Monday, 30 December 2013

PARTI-PARTI UTAMA DALAM GERAKAN MENUNTUT KEMERDEKAAN PADA 1950-AN

PENGENALAN.
Terdapat pendapat yang mengatakan usaha untuk menuntut kearah kemerdekaan adalah disebabkan oleh darurat. Namun terdapat juga alasan menuntut kemerdekaan adalah untuk memprotes Rancangan Malayan Union pada tahun 1946. Sebenarnya penduduk Tanah Melayu menggunakan alasan Darurat sebagai menyokong kearah kemerdekaan. Syarat penting untuk mendapatkan kemerdekaan ialah dengan mewujudkan sebuah parti politik yang boleh mengetuai kerajaan apabila British menyerahkan kuasanya setelah kemerdekaan dicapai.[1]Ketegangan perkauman yang semakin memuncak telah membawa kepada tertubuhnya Jawatan Kuasa Antara kaum (Communities Laison Commmittee) pada 10 Januari 1948 untuk menyelesaikan melalui rundingan-rundingan tentang masalah antara kaum. Ahli-ahli Jawatan Kuasa Antara Kaum telah bersetuju mendesak diadakan pilihanraya peringkat tempatan, peringkat bandaran dan peringkat negeri sebelum mengadakan pilihanraya peringkat persekutuan dalam satu persidangan di Johor Baharu.[2]
Namun demikian, pelbagai usaha telah dilakukan oleh parti-parti utama dalam usaha untuk memperjuangkan kemerdekaan pada tahun 1950-an. Antara parti-parti utama yang muncul ketika itu ialah UMNO, MCA, MIC yang bergabung menjadi parti Perikatan. Disamping itu, terdapat juga parti lain yang muncul ketika memperjuangkan kemerdekaan  negara iaitu parti IMP yang diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar. Antara peranan parti-parti utama tersebut dalam gerakan kemerdekaan ini ialah dengan mengadakan pilihan raya, pengabungan parti, memprotes, mengadakan kongres kebangsaan serta persidangan di London.

PERANAN PARTI-PARTI UTAMA.
Satu parti baru yang ditubuhkan ialah UMNO iaitu United Malays National Organisation yang bertujuan untuk menentang rancangan Malayan Union. Keadaan ini adalah disebabkan oleh Malayan Union itu dilihat akan melemahkan kedudukan masyarakat Melayu dan Raja-raja Melayu. Ekoran daripada itu British telah mengambil langkah dengan mengadakan rundingan bersama pemimpin UMNO serta wakil Raja-raja Melayu dan persetujuan tersebut terkandung dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Antara isu-isu yang diperjuangkan adalah berkaitan kedaulatan Raja-raja, kewarganegaraan dan kedudukan masyarakat Melayu.[3] UMNO telah bertindak menentang segala yang bertentangan dengan perjuangannya seperti yang diinginkan oleh Dato’ Onn yang tidak menghiraukan tentangan-tentangan dari pengikut-pengikutnya. Beliau telah bertindak  menjalankan kempennya  untuk menyedarkan mereka tentangan fahaman bukan perkauman iaitu membolehkan orang-orang bukan Melayu menjadi ahli bersekutu. Persidangan agung UMNO di Kuala Lumpur telah diadakan pada 11 Jun 1950, khususnya untuk membincangkan masalah kerakyatan yang dicadangkan oleh Jawatan Kuasa Antara Kaum. Namun demikian, Cadangan Dato’ Onn tersebut telah ditentang dan telah menyebabkan Dato’ Onn menarik diri daripada UMNO dan menubuhkan parti IMP. Dato’ Onn kembali semula menyertai UMNO dengan idea perjuangan beliau iaitu “non-communalism” serta menyatakan pendapat beliau bahawa Tanah Melayu tidak akan diberi kemerdekaan jika hanya dibangunkan oleh sebuah parti perkauman sahaja. Selain itu, beliau juga bertindak untuk ingin menukar nama UMNO dari United Malays National Organisation kepada United Malaya National Organisation. Keadaan ini telah membawa kepada keahlian UMNO dibuka kepada semua bangsa di Tanah Melayu. Tindakan beliau tersebut telah mendapat tentangan kerana telah menyentuh sensitiviti perasaan orang Melayu dan telah membawa kepada pengunduran diri beliau untuk menjadi Presiden UMNO dan telah menubuhkan parti baru iaitu IMP.[4] Selain itu, terdapat juga parti lain yang bersifat perkauman dan berjuang untuk kepentingan kaum mereka sahaja seperti MCA dan MIC.
            Penubuhan parti MCA iaitu Malayan Chinese Association adalah berfungsi sebagai parti perkauman bagi penduduk Cina yang telah ditubuhkan oleh Tan Cheng Lock. Beliau mendesak penubuhan parti bersifat kebangsaan ini kearah dua perkara utama iaitu orang Cina mesti menjadikan MCA sebagai sebauah badan yang menyatukan semua masyarakat Cina dari semua peringkat dan cuba bekerjasama denagan semua bangsa di Tanah melayu. Disamping itu, beliau juga mendesak supaya masyarakat Cina berusaha untuk memperluaskan semangat kebangsaan mereka dengan mencurahkan taat setia kepada Tanah Melayu.[5] Penubuhan parti tersebut telah dialu-alukan oleh pihak pemerintahan Inggeris. Selain itu, MCA juga berperanan sebagai satu langkah untuk mengelakkan orang-orang Cina daripada terlibat dengan Parti Komunis Malaya dan lebih penting lagi sebagai wadah politik kepada masyarakat Cina.[6] Keadaan ini berlaku disebabkan pada awalnya orang Cina dilabelkan sebagai komunis dan bersikap oportunis dan telah dikatakan memberi sokongan penuh kepada pergerakan komunisme. Selain itu, tanggapan orang Melayu yang dilihat anti-Cina dan Pro-British telah mewujudkan parti-parti yang bersifat perkauman tersebut.[7] Akhirnya kedua-dua parti tersebut telah bergabung dan mebentuk parti Perikatan pada tahun 1955.
            Parti perkauman lain yang terdapat dalam Perikatan ialah MIC iaitu Kongres India Malaya dan hanya mempunyai jumlah para pengundi India yang kecil iaitu sebanyak tujuh perempat peratus dari jumlah keseluruhan pengundi pada tahun 1959. Disamping itu juga, kelemahan yang nyata ialah ketiada upaya untuk mengikat pertalian dengan kaum buruh India dari kelas bawahan yang merupakan bahagian terbesar dari penduduk India di Tanah Melayu. Usaha utama MIC untuk kekal berada dalam Perikatan ialah supaya boleh mendapat sebarang konsesi daripada rakan politiknya iaitu UMNO yang lebih berpengaruh.[8]
            Penglibatan Tan Cheng Lock dalam CLC telah merapatkan hubungan beliau dengan Dato’ Onn Jaafar, pemimpin politik orang Melayu yang utama pada masa itu. Ekoran daripada kerjasama politik tersebut telah menjadikan hubungan itu lebih rapat dan telah membolehkan Tan Cheng Lock bekerjasama dengan Dato’ Onn untuk menubuhkan Independence of  Malaya Party (IMP) pada 1 September 1951. Parti ini telah ditubuhkan oleh Dato’ Onn kerana kegagalannya mendapat persetujuan ahli-ahli UMNO untuk membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu. Tan Cheng Lock juga menyokong cita-cita IMP untuk membentuk kerajaan sendiri dan mencapai kemerdekaan  bagi Tanah melayu dengan menggunakan pendekatan kerjasama bangsa pada masa hadapan. Walaupun IMP menggunakan dasar keadilan, kesamarataan dan kebebasan tetapi ternyata dalam soal kerakyatan jus soli, Dato’ Onn masih meletakkan syarat yang mengawal orang bukan Melayu dan orang asing menjadi rakyat raja Melayu melalui State Nationality 1952. Tan Cheng Lock menjalankan taktik berbaik-baik dengan dua pihak iaitu beliau menyokong tindakan H. S. Lee, Presiden MCA Selangor untuk bekerjasama dengan UMNO bahagian Kuala Lumpur dan pada masa yang sama menyokong IMP. Kerjasama tersebut merupakan satu strategi MCA dan UMNO untuk melihat kemampuan Dato’ Onn dan IMP sebagai parti bukan perkauman.[9]

