Kedatangan
Brtitish di Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-19 telah memperkenalkan
sistem pendidikan yang berbeza daripada sistem pendidikan agama Islam yang
diamalkan sebelum itu. Pelajaran Sekular Melayu telah diperkenalkan . Segalanya
bermula pada tahun 1855 apabila sebuah cabang sekolah Melayu telah ditubuhkan
di Penang Free School, Pulau Pinang.
Penubuhan sekolah ini telah mendorong sekolah-sekolah Melayu sekular ditubuhkan
di Singapura (1856), Melaka (1858), dan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Perkembangannya
di Negeri-negeri Melayu Bersekutu sangat ketara iaitu daripada 77 buah pada
tahun 1981 dan berlaku peningkatan kepada 149 buah pada tahun 1898. Pada akhir
abad ke-19, disebabkan konsep “white’s man burden”, pengembang agama Kristian
dan beberapa orang pegawai British berasa tanggungjawab untuk memperkenalkan
sekolah vernakular Melayu, di kampung-kampung Melayu di luar bandar. Menurut
pendapat British, orang Melayu dianggap seperti penduduk negeri-negeri lain
yang dijajahnya, iaitu tidak mempunyai tamadun yang setaraf dengan
mereka.Kebanyakan orang yang dijajah ditafsirkan sebagai orang yang mundur
dalam semua hal.Oleh itu menjadi tanggungjawab British untuk memberi ilmu
pengetahuan yang baru kepada orang Melayu supaya mereka dapat menikmati kemajuan
dunia Barat.
Dalam konteks ini, sistem pendidikan
Melayu dan Inggeris diperkembangankan oleh golongan pengembang Kristian dan
pegawai kerajaan British.Namun begitu, hal ini sebenarnya merupakan dasar
politik penjajahan British.Dengan memberi pendidikan yang sangat rendah kepada
orang Melayu yang dianggapnya “sons of
the soil”, British berpendapat hutang budi mereka kepada raja-raja Melayu
seperti yang dikatakan oleh pegawai British. British juga melaksanakan
pendekatan yang berbeza kepada masyarakat Melayu dalam menjalankan dasar
pendidikan sepanjang penjajahan mereka. Golongan masyarakat kelas atasan
Melayu diberikan keutamaan dalam hal-hal
pendidikan untuk menempatkan mereka dalam bidang pekerjaan yang lebih maju
manakala golongan bawahan Melayu diterapkan
dengan nilai-nilai tradisi dan kekampungan bagi menyekat kemajuan mereka.[1]
Dasar golongan bawahan.
Bagi
masyarakat Melayu yang berasal daripada golongan bawahan, British telah
melaksanakan dasar yang agak berbeza berbanding masyarakat Melayu golongan
atasan. Pelaksanaan dasar pendidikan terhadap golongan bawahan ini sememangnya
dilaksanakan untuk menjaga kepentingan-kepentingan pihak British. Antaranya
adalah dasar penyekatan (deprivation) Inggeris yang digunakan dalam
membangunkan sistem pendidikan di Tanah Melayu disuarakan dengan jelas oleh
Artuhr Kenion, seorang pegawai tinggi Inggeris yang berbunyi:
‘Awak
boleh mengajar orang-orang Melayu awak itu supaya mereka tinggal terus di
sawah-sawah padi dan supaya mereka tidak hilang kemahiran dan kesenian dalam
kerja-kerja menangkap ikan dan kerja-kerja hutan. Ajarkan mereka supaya mereka
memuliakan kerja buruh, supaya tidak semua mereka menjai kerani, dan saya yakin
awak tidak akan menghadapi kekacauan seperti yang terjadi di India akibat
pelajaran berlebihan.’
