Wednesday, 18 December 2013

Imperialism Barat di China

CABARAN DAN LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH CHINA DALAM MENGEKANG KEMARAAN IMPERIALISM BARAT DARI 1840 SEHINGGA 1901.

PENDAHULUAN
China merupakan sebuah tamadun yang agung yang mempunyai keunikan yang berbeza dengan tamadun-tamadun yang lain. Pada peringkat perkembangan tamadun China, dapat dilihat perhubungan China dengan negara-negara luar melalui hubungan perdagangan yang bermula sejak Sebelum Masihi lagi.Perhubungan ini diperkukuhkan melalui Laluan Sutera (Silk Road) yang membolehkan China berhubung dengan negara-negara luar.
            Walau bagaimanapun, konsep ‘Middle Kingdom’ yang dibanggakan oleh kerajaan China telah merumitkan lagi hubungan China dengan kuasa-kuasa Barat.Hal ini disebabkan, kerajaan China menganggap kuasa-kuasa Barat ini sebagai masyarakat tidak bertamadun.Selain itu, dasar perdagangan tertutup yang dikenakan ke atas pedagang-pedagang luar juga telah menimbulkan ketidakpuasan hati mereka.Dasar perdagangan tertutup ini dipengaruhi oleh peraturan perdagangan yang ketat yang dipengaruhi oleh kuasa tempatan China.Misalnya, aktiviti perdagangan hanya terhad di perlabuhan Canton sahaja dan segala urusan perdagangan perlu melalui Hong.[1]Sehubungan dengan itu, kuasa-kuasa Barat berusaha untuk menguasai China bagi membuka ruang perdagangan yang lebih luas dan bebas.
KONFLIK CHINA-JEPUN PENCETUS IMPERIALISME KUASA-KUASA BARAT
            Konflik yang berlaku antara China dan Jepun telah mencetuskan gerakan imprealisme Barat ke atas negara China.Hal ini disebabkan, konflik yang berlaku antara dua negara ini telah memihak kepada pihak Jepun dan keadaan ini telah memalukan kerajaan China yang merupakan kuasa besar di Asia ketika itu.Permulaan imprealisme Jepun ke atas China bermula disebabkan oleh peristiwa yang berlaku ke atas kelasi dari Ryukyu yang terdampar di Pulau Formosa (Taiwan) dan mereka telah dibunuh oleh orang asli pulau tersebut.Pulau-pulau Ryukyu terletak di pertengahan perjalanan antara Kyushu di selatan Jepun dan Formosa.Kedua-duanya selama beberapa abad telah mengiktiraf ketuanan China.[2].Peristiwa pembunuhan ini digunakan oleh pihak Jepun untuk melindungi orang-orang Ryukyu.Sehubungan dengan itu, pihak Jepun telah mengantar angkatan tentera untuk menyerang Formosa pada tahun 1874 dan berjaya menguasai sebahagian pulau tersebut.Tindakan Jepun ini telah dibantah oleh kerajaan China dan kerajaan China mengambil langkah untuk melancarkan perang ke atas Jepun.Namun begitu, peperangan tidak dapat diteruskan disebabkan campurtangan British dalam konflik ini.Penyelesaian ke atas konflik antara China dan Jepun dapat diselesaikan dimana, kerajaan China bersetuju untuk membayar ganti rugi kepada keluarga-keluarga mangsa.Keadaan ini menunjukan kelemahan pihak China yang terpaksa memenuhi permintaan Jepun terhadap peristiwa tersebut.