PERIKATAN 1955.
Menyedari akan kepentingan berkerjasama  dalam berpolitik maka UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj telah berusaha untuk menubuhkan gabungan pertubuhan politik pelbagai kaum iaitu Perikatan yang ditubuhkan pada tahun 1949. Tindakan Tunku Abdul Rahman dalam mewujudkan kerjasama politik pelbagai kaum dalam mengelakkan daripada berlakunya pengaruh politik perkauman di Tanah Melayu dan telah membawa kepada penubuhan Perikatan. Beliau turut menjelaskan konsep perkongsian yang diperkenalkan oleh UMNO melalui gabungan parti Perikatan dalam ucapannya telah diterima masyarakat umum. Keadaan ini telah membawa kepada pengorbanan orang Melayu dalam aspek politik iaitu perkongsian kuasa dan merupakan prasyarat kemerdekaan yang telah ditetapkan oleh penjajah British. Keadaan ini juga telah membawa kepada keyakinan British terhadap perjuangan Perikatan.[10] Parti Perikatan pada awalnya hanya dianggotai oleh UMNO dan MCA yang pada pertama kalinya memperoleh kejayaan dalam pilihan raya pertama. Kedua-dua pemimpin ini iaitu Tunku Abdul Rahman dan Tan Cheng Lock  telah bersetuju untuk mengadakan jawatan kuasa perhubungan untuk merapatkan kedua-dua belah pihak di seluruh cawangan yang terdapat di Tanah Melayu. Hal ini adalah bertujuan untuk memperkuatkan kedudukannya disisi masyarakat untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang. Perikatan UMNO dan MCA telah bersetuju untuk mengadakan pemilihan umum untuk ke Dewan Perundangan persekutuan pada 17 Mac 1951 dan satu rangka yang dipersetujui pada dasarnya sebuah dewan yang mengandungi 75 orang anggota. Pada 6 April 1953 dalam persidangan Agung UMNO di Melaka telah sebulat suara menuntut supaya pilihan raya umum diadakan pada tahun 1954. Keadaan in telah menyebabkan UMNO membuat satu resolusi yang akan disampaikan kepada pemerintah Inggeris untuk menerima segala keputusan dan perikatan UMNO-MCA akan meletak jawatan menjadi ahli dewan perundangan jika kerajaan enggan menerima. Kedudukan perikatan UMNO-MCA semakin diterima umum ekoran daripaa kemenangannya dalam pilihan raya bandaran dan kekalahan teruk IMP.
Pada bulan April 1955, Majlis Kebangsaan Perikatan telah dilanjutkan kepada 38 berikutan kemasukan MIC kedalam Perikatan akhir tahun 1954. Pemimpin K.L Devaser merasakan bahawa masa depan parti dan kebajikan masyarakat India menjadi lebih baik jika dilindungi dalam persekutuan multi perkauman. MIC sebelum ini telah bersekutu dengan  Dato’ Onn dalam IMP telah beralih kesetiaan politik mereka terhada IMP kerana prestasi mereka yng hambar dalam pilihan raya tempatan dan beberapa perbezaan pendapat mengenai dasar-dasar parti. Sebelum itu, MIC telah mengadakan suatu perbincangan besar dengan ahli partinya pada tahun 1953 dan 1954 untuk menyertai Perikatan pad bulan November tahun 1954. Perikatan UMNO-MCA cuba untuk memancing minat MIC untuk menyertai Perikatan melalui beberapa perbincangan. Akhirnya MIC membuat keputusan untuk menyertai Perikatan yang terhasil daripada gabungan berbilang kaum. Pakatan baru hasil gabungan Perikatan dan MIC terdiri daripada 16 orang ahli UMNO, 16 orang daripada MCA dan 6 orang dari MIC. Penambahan MIC kedalam Perikatan diperkukuhkan dengan rayauan pilihan raya persekutuan. Antara strategi penting dalam pilihan raya yang mengandungi manifesto pakatan ialah cubaan untuk menarik undi daripad tiga komuniti kaum yang berbeza. Misalnya, yang terdapat diadalam manifesto itu iaitu berkaitan isu bahasa dan kewarganegaraan. Manisfeto tersebut merangkumi keperluan bahasa kebangsaan untuk memupuk kenegaraan biasa serta mengelakkan sedikit keraguan terhadap rancangan untuk menaik taraf Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Pada masa yang sama, manifesto turut dijamin perlindungan daripada perlembagaan untuk bahasa kaum-kaum yang lain.[11]
Disamping itu, Perikatan turut mencadangkan untuk mengadakan satu kongres kebangsaan yang akan dihadiri oleh semua perwakilan parti-parti politik di Tanah Melayu bagi membincangkan kedudukan kerusi-kerusi di dalam majlis Dewan Perundangan Persekutuan.[12] Konvensyen kebangsaan tersebut diadakan adalah untuk mengakaji langkah-langkah yang wajar diambil bagi mempercepatkan proses menuju kearah kemerdekaan. Pada asasnya konvesyen ini hanyalah merupakan turning point bagi gerakan menuntut kemerdekaan kerana pakatan UMNO-MCA ini secara terbuka adalah untuk mengubah komposisi Majlis Perundangan Persekutuan, memperkenalkan satu elemen yang bercorak demokratik dengan memperkenalkan satu elemen pilihan raya dan secara langsung mendesak British mempercepatkn proses kemerdekaan. Disamping itu juga, Perikatan meminta agar 44 daripada 75 ahli Majlis Perundangan Persekutuan dipilih secara langsung melalui pilihan raya umum dan 31 dilantik seperti yang diamalkan pada masa itu. Walaupun Perikatan pada asasnya meminta supaya 60 peratus daripada ahli Majlis Perundangan Persekutuan dipilih melalui pilihan raya.[13] Perikatan UMNO-MCA telah menghantar telegram kepada Mr. Lyttelton iaitu Setiausaha Tanah Jajahan Inggeris di London untuk menimbangkan cadangan tersebut. Namun mereka telah mendapat balasan jawapan yang tidak menyakinkan. Keadaan ini telah menyebabkan ketua Perikatan ingin menentang dan UMNO telah mengadakan mesyuarat tergempar di Melaka pada tahun 18 April 1954. Akhirnya satu delegasi telah dihantar ke London tetapi petition yang dibuat oleh Perikatan tidak dapat menyelesaikan keadaan tersebut.[14]  Disamping itu juga, kongres kebangsaan yang diadakan telah membawa kepada berlakunya Persidangan di London pada tahun 1956.
PERSIDANGAN LONDON 1956.
            Persidangan London ini bermula pada 18 Januari sehingga 8 Februari 1956 yang pada dasarnya perbincangan adalah berkisarkan kepada sekitar reformasi perlembagaan.[15] Misi pakatan ke London untuk melakukan rundingan pada Januari 1956 pada awalnya berakhir dengan baik. Disamping itu, mereka mengharapkan pihak British memberi kemerdekaan pada tarikh yang telah ditetapkan. Keadaan ini juga merujuk kepada objektif utama Perikatan yang mendapat jaminan daipada perjanjian yang dibuat dengan British. Selain itu, mereka juga memperoleh sokongan daripada penduduk Melayu. Keadaan ini dapat dilihat setelah mereka pulang ke tanah Melayu selepas rundingan dibuat di London, mereka disambut sebagai wira oleh rakyat. Keadaan tersebut elah membawa persekutuan bebas untuk berkerajaan sendiri dan menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat pada 31 Ogos 1957.[16]
            Pada satu tahap, Perikatan dan pihak parti Negara dituduh antara satu sama lain telah dibayar untuk kepentingan luar. Tunku telah mendapati bahawa terdapat cubaan yang berunsur negatif bagi masa depan negara yang diuar-uarkan oleh pentadbiran British. Namun demikian, mana-mana pihak yang berkuasa telah berhujah sekiranya berdepan dengan masalah dalam mengimbangi bajet. Perikatan juga tidak terhalang untuk bersuara sekiranya terjadi perkara tersebut.[17]   
            Selepas beberapa bulan perbincangan dibuat, akhitnya manifesto pilihan raya berkaitan matlamat perikatan dibincang secara terperinci. Manifesto tersebut menyentuh mengenai kerajaan tempatan, kewangan dan ekonomi, perumahan dan perancangan bandar , perkhidmatan sosial, pendidikan. Dasar tanah , dasar pertanian. Perubatan dan kesihatan dan kecemasan. Selain itu, perikatan juga menjanjikan lebih banyak tanah untuk Melayu di luar rizab bagi menyemak semula kadar cukai tanah serta pemberian pinjaman kepada pekebun kecil untuk perkembangan koko, kopi dan kelapa untuk menambah keluasan tanah serta menubuhkan lebih banyak pertanian koperasi. Manakala bagi sektor pendidikan, persekutuan berjanji untuk membina lebih banyak sekolah termasuklah sekolah-sekolah vokasional, mengkaji semula dasar pendidikan serta mewujudkan sekolah kebangsaan. Manifesto ini sedikit sebanyak dapat menangani persoalan yang difikirkan dalam politik Tanah Melayu. Walaubagaimanapun isu utama dalam manifesto yang dibentangkan itu ialah untuk mendapat kemerdekaan serta sokongan besar daripada pengundi.[18]
KESIMPULAN.
            Sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan pelbagai pertubuhan yang bersifat politik telah ada. Namun demikian, pertubuhan yang wujud sebelum era 1950-an ini kurang agresif jika dibandingkan dengan pertubuhan yang wujud untuk menuntut kemerdekaan. Tanah melayu mengalami pelbagai rintangan sebelum kemerdekaan dapat dikecapi pada 31 Ogos 1957. Keadaan tersebut turut menunjukkan Tunku serta wakil dari Parti Negara pergi ke London sebanyak dua kali bagi mendapatkan tarikh kemerdekaan yang tepat serta diminta untuk dipercepatkan kemerdekaan. Terdapat pelbagai pendapat daripada sarjana yang membawa kepada tercetusnya gerakan menuntut kemerdekaan iaitu disebabkan pembentukan Malayan Union, Darurat dan pelbagai lagi.