Dalam
meneliti dasar ini, sememangnya dasar penyekatan British bertujuan untuk
mengongkong dan membendung mobiliti dan pemikiran tradisional dan primitif atau
kekampungan orang-orang Melayu seperti yang disebar luas oleh pemerintah
British melalui pegawai-pegawai tingginya. Malahan dasar ini sering ditegaskan
dalam laporan-laporan tahunan F.M.S (Federated Malay States) dan Pejabat
Pendidikan Negeri. O.T. Dussek, Pengetua Maktab Perguruan Sultan Idris pada
tahun 1935 juga berulangkali menegaskan bahawa adalah merbahaya kepada
pemerintah Inggeris di Malaya untuk memajukan pendidikan untuk orang Melayu.[2]
Sekolah Vernakular
Melayu.
Tumpuan
British mengenai pelajaran Melayu adalah berdasarkan dua perkara utama iaitu mengekalkan
struktur masyarakat Melayu serta memodenkan pelajaran kaum kerabat
diraja. Kerajaan British memberikan pendidikan awal percuma yang wajib
dilaksanakan dan telah bermula di negeri Selangor pada tahun 1891.Jenis
pendidikan yang ditawarkan di sekolah-sekolah rendah telah direka bentuk dengan
tujuan anak Melayu daripada tidak lebih sekadar menjadi petani-petani bermutu
kepada sesuatu yang lebih baik di peringkat lebih tinggi.[3]Kebanyakan
kanak-kanak Melayu pada akhir tahun 1890-an, belajar di sekolah Melayu.Mereka
diajar membaca, menulis, mengira dan ilmu kesihatan. Kursus-kursus yang
diajarkan dalam tahun 1894 ini bertujuan untuk menjadikan orang Melayu rajin
bekerja, mengikut perintah, mengikut masa yang tepat (punctuality), bertata-tertib, menjaga kebersihan dan mempunyai
kelakuan yang baik. Menurut British,
sekolah vernakular Melayu adalah:
“sekolah rendah, untuk mengajar orang kampung
menyimpan rekod yang senang dan menjaga dirinya dari penipu-penipu yang
senantiasa mencari orang bodoh sebagai mangsa”.
Oleh itu, jelaslah bahawa di satu
pihak British berkata ia hendak memberi pendidikan untuk menjaga orang Melayu
supaya jangan ditipu oleh kaum pendatang, tetapi di pihak lain pendidikan yang
diberi bukan sahaja tidak cukup untuk menjalankan tugas ini, malahan tujuan
utamanya adalah sebagai alat kawalan kemasyarakatan. Dalam tahun-tahun 1920-an,
dasar pelajaran Inggeris semakin nyata.Cita-cita pihak British untuk menjaga
masyarakat Melayu supaya jangan berubah semakin kuat. Dalam tahun 1920, Ketua
Setiausaha G.W. Maxwell mengishtiharkan bahawa tujuan pendidkan Kerajaan
Inggeris ialah untuk membaiki keadaan kebanyakan orang
Melayu, dan mereka menjadikan anak-anak nelayan atau petani yang lebih baik
dari bapanya dan menjadikannya seorang yang memahami nasibnya sesuai dengan
keadaan penghidupan di kelilingnya.
Kanak-kanak Melayu yang pergi ke
sekolah pula telah diajar nilai dan norma asing. Sekolah-sekolah Melayu telah
menjadi satu tanaman asing dalam masyarakat Melayu. Disebabkan British mahu
kesan pemerintahannya dirasai oleh semua orang, oleh itu tidak hairanlah
jikalau persekolahan diwajibkan bagi kanak-kanak Melayu yang berumur 7 sampai
14 tahun yang tinggal dalam lingkungan dua batu dari sekolah. Pada tahun 1916,
R.O. Winstedt yang mengaku dirinya seorang sarjana kesusasteraan Melayu
ditugaskan untuk memajukan pelajaran Melayu. Kononnya, satu era baru telah tiba
bagi pelajaran Melayu. Winstedt telah mengeluarkan “Laporan Tentang Pendidikan
Vernakular (Melayu) Dan Perindustian”. Dalam laporan tersebut terdapat beberapa
kritikan yang dibuat terhadap pelajaran Melayu tetapi bukanlah dibuat untuk
menukar orientasi Inggeris terhadap pelajaran Melayu. Selain itu, Winstedt
turut mencadangkan sekolah Melayu hanya patut dilanjutkan sehingga darjah tiga
atau empat sahaja, dan tidak hingga darjah lima seperti yang ada pada masa itu.
