PENGENALAN
Setelah China mengahadapi dua perang dengan kuasa
barat iaitu Perang Candu dan Perang
Arrow dan kebagkitan dalaman telah menyebabkan kerajaan untuk meneliti semula
kekuatan negara China demi untuk menjaga
keselamatan dan melindungi kedaulatan negara.Putera Kung dan pemimpin- pemimpin
penting seperti Tseng Kuo- fan , Li Hung
– chang an Tso Tsung – tang telah melihat dan kagum dengan kekuatan tentera
barat terutamnya Ever- Victorious Army
.Akibatnya mereka mula memikirkan cara
untuk membangunkan China dengan menggunakan teknologi barat untuk menumpaskan
orang barat ini semula.[1].Maka
wujudlah usaha untuk membina kilang- kilang senjata serta memodekan bidang
ketenteraan China. Rancangan untuk memulihkan China melalui proses pemodenan merangkumi
sektor- sektor seperti pertahanan, hubungan luar, penterjemahan, industri
perkapalan dan juga kilang makanan dan kain.Rancangan atau idea ini dikenali
sebagai Gerakan Menguatkan Diri di China. Gerakan ini telah berlangsung dari
tahun1861 hingga ke tahun 1895.Namun apabila China gagal kepada tentera
Perancis dan Jepun, pada penghujung abad ke 19
maka wujudlah dua reaksi yang
berbeza .Reaksi yang pertama datang daripada golongan intelektual atau daripada
golongan atasan manakal reaksi yang kedua pula datang daripada rakyat China
atau datang dari bawah.Bagi golongan intelektual China harus dimajukan serta
dimodenkan dari segi senjata, ekonomi, system pemerintahan kuno China.Mereka
inginkan sebuah system pemerintahan yang sama dengan kuasa- kuasa barat yang
lain dan tumpuan utama mereka ialah pada Jepun kerana kejayaan Restorasi Meiji
yang telah menguatkan Jepun. Manakala tindak balas yang datang dari bawah iaitu
dari rakyat China adalah berbeza. Kesan daripada perang, perebutan konsesi
barat , kegiatan mubaligh kristian dan bencana alam telah menyebabkan munculnya
gerakan untuk membela dan mempertahankan kedaulatan China.Apa yang menarik
ialah cara yang digunakan oleh golongan ini ialh lebih agresif atau radikal dan
menuntut perjuangan dengan menggunakan senjata untuk menghalau oarang asing
keluar daripada China kerana dikatakan orang
asing ini telah menggangu keharmonian hidup mereka selama ini.Kemudiannya pada
hujung abad ke 19 pertempuran antara orang China dengan kuasa asing akhirnya
menjadi perang pada tahun 1900. Terdapat pelbagai reaksi dan pembahruan yang
telah dilakukan terhadap kuasa asing antaranya ialah gerakan menguatkan diri,
pembahruan 100 hari, dan juga gerakan Boxer.
GERAKAN
MENGUATKAN DIRI
Gerakan ini juga dikenali sebagai Polisi Tung- Kung
sempena nama Maharaja Tung Chih yang digabung dengan nama Putera Kung , dan
juga Gerakan Yang Wu atau Gerakan Pembaratan Gerakan ini bertujuan untuk menguatkan diri
untuk mencari kelemahan China dengan memulihkan kekuatan ketenteraan China ,
menjalin hubungan baik dengan kuasa barat, usaha- usaha penterjemahan dan
membina industri berat dan ringan serta penyertaan dalam perdagangan
anatarabangsa[2].
Golongan yang bangkit untuk menetang kuasa asing ialah golongan intelektual. [3]Antara
perintis yang menggalakkan pembelajaran dari barat ialah bekas Pesuruhjaya ,
Lin Tse – hsu.Semasa dalam jawatan beliau telah berjaya merampas dan
memusnahkan candu.[4] Beliau telah meminta akhbar asing dari Macao,
Singapura dan India untuk diterjemahkan , mengumpul maklumat tentang geografi,
sejarah, politik dan undang- undang barat, beliau juga mengarah supaya
menterjemah undang- undang antara bangsa dari Vattel dan buku seperti Cyclopedia of Geography diterjemah ke
dalam bahasa China di bawah tajuk Ssu-kuo-chih
pada tahun 1841.Untuk menguatkan pertahanan Canton beliau pernah mencadangkan
membeli 200 senapang dan juga mengarahkan buku panduan cara membuat senapang
diterjehmahkan. [5]Wei
Yuan (1794- 1856) seorang sarjana klasik mempunyai kesedaran tentang pemodenan
China.Beliau mengajak kerajaan China mengamalkan polisi “belajar teknologi
tinggi orang gasar untuk mengawal mereka”[6].Beliau
membuat penyelidikan dan sebuah buku
yang bertajuk Hai – kuo tu-chih telah dihasilkan pada tahun