LAMPIRAN.
AEEA 3302 : GERAKAN NASIONALISME MALAYSIA.
SOALAN 8 : BINCANGKAN PERANAN PARTI-PARTI UTAMA DALAM
                        GERAKAN MENUNTUT KEMERDEKAAN PADA 1950-AN.
AHMAD ZAKUAN BIN GHAZALI
SITI ZUBAIDAH BINTI ZAINUDIN
PENGENALAN.
·         Ada sarjana yang berpendapat bahawa gerakan menuntut kemerdekaan adalah ekoran daripada memprotes Rancangan Malayan Union pada tahun 1946.
·         Terdapat juga anggapan lain yang menyatakan bahawa gerakan menuntut kemerdekaan ini bermula selepas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 1948.
·         Namun demikian, perbincangan adalah menjurus kepada peranan parti-parti utama yang telah muncul dalam memperjuangkan kemerdekaan pada tahun 1950-an.
·         Antara parti-parti yang telah muncul ketika itu ialah UMNO, MCA, MIC yang seterusnya telah bergabung menjadi Parti Perikatan selepas pilihanraya yang dijalankan pada tahun 1952.
·         Terdapat juga parti seperti IMP dan Parti Negara yang ditubuhkan oleh Dato’ Onn.
ISI.
1.IMP
  • Pada bulan Jun 1951, Dato’ Onn telah mencadangkan agar keahlian UMNO dibuka kepada kaum bukan Melayu.
  • Tetapi cadangan tersebut tidak diterima kerana dianggap terlalu radikal dan telah membawa kepada penubuhan Independence of Malaya Party (IMP) pada 16 September 1951.
  • IMP merupakan sebuah parti bukan perkauman yang lebih memfokuskan kepada isu kemerdekaan dengan menggunakan pendekatan non-communal atau bukan perkauman.
  • Selain itu, Dato’ Onn juga berharap dapat memimpin gerakan nasionalis pada masa depan.
  • Pada tahap tersebut, usaha parti-parti untuk memperjuangkan isu kemerdekaan menghadapi pelbagai halangan.
  • Misalnya apabila Dato’ Onn dan E.E. Thuraisingham mencadangkan kepada Pesuruhjaya Tinggi British Sir Gerald Templer supaya ditubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji isu pembentukan kerajaan sendiri pada tahun 1952.
  • Templer menolak cadangan tersebut dan beliau berpendapat bahawa ancaman daripada PKM perlu diutamakan sebelum isu kerajaan sendiri diberi perhatian.
  • Golongan pro-IMP mahukan pilihan raya di adakan pada penghujung 1956 dengan sejumlah 90 ahli dalam Majlis Perundangan Persekutuan dimana kurang setengah ahli dewan akan dipilih secara langsung melalui pilihan raya.