Apabila orang Melayu sedar bahawa pelajaran di sekolah Melayu pada ketika itu
tidak mempunyai nilai ekonomi, ibu bapa menuntut supaya bahasa Inggeris diajar
di sekolah Melayu.Hal ini bertujuan agar anak-anak Melayu dapat berdepan dengan
kaum pendatang meskipun tidak bersaing.Permintaan supaya bahasa Inggeris diajar
di sekolah Melayu telah ditolak bulat-bulat disebabkan alasan British khuatir
orang Melayu tidak bertani.
Oleh itu, dapatlah kita rumuskan
bahawa sekolah Melayu pada ketika itu dapatlah dirumuskan seperti yang
dilaporkan dalam tahun 1921:
Pelajaran
Melayu mempunyai tiga tugas:
1) Untuk
mengajar kanak-kanak yang bodoh itu sedikit bacaan, tulisan dan kira-kira
supaya ia dapat menyimpan kira-kira dengan pekedai kampung atau majikannya.
2) Memberikan
pelajaran Inggeris kepada kanak-kanak yang bijak dan bercita-cita untuk bekerja
dengan kerajaan dan swasta.
3) Untuk
memberi peluang kepada kanak-kanak yang pandai itu bekerja sebagai buruh.
Jelaslah
bahawa kita dapat melihat orang Inggeris sebenarnya tahu bahawa kejayaan
seseorang dalam kehidupan masa itu bergantung kepada pelajaran Inggeris tetapi
orang Inggeris tidak mahu memberi pelajaran itu kepada orang Melayu.[4]
Maktab Perguruan Sultan
Idris/ Sultan Idris Training College(S.I.T.C).
Pendekatan
pendidikan untuk rakyat Melayu berstatus golongan bawahan yang dilaksanakan
oleh pihak British juga dapat kita lihat menerusi penubuhan Maktab Perguruan
Sultan Idris atau lebih dikenali kini dengan nama Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI)..Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era iaitu era
SITC (29 November 1922-1957), era MPSI (1957-1987) dan era IPSI (21 Februari
1987-April 1997).Peranan R.O Winstedt tercatat dalam sejarah SITC sebagai tokoh
terawal yang mengilhamkan cadangan agar ditubuhkan sebuah maktab pusat bagi
melatih guru dan bagi meluaskan skop pendidikan pada ketika itu.Ilham ini
timbul setelah kepulangan beliau dari lawatan ke Tanah Jawa dan
Filipina.Cadangan ini dibawa ke Persidangan Residen-residen pada 10 Mei 1917.
Pada 29 November 1922, SITC dirasmikan oleh Sir W. George Maxwell, Ketua
Setiausaha Kerajaan Neger-negeri Melayu Bersekutu. Penubuhan SITC dianggap
sebagai satu era baru yang menyemarakkan alam pemikiran dan pendidikan bangsa
Melayu. Pengarah Pelajaran Negeri-negeri Selat, Tuan Wolffe dalam ucapannya
sewaktu perasmian SITC menyatakan bahawa hari tersebut menandakan titik
bersejarah bagi orang Melayu kerana ia merupakan titik tolak dalam perkembangan
pendidikan vernakular Melayu. Menurutnya
lagi, orang Melayu merasakan suatu pengiktirafan besar serta penghargaan yang
tidak ada tolok bandingannya bagi peningkatan taraf pelajaran anak-anak
Melayu.Kurikulum latihan perguruan di SITC tertumpu kepada pengetahuan asas
keguruan di samping kraf tangan dan pertanian.Sejak ditubuhkan, institusi ini
terus unggul berbakti kepada bangsa negara dan negara.Ia disifatkan sebagai
‘universiti’ yang unggul bagi melatih guru-guru Melayu. [5]
Philip Loh Fook Seng dalam buku beliau yang berjudul Seeds Of Separatism Educational Policy in Malaya 1874-1940
menyatakan bahawa SITC menjadi terkenal selepas menggantikan dua buah kolej
latihan guru yang berada di Melaka dan Perak yang kemudiannya ditutup.
