchuria dan China tidak dapat menahan kemaraan serangan tentera Jepun itu berikutan serangan ini dilihat telah dirancang dengan baik seterusnya membawa kepada pendudukan Jepun di seluruh Manchuria.
4.      PEMBENTUKAN NEGARA BARU
Di Mukden, Kolonel Doihara menjadi Datuk Bandar dengan dibantu oleh jawatankuasa pentadbiran China pada 20 November 1931 dibawah Dr. Chao Hsin-po yang merupakan seorang peguam yang dilantik di Jepun. Liaotung dinamakan semula sebagai Fengtian dan ditubuhkan jawatankuasa keamanan dan ketenteraman pada 10 November 1931. Manakala gabenor wilayah tersebut iaitu Tsung Shih-yi pula telah memberi sokongan kepada Jepun. Terdapat dua lagi gabenor iaitu General His Hsia (Kirin) dan General ChangChing-hui (Heilungkiang) juga berkhidmat dibawah kerajaan Jepun. Jepun melakukan usaha seterusnya dengan menubuhkan negara baru bagi Manchuria. Pada 16 dan 17 Februari 1932, satu persidangan telah diadakan dan dihadiri oleh dua orang gabenor pro-Jepun, Datuk Bandar Mukden dan dua orang putera Mongol telah diadakan di Mukden. Persidangan ini telah meluluskan penubuhan Majlis Pentadbiran Tertinggi Timur Laut yang mana badan ini telah mengisyhtiharkan negara baru yang merdeka bagi Manchuria pada 18 Februari 1932. Negera baru yang dikenali sebagai Manchukuo ini berpusat di Chang-chun (Hsinking, New Capital) di wilayah Kirin. Pada Mac 1932 telegram dikeluarkan bagi memaklumkan negara luar tentang pembentukan negara baru Manchukuo. Jepun telah menghantar dutanya yang juga commander in chief (panglima besar) tentera Kwantung dan gabenor wilayah pajakan ke Manchuria iaitu General Nobuyoshi Muto. Keadaan ini jelas menunjukkan peranan Jepun dalam membentuk kerajaan boneka baru di wilayah tersebut dengan menawan wilayah Manchuria sedikit demi sedikit.