2.HUBUNGAN UMNO-MCA 1950.
  • Tan Cheng Lock menjalankan taktik talam dua muka dalam menyokong Independence of Malaya Party (IMP) yang dipimpin oleh Dato’ Onn.
  • Namun demikian, beliau turut menyokong tindakan H.S. Lee (Presiden MCA Selangor) untuk bekerjasama dengan UMNO Bahagian Kuala Lumpur untuk menghadapi pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.
  • Kerjasama itu juga merupakan satu strategi MCA dan UMNO untuk melihat kemampuan Dato’ Onn dan IMP sebagai parti bukan perkauman.
  • Kerjasama yang telah dirintih dalam Pilihanraya Bandaran Kuala Lumpur itu, telah menyakinkan Tan Cheng Lock dan pemimpin-pemimpin MCA yang lain untuk melahirkan kerjasama politik yang rapat dengan UMNO.
  • Kini telah terdapat satu tolak ansur yang jelas iaitu kuasa ekonomi orang Cina boleh membantu kekurangan wang untuk membiayai pilihanraya UMNO.
  • Satu kedudukan sama rata dan keadilan juga telah dilakukan oleh UMNO iaitu kawasan-kawasan yang mempunyai ramai penduduk Cina diberikan kepada MCA dan kawasan yang ramai penduduk Melayu diberikan kepada UMNO -> UMNO hanya mempunyai lima daerah dan MCA mendapat enam daerah.  
  • Oleh sebab UMNO dan MCA tidak mempunyai calon berbangsa India, maka IMP berjaya memenangi kawasan yang ramai penduduk India di Bricksfield.
  • Kerjasama MCA dengan UMNO telah diperluaskan dengan pembentukan National Convention (NC) pada Ogos 1953, iaitu dua bulan selepas Tan Cheng Lock dan pengikutnya meninggalkan IMP.
  • Badan ini bertujuan untuk mencari jalan menyelesaikan masalah politik perkauman yang wujud dalam politik Tanah Melayu pada masa itu.
  • Badan ini juga mahu mewujudkan kerjasama semua penduduk utama Tanah Melayu melalui kerjasama parti-parti politik yang utama seperti UMNO, MCA, MIC dan IMP.
3.UMNO.
  • UMNO (United Malays National Organisation) telah ditubuhkan untuk menentang rancangan Malayan Union yang dilihat telah melemahkan kedudukan masyarakat Melayu dan Raja-raja Melayu.
  • Antara isu yang diperjuangkan oleh UMNO ialah berkaitan kedaulatan raja-raja, kewarganegaraan dan kedudukan masyarakat melayu.
·         Keadaan ini adalah berikutan daripada kerakyatan jus soli yang diperkenalkan semasa Malayan Union.
·         Namun demikian isu MU tersebut telah diselesaikan dengan pengubalan perlembagaan Persekutuan 1948.
·         Ketika itu pemimpin UMNO mula menyuarakan hasrat mereka untuk mencapai satu akomodasi dengan kaum-kaum lain di negara ini untuk mencapai perpaduan negara.
  • Keadaan tersebut jelas kelihatan pada perhimpunan agung UMNO pada 29 Mei 1949 iaitu Dato’ Onn menyeru orang Melayu untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama dengan kaum bukan melayu.
  • Disamping itu juga, UMNO dalam perhimpunan agung pertengahan bulan Jun 1951 telah menukar slogan perjuangan parti daripada ‘Hidop Melayu’ kepada ‘merdeka’.
  • Dato’ Onn mencadangkan pada Jun 1951 bahawa keahlian UMNO dibuka kepada kaum bukan Melayu tetapi tidak diterima kerana dianggap terlalu radikal dan telah membawa kepada penubuhan Independence of Malaya Party (IMP) pada 16 September 1951.
  • Tugas utama UMNO kini adalah melaksanakan polisi ekonomi yang bermatlamat untuk meningkatkan kedudukan sosioekonomi masyarakat Melayu melalui penyertaan mereka dalam sektor kapitalis moden.
  • UMNO dan MCA telah memboikot Persidangan Nasional yang dianjurkan oleh golongan pro-IMP pada 27 April 1953.
4.MCA
·         Telah ditubuhkan pada tahun 1949 bagi membantu kerajaan untuk mengatasi ancaman PKM (Parti Komunis Malaya).
  • MCA adalah berperanan untuk mengekalkan keharmonian kaum etnik melalui penyesuaian antara satu dengan yang lain.
  • Pada mulanya, MCA telah menghadapi kesulitan disebabkan parti itu menyatakan pendapat segolongan kecil para usahawan dan professional Cina yang berpendidikan Barat.
  • MCA berusaha memperluas pengikut politiknya kepada individu-individu lain yang berpendidikan Cina dan telah mula memainkan peranan yang lebih aktif dalam politik MCA.
  •  Peranan mereka dilihat lebih cenderung kepada politik perkauman serta dikatakan lebih mewakili kepentingan orang Cina di Tanah Melayu yang lebih ramai.
  • Pada tahun 1958, Dr Lim telah terpilih sebagai Presiden MCA telah mengalahkan Tan Cheng Lock
  • Isu yang diperjuangkan oleh MCA ialah untuk mendapat kewarganegaraan iaitu prinsip jus soli yang membolehkan semua yang lahir di Tanah Melayu secara automatik menjadi warganegara.
·         Perjuangan yang disuarakan oleh MCA itu tidak dipersetujui oleh UMNO tetapi UMNO dan MCA telah bergabung dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