Penubuhan SITC ini juga jelas
disebut dalam Laporan Winstedt’s 1921 bahawa latihan secara manual telah banyak
diterima dan diajar. Ia juga telah diberikan perhatian sejak kebelakangan ini
melalui pembukaan kolej latihan Sultan Idris pada tahun 1922, kolej ini
diharapkan untuk melatih semua guru Bahasa Melayu dalam bidang pertanian dan
rendah supaya mereka pula boleh memperkenalkan kaedah saintifik ke
kampung-kampung jika dibandingkan dengan
guru Melayu yang telah memperkenalkan kerja-kerja manual seperti pengenalan
membuat bakul ke dalam pengajaran kolej Melayu dan sekolah. Beberapa dekad yang
lalu, ketua-ketua Melayu yang paling pintar dan petani kebanyakannya lelaki
melalui kuasa pemerhatian menunjukkan dengan penuh minat untuk mencapai
kemajuan trtapi pengetahuan membaca dan menulis para pendidik ini perlu diberikan
secara berhati-hati. Hal ini bertujuan supaya pendidikan vernakular memberi
murid buku pembelajaran dan menyedarkan mereka terhadap hal-hal yang menarik di
sekeliling mereka.Dasar berat sebelah pasaran luar bandar pegawai-pegawai
seperti Winstedt dan Maxwell adalah tidak menghairankan apabila ia juga turut
diserapke dalam kurikulum sultan Kolej Latihan Sultan Idris.
Kurikulum SITC mempunyai empat
komponen program akademik yang terdiri daripada aritmetik, geometri, geografi,
bahasa, sejarah dan kesusasteraan, kebersihan, lukisan, penulisan , pengetahuan
am, kerja praktikal dalam plot sayur-sayuran sekolah. Setiap pelajar diberikan sebidang tanah 15 kaki x 15 kaki
untuk penanaman, bakul-membuat dan kraftangan lain. Turut disediakan teori pengajaran yang terkandung di dalam Buku
Panduan buku teks dua jumlah 'untuk Guru 'disusun oleh OT Dussek. Oleh itu
pengajaran utamadi SITC dilaksanakan dengan
bantuan seorang guru bahasa melayu dan akhirnya diadakan praktikum pengajaran.
Tambahan pula, masa dua jam seminggu sepanjang kursus tiga tahun untuk mengajar agama islam telah diketepikan.
Oleh itu, kesemua pengajaran telah diajarkan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.[6]Dalam
meniliti sejarah SITC ini, juga dipaparkan bahawa agak sukar untuk memasukinya.
Hal ini terbukti melalui kenyataan pengalaman yang dibuat oleh Encik Md.Yusof
Ahmad iaitu bekas guru besar sekolah Kebangsaan Jelutong:
Untuk
masuk ke SITC juga sukar.Misalnya terlebih dahulu diadakan peperiksaan pilihan
ke maktab yang diadakan di Pulau Pinang untuk memilih calon-calon dari negeri
ini iaitu meliputi daerah Pulau Pinang, Seberang Perai, Dinding dan Pangkur.
Ada lebih kurang 300 orang guru pelatih yang menjalani peperiksaan kelayakan
itu dan hanya 30 orang sahaja yang akan dipilih. Dari 30 orang yang terpilih
itu, merek menjalani ujian sekali lagi yang soalannya disediakan oleh pihak
maktab SITC dan hanya 15 orang sahaja yang akhirnya diambil belajar di SITC
bagi memenuhi quota pelajar dari Pulau Pinang.[7]
Dasar pendidikan
golongan atasan (elit) Melayu.