5.      PERLANTIKAN MAHARAJA
Selepas pencerobohan Manchuria oleh Jepun pada tahun 1931, bekas Maharaja China, Henry Pu-yi telah diangkat sebagai ketua Negara dan menjadi ketua eksekutif. Beliau ditabal sebagai maharaja Manchukuo secara rasmipada 1 Mac 1934 dengan menggunakan gelaran Maharaja Kang Teh. Perlantikan Maharaja Henry Pu-yi dalam Negara baru Manchukuo ini adalah untuk memberi gambaran bahawa penubuhan negara baru ini adalah sah.[27]Pemerintahan Maharaja Pu-yi ini mendapat nasihat daripada tentera Kwantung sebagai wakil Maharaja Jepun dan ia sebahagian daripada usaha Jepun untuk mempertahankan haknya di Manchuria.[28] Selain itu juga, bagi badan eksekutif dibawah Perdana Menteri iaitu Cheing Hsiao-hso pula terdiri daripada beberapa menteri seperti Hsieh Chieh-Shih sebagai Menteri Luar, Ohashi Chuichi Naib (Menteri luar), Kamai Takuzo (Setiausaha Agong), Ting Chien-hsiu sebagai Menteri Komunikasi, Feng Hang-Ching (Menteri Kehakiman), Chang Ching-huei (President Majlis Penasihat), His Hsia (Menteri Kewangan), Chang Yen-Ching (Menteri Industri) dan Tsang Shih-yi menjadi Menteri Dalam Negeri.
Walaupun dikatakan negara baru Manchukuo adalah sebuah Negara yang merdeka, namun pada hakikatnya Manchukuo dikuasai dan diawasi oleh Jepun denagn tujuan untuk menjadikan Manchuria sebagai asas kepada perindustrian dan ketenteraan Jepun dalam meluaskan pengaruhnya di Asia Timur.[29] Perlantikan jawatan-jawatan terpenting pada nama sahaja ia dipegang oleh orang-orang Manchu tetapi pada hakikatnya kuasa sebenar terletak di tangan tentera Kwantung/Jepun.[30] Malah, pegawai-pegawai Jepun turut dilihat majoritinya menguasai jawatan-jawatan terpenting secara langsung atau tidak langsung sebagai penasihat-penasihat[31] dalam kerajaan Manchukuo. Keadaan ini dapat dilihat di mana Lambaga Hubungan Awam (General Affairs Board)diketuai oleh pengarah besar dan enam orang ahli yang kesemuanya terdiri daripada orang Jepun. Mereka memainkan peranan dalam menguruskan belanjawan, perancangan dan perlantikan dalam Manchukuo National Air Ways 1931,The Manchukuo Film Association 1937, dan Central Bank of Manchukuo 1932.Selain itu juga, di Manchukuo telah dibentuk tentera Manchukuo termasuk laut dan udara.
6.      PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA
Penubuhan Negara baru Manchukuo ini telah diakui oleh 23 negara dari 80 negara yang terdapat di dunia pada ketika itu.Liga Bangsa Bangsa menerusi Laporan Lyton telah mengakui kedudukan Jepun di Manchuria dan megecap boneka Manchukuo sebagai di bawah kawalan tentera dan pegawai Jepun.[32] Namun begitu, Laporan Lyton menolak kenyataan Jepun bahawa serangan Jepun pada 18 September sebagai tindakan menpertahankan diri dan mengutuk Jepun sebagai penyerang danturut menolak tuntutan yang menyatakan bahawa Manchukuo dibina sendiri oleh orang Manchu.[33]“Manchuria telah ditelan bulat-bulat sebagai taklukan Jepun”.[34]Manakala dalam kalangan kuasa-kuasa besar, seperti Empayar Jepun sendiri, Kesatuan Soviet Union, Perancis, Itali, Sepanyol dan Jerman telah mengiktiraf negara baru Manchukuo secara diplomatik. Pengiktirafan antarabangsa terhadap penubuhan negara baru Manchukuo dilihat apabilaJepun mengiktiraf Manchukuo pada 19 September 1932, Vatican pada 18 April 1934 dan El Salvador pada 19 Mei 1934, diikuti oleh Soviet Union pada 1935, Itali 29 November 1936 dan Jerman pada 20 Februari 1938. Semasa Perang Dunia Kedua Slovakia, Perancis, Romani (1940), Bulgaria, Finland, Denmark, Croatia 2 Ogos 1941, Kerajaan China dibawah Wang Jing-wei (1940), Thailand (1941) dan Filipina pada tahun 1943.

KESIMPULAN
Kesimpulan, sejak negara China ditakluki oleh kaum Manchu, wilayah Manchuria telah menjadi sebahagian dari Empayar China yang dikenali sebagai Tiga Wilayah Timur.Perhubungan Jepun dengan wilayah ini bermula sejak perang Rusia-Jepun yang berlaku pada tahun 1904 – 1905.Hasil daripada Persetiaan Portsmouth 1905, Jepun mendapat kedudukan istimewa di Manchuria. Manchuria kemudiannya menjadi wilayah di bawah pemerintahan penjajah Jepun 1932 – 1945.[35]Pada tahun 1934, perlembagaan telah diluluskan dan Manchuria diberi nama Manchukuo dan merupakan sebuah negara beraja. Namun semasa Perang Dunia Kedua, Jepun yang cuba mengekalkan kemerdekaan Manchukuo dari serangan kuasa asing telah berusaha mengelak serangan daripada Soviet Union dengan menandatangani Perjanjian Berkecuali 1941 dalam tempoh dua tahun. Walau bagaimanapun setelah Perang Dunia Kedua berakhir pada tahun 1945, Kerajaan Manchukuo terpaksa dimansuhkan berikutan dikuasai oleh Kesatuan Soviet dan kemudian ianya kembali menjadi sebahagian daripada Republik China.