5.MIC
  • Kongres India Malaya (MIC) telah menyertai UMNO dan MCA dalam Parti Perikatan tetapi hanya mempunyai pengundi orang India sebanyak 7.4% dari keseluruhan jumlah pengundi pada 1959.
  • Keadaan ini adalah disebabkan mereka tidak mendapat sokongan yang bermakna daripada masyarakat India di Tanah Melayu.
  • Akhirnya MIC turut bergabung bersama UMNO dan MCA dalam Parti Perikatan dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.
  • Peranan utama MIC adalah untuk kekal berada dalam parti Perikatan supaya boleh mendapat sebarang konsesi daripada rakan politiknya yang lebih berpengaruh iaitu UMNO.
6.PARTI PERIKATAN 1955.
  • Pada awal 1953, Parti Perikatan telah meningkatkan tempoh perjuangan mereka dalam mendesak British mempercepatkan proses devolusi kuasa poliik kepada elit politik tempatan.
  • Pemimpin Perikatan mula mendesak British mengadakan pilihanraya di peringkat Persekutuan untuk mempercepatkan proses penubuhan kerajaan sendiri kerana tempoh Majlis Perundangan Persekutuan akan berakhir pada Januari 1954.
  • Keadaan tersebut telah mendesak British untuk memperkenalkan pilihan raya untuk perwakilan dalam Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Council).
  • Pilihan raya telah pun diperkenalkan oleh British di peringkat nasional sebagai justifikasi Perikatan meminta pengenalan pilihan raya di peringkat Persekutuan.
  • Usaha Parti Perikatan ini menghadapi halangan dari kumpulan IMP yang berasa proses mengadakan pilihanraya di peringkat Persekutuan perlu dilakukan secara lebih gradual atau beransuran.
  • Parti Perikatan mengumumkan pada 17 Mac 1953 bahawa parti UMNO dan MCA telah pun mencapai persetujuan mengenai pilihanraya Persekutuan selepas mengadakan beberapa mesyuarat.
  • Perikatan juga mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu konvensyen kebangsaan untuk semua parti politik bagi mengkaji langkah-langkah yang wajar diambil untuk mempercepatkan proses menuju kearah kemerdekaan.
  • Parti Perikatan mula membuat tuntutan kemerdekaan secara lebih agresif dan terbuka dibandingkan tuntutan sebelumnya yang lebih terfokus kepada isu kerajaan sendiri.
  • Perikatan mendesak pentadbiran British mengadakan pilihan raya Persekutuan selewatnya pada tahun 1954 dengan sekurang-kurangnya 3/5 majoriti dipilih secara langsung melalui pilihan raya.
  • Permintaan Perikatan ternyata lebih tinggi daripada golongan pro-IMP dan Perikatan kemudiannya menghantar satu petition kepada Pesuruhjaya Tinggi Sir Gerald Templer untuk menyatakan tuntutan mereka.
  • Parti Perikatan berpendapat kemajuan kearah kemerdekaan terlalu pelahan dan perlu dipercepatkan.
  • Perwakilan Perikatan tidak bersetuju dengan pandangan majority dalam Jawatankuasa Pilihan raya yang ditubuhkan oleh Templer.
  • Keadaan ini adalah kerana kumpulan majoriti dalam jawatankuasa itu terdiri daripada penyokong IMP dan pandangan mereka lebih sehaluan dengan pendirian parti IMP.
7.DELEGASI KE LONDON.
·         Pada 18 Januari 1956 bermulanya Persidangan Meja Bulat di antara wakil-wakil kerajaan Perikatan UMNO-MCA-MIC dan wakil-wakil Raja-raja Melayu dengan pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah Jajahan British dii Lancaster House, London untuk menuntut kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu.
·         Delegasi menuntut kemerdekaan ini diketuai oleh Ketua Menteri YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Dato’ Abdul Razak Hussein, Dr Isma Abdul Rahman, Kolonel H.S. Lee, Encik T.H. Tan dan Encik Bahaman Shamsuddin selaku Setiausaha bersama.
·         Manakala empat wakil bagi Raja-raja Melayu ialah Dato’ Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Encik Abdul Aziz Majid dan Dato’ Mohd Seth Mohd Said.
·         Persidangan yang berlangsung selama 3 minggu ini merundingkan beberapa perkara berkaitan dengan kemerdekaan Tanah Melayu, hal-hal kewangan, pentadbiran, keselamatan dalam negeri, pertahanan dan hal-ehwal luar negeri serta penubuhan Jawatankuasa Bebas Kemerdekaan bagi mengkaji semula perlembagaan terutamanya mengenai kedudukan istimewa Raja-raja Melayu yang perlu dikekalkan.
·         Misi rombongan menuntut kemerdekaan ini telah berjaya mendapatkan persetujuan Kerajaan British untuk memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.
·         Pada tahun 1955, Tunku sekali lagi pergi ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya.
·         Pada kali ini, beliau berjaya dan tarikh 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan.
·         Laungan “merdeka” yang bergema di Stadium Merdeka turut sama dilaungkan dan dikongsi bersama di seluruh Negara.
8.KOMPROMI DALAM ISU YANG DIPERJUANGKAN.
  • Dalam pilihan raya umum yang diadakan pada tahun 1955 berasaskan perlembagaan baru ini, Perikatan UMNO-MCA-MIC (MIC, iaitu Parti Kongres India yang mewakili masyarakat India telah menyertai Perikatan pada tahun 1955) memenangi hampir kesemua kerusi yang dipertandingkan.-> Perjuangan mereka adalah kemerdekaan daripada British.
  • Pihak British memulakan perbincangan dengan ketiga-tiga elit UMNO-MCA-MIC mengenai isu pemindahan kuasa dan merangka draf perlembagaan yang baru untuk Kerajaan Tanah Melayu yang merdeka itu.
  • Hasil perbincangan tersebut telah membawa kepada perumusan Perlembagaan Tanah Melayu.
  • Antara isu-isu penting yang termaktub dalam perlembagaan tersebut adalah kewarganegaraan.
  • Berasaskan prinsip jus soli,mereka yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu selepas merdeka secara automatick menjadi warganegara Persekutuan.
  • Mereka yang bukan warganegara boleh mendapat hak kewarganegaraan jika menetap di Tanah Melayu antara lima hingga lapan tahun; mengangkat sumpah taat setia; melepaskan kewarganegaraan asing; lulus peperiksaan asas bahasa Melayu.
  • Isu hak keistimewaan orang Melayu iaitu sistem tanah simpanan Melayu iaitu tanah rezab khas untuk orang Melayu.
  • Kuota tertentu dalam perkhidmatan awam bagi orang Melayu dan pemberian lesen dan permit perniagaan  bagi orang Melayu.
  • Kuota bagi biasiswa dan bantuan kewangan dari segi pendidikan kepada orang Melayu serta melindungi kedudukan khas orang Melayu.
  • Persetujuan dari Majlis Raja-raja Melayu diperlukan dalam sebarang pindaan perundangan pentadbiran mengenai hak istimewa orang Melayu.
  • Isu agama berkaitan Islam adalah agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu namun demikian setiap orang berhak untuk menganut dan mengamal agama mereka.
  • Penyebaran agama lain di kalangan penganut-penganut Islam adalah bergantung kepada undang-undang negeri.
  • Isu bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Selain dari bahasa Inggeris, bahasa lain tidak boleh digunakan dalam sebarang persidangan perundangan. Bahasa Inggeris boleh digunakan sehingga sepuluh tahun selepas Merdeka.
  • Penggunaan dan pembelajaran bahasa kaum-kaum lain adalah bergantung kepada kebenaran dari kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri. Setiap warganegara bebas mengguna dan mempelajari bahasa lain.
KESIMPULAN.
  • Hal ini jelas menunjukkan pelbagai parti telah muncul dalam gerakan menuntut kemerdekaan misalnya Parti UMNO, MCA, MIC yang seterusnya telah bergabung menjadi Parti Perikatan.
  • Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Parti Perikatan dalam memperjuangkan kemerdekaan Negara iaitu melalui tuntutan untuk diadakan pilihanraya, konvesyen serta memprotes kepada British.
  • Walaupun Parti Perikatan menerima banyak persaingan dengan pro-IMP dan seterusnya daripada Parti Negara dalam bertanding di dalam pilihanraya tetapi majoriti bilangan kerusi tetap kepada Parti Perikatan.
  • Akhirnya British telah bersetuju untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 setelah didesak oleh parti Perikatan


BIBLIOGRAFI.
Andaya, Barbara Watson, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: MacMillan, 1983,
Ishak Saat, Caturan Politik Pelbagai Kaum di Tanah Melayu, 1946-1957, JEBAT, Bil. 37, 2010
Joseph M. Fernando, The Alliance Road to Independence, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 2009.
Marwan Saliman, UMNO, 1948-1955, JEBAT, Bil. 1, 1971-1972.
Milne R. S. , Mauzy Diane K. , Politik dan Kerajaan di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982.
Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997.
Vejai Balasubramaniam, Politik Nasionalisme dan federalisme di Malaysia, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti, 1998.