Bagi
golongan atasan atau elit Melayu, pihak British telah melaksanakan dasar
pendidikan yang agak berbeza jika dibandingkan dengan rakyat bawahan.Antara
dasar yang dilaksanakan adalah dasar memelihara
status quo atau elitisme pemerintah British dalam memberikan pendidikan
kepada golongan atasan Melayu.Menurut dasar ini, keutamaan diberikan kepada
golongan yang mampu untuk mendapatkan pendidikan. Oleh itu, golongan masyarakat
bawahan akan terus tetap sebagai golongan proletariat kerana ketidakmampuan
mereka sementara masyarakat golongan atasan akan terus kekal dengan taraf elit
mereka. Malahan, penyertaan anak Melayu di sekolah-sekolah Inggeris terbuka
kepada orang Mleayu bandar dan golongan elit, sementara peluang juga terbuka
untuk anak-anak kaum imigran bersekolah Inggeris (walaupun ada
kuotanya).Sebenarnya, tujuan British memberikan keistimewaan tersebut kepada
golongan elit Melayu adalah disebabkan untuk menjaga kepentingan mereka di
Tanah Melayu.Hal ini kerana, sokongan masyarakat golongan atasan adalah penting
agar pentadbiran mereka berjalan lancar. Selain
itu, British juga mahu anak-anak elit Melayu ini turut sama membantu mereka
mentadbir kawasan-kawasan jajahan yang semakin lama semakin luas kawasannya dan
banyak jawatan-jawatan dalam jentera kerajaan harus diisi kekosongannya. Selain
daripada dasar ini, penekanan kepada kredentialisme dan meritokrasi juga turut
dijalankan. Dasar ini dilaksanakan dengan mengadakan berjenis-jenis peperiksaan
seperti Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah, Junior Middle Certificate, Overseas
School Certificate dan Peperiksaan Queen’s Scholarship dan dasar ini dikatakan
tidak relevan untuk masyarakat Malaya. Hal ini jelas menunjukkan dasar tersebut
adalah untuk menguatkan dasar elitisme apabila pelajar-pelajar dari golongan
tidak beruntung akan mudah tercicir daripada sistem persekolahan. [8]
Dasar Pendidikan
Inggeris.
Pelajaran
Inggeris pertama dimulakan dengan Penang Free School, sekolah mubaligh
Kristian, dalam tahun 1816.Sehingga tahun 1914, empat perlima pelajar yang belajar
di sekolah Inggeris terdiri dari pelajar sekolah mubaligh
Kristian.Sekolah-sekolah ini harus mengeluarkan lepasan yang berkelayakan untuk
memenuhi kehendak jentera penjajah dan bukan kehendak masyarakat tempatan. Di
Tanah Melayu, orang Melayu lepasan sekolah Inggeris mendapat kerja di
pejabat-pejabat kerajaan sebagai kerani. Kerja kerani menjadi satu aspirasi
kanak-kanak dan ibu bapa Melayu.Sebelum perang dunia I, permintaan bagi kerani
sangatlah besar dan ada dorongan yang kuat terhadap anak-anak ini untuk
memperoleh kelayakan bagi memenuhi kerja itu.Akhirnya, tugas utama sekolah
Inggeris ialah menjalankan latihan ini.Kurikulum di sekolah Inggeris bercorak
akademik dan vokasional untuk mempertingkatkan lagi nilai komersial sijil-sijil
sekolah Inggeris, khususnya di peringkat sekolah menengah rendah dan
atas.Penyediaan berbagai mata pelajaran vokasional seperti perakaunan, simpan
kira-kira, trengkas, menaip, perkeranian dan ilmu niaga di sekolah-sekolah
menengah Inggeris adalah selaras dengan dasar perluasan ekonomi Inggeris.Dasar
ini menguntungkan masyarakat bandar kerana kebanyakan sekolah Inggeris terletak
di bandar-bandar.