Konflik China dan Jepun masih berterusan disebabkan keinginan kedua-dua pihak untuk menguasai Korea.Pada peringkat awal, hubungan China dan Korea telah lama terjalin berdasarkan konsep konfius.Namun, pada tahun 1871, tentera Korea telah menyerang kapal perang Jepun dan peristiwa ini telah membawa kepada satu perjanjian persahabatan dan perdagangan yang telah ditandatangani di Kianghwa. Isi kandungan perjanjian tersebut:Jepun mengiktiraf Korea sebagai sebuah negara merdeka, keistimewaan diberikan kepada Jepun di dalam kes-kes jenayah dantiga pelabuhan Korea dibuka kepada Jepun iaitu Chemulpo, Fusan dan Wonsan.[3]Ketika ini juga, kerajaan China menuntut semula kekuasannya terhadap Korea sehingga termeterai perjanjian pada 18 April 1885 yang dikenali sebagai Persetujuan Peking, yang mengarahkan kedua-dua negara membawa tentera mereka keluar dari Korea. Namun, perang China dan Jepun tercetus pada 1 Ogos 1894 yang menyaksikan kelemahan tentera China yang berjaya dikalahkan oleh tentera Jepun. Sehubungan itu, langkah perundingan dibuat oleh China dengan menghantar Li Hung-chang untuk berunding dengan Hirobumi Ito di Shimonoseki.Pihak China terpaksa menunaikan segala permintaan Ito.[4]
            Kekalahan China yang merupakan kuasa besar di Asia kepada Jepun telah membuka mata kuasa-kuasa Barat untuk menguasai China.Kekuatan Jepun ketika ini juga telah menepiskan pandangan kuasa-kuasa Barat terhadap Jepun yang mencetuskan fenomena dalam sejarah dunia sebagai kuasa yang kuat di Asia.Kelemahan China yang dapat dilihat oleh kuasa-kuasa Barat dan peluang ini digunakan oleh mereka untuk menguasai wilayah-wilayah yang berpotensi besar dan memberi keutungan kepada mereka.Tidah boleh disangkal lagi bahawa Jepun telah membawa kemaraan imperialisme Barat ke atas negara China disebabkan kekalahan China kepada Jepun.
BENTUK-BENTUK IMPERIALISME DI CHINA
Imperialisme ialah kegiatan sesebuah negara untuk meluaskan wilayahnya dengan menguasai dan menjajah negara-negaralain bertujuan untukmendapatkan keuntungan dari segi politik dan ekonomi.Kemaraan imperialisme Barat di China dapat dilihat menerusi perjanjian-perjanjian yang ditandatangani.Misalnya Perjanjian Nanking yang ditandatangani antara China dengan British menyaksikan bentuk imperialisme British ke atas China. Walaupun rundingan telah dibuat, namun keputusan rundingan tersebut tidak menyebelahi pihak China. Perjanjian-perjanjian yang dibuat dengan kuasa-kuasa Barat yang lain seperti Rusia, Perancis dan Jerman juga menuntut pelbagai permintaan yang merugikan kerajaan China.Melalui perjanjian juga telah membuka peluang penyebaran agama Kristian di China.Misalnya, Perjanjian Wangshia dan Perjanjian Whampoa memberi kebenaran dalam menyebarkan agama Kristian di China.
            Selain itu, bentuk pajakan juga turut dilakukan oleh imperialisme Barat ke atas China.Pajakan yang dibuat adalah untuk memberi keuntungan kepada mereka.Misalnya, Rusia memajak pelabuhan Arthur selama 25 tahun untuk dijadikan pangkalan tentera laut Rusia.Kerajaan China juga memberikan pajakan kepada kuasa-kuasa Barat disebabkan kekalahan mereka dalam peperangan.Keadaan ini menyaksikan kelemahan kerajaan China dalam menangani imperialisme Barat.
CABARAN DAN LANGKAH
Pihak Jepun yang memulakan imperialisme ke atas China telah mencabar kuasa-kuasa Barat yang lebih berkuasa berbanding kuasa Jepun.Oleh itu, kuasa-kuasa Barat mula mengorak langkah untuk menguasai wilayah-wilayah China atas kepentingan tersendiri.Imperialisme Barat ke atas China adalah cabaran yang besar yang perlu ditangani oleh kerajaan China.Kerajaan China mengambil pelbagai langkah seperti peperangan, rundingan dan perjanjian bagi mengekang kuasa-kuasa Barat.Namun begitu, segala langkah yang diambil oleh China adalah merugikan kerajaan China sendiri.