[1] Milne R. S. , Mauzy Diane K. , Politik dan Kerajaan di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, hlm. 43-44.
[2] Marwan Saliman, UMNO, 1948-1955, JEBAT, Bil. 1, 1971-1972, hlm. 85.
[3] Vejai Balasubramaniam, Politik Nasionalisme dan federalisme di Malaysia, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti, 1998, hlm. 101.
[4] Marwan Saliman, UMNO, 1948-1955, JEBAT, Bil. 1, 1971-1972, hlm. 86-90.
[5] Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm. 108.
[6] Marwan Saliman, UMNO, 1948-1955, JEBAT, Bil. 1, 1971-1972, hlm. 85-86.
[7] Vejai Balasubramaniam, Politik Nasionalisme dan federalisme di Malaysia, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti, 1998, hlm. 104.
[8] Andaya, Barbara Watson, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: MacMillan, 1983, hlm. 313.
[9] Ramlah Adam, Sumbanganmu Dikenang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm. 109-111.
[10] Ishak Saat, Caturan Politik Pelbagai Kaum di Tanah Melayu, 1946-1957, JEBAT, Bil.  37, 2010, hlm. 80-82.
[11] Joseph M. Fernando, The Alliance Road to Independence, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 2009, hlm. 92-93.
[12]Marwan Saliman, UMNO, 1948-1955, JEBAT, Bil. 1, 1971-1972, hlm. 92-94.
[13] Milne R. S. , Mauzy Diane K. , Politik dan Kerajaan di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, hlm. 179.
[14]Marwan Saliman, UMNO, 1948-1955, JEBAT, Bil. 1, 1971-1972, hlm. 92-94.
[15] Joseph M. Fernando, The Alliance Road to Independence, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 2009, hlm. 118.
[16] Joseph M. Fernando, The Alliance Road to Independence, hlm. 123-124.
[17] Ibid, hlm. 90.
[18] Joseph M. Fernando, The Alliance Road to Independence, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 2009, hlm. 92.

Bincangkan tujuan utama di sebalik penubuhan persekutuan malaysia di antara 1961 dan 1963

PENGENALAN
Tunku Abdul Rahman dalam satu ucapan beliau di hadapan Persatuan Wartawan Asing di sebuah hotel di Singapura pada 27 Mei 1961, menggagaskan penubuhan negara Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Antara lain, ia bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis, mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepat proses kemerdekaan terhadap Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Singapura menyambut baik idea tersebut manakala Brunei enggan menyertainya.[1] Sarawak dan Sabah yang pada mulanya menolak cadangan tersebut akhirnya telah bersetuju apabila diberi jaminan mengenai pemerintahan sendiri.
            Untuk memberikan kebebasan dan keadilan kepada semua pihak, pada 17 Januari 1962 sebuah suruhanjaya yang meninjau pandangan penduduk negeri-negeri tersebut telah diumumkan dan dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya itu dianggotai oleh 5 orang ahli, dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh dua wakil Kerajaan British, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston sementara wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula terdiri daripada Datuk Wong Pow Nee dan Encik Mohamed Ghazali Shafie seterusnya Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.
            Sepanjang Februari-April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada parti-parti politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan.[2] Secara keseluruhan, lebih 80% bersetuju dengan gagasan tersebut dan pada 21 Jun 1962, laporan tersebut telah diserahkan kepada kerajaan British.
            Kata sepakat telah dicapai antara Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut berlangsung selama 2 minggu. Pada 9 Julai 1963, satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London.[3] Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kerajaan British telah diwakili oleh Perdana Menteri Encik Harold Macmillion dan Encik Ducan Sandys dan Lord Landsdowne.
            Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula telah diwakili oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Encik Tan Siew Sin, Datuk V.T. Sambanthan, Datuk Ong Yoke Lin dan Dr. Lim Swee Aun. Sabah pula telah diwakili oleh DatukMustapha bin Datuk Harun, Encik Donald A.Stephen, Encik W.K.H. Jones, Encik Khoo Siak Chiew, Encik W.S Holley dan EncikG.D. Sundang. Wakil-wakil dari negeri Sarawak pula terdiri draipada Encik P.E.H. Pike, Temenggung Jugah, Datuk Bandar Abang Haji Mustapha, Encik Beng Siew dan Datuk Abang Haji Openg. Sementara itu, Singapura telah diwakili oleh Encik Lee Kuan yew dan Encik Goh Keng Swee.[4] Kedua-dua negara bersetuju mengeluarkan kenyataan bersama pada 12 Julai 1963 iaitu Kerajaan British bersetuju menyerahkan kedaulatan Sabah, Sarawak dan Singapura kepada Kerajaan Malaysia dan Malaysia akan wujud pada 31 Ogos 1963.
            Ketika ura-ura pembentukan Malaysia menjadi kenyataan, Filipina dan Indonesia menentang keras gagasan tersebut. Filipina mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada wilayahnya manakala Indonesia yang mempunyai perancangan mewujudkan Indonesia Raya telah cuba menggagalkan usaha tersebut dengan lebih keras lagi dengan mengisyhtiharkan Konfrantasi pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’. Tentera Indonesia dihantar menyusup sempadan Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak serta Johor.
            Cabaran getir yang dihadapi ini tidak mematahkan semangat pemimpin dan rakyat Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah untuk melihat satu negara bersatu. Walaupun perancangan sebenar pengisyhtiharan akan dibuat pada 31 Ogos 1963, majlis tersebut terpaksa ditangguhkan.[5] Lawrance Michelmore selaku wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali mengadakan tinjauan pandangan penduduk Borneo Utara dan Sarawak. Pada 14 September 1963, laporan telah dikeluarkan yang mengesahkan majoriti penduduk negeri tersebut menyokong penyertaan dalam Persekutuan Tanah Melayu. Justeru, pada 16 September 1963, gagasan tersebut telah menjadi kenyataan dan lahirlah sebuah kesatuan yang dikenali sebagai Malaysia.
            Pengisytiharan tersebut dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Upacara membaca deklarasi penubuhan Malaysia itu telah dilakukan di hadapan Yang Di Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura dan Sabah. Turut serta dalam upacara itu ialah tiga orang pemimpin dari tiga buah negeri yang baru dalam Persekutuan Malaysia iaitu Encik Lee Kuan Yew, Encik Donald Stephens dan Encik Stephen Kalong Ningkan.[6] Bagaimanapun, penyertaan Singapura hanya mampu bertahan selama dua tahun apabila terpaksa berpisah pada tahun 1965.