RUJUKAN
BUKU
Khoo Gilbert &Lo. Doroty, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books, 1978.
Ogata, sadako N., Defiance in Manchuria: the making of Japanese foreign policy, 1931 – 1932, Landon: Cambridge University Press, 1964.
R.S. Chaurasia, History Of Japan, New Delhi: Atlantic Publishers and Distributors, 2003.
Suffian Mansor,Sejarah China moden,Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2009.
W.G Beasley, Japanese Imperialisme 1894 – 1945, New York: Oxford University Press, 1991
ARTIKEL JURNAL
Khozln Mohd. Tamrin,“Perang Rusia-Jepun 1905”, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, artikel jebat bil.2, 1972 /73.
LAMAN WEB





[2]Khoo Gilbert & Lo. Doroty, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books, 1978, hlm, 1095.
[3]Khoo Gilbert & Lo. Doroty, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, hlm, 1095.
[4]Ibid., hlm, 1095.
[5]R.S. Chaurasia, History Of Japan, New Delhi: Atlantic Publishers and Distributors, 2003, hlm, 149.
[7]Khozln Mohd. Tamrin,“Perang Rusia-Jepun 1905”, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, artikel jebat bil.2, 1972/73, hlm 25.
[8]Semenanjung Liaotung merupakan kawasan rebutan bagi Rusia dan Jepun berikutan ia mempunyai kepentingan yang tersendiri. Bagi Rusia, Semenanjung Liaotung diperlukan bagi mendaptkan pelabuhan air panas untuk kegunaan angkatan lautnya dan keadaan ini menyebabkan Rusia membina jalan keretapi di Manchuria dengan tujuan untuk mengauasai kawasan Semenanjung Liaotung 
[10]Pada 5 Mei , Jepun bersetuju dan telah menandatangai satu perjanjian mengembalikan Semenanjung Liaotung kepada China dan untuk ini, Jepun telah mendapat tambahan di dalam jumlah ganti rugi menjadi 230, 000, 000 taels.
[12]Khozln Mohd. Tamrin, “Perang Rusia-Jepun 1905”,hlm 27.
[13]Ibid., hlm 28.

[14]Khoo Gilbert & Lo. Doroty, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, hlm, 922.
[15]Khozln Mohd. Tamrin,“Perang Rusia-Jepun 1905”, hlm 26.

[16]Khoo Gilbert & Lo. Doroty, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, hlm, 921 -922.
[17]Ibid., hlm,921 -922.
[18]Ibid., hlm, 922.
[19]Perjanjian Porstmouth, Rusia diwakili oleh Baron Rosen dan Mr. Witte manakala Jepun diwakili oleh Baron Komura, Mr. Takahira dan Viscount Kaneko.
[20]Khoo Gilbert & Lo. Doroty, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, hlm, 972 -974.
[21]Suffian Mansor, Sejarah China moden, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2009, hlm, 139.
[22]Suffian Mansor, Sejarah China moden, hlm, 139.
[23]Ibid., hlm, 139.
[24]Ibid., hlm, 139.
[25]Perbalahan mengenai kekeliruan mengenai hak orang-orang Korea untuk membina taliair merentasi  tanah kepunyaan orang-orang Cina telah menyebabkan camput tangan daripada pihak polis  konsular Jepun beriktan apabila orang-orang Korea dihalau keluar daripada daerah tersebut. Keadaan ini telah mencetuskan perbalahan dan pergaduhan antara orang Cina dan orang Korea namun ianya tidak melibatkan sebarang kecederaan.Pada Julai 1931, suatu perbalahan antara orang-orang Cina dan Korea berlaku di Kampung Wanpaoshan berdekatan dengan Changchun. Peristiwa ini telah dibesar-besarkan oleh akhbar-akhbar Jepun dan juga Korea yang seterusnya telah mencetuskan rusuhan anti-Cina meletus yang menyebabkan kira-kira 127 orang Cina terbunuh, rumah-rumah mereka dipecah dan dibakar, malah harta benda mereka turut dimusnahkan.
[26]Suffian Mansor, Sejarah China moden, hlm, 158.
[27]Khoo Gilbert & Lo. Doroty, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, hlm, 1099.
[28]Suffian Mansor, Sejarah China moden, hlm, 158.
[30]Khoo Gilbert & Lo. Doroty, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, hlm, 1104.
[31]Ibid., hlm, 1104.
[32]Suffian Mansor, Sejarah China moden, hlm, 161.
[33]Ibid., hlm, 161.
[34]Khoo Gilbert & Lo. Doroty, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, hlm, 1100.

No comments:

Post a Comment

Persidangan di Calcultta telah mendorong PKM untuk melancarkan gerakan bersenjata di Tanah Melayu pada Jun 1948. Jelaskan

PENGENALAN Komunisme berkembang dan melebarkan pengaruhnya di Tanah Melayu dan di seluruh Asia kerana pandangan para pemikir komunis ...