BRITISH
Pihak British merupakan cabaran utama China dalam kemaraan imperialisme Barat kerana melalui Perjanjian Nanking yang ditandatangani oleh British dan China telah membawa kemasukan kuasa-kuasa Barat yang lain ke China. Konflik yang berlaku antara China dengan British disebabkan ketidakpuasan British terhadap sekatan perdagangan yang dikenakan oleh kerajaan China kepada pedagang Barat.Sekatan-sekatan yang dikenakan adalah seperti aktiviti perdagangan terhad di pelabuhan Canton sahaja, wanita dan senjata tidak boleh dibawa masuk, pedagang tidak dibenarkan mengadakan hubungan dengan pegawai China tetapi melalui Co-Hong dan sebagainya. Disebabkan perdagangan dengan China amat penting, maka British berusaha untuk membuka perdagangan China dengan lebih luas. Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan untuk mendekati pasaran China seperti menghantar misi perdagangan dan diplomasi ke China, membawa barangan berharga dari Eropah dan Asia untuk didagangkan dan mengadakan hubungan dengan peniaga atau orang tempatan bagi mengukuhan hubungan dagangan dengan mereka.[5]Walau bagaimanapun, segala usaha British menemui kegagalan disebabkan kedegilan kerajaan China itu sendiri.
            Kedegilan kerajaan China telah mencabar kewibawaan British, maka itu British telah memperkenalkan candu sebagai alternatif untuk mewujudkan hubungan perdagangan dengan China.[6]Permintaan terhadap candu sangat tinggi di kalangan penduduk China.Misalnya, pada tahun 1838 hingga 1839 pengimportan candu dianggarkan sebanyak 40,000 peti.[7]Keadaan ini membawa masalah penagihan candu dikalanganpegawai-pegawai kerajaan.Keadaan ini telah merunsingkan kerajaan China dan larangan penghisapan candu yang dikeluarkan oleh maharaja melalui dikri juga tidak berjaya untuk menyekat perdagangan candu di China.Sehubungan dengan itu, Maharaja Tao Kuang telah melantik Lin Tse-hsu untuk mengatasi masalah perdagangan candu.Beliau telah mengeluarkan arahan kepada pedagang Barat untuk menyerahkan candu.
            Arahan yang dikeluarkan oleh Lin Tse-hsu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pedagang-pedagang British.Dasar beliau adalah untuk menangani secara agresif dengan peniaga candu China, broker dan pengguna dan berhadapan dengan sabar, tetapi tegas kepada peniaga asing.[8] Keadaan ini telah membawa peperangan ke atas China apabila Kapten Charles Elliot yang enggan menandatangani surat akuan terhadap perdagangan candu maka, beliau mendesak pihak British untuk mengisytiharkan perang ke atas China. Pada peringkat permulaan, pihak China telah menghantar Ch’i-shan untuk mengadakan rundingan damai bagi mengelakkan peperangan.Rundingan damai tersebut diadakan pada Januari 1841, dan dikenali sebagai Konvensyen Ch’uan-pi.[9] Antara isi-isi kandungan konvensyen Ch’uan-pi: penyerahan Hong Kong kepada British, bayaran ganti rugi sebanyak 6,000,000 tahil, dan perhubungan rasmi yang terus berdasarkan persamaan dan perdagangan di Canton dibuka semula. Namun begitu, peperangan tetap meletus disebabkan kegagalan Konvensyen Ch’uan-pi dan British berjaya menguasai beberapa buah bandar seperti Amoy, Tinghai dan Ningpo.
            Cabaran yang diterima oleh China oleh pihak British telah menimbulkan kegelisahan kerajaan China maka pihak China telah menghantar Chi’ing Ying dan Chapu I-li-pu untuk mengadakan rundingan.Akhirnya, kedua-dua pihak bersetuju mengadakan rundingan di Nanking pada tahun 1842.Rundingan ini menghasilkan Perjanjian Nanking yang ditandatangani pada 29 Ogos 1842.[10] Antara isi-isi kandungan Perjanjian Nanking: pembayaran ganti rugi, menghapuskan sistem Co-Hong, menyerahkan Hong Kong kepada British membuka lima pelabuhan pedagangan iaitu Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai. Selain itu, pihak British juga membuat perjanjian tambahan yang dikenali sebagai Perjanjian Bogue.