TUJUAN UTAMA DI SEBALIK PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA 
1)      Mengelak Ancaman Komunis
Sebab utama penubuhan Malaysia adalah untuk menentang kegiatan komunis yang kian bertambah di Singapura dan situasi politik pada tahun 1950-an. Ejen-ejen komunis telah meresap masuk ke sekolah Cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis elah menganjrkan satu pemogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan. Selain itu, Parti Tindakan Rakyat (People’s Action Party-PAP) di bawah  pimpinan Lee Kuan Yew yang memerintah Singapura waktu itu sedang mengalami kemerosotan akibat komunis yang merampas pucuk pimpinan PAP.[7] Fenomena ini dapat dilihat apabila PAP kalah dalam pilihan raya kecil di kawasan Hong Lim kepada Ong Eng Guan dari Parti Rakyat Singapura (United People’s Party-UPP) pada bulan Mei 1961 dan pilihan raya di kawasan Anson kepada Parti Buruh pada bulan Julai 1961. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri dari PAP.
            Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu Barisan Sosialis di bawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Keadaan ini telah membimbangkan Persekutuan Tanah Melayu dari segi urusan politik dan ekonomi sekiranya PAP digulingkan. Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk ke Tanah Melayu.[8] Beliau berharap agar dengan gagasan Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal dan seterusnya dapat menyekat pengaruh mereka. Lee Kuan Yew berminat bergabung dengan Malaysia kerana perkembangan pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura pada bulan April 1961.
Kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis akan melemahkan parti pimpinan Lee Kuan Yew iaitu Parti Tindakan Rakyat atau People’s Action Party (PAP) pada masa depan. Perkembangan ini membimbangkan kerana menggugat rancangan kerajana British untuk memberikan kemerdekaan kepada Singapura. Barisan Sosialis dianggap oleh Lee Kuan Yew sebagai gerakan berhaluan kiri. Ancaman komunis juga merupakan salah satu faktor pembentukan Malaysia.[9] Lee Kuan Yew telah menggunakan alasan ini untuk mendesak British menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Tambahan pula, Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu sepanjang tempoh darurat dari tahun 1948 hingga tahun 1960.
Selain itu, ancaman komunis juga wujud di Sarawak yang diperjuangkan oleh Clandestine Communist Organization (CCO) yang bermatlamat menjadikan Sarawak sebagai negara komunis. Masalah ini merupakan antara faktor terpenting yang mendorong Tunku Abdul Rahman mengemukakan idea pembentukan Malaysia. Penyertaan Singapura, Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia diharapkan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi menghadapi ancaman komunis.[10] Penubuhan Malaysia akan mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei kerana pada masa ini Sarawak, Sabah dan Brunei masih belum mampu brkerajaan sendiri. Penyertaan mereka akan menjamin kemerdekaan yang lebih awal kerana mengikut perancangan, Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun. Di samping itu, mereka dapat menikmati pembangunan sosial, ekonomi dan politik.
Penubuhan Malaysia ialah proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun. Pada masa ini, hampir kesemua negara di Asia Tenggara telah berjaya mendapatkan kemerdekaan. Dalam perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  (PBB) pada tahun 1960 telah timbul usul agar tanah-tanah jajahan dimerdekakan. Kejayaan pembentukan Malaysia diharapkan dapat memberikan kestabilan politik kepada rantau Asia Tenggara.[11] British berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo. British perlu mengambil langkah-langkah ke arah memastikan kepentingan mereka terus terkawal terutama pangkalannya di Singapura. Parti Tindakan Rakyat (PAP) dikenali juga dengan nama seingkatnya PETIR. Parti ini menggunakan lambang petir.
2)      Memberi Kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei
Melalui penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura akan mendapat kemerdekaan yang lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini memandangkan negara-negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British sewaktu cadangan ini ditimbulkan.[12] Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkan dalam status cadangan negeri jajahan manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan. Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis ditubuhkan tetapi dibubarkan semasa darurat.
            Walau bagaimanapun, satu pertubuhan komunis sulit iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak telah bergerak dalam kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menentang British.[13] Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu, kerajaan British melancarkan operasi pisang untk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal.[14] Dharapkan melalui gagasan ini, kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman komunis. Tunku Abdul Rahman percaya dengan membawa masuk Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia akan lebih memudahkan dan mempercepatkan kemerdekaan dua wilayah ini.
            Di samping itu, kaum bumiputera boleh menikmati layanan yang lebih baik apabila menyertai Persekutuan sebagaimana yang dinikmati oleh orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk. Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak dan Brunei jika digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum.[15] Hal ini disebabkan ¾ daripada penduduk Singapura berbangsa Cina. Kemasukan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum-kaum kerana 70% daripada penduduk Borneo Utara ialah bumiputera.



3)      Kemajuan Ekonomi Bersama
Melali Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak langsung, negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi. Menurut Tunku, apa yang penting melalui Persekutuan Malaysia ia dapat membantu mempertingkatkan pembangunan ekonomi. Ini kerana Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur manakala Tanah Melayu, Singapura dan Brunei ialah negeri-negeri yang kaya.[16]
            Dengan ini, kekayaan di negeri-negeri yang kaya akan dipindahkan ke negeri-negeri yang mundur untuk membiayai projek pembangunan. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah seperti bijih timah manakala Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya.[17] Pelabuhan Singapura pula akan lebih selamat sekiranya menyertai Persektuan Malaysia.
4)      Mempercepatkan Proses Kemerdekaan
Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberi kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia. Sekiranya ditinjau, Singapura berstatus koloni British sementara Sabah dan Sarawak adalah tanah jajahan British.[18] Jadi, hal ini menunjukkan bahawa Singapura, Sabah dan Sarawak mempunyai sistem pentadbiran seiring dengan sistem yang dibentuk oleh pihak British.
            Tanah Melayu juga menjalin hubungan politik dan ekonomi dengan Singapura, Borneo Utara dan Sarawak semasa British mentadbir. British pada awalnya tidak yakin bahawa wilayah-wilayah Borneo telah bersedia untuk merdeka dan mereka juga tidak yakin bahawa wilayah tersebut bersedia menyertai Malaysia tanpa permindahan kuasa secara beransur-ansur kepada kerajaan persekutuan.[19] Akan tetapi, siri perbincangan dan penyiasatan telah dilakukan berhubung syarat-syarat yang sesuai untuk pergabungan dan sesuai untuk sebuah persekutuan. Akhirnya, perbincangan para pemimpin dari lima buah negeri itu dalam mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Serantau yang diadakan di Singapura pada Julai 1961.
            Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Lord Cobbold untuk meninjau dan menilai pandangan penduduk Borneo Utara dan Sarawak tentang Persekutuan Malaysia. Walaupun berlaku penentangan oleh beberapa parti politik di Borneo Utara, Sarawak dan Brunei tetapi melalui penelitian keputusan pilihan raya kerajaan tempatan pada lewat 1962 dan 1963 memperlihatkan sebilangan besar penduduk mula bersetuju menyokong Persekutuan Malaysia.[20] Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar.
            Pemberian kemerdekaan yang lebih cepat dapat mengelakkan hasrat komunis untuk bertapak di Tanah Melayu dan di negeri-negeri yang terlibat. Sekiranya negeri tersebut tidak diberi kemerdekaan, British bimbang gagasan Malaysia akan dipengaruhi oleh komunis serta kepentingan ekonomi dan sosial pada masa akan datang akan hilang.[21] Selain itu, British juga bimbang akan keselamatan pelabuhan British di Asia Tenggara. British turut berasa risau sekiranya kuasa luar lain akan menakluki Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura.
5)      Menjaga Kepentingan Kaum Bumiputera
Pembentukan Persekutuan yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura juga adalah untuk menjaga kepentingan dan kedudukan kaum bumiputera. Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja.[22] Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80% penduduk bukan Melayu dan apabila bercantum dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar.
            Percantuman antara Tanah Melayu dengan Singapura sahaja akan menjadikan pertusan masyarakat Cina menjadi 43.5% sementara orang Melayu menjadi 43%. Hal ini disebabkan anggaran peratusan penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960 adalah kira-kira 50% dan 36.9% orang Cina.[23] Justeru, apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum bumiputera termasuk orang Melayu akan menjadi 46.3% sementara orang Cina menjadi 42.4%. Ini bermaksud kemasukan Sabah dan Sarawak membolehkan kumpulan orang Melayu dan bumiputera kekal sebagai kumpulan terbesar.