Sekolah-sekolah Inggeris
dikendalikan oleh mubaligh Kristian.Oleh itu dasar utama sekolah-sekolah ini
selain dari pelajaran ialah mengembangkan agama Kristian.Propaganda agama
Kristian ini sudah tentu menyangsikan orang Melayu yang beragama Islam.Hal ini
menyebabkan tidak ramai ibu bapa Melayu tidak mahu menghantar anak-anak mereka
di sekolah inggeris. Memandangkan terlalu sedikit pelajar Melayu yang belajar
di sekolah Inggeris , pihak British pun menubuhkan sebuah sekolah khas untuk
orang Melayu. Selain dari tujuan ini.British ingin mendapatkan kerjasama
raja-raja Melayu dan golongan pemerintah Melayu.Penubuhan sekolah ini
sememangnya dikatakan bersesuaian untuk mendidik anak-anak Melayu dari keluarga
yang baik-baik dan juga untuk melatih mereka memasuki cawangan tertentu dalam
perkhidmatan kerajaan.
Maktab Melayu Kuala
Kangsar (MCKK).
Penubuhan
Maktab Melayu Kuala Kangsar sebagai ‘The Malay Eton’ merupakan contoh terbaik
dasar elitisme bagi mengasingkan golongan Melayu elit daripada golongan Melayu
proletariat di mana maktab ini dikhususkan untuk anak-anak golongan bangsawan
Melayu sahaja. Detik-detik penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar bermula pada
tahun 1904 bila mana R.J. Wilkinson, Pengarah Sekolah-sekolah di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu menulis surat kepada Residen General dan mencadangkan
penubuhan sebuah sekolah khas (Special
Residential School) di dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sekolah ini
adalah bertujuan untuk memberi pelajaran moden yang lebih baik kepada anak-anak
bangsawan dalam usaha melatih mereka ini bagi diserapkan di bahagian-bahagian
tertentu dalam pentadbiran kerajaan Inggeris. Wilkinson juga menyatakan dengan
panjang lebar tentang betapa perlunya anak-anak golongan bangsawan diberi
pelajaran yang lebih baik supaya apabila mereka tamat pengajian kelak,
berkelayakan menjadi Jurukur, Juruteknik, Pegawai Hutan, Pentadbir dan
lain-lain.
Ini kerana selama ini pelajaran yang
diberikan kepada anak-anak Melayu hanya di peringkat rendah sahaja.Cadangan
Wilkinson telah dibincangkan dalam Persidangan Residen 1904 dan hasil
persetujuan untuk menubuhkan sekolah ini diserahkan pada Pemangku Pesuruhjaya
Tinggi pada masa itu Sir William H. Treacher. Dengan itu, pada 2 Januari 1905
sebuah sekolah telah dibuka yang dikenali sebagai `Malay Residential School' dengan Mr. William Hargreaves, bekas Guru
Besar Penang Free School menjadi Guru Besar pertama sekolah ini. Sekolah ini
dibina di atas tapak yang diberikan oleh Almarhum Sultan Idris di Bandar DiRaja
Kuala Kangsar.Baginda adalah salah seorang Raja yang amat mengambil berat
tentang pelajaran anak-anak Melayu dan merupakan orang yang kuat sekali
menyokong cadangan penubuhan sekolah ini dahulu.Dalam tempoh percubaannya
selama tiga tahun, sekolah baru ini telah menunjukkan kejayaan dan kemajuan
yang baik dan memuaskan. William Hargreaves yang memulakan pembelajaran di
sekolah ini dengan 2 orang guru yang lain telah menerima 59 orang pelajar di
awal pembukaannya. Pada tahun berikutnya bilangan pelajar bertambah kepada 79
orang yang kebanyakkannya terdiri daripada anak-anak golongan
bangsawan.Walaupun keadaan bangunan sekolah yang kurang sempurna, tetapi
semangat yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar sekolah ini amat membanggakan
sekali.Pelajar-pelajar ini sebahagian daripadanya tinggal di asrama,
rumah-rumah sewa dan kuarters keretapi. Manakala anak-anak golongan bangsawan
dan anak-anak raja tinggal di rumah-rumah sewa yang lebih baik bersama-sama
Guru Besar dan guru-guru yang lain. Pelajar-pelajar juga diberi wang saku oleh
kerajaan untuk perbelanjaan harian dan persekolahan.Di antara guru-guru yang
pernah mengajar di Maktab ini ialah Mr. William Hargreaves, Mr. Rolands dan Mr.