Walaupun langkah perundingan dan perjanjian yang diambil oleh pihak China, namun cabaran China tidak berhenti di situ.Konflik antara British dan China masih berterusan disebabkan oleh insiden Kapal Arrow sehingga mencetuskan Perang Arrow.Insiden ini berlaku disebabkan oleh seorang pegawai China telah menahan 12 anak kapal dan menurunkan bendera British.Keengganan pegawai tersebut memohon maaf menyebabkan British menyerang Whampoa dan Canton.Serangan balas dilakukan pada 28 Oktober 1856, Yeh Ming-ch’en mengarahkan untuk menyerang orang British dengan menawarkan ganjaran sebanyak 30 dolar setiap nyawa. Rundingan dibuat pada 5 Januari 1858 di Taku namun, rundingan tersebut gagal dan pihak British telah menawan Taku dan Tientsin. Pihak China melihat keadaan semakin genting, maka rundingan lain dibuat dengan mengantar tiga pegawai dan rundingan ini membawa kepada Perjanjian Tientsin. Antara isi kandungan Perjanjian Tientsin:Pembukaan 10 buah pelabuhan baru, kebenaran bergerak di pedalaman dengan menggunakan passport, cukai transit dalaman ditetapkan, ganti rugi sebanyak 4 juta tahil (British) dan 2 juta tahil (Perancis) dan kebebasan bergerak bagi mubaligh kristian. Berdasarkan cabaran yang diberikan oleh British terhadap China, langkah perundingan dan perjanjian telah diambil oleh China bagi menghadapi cabaran tersebut walaupun, langkah yang diambil merugikan pihak China sendiri
RUSIA
Umumnya hubungan antara China dengan Rusia telah berakhir pada tahun 1847 apabila Rusia mengambil peluang keemasan merampas China dalam Perang Candu, untuk mengembangkan wilayah mereka di China.[11]Cabaran yang dihadapi oleh China adalah berkaitan kemaraan Rusiake atas wilayah Ili. “Control of Ili had always facilitated control of all Sinkiang and many Western military experts described Ili as the fortress of Chinese Turkestan”.[12]Petikan tersebut menyaksikan keistimewaan Ili menjadi rebutan kuasa Barat.
Penglibatan Rusia ke atas Ili di barat laut Sinkiang disebabkan kedudukannya yang tidak jauh dari sempadan Rusia.[13]Ketika itu Ili telah diduduki oleh sekumpulan penjahat untuk jangka masa yang panjang. Kerana ia terletak tidak jauh dari sempadan Rusia, menteri Rusia di Peking berulang kali meminta kerajaan China  untuk menghantar pasukan ekspedisi untuk menawan semula bandar Ili dan Rusia menawarkan bantuanketenteraan, atas alasan bahawa selagi penyamun tinggal di Ili, Rusia tidak boleh menarik balik tentera beliau dari sempadan.[14]Namun begitu, Pejabat Pengurusan Am menolak tawaran Rusia, disebabkan kerajaan China tidak boleh menghantar ekspedisi ke Ili pada masa ini kerana keadaan tidak menentu di Kansu.[15]Pada tahun 1871, Rusia telah menghantar tentera beliau untuk menduduki Ili.Apabila berita itu tiba di Peking, satu rundingan dengan Rusia dibuat untuk mendapatkan semula wilayah Ili dan balasannya China perlu menyediakan beberapa konsesi perdagangan dan kewangan kepada Rusia.Rundingan ini membawa kepada Perjanjian Ili 1881:China mengakui kepada Rusia bahagian barat Ili, pembayaran 9000000 Rubles sebagai pampasan kepada Rusia dan pembukaan bandar-bandar China bagi perdagangan Rusia.
Pada bulan Ogos 1896, Rusia telah berunding untuk mendapatkan hak membina landasan keretapi sepanjang 950 batu melalui Manchuria ke Vladivostok yang mana landasan Trans-Siberia dapat dipendekkan dan perbelanjaan yang tinggi untuk membina terowong dan jambatan di atas perjalanan Amur dapat dielakkan.[16]Namun, hasrat Rusia ini tidak dilayan oleh pentadbiran di Peking namun, Li Huang-chang membuat perjanjian sulit dengan Rusia.[17]Tindakan yang diambil oleh Li Huang-chang untuk melindungi China dari serangan Jepun.Perjanjian rahsia pakatan antara China dan Rusia adalah berkaitan dengan penggunaan pelabuhan China oleh Rusia dan pembinaan keretapi (later known as the Chinese Eastern Railroad)melalui Manchuria ke Vladivostok.[18]Walaupun, China mengambil langkah untuk menghadapi serangan Jepun dengan meminta bantuan Rusia, namun China terpaksa memberikan insentif kepada Rusia sebagai ganjaran.
PERANCIS
Cabaran yang dihadapi oleh kerajaan China terhadap Perancis disebabkan oleh konflik yang berlaku di Annam (kini dikenali sebagai Vietnam).Vietnam terletak di wilayah selatan dikuasai oleh penjajahan Perancis pada tahun 1862 hingga 1867, adalah salah satu negara jajahan tertua China, melalui hubungan politik dan ekonomi.[19]Perjanjian 1874 yang dikeluarkan oleh Mahkamah Hue mengumumkan perpecahan antara Annam dan China.Namun begitu, kerajaan China menganggap mereka masih bertanggungjawab dalam hal ehwal Annam.Keadaan ini dapat dilihat apabila, maharaja Tu-Duc telah meminta bantuan China pada tahun 1879 bagi menangani kes penyamun.Keadaan ini telah melanggari perintah Mahkamah Hue.
            Seterusnya, serangan Bendera Hitam yang dipimpin oleh Liu Yong-futelah menduduki sebahagian besar daripada delta Tongking, dengan persetujuan daripada kerajaan Annam.Keadaan ini dihalang oleh tentera Perancis kerana pendudukan Bendera Hitam akan menganggu pelan perkembangan perdagangan mereka di rantau ini. Sehubungan itu, kekacauan yang berlaku di Tongking,China merasakan kerajaan China perlu mengatasinya.Dengan persetujuan Peking, Gabenor Guangxi, Yunnan dan Guangdong serta wilayah-wilayah bersebelahan Tongking, mereka telah menghantar beberapa kontinjen kecil tentera di sana pada tahun 1881 dan 1882.[20]Keadaan ini bertambah teruk apabila Henri Riviere bertempur dengan Bendera Hitam dan beliau dibunuh pada tahun 1883.Pada penghujung bulan Jun 1884, tentera yung -ying yang diketuai oleh Wang Te-pang merupakan salah satu bekas pegawai Tso Tsung-t’ang, mengalahkan Perancis berhampiran Bacle selepas tiga hari bertempur.[21]Di mata sesetengah orang, China berada di ambang kemenangan apabila rundingan damai memaksa pemberhentian permusuhan pada 4 April 1885.[22]Walau bagaimanapun, pada tahun 1885, Annam telah dikuasai oleh Perancis yang selama ini Annam merupakan jajahan takluk China.
Seterusnya, Perancis telah memajak Kwangchow atas persetujuan China untuk dijadikan sebagai pangkalan tentera laut selama 99 tahun.Apabila Perancis ingin memulangkan semula Kwangchow setelah tamat tempoh memajak telah berlaku pembunuhan ke atas2 orang pegawai tentera laut Perancis berdekatan Kwangchow dan Perancis telah menggunakan kesempatan ini untuk memaksa China untuk menerima perjanjian. Antara isi-isi perjanjian:[23] Perancis memajak Teluk Kwangchow dan pulau-pulau yang berhampiran, Perancis mentadbir wilayah yang dipajak, hak untuk menyediakan landasan keretapi dari Tongking ke Yunnan-fu dan orang Perancis dilantik di dalam perkhidmatan pos China. Walaupun, konflik yang berlaku antara China dan Perancis cuba ditangani dengan serius namun kelemahan-kelemahan China menjadi kekangan China untuk memperoleh kemenangan.
JERMAN
Tahun 1898, Jerman menubuhkan koloni di Teluk Kiaochow[24] (Chiao-chou Bay) di wilayah Shantung dan mendapat keistimewaan dari wilayah tersebut.[25]Imperialisme Jerman ke atas China bermula akibat pembunuhan dua paderi Jerman iaitu Henle dan Nies pada 1 November, 1897 di sebuah kampung di Chu-yeh-hsien, Shantung.Pembunuhan ini diketuai oleh Ta-tao-hui yang merupakan anti-mubaligh.Sehubungan dengan itu, Bishop Anzer berasa marah atas kejadian yang berlaku dan mengambil peluang untuk memajakTeluk Kiaochowbagi membela kematian dua orang paderi tersebut. Beliau menyatakan “would now use the opportunity to occupy Kiaochow, by far the best and from every vantage point the base with the finest capabilities for development for us”.[26] Dalam pada masa yang sama, Jerman berhasrat untuk mendapatkan sebuah pangkalan tentera laut di China. Jurutera-jurutera Jerman pada tahun 1897 telah menyukat pantai China dan telah berminat dengan pelabuhan Kiaochow yang mempunyai nilai ketenteraan.[27]
            Pada 10 November, Admiral Diedrichs bersama kapal perang (Kaiser, Prinzess Wilhelm and Cormoran) menuju keTeluk Kiaochow untuk melancarkan peperangan. Langkah yang diambil oleh kerajaan China dengan menghantar tentera antara 1600 dan 2000 orang yang diketuai oleh Chang Kao-yuan, namun gagal.Konflik yang berlaku menyebabkan Heyking dan Diedrichs memberikan hukuman terhadap China berdasarkan kejadian yang berlaku dengan menyatakan beberapa permintaan:China perlu memberikan Jerman pampasan dalam pajakan Teluk Kiaochowdan meminta hak dalam pembinaan laluan keretapi di Shantung dan melombong. Pada 27 November, Weng T’ung-ho dan Chang Yin-huan berunding dengan Heyking dan mereka bersetuju dengan permintaan Jerman.Namun mereka masih teragak-agak untuk menyerahkanTeluk Kiaochow.Weng mencuba memujuk Heyking untuk menerima pembukaan Teluk Kiaochowsebagai perjanjian pelabuhan sahaja.[28]Namun cubaan Weng ditolak.
Bulan Januari, mubaligh Jerman dibunuh di wilayah Kwangtung dan tentera Jerman mati dalam pertempuran dengan penduduk tempatan di Chi-mo. Kejadian ini menyebabkan China terpaksa membayar ganti rugi dan membina 3 gereja dan 7 buah petempatan untuk bishop dan Tsungli Yamen telah meluluskan draf perjanjian berkaitan dengan keistimewaan terhadap Teluk Kiaochow dan Shantung.Peristiwa yang berlaku antara China dan Perancis telah memihak kepada Perancis maka, China terpaksa memenuhi segala permintaan Perancis.Permintaan Perancis telah merugikan kerajaan China yang berusaha untuk mempertahankan Teluk Kiaochow daripada jatuh ke tangan Perancis.Keadaan ini telah menunjukkan kelemahan China yang membolehkan imperialisme Perancis ke atas China.
ENGLAND
Imperialisme Barat yang berlaku di China menimbulkan perasaan tidak senang oleh pihak England.Hal ini kerana, England hanya berminat untuk menjalankan aktiviti perdagangan di China berbanding mencampuri politik di China.Sekiranya, wilayah-wilayah China dikuasai oleh kuasa-kuasa Barat maka, aktiviti perdagangan turut memberikan kesan kepada pihak England.Oleh itu, England begitu menetang terhadap pemecahan empayar China, tetapi England tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perkembangan yang membawa kepada kehancurannya.[29]Namun begitu, desakan dari kuasa-kuasa Barat yang masing-masing berusaha untuk menguasai wilayah-wilayah China menyebabkan England memajak Wei-Hai-Wei selama 99 tahun.Kesemua bahagian Semenanjung Kowloon dari Teluk Deep hingga Teluk Mirs telah dipajakkan kepada England dan England juga mendapat hak untuk membina landasan keretapi dari Kowloon ke Canton.[30]
KESIMPULAN
Negara China ketika ini diibaratkan “sebiji buah tembikai yang dipotong-potong” dimana wilayah-wilayah di China dikuasai oleh kuasa-kuasa Barat.Kuasa-kuasa Barat seperti British, Jerman, Perancis dan Rusia memberikan cabaran kepada China demi kepentingan ekonomi dan politik mereka.Mereka berusaha menguasi China dan menggunakan peluang yang ada bagi mendapat konsesi wilayah yang mereka inginkan.Walau pelbagai langkah-langkah diambil untuk menyekat kemaraan imperialisme Barat ini, namun pihak China menemui kegagalan.Malahan, kerajaan China terpaksa menurut segala kemahuan dan permintaan mereka berdasarkan segala perjanjian yang telah ditandatangani.Kelemahan China dari aspek pentadbiran dan ketenteraan menjadi penyebab utama kejatuhan China ke atas kuasa-kuasa Barat.
RUJUKAN
Dun J. Li, China in Transition: 1517-1911, New York: Van Nostrand Reinhold Company, 1969.
Gilbert Khoo & Dorathy Lo, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, Kuala Lumpur: Heneinamm Educational Books, 1978.
Immanuel C.Y Hsu, The Rise of Modern China, New York: Oxford University, 1995.
Jean Chesneaux, Marianne Bastid & Marie-Claire Bergere, China from the Opium Wars to the 1911 Revolutio, New York: Pantheon Books, 1976.
John. E. Schrecke, Imperialism and Chinese Nationalism: Germany in Shantung, Cambridge: Harvard University Press, 1971.
John K. Fairbank & Kwang Ching-Liu, The Cambridge History of China, Vol II, Late Ch’ing, 1800-1011, part 2, United States: Cambridge University Press, 1980.
Suffian Mansor, Sejarah China Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009.

Peta 1.0: Sempadan Rusia dan China
Sumber: Dun J. Li, China in Transition: 1517-1911, New York: Van Nostrand Reinhold Company, 1969.

LAMPIRAN



[1]Peranan Hoppo ditukarkan kepada Hong.Hong dilantik oleh pihak Istana dan terdiri daripada 13 orang saudagar China.Golongan ini telah menubuhkan kesatuan dagang yang dinamakan sebagai Co-Hong.
[2] Gilbert Khoo & Dorathy Lo, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, Kuala Lumpur: Heneinamm Educational Books, 1978, hlm. 887.
[3] Immanuel C.Y Hsu, The Rise of Modern China, New York: Oxford University, 1995, hlm. 335.
[4] Gilbert Khoo & Dorathy Lo, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, hlm. 896.
[5] Suffian Mansor, Sejarah China Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009, hlm. 8.
[6]Candu diperkenalkan oleh orang Arab dan Turki kepada China dalam perubatan untuk mengurangkan kesakitan.Dalam bahasa Cina, candu disebut sebagai ying-su, mi-nang, a-fu-yung atau po-pi.Lihat, Immanuel C.Y Hsu, The Rise of Modern China, hlm. 168-169.
[7]Suffian Mansor, Sejarah China Moden, hlm. 21.
[8]Immanuel C.Y Hsu, The Rise of Modern China, hlm. 179.
[9]Suffian Mansor, Sejarah China Moden, hlm. 24.
[10]Ibid., hlm. 25.
[11] Dun J. Li, China in Transition: 1517-1911, New York: Van Nostrand Reinhold Company, 1969, hlm.167.
[12]Immanuel C.Y Hsu, The Rise of Modern China, hlm. 317.
[13]Lihat peta 1.0.
[14] Dun J. Li, China in Transition: 1517-1911, hlm. 182.
[15] Ibid,
[16] Gilbert Khoo & Dorathy Lo, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, hlm. 900.
[17]Lihat lampiran.
[18] Dun J. Li, China in Transition: 1517-1911, hlm. 168.
[19] Jean Chesneaux, Marianne Bastid & Marie-Claire Bergere, China from the Opium Wars to the 1911 Revolutio, New York: Pantheon Books, 1976, hlm. 193.
[20]Ibid.
[21] John K. Fairbank & Kwang Ching-Liu, The Cambridge History of China, Vol II, Late Ch’ing, 1800-1011, part 2, United States: Cambridge University Press, 1980, hlm. 251.
[22] Ibid.
[23] Gilbert Khoo & Dorathy Lo, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, hlm. 904
[24]Teluk Kiaochow merupakan kawasan yang besar di Sungai Kuning iaitu 15 kaki panjang, 15 kaki lebar. Lihat, John. E. Schrecke, Imperialism and Chinese Nationalism: Germany in Shantung, Cambridge: Harvard University Press, 1971, hlm. 14.
[25]Ibid., hlm. 1.
[26]Ibid., hlm. 33.
[27]Gilbert Khoo & Dorathy Lo, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, hlm. 902.
[28]John. E. Schrecke, Imperialism and Chinese Nationalism: Germany in Shantung, hlm. 37.
[29]Gilbert Khoo & Dorathy Lo, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, hlm. 905.
[30]Ibid., hlm. 906.


No comments:

Post a Comment

Persidangan di Calcultta telah mendorong PKM untuk melancarkan gerakan bersenjata di Tanah Melayu pada Jun 1948. Jelaskan

PENGENALAN Komunisme berkembang dan melebarkan pengaruhnya di Tanah Melayu dan di seluruh Asia kerana pandangan para pemikir komunis ...