KESIMPULAN
Kejayaan pembentukan Malaysia merupakan suatu cabaran untuk semua pemimpin Tanah Melayu ketika itu. Walaupun pelbagai rintangan terpaksa dilalui namun atas kesabaran serta kesungguhan mereka, Malaysia telah berjaya dibentuk apabila mendapat sokongan pemimpin dan parti-parti di Singapura, Sabah dan Sarawak. Walaupun Singapura telah menarik diri pada tahun 1965, hasrat pembentukan Malaysia ini telah berjaya sehingga ke hari ini Malaysia telah maju dari segi politik, soaial dan ekonominya.
Penubuhan Malaysia juga jelas menunjukkan keinginan rakyat Sabah, Sarawak dan Singapura malah Brunei sendiri untuk mencapai kemerdekaan melalui Malaysia. Ia juga menunjukkan hasil dari satu persetujuan yang telah diterima oleh pihak yang terlibat.[24] Walaupun usaha-usaha untuk menubuhkan Malaysia terpaksa menghadapi banyak halangan, satu perkara penting yang dapat diperhatikan bahawa penggabungan wilayah-wialayah ini adalah dibentuk secara demokratik iaitu melalui pungutan suara dan tidak ada unsur ugutan dari mana-mana pihak. Oleh yang demikian, kita dapati apabila Singapura kemudiannya menimbulkan pelbagai masalah kepada keajaan pusat, negara itu akhirnya didizinkan keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965.
            Selain itu, pembentukan Malaysia telah menunjukkan pandangan jauh Tunku Abdul Rahman iaitu Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu. Jadi tidak hairanlah beliau telah digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan Malaysia”.[25] Hal ini adalah disebabkan kejayaannya memerdekaan bukan sahaja Persekutuan Tanah Melayu tetapi juga Sarawak, Sabah dan Singapura. Semangat kerjasama, setia kawan dan sikap toleransi antara pemimpin dengan rakyat pula telah membawa kepada satu penggabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dalam sebuah Pembentukan Malaysia. Inilah satu keunikan dan kebangsaan negara kita yang perlu dipelihara dan dipertahankan agar semangat penubuhan Persekutuan untuk mewujudkan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kerjasama dalam sosial akan terus berkekalan sampai bila-bila.[26] Selain itu, Tunku Abdul Rahman sekarang ini masih diingati oleh semua rakyat Malaysia dan menjadi kebanggaan yang cemerlang bagi seluruh rakyat Malaysia kerana telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu ini daripada penjajah asing.
Pembentukan Malaysia ini telah melahirkan sebuah negara yang disegani dan disanjungi oleh negara lain. Malaysia pada masa dahulu telah berjaya memerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah asing walaupun tentera Melayu pada masa itu hampir berputus asa kerana mempunyai tentera yang terlalu sedikit untuk menentang penjajah asing tetapi mereka memperkuatkan juga pertahanan mereka sehingga berjaya.[27] Pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu bebas daripada penjajah asing dan diisyhtiharkan merdeka dan dihasilkan sebuah lagu untuk memperingati bahawa Tanah Melayu telah diisyhtiharkan merdeka. Selain itu, Tugu Negara telah didirikan di Kuala Lumpur untuk memperingati pahlawan Tanah Melayu yang berkorban nyawa untk mempertahankan Tanah Melayu ini. Kesimpulannya, kita patut menghargai dan memperingati pengorbanan yang telah dilakukan untuk mempertahankan tanah air daripada dibelenggu penjajah. 


BIBLIOGRAFI
  • Cheah Boon Kheng, Malaysia : The Making of a Nation, Singapore : Institute of Southeast Asian Studies, 2002.
  • Mohammad Agus Yusoff, Malaysian Federalism : Conflict or Consensus, Bangi : Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006.
  • Shaikh Mohd Noor Alam, Fuedalisme di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.
  • Vejai Balasubramaniam, Politik Nasionalisme dan Federalisme di Malaysia, Selangor : Penerbit Fajar Bakti, 1998.
  • R. S. Milne dan Daine K. Mauzy, Politik dan Kerajaan di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982.
  • Mohamed Noordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation : Political Unification in The Malaysia Region 1945-65, Kuala Lumpur : Universiti Malaya Press, 1974.
  • Ghazali Shafie’s, Memoir on The Formation of Malaysia, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, 1998.
  • Malike Brahim, Konflik dalam Pendemokrasian Politik Sarawak, Petaling Jaya : IBS Buku Sdn. Bhd., 2011.
           



[1] Cheah Boon Kheng, Malaysia : The Making of a Nation, Singapore : Institute of Southeast Asian Studies, 2002, hlm. 24.
[2] Cheah Boon Kheng, Malaysia : The Making of a Nation, hlm. 31.
[3] Mohammad Agus Yusoff, Malaysian Federalism : Conflict or Consensus, Bangi : Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006., hlm. 79.
[4] Mohammad Agus Yusoff, Malaysian Federalism : Conflict or Consensus, hlm. 83.
[5] Mohammad Agus Yusoff, Malaysian Federalism : Conflict or Consensus, hlm. 85.
[6] Mohammad Agus Yusoff, Malaysian Federalism : Conflict or Consensus, hlm. 87.
[7] Shaikh Mohd Noor Alam, Fuedalisme di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 50.
[8] Vejai Balasubramaniam, Politik Nasionalisme dan Federalisme di Malaysia, Selangor : Penerbit Fajar Bakti, 1998, hlm. 68.
[9] Vejai Balasubramaniam, Politik Nasionalisme dan Federalisme di Malaysia, hlm. 74.
[10] Shaikh Mohd Noor Alam, Fuedalisme di Malaysia, hlm. 67.
[11] R. S. Milne dan Daine K. Mauzy, Politik dan Kerajaan di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, hlm. 122.
[12] R. S. Milne dan Daine K. Mauzy, Politik dan Kerajaan di Malaysia, hlm. 125.
[13] Ibid.
[14] Ibid., hlm. 134.
[15] Mohamed Noordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation : Political Unification in The Malaysia Region 1945-65, Kuala Lumpur : Universiti Malaya Press, 1974, hlm. 46.
[16] Mohamed Noordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation : Political Unification in The Malaysia Region 1945-65, Kuala Lumpur : Universiti Malaya Press, 1974, hlm. 93.
[17] Mohamed Noordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore Separation : Political Unification in The Malaysia Region 1945-65, hlm. 105.
[18] Ghazali Shafie’s, Memoir on The Formation of Malaysia, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia, 1998, hlm. 17.
[19] Ghazali Shafie’s, Memoir on The Formation of Malaysia, hlm. 21-24.
[20] Ibid.
[21] Ibid., hlm. 33.
[22] Malike Brahim, Konflik dalam Pendemokrasian Politik Sarawak, Petaling Jaya : IBS Buku Sdn. Bhd., 2011, hlm. 66.
[23] Malike Brahim, Konflik dalam Pendemokrasian Politik Sarawak, hlm. 71.
[24] Mohammad Agus Yusoff, Malaysian Federalism : Conflict or Consensus, Bangi : Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006., hlm. 118.
[25] Mohammad Agus Yusoff, Malaysian Federalism : Conflict or Consensus, hlm. 121.
[26] Shaikh Mohd Noor Alam, Fuedalisme di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 82.
[27] R. S. Milne dan Daine K. Mauzy, Politik dan Kerajaan di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, hlm. 145.

Persidangan di Calcultta telah mendorong PKM untuk melancarkan gerakan bersenjata di Tanah Melayu pada Jun 1948. Jelaskan

PENGENALAN Komunisme berkembang dan melebarkan pengaruhnya di Tanah Melayu dan di seluruh Asia kerana pandangan para pemikir komunis ...