Vanreuman. Pada tahun 1907 terdapat kira-kira 70 orang pelajar yang dibahagikan
kepada beberapa kelas. Guru Besar, Mr. William Hargreaves mengajar kelas 6 dan
7, Mr. Roland mengajar kelas 3, 4 dan 5 manakala Mr. Vanreuman mengajar kelas
1, 2 dan 3. Mr. Vanreuman kemudiannya digantikan oleh Cikgu Ab. Majid bekas
pelajar sekolah ini pada tahun 1918.Beliau berasal dari Negeri Sembilan dan
merupakan seorang pelajar yang pintar dan cerdas sehingga dapat menamatkan
pelajarannya dalam masa yang singkat sahaja.
Pada
tahun 1909, bangunan utama sekolah yang dinamakan `Big School' telah siap dibina dengan berbagai kemudahan disediakan
seperti berek guru, asrama pelajar, padang permainan dan lain-lain di kawasan
seluas 30-40 ekar. Pembukaan rasmi bangunan sekolah yang baru ini dilakukan
oleh Sultan Idris pada 11 Disember 1909 dan pada hari ini juga nama `Malay Residential School' ditukar
kepada `Malay College Kuala Kangsar' (MCKK).Maktab Melayu Kuala Kangsar
kemudiannya telah berkembang pesat dan satu kelas khas telah diperkenalkan
iaitu `Malay Probationer' di mana
pelajar-pelajar yang lulus kelas 7 dengan cemerlang dipilih untuk dilantik
sebagai persediaan memasuki `Malay
Administrative Service' (M.A.S.). Kursus ini memakan masa selama 3 tahun
dan selepas itu pelajar-pelajar percubaan M.A.S. itu akan dilantik sebagai
pegawai M.A.S. untuk beberapa lama sebelum diserap ke dalam Malayan Civil Service (MCS).Pada tahun
1926 Kuala Kangsar dilanda banjir yang teruk dan MCKK telah dinaiki air.Walau
bagaimanapun atas perhatian Sultan Iskandar, pelajar-pelajar telah dipindah ke
Bukit Chandan sehingga banjir surut.Semasa Perang Dunia Kedua pula, MCKK pernah
dijadikan sebagai Sekolah Jepun, Markas Gunsei Kambu (Pentadbiran Awam Jepun)
dan juga pernah dijadikan Hospital Tentera.[9]Sekolah
ini juga mempunyai tugas simbolik.Ia memberi gambaran kepada orang ramai bahawa
orang Melayu banyak memberikan jawatan yang bersangkutan dengan pemerintahan.
Kesimpulan.