1842.Terdapat empat bahagian dalam buku ini. Bahagian pertama berhubung dengan
keadaan sejarah, geografi, dan politik semasa negara barat, bahagian kedua
ialah berkenaan pembuatan senjata barat, bahagian ketiga tentang pembinaan
kapal , lombong dan lain- lain peralatan, dan bahagian yang keempat ialah tentang
kaedah berhubung dengan barat.[7]Selain
itu, beliau juga mencadangkan agar sebuah kilang senjata dan limbungan kapal
dibina di Kwantung dengan melantik orang barat sebagai penasihatnya,
memperkenalkan sains tentera laut dalam peperiksaan tentera dan mengendali
pengurusan ketenteraan dengan baik.Liang Ting – nan pula mecatatkan tentang sistem
politik Amerika Syarikat yang bertajuk Ho-
chung –kuo shuo dan kajian tentang
gangguan asing ke atas China bertajuk I-
fen chi- wen. [8]
Antara tokoh- tokoh yang penting dalam gerakan ini
ialah Putera Kung , wen Hsiang , Tseng Kou- fan , Tso Tsung – tang dan Li Hung
– chang. Terdapat beberapa perubahan dan pembahruan yang dapat dilihat dari
segi politik ekonomi dan sosial. Dari segi hubungan luar Putera Kung telah
membuka sebuah pejabat hal- ehwal luar dan kelas terjemahan.[9]Selepas
China mengalami kekalahan dalam Perang Arrow. Putera Kung mula sedar bahawa
jika China mematuhi perjanjian dengan kuasa barat , dan melayan mereka dengan
baik maka keamanan akan dapat dicapai.Beliau mula menganggap hubungan China dan
barat perlu dijalankan secara aman. Idea
Putera Kung telah mendapat sokongan daripada Manchu Grand Councillor, Wen –
hsing , Tseng Kuo- fan , Tso Tsung –tang dan Li Hung – chang.[10]
Selain itu, atas cadangan Putera Kung , Kui Liang dan Wen Hsiang Tsungli Yamen
( Pejabat Untuk Pengurusa Am) telah ditubuhkan pada 11 Mac 1861 . Pejabat ini
lebih kepada subjawatankuasa dalam Grand
Council .Ia mempunyai lima jabatan
dengan empat jabatan mengendalikan soal hubungan dengan Britain, Perancis,
Rusia, dan Amerika Syarikat.Urusan China dan Jepun dimasukkan dalam Jabatan
Rusia.Jabatan yang kelima ialah Jabatan Tentera Laut yang juga mengurus soal
pelabuhan perjanjian, pembinaan limbungan kapal , pembuatan peluru,senjata dan
mesin , pembelian dan pengeluaran kapal wap, dan permbinan jalan kereta api,
telegraf dan lombong di beberapa wilayah di China.[11]
Dari segi ekonomi pula , Dikri maharaja pada 13
Januari 1861 meminta agar mewujudkan dua jawatan pengawas perdagangan di China
. Jawatan pengawas perdangan di selatan merupakan jawatan yang sedia ada , jawatan
pengawas perdagangan di sebelah utara telah diwujudkan. Jawatan pengwas
perdagangan di selatan dikenali sebagai Pesuruhjaya Tinggi Pelabuhan Selatan (
Nan- yang ta –chen) manakala pengawas perdagangan di utara dikenali sebagai
Pesuruhjaya Tinggi Utara( Pei-yang ta –chen ) yang menguruskan hal- ehwal
pelabuhan perjanjian di utara.Tugas bagi kedua- dua pesuruhjaya ini ialah perlu
mengurus soal perdagangan dan juga sebagai pegawai diplomat untuk mengurus
kehadiran diplomat asing ke China. [12]Selain
itu, pada pertengahan abad ke 19 Kastam Kemaharajaan Kelautan China telah
ditubuhkan.Kerajaan China melantik orang asing sebagai Inspektor Jeneral
kastam.G.T.Lay merupakan orang barat yang pertama menjawat jawatan tersebut[13].Tugas
badan ini lah mengendalikan urusan percukaiaan dagang China, dan juga menjadi
badan untuk mengumpul dana bagi membayar ganti rugi kepada pihak Britain dan
Perancis.
Dari segi pendidikan , gerakan ini telah
membangunkan sistem pendidikan barat.Tung – wenKuan (TWK) telah ditubuhkan pada tahun 1862 di Peking ,atas cadangan
Putera Kung.Ia merupakan sebuah sekolah bahasa asing. Tujuannya adalah untuk melahirkan penterjemah
dan menjadi puasat penterjemahan bahasa barat. Selain itu terdapat juga sekolah
pendidikan pratikal juga ditubuhkan. Walaupun
pembahruan telah dilakukan dalam pendidikan China nilai- nilai ajaran Konfusius
tidak diabaikan.
Di samping itu , terdapat juga usaha menguatkan diri
di wilayah. Antara pemimpin wilayah yang penting ialah Tseng Kuo- fan , Tso
Tsung – tang dan Li Hung – chang. Mereka merupakan tokoh yang berperanan
penting dalam menghapuskan kebangkitan Taiping.[14]Mereka
juga mendapat lham untