PENGENALAN
Tunku
Abdul Rahman dalam satu ucapan beliau di hadapan Persatuan Wartawan Asing di
sebuah hotel di Singapura pada 27 Mei 1961, menggagaskan penubuhan negara
Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei,
Sarawak dan Sabah. Antara lain, ia bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis,
mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepat
proses kemerdekaan terhadap Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Singapura
menyambut baik idea tersebut manakala Brunei enggan menyertainya.[1]
Sarawak dan Sabah yang pada mulanya menolak cadangan tersebut akhirnya telah
bersetuju apabila diberi jaminan mengenai pemerintahan sendiri.
Untuk memberikan kebebasan dan
keadilan kepada semua pihak, pada 17 Januari 1962 sebuah suruhanjaya yang
meninjau pandangan penduduk negeri-negeri tersebut telah diumumkan dan dikenali
sebagai Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya itu dianggotai oleh 5 orang ahli,
dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh dua wakil Kerajaan
British, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston sementara wakil kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu pula terdiri daripada Datuk Wong Pow Nee dan Encik
Mohamed Ghazali Shafie seterusnya Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.
Sepanjang Februari-April 1962, Suruhanjaya
ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada
pelbagai pihak yang terdiri daripada parti-parti politik, ahli-ahli mesyuarat
kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum,
majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang
memberikan pandangan.[2]
Secara keseluruhan, lebih 80% bersetuju dengan gagasan tersebut dan pada 21 Jun
1962, laporan tersebut telah diserahkan kepada kerajaan British.
Kata sepakat telah dicapai antara
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Harold
Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London.
Rundingan tersebut berlangsung selama 2 minggu. Pada 9 Julai 1963, satu
perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di
Malborough House, London.[3]
Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh
wakil-wakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan
Singapura. Kerajaan British telah diwakili oleh Perdana Menteri Encik Harold
Macmillion dan Encik Ducan Sandys dan Lord Landsdowne.
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
pula telah diwakili oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak,
Encik Tan Siew Sin, Datuk V.T. Sambanthan, Datuk Ong Yoke Lin dan Dr. Lim Swee
Aun. Sabah pula telah diwakili oleh DatukMustapha bin Datuk Harun, Encik Donald
A.Stephen, Encik W.K.H. Jones, Encik Khoo Siak Chiew, Encik W.S Holley dan
EncikG.D. Sundang. Wakil-wakil dari negeri Sarawak pula terdiri draipada Encik
P.E.H. Pike, Temenggung Jugah, Datuk Bandar Abang Haji Mustapha, Encik Beng
Siew dan Datuk Abang Haji Openg. Sementara itu, Singapura telah diwakili oleh
Encik Lee Kuan yew dan Encik Goh Keng Swee.[4]
Kedua-dua negara bersetuju mengeluarkan kenyataan bersama pada 12 Julai 1963
iaitu Kerajaan British bersetuju menyerahkan kedaulatan Sabah, Sarawak dan
Singapura kepada Kerajaan Malaysia dan Malaysia akan wujud pada 31 Ogos 1963.
Ketika ura-ura pembentukan Malaysia
menjadi kenyataan, Filipina dan Indonesia menentang keras gagasan tersebut.
Filipina mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada wilayahnya manakala
Indonesia yang mempunyai perancangan mewujudkan Indonesia Raya telah cuba
menggagalkan usaha tersebut dengan lebih keras lagi dengan mengisyhtiharkan
Konfrantasi pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’. Tentera
Indonesia dihantar menyusup sempadan Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak
serta Johor.
Cabaran getir yang dihadapi ini
tidak mematahkan semangat pemimpin dan rakyat Persekutuan Tanah Melayu,
Singapura, Sarawak dan Sabah untuk melihat satu negara bersatu. Walaupun
perancangan sebenar pengisyhtiharan akan dibuat pada 31 Ogos 1963, majlis
tersebut terpaksa ditangguhkan.[5]
Lawrance Michelmore selaku wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali
mengadakan tinjauan pandangan penduduk Borneo Utara dan Sarawak. Pada 14
September 1963, laporan telah dikeluarkan yang mengesahkan majoriti penduduk
negeri tersebut menyokong penyertaan dalam Persekutuan Tanah Melayu. Justeru,
pada 16 September 1963, gagasan tersebut telah menjadi kenyataan dan lahirlah
sebuah kesatuan yang dikenali sebagai Malaysia.
Pengisytiharan tersebut dibuat di
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Upacara membaca deklarasi penubuhan Malaysia itu
telah dilakukan di hadapan Yang Di Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu Melayu,
Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura dan Sabah. Turut serta dalam
upacara itu ialah tiga orang pemimpin dari tiga buah negeri yang baru dalam
Persekutuan Malaysia iaitu Encik Lee Kuan Yew, Encik Donald Stephens dan Encik
Stephen Kalong Ningkan.[6]
Bagaimanapun, penyertaan Singapura hanya mampu bertahan selama dua tahun
apabila terpaksa berpisah pada tahun 1965.
TUJUAN UTAMA DI SEBALIK
PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
1)
Mengelak
Ancaman Komunis
Sebab
utama penubuhan Malaysia adalah untuk menentang kegiatan komunis yang kian
bertambah di Singapura dan situasi politik pada tahun 1950-an. Ejen-ejen
komunis telah meresap masuk ke sekolah Cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun
1954, komunis elah menganjrkan satu pemogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini
merebak menjadi rusuhan. Selain itu, Parti Tindakan Rakyat (People’s Action
Party-PAP) di bawah pimpinan Lee Kuan
Yew yang memerintah Singapura waktu itu sedang mengalami kemerosotan akibat komunis
yang merampas pucuk pimpinan PAP.[7]
Fenomena ini dapat dilihat apabila PAP kalah dalam pilihan raya kecil di
kawasan Hong Lim kepada Ong Eng Guan dari Parti Rakyat Singapura (United
People’s Party-UPP) pada bulan Mei 1961 dan pilihan raya di kawasan Anson
kepada Parti Buruh pada bulan Julai 1961. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir
golongan berhaluan kiri dari PAP.
Pengaruh komunis turut berkembang
sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu Barisan Sosialis di bawah pimpinan
Lim Chin Siong ditubuhkan. Keadaan ini telah membimbangkan Persekutuan Tanah
Melayu dari segi urusan politik dan ekonomi sekiranya PAP digulingkan. Tunku
Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk ke Tanah Melayu.[8]
Beliau berharap agar dengan gagasan Malaysia, hasrat komunis menguasai
Singapura gagal dan seterusnya dapat menyekat pengaruh mereka. Lee Kuan Yew
berminat bergabung dengan Malaysia kerana perkembangan pengaruh Barisan
Sosialis yang memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura pada bulan April
1961.
Kebangkitan
pengaruh Barisan Sosialis akan melemahkan parti pimpinan Lee Kuan Yew iaitu
Parti Tindakan Rakyat atau People’s Action Party (PAP) pada masa depan.
Perkembangan ini membimbangkan kerana menggugat rancangan kerajana British
untuk memberikan kemerdekaan kepada Singapura. Barisan Sosialis dianggap oleh
Lee Kuan Yew sebagai gerakan berhaluan kiri. Ancaman komunis juga merupakan
salah satu faktor pembentukan Malaysia.[9]
Lee Kuan Yew telah menggunakan alasan ini untuk mendesak British menggabungkan
Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Tambahan pula, Persekutuan Tanah Melayu
mempunyai pengalaman yang lama dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya
(PKM) iaitu sepanjang tempoh darurat dari tahun 1948 hingga tahun 1960.
Selain
itu, ancaman komunis juga wujud di Sarawak yang diperjuangkan oleh Clandestine
Communist Organization (CCO) yang bermatlamat menjadikan Sarawak sebagai negara
komunis. Masalah ini merupakan antara faktor terpenting yang mendorong Tunku
Abdul Rahman mengemukakan idea pembentukan Malaysia. Penyertaan Singapura, Sarawak
dan Sabah ke dalam Malaysia diharapkan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi
menghadapi ancaman komunis.[10]
Penubuhan Malaysia akan mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura
dan Brunei kerana pada masa ini Sarawak, Sabah dan Brunei masih belum mampu
brkerajaan sendiri. Penyertaan mereka akan menjamin kemerdekaan yang lebih awal
kerana mengikut perancangan, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun.
Di samping itu, mereka dapat menikmati pembangunan sosial, ekonomi dan politik.
Penubuhan
Malaysia ialah proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang
belum membangun. Pada masa ini, hampir kesemua negara di Asia Tenggara telah
berjaya mendapatkan kemerdekaan. Dalam perhimpunan Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun
1960 telah timbul usul agar tanah-tanah jajahan dimerdekakan. Kejayaan
pembentukan Malaysia diharapkan dapat memberikan kestabilan politik kepada
rantau Asia Tenggara.[11]
British berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis
di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo. British perlu mengambil
langkah-langkah ke arah memastikan kepentingan mereka terus terkawal terutama
pangkalannya di Singapura. Parti Tindakan Rakyat (PAP) dikenali juga dengan
nama seingkatnya PETIR. Parti ini menggunakan lambang petir.
2)
Memberi
Kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei
Melalui
penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei
dan Singapura akan mendapat kemerdekaan yang lebih awal daripada yang dijangkakan.
Ini memandangkan negara-negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan
British sewaktu cadangan ini ditimbulkan.[12]
Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkan dalam status cadangan negeri
jajahan manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan. Pada
tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis
ditubuhkan tetapi dibubarkan semasa darurat.
Walau bagaimanapun, satu pertubuhan
komunis sulit iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak telah bergerak dalam kalangan
kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina
menentang British.[13]
Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu, kerajaan
British melancarkan operasi pisang untk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi
gagal.[14]
Dharapkan melalui gagasan ini, kestabilan politik yang diperolehi dapat
menentang ancaman komunis. Tunku Abdul Rahman percaya dengan membawa masuk
Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia akan lebih memudahkan dan mempercepatkan
kemerdekaan dua wilayah ini.
Di samping itu, kaum bumiputera
boleh menikmati layanan yang lebih baik apabila menyertai Persekutuan
sebagaimana yang dinikmati oleh orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.
Selain itu, Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk.
Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak dan Brunei jika digabungkan
dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah
Melayu dengan Singapura menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum.[15]
Hal ini disebabkan ¾ daripada penduduk Singapura berbangsa Cina. Kemasukan
Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum-kaum kerana 70% daripada
penduduk Borneo Utara ialah bumiputera.
3)
Kemajuan
Ekonomi Bersama
Melali
Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama
ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak langsung,
negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu
negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi. Menurut Tunku,
apa yang penting melalui Persekutuan Malaysia ia dapat membantu
mempertingkatkan pembangunan ekonomi. Ini kerana Sabah dan Sarawak ialah negeri
yang masih mundur manakala Tanah Melayu, Singapura dan Brunei ialah
negeri-negeri yang kaya.[16]
Dengan ini, kekayaan di
negeri-negeri yang kaya akan dipindahkan ke negeri-negeri yang mundur untuk
membiayai projek pembangunan. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan
mentah seperti bijih timah manakala Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya.[17]
Pelabuhan Singapura pula akan lebih selamat sekiranya menyertai Persektuan
Malaysia.
4)
Mempercepatkan
Proses Kemerdekaan
Penubuhan
gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah,
Sarawak, Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberi kemerdekaan yang
lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan
Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia. Sekiranya ditinjau, Singapura berstatus
koloni British sementara Sabah dan Sarawak adalah tanah jajahan British.[18]
Jadi, hal ini menunjukkan bahawa Singapura, Sabah dan Sarawak mempunyai sistem
pentadbiran seiring dengan sistem yang dibentuk oleh pihak British.
Tanah Melayu juga menjalin hubungan
politik dan ekonomi dengan Singapura, Borneo Utara dan Sarawak semasa British
mentadbir. British pada awalnya tidak yakin bahawa wilayah-wilayah Borneo telah
bersedia untuk merdeka dan mereka juga tidak yakin bahawa wilayah tersebut
bersedia menyertai Malaysia tanpa permindahan kuasa secara beransur-ansur
kepada kerajaan persekutuan.[19]
Akan tetapi, siri perbincangan dan penyiasatan telah dilakukan berhubung
syarat-syarat yang sesuai untuk pergabungan dan sesuai untuk sebuah
persekutuan. Akhirnya, perbincangan para pemimpin dari lima buah negeri itu
dalam mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Serantau yang diadakan di Singapura
pada Julai 1961.
Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan dan
dipengerusikan oleh Lord Cobbold untuk meninjau dan menilai pandangan penduduk
Borneo Utara dan Sarawak tentang Persekutuan Malaysia. Walaupun berlaku
penentangan oleh beberapa parti politik di Borneo Utara, Sarawak dan Brunei
tetapi melalui penelitian keputusan pilihan raya kerajaan tempatan pada lewat
1962 dan 1963 memperlihatkan sebilangan besar penduduk mula bersetuju menyokong
Persekutuan Malaysia.[20]
Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan
menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa
luar.
Pemberian kemerdekaan yang lebih
cepat dapat mengelakkan hasrat komunis untuk bertapak di Tanah Melayu dan di
negeri-negeri yang terlibat. Sekiranya negeri tersebut tidak diberi
kemerdekaan, British bimbang gagasan Malaysia akan dipengaruhi oleh komunis
serta kepentingan ekonomi dan sosial pada masa akan datang akan hilang.[21]
Selain itu, British juga bimbang akan keselamatan pelabuhan British di Asia
Tenggara. British turut berasa risau sekiranya kuasa luar lain akan menakluki
Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura.
5)
Menjaga
Kepentingan Kaum Bumiputera
Pembentukan
Persekutuan yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan
Singapura juga adalah untuk menjaga kepentingan dan kedudukan kaum bumiputera.
Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan
wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad
kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja.[22]
Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan
majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80% penduduk bukan
Melayu dan apabila bercantum dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu, penduduk
bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar.
Percantuman antara Tanah Melayu
dengan Singapura sahaja akan menjadikan pertusan masyarakat Cina menjadi 43.5%
sementara orang Melayu menjadi 43%. Hal ini disebabkan anggaran peratusan
penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960 adalah kira-kira 50% dan 36.9% orang
Cina.[23]
Justeru, apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum
bumiputera termasuk orang Melayu akan menjadi 46.3% sementara orang Cina
menjadi 42.4%. Ini bermaksud kemasukan Sabah dan Sarawak membolehkan kumpulan
orang Melayu dan bumiputera kekal sebagai kumpulan terbesar.
KESIMPULAN
Kejayaan
pembentukan Malaysia merupakan suatu cabaran untuk semua pemimpin Tanah Melayu
ketika itu. Walaupun pelbagai rintangan terpaksa dilalui namun atas kesabaran
serta kesungguhan mereka, Malaysia telah berjaya dibentuk apabila mendapat
sokongan pemimpin dan parti-parti di Singapura, Sabah dan Sarawak. Walaupun
Singapura telah menarik diri pada tahun 1965, hasrat pembentukan Malaysia ini
telah berjaya sehingga ke hari ini Malaysia telah maju dari segi politik,
soaial dan ekonominya.
Penubuhan
Malaysia juga jelas menunjukkan keinginan rakyat Sabah, Sarawak dan Singapura
malah Brunei sendiri untuk mencapai kemerdekaan melalui Malaysia. Ia juga
menunjukkan hasil dari satu persetujuan yang telah diterima oleh pihak yang
terlibat.[24]
Walaupun usaha-usaha untuk menubuhkan Malaysia terpaksa menghadapi banyak
halangan, satu perkara penting yang dapat diperhatikan bahawa penggabungan
wilayah-wialayah ini adalah dibentuk secara demokratik iaitu melalui pungutan
suara dan tidak ada unsur ugutan dari mana-mana pihak. Oleh yang demikian, kita
dapati apabila Singapura kemudiannya menimbulkan pelbagai masalah kepada
keajaan pusat, negara itu akhirnya didizinkan keluar dari Persekutuan Malaysia
pada tahun 1965.
Selain itu, pembentukan Malaysia
telah menunjukkan pandangan jauh Tunku Abdul Rahman iaitu Ketua Menteri
Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu. Jadi tidak hairanlah beliau telah
digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan Malaysia”.[25]
Hal ini adalah disebabkan kejayaannya memerdekaan bukan sahaja Persekutuan
Tanah Melayu tetapi juga Sarawak, Sabah dan Singapura. Semangat kerjasama,
setia kawan dan sikap toleransi antara pemimpin dengan rakyat pula telah
membawa kepada satu penggabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
dalam sebuah Pembentukan Malaysia. Inilah satu keunikan dan kebangsaan negara
kita yang perlu dipelihara dan dipertahankan agar semangat penubuhan
Persekutuan untuk mewujudkan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kerjasama
dalam sosial akan terus berkekalan sampai bila-bila.[26]
Selain itu, Tunku Abdul Rahman sekarang ini masih diingati oleh semua rakyat
Malaysia dan menjadi kebanggaan yang cemerlang bagi seluruh rakyat Malaysia
kerana telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu ini daripada penjajah asing.
Pembentukan
Malaysia ini telah melahirkan sebuah negara yang disegani dan disanjungi oleh
negara lain. Malaysia pada masa dahulu telah berjaya memerdekaan Tanah Melayu
daripada penjajah asing walaupun tentera Melayu pada masa itu hampir berputus
asa kerana mempunyai tentera yang terlalu sedikit untuk menentang penjajah
asing tetapi mereka memperkuatkan juga pertahanan mereka sehingga berjaya.[27]
Pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu bebas daripada penjajah asing dan diisyhtiharkan
merdeka dan dihasilkan sebuah lagu untuk memperingati bahawa Tanah Melayu telah
diisyhtiharkan merdeka. Selain itu, Tugu Negara telah didirikan di Kuala Lumpur
untuk memperingati pahlawan Tanah Melayu yang berkorban nyawa untk
mempertahankan Tanah Melayu ini. Kesimpulannya, kita patut menghargai dan
memperingati pengorbanan yang telah dilakukan untuk mempertahankan tanah air
daripada dibelenggu penjajah.
BIBLIOGRAFI
- Cheah
Boon Kheng, Malaysia : The Making of
a Nation, Singapore : Institute of Southeast Asian Studies, 2002.
- Mohammad
Agus Yusoff, Malaysian Federalism :
Conflict or Consensus, Bangi : Penerbitan Universiti Kebangsaan
Malaysia, 2006.
- Shaikh
Mohd Noor Alam, Fuedalisme di
Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.
- Vejai
Balasubramaniam, Politik Nasionalisme
dan Federalisme di Malaysia, Selangor : Penerbit Fajar Bakti, 1998.
- R.
S. Milne dan Daine K. Mauzy, Politik
dan Kerajaan di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,
1982.
- Mohamed
Noordin Sopiee, From Malayan Union
to Singapore Separation : Political Unification in The Malaysia Region
1945-65, Kuala Lumpur : Universiti Malaya Press, 1974.
- Ghazali
Shafie’s, Memoir on The Formation of
Malaysia, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, 1998.
- Malike
Brahim, Konflik dalam Pendemokrasian
Politik Sarawak, Petaling Jaya : IBS Buku Sdn. Bhd., 2011.
[1] Cheah Boon Kheng, Malaysia : The Making of a Nation,
Singapore : Institute of Southeast Asian Studies, 2002, hlm. 24.
[3] Mohammad Agus Yusoff,
Malaysian Federalism : Conflict or
Consensus, Bangi : Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006., hlm.
79.
[7] Shaikh Mohd Noor
Alam, Fuedalisme di Malaysia, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 50.
[8] Vejai
Balasubramaniam, Politik Nasionalisme dan
Federalisme di Malaysia, Selangor : Penerbit Fajar Bakti, 1998, hlm. 68.
[11] R. S. Milne dan Daine
K. Mauzy, Politik dan Kerajaan di
Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, hlm. 122.
[15] Mohamed Noordin
Sopiee, From Malayan Union to Singapore
Separation : Political Unification in The Malaysia Region 1945-65, Kuala
Lumpur : Universiti Malaya Press, 1974, hlm. 46.
[16] Mohamed Noordin
Sopiee, From Malayan Union to Singapore
Separation : Political Unification in The Malaysia Region 1945-65, Kuala
Lumpur : Universiti Malaya Press, 1974, hlm. 93.
[17] Mohamed Noordin
Sopiee, From Malayan Union to Singapore
Separation : Political Unification in The Malaysia Region 1945-65, hlm.
105.
[18] Ghazali Shafie’s, Memoir on The Formation of Malaysia,
Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, 1998, hlm. 17.
[22] Malike Brahim, Konflik dalam Pendemokrasian Politik Sarawak,
Petaling Jaya : IBS Buku Sdn. Bhd., 2011, hlm. 66.
[24] Mohammad Agus Yusoff,
Malaysian Federalism : Conflict or
Consensus, Bangi : Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006., hlm.
118.
[26] Shaikh Mohd Noor
Alam, Fuedalisme di Malaysia, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 82.
[27] R. S. Milne dan Daine
K. Mauzy, Politik dan Kerajaan di
Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, hlm. 145.
No comments:
Post a Comment