Sebagai
kesimpulannya, jelaslah bahawa pentadbiran British sehingga tahun 1920 telah
mengambil pendekatan yang berbeza terhadap dasar pendidikan orang
Melayu.Masyarakat Melayu dapat dikelaskan kepada dua iaitu golongan atasan dan
golongan bawahan.Secara jelasnya, pendekatan yang dilaksanakan oleh pihak
British terhadap kedua-dua golongan ini adalah berbeza.Bagi golongan atasan,
British lebih memberi keistimewaan kepada anak-anak elit ini untuk mendapat
pendidikan yang jauh lebih baik berbanding anak-anak golongan bawahan.Mereka
diberikan pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris untuk melayakkan diri mereka
menjawat jawatan perkeranian dalam jentera kerajaan.Keistimewaan ini sebenarnya
diadakan oleh pihak British untuk mendapatkan sokongan dan bantuan daripada
golongan elit Melayu dalam usaha mengukuhkan kedudukan mereka di Tanah Melayu. Sementara,
golongan rakyat bawahan pula diberikan pendidikan ala kadar dengan
bertunjangkan matlamat sekadar membasmi bilangan buta huruf dalam kalangan
mereka. Malahan, pihak British turut menetapkan bahawa mereka selayaknya
diberikan pendidikan yang asas dan bertumpu di kampung-kampung
sahaja.Pendidikan Inggeris tidak diberikan dan peluang mendapatkan pendidikan
yang lebih baik turut disekat oleh British.Sudah semestinya dasar untuk
golongan bawahan ini dilaksanakan agar mereka tidak menentang kerajaan Britisih
jika mereka masih berada di takuk yang lama.Namun begitu, tidak semua dasar
yang dilaksanakan oleh pihak British ini adalah bercorak negatif
semata-mata.Melalui sudut positifnya, pihak British turut memberikan peluang
pendidikan kepada orang-orang Melayu untuk memajukan diri mereka meskipun dasar
yang dilaksanakan bersifat berat sebelah.
Bibliografi
Buku.
Ibrahim
Saad, Pendidikan Dan Politik Di Malaysia,
Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian
Pelajaran
Malaysia Kuala Lumpur, 1986.
Philip
Loh Fook Seng, Seeds Of Seperatism
Educational Policy in Malaya 1874-1940, Oxford
University
Press London New York Melbourne, 1975.
Ramlah
Adam, Maktab Melayu Melaka 1900-1922,
Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian
Pendidikan
Malaysia, Kuala Lumpur, 1991.
Sufean
Hussin, Pendidikan di Malaysia Sejarah,
Sistem dan Falsafah, Dewan Bahasa dan
Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1993.
Latihan Ilmiah/Tesis
Song
Mi Young, Perkembangan Pendidikan Di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu Di Dua Perang
Dunia,
Tesis Sarjana Jabatan Sejarah Universiti Malaya, 1993.
Jurnal.
Mujeini
Bin Amat, Sejarah Awal Persekolahan
Melayu di Pulau Pinang, Malaysia dari
Segi
Sejarah, Kuala Lumpur
: Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia, Bil 11, 1982.
Sumber internet/laman
web rasmi.
[1]
Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka
1900-1922, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala
Lumpur, 1991, hlm 6-7.
[2]
Sufean Hussin, Pendidikan di Malaysia
Sejarah, Sistem dan Falsafah, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian
Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, 1993, hlm 81-82.
[3]Song
Mi Young, Perkembangan Pendidikan Di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu Di Dua Perang Dunia, Tesis Sarjana Jabatan
Sejarah Universiti Malaya, 1993.
[4]
Ibrahim Saad, Pendidikan Dan Politik Di
Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala
Lumpur, 1986, hlm 12-21.
[6]
Philip Loh Fook Seng, Seeds Of Seperatism
Educational Policy in Malaya 1874-1940, Oxford University Press London New
York Melbourne, 1975, hlm 28-29.
[7]
Mujeini Bin Amat,’ Sejarah Awal
Persekolahan Melayu di Pulau Pinang’, Malaysia dari Segi Sejarah, Kuala
Lumpur, Jurnal Persatuan Sejarah
Malaysia, Bil 11, 1982.
[8]
Sufean Hussin, Pendidikan di Malaysia
Sejarah, Sistem dan Falsafah,
1993, hlm 86-87.
No comments:
Post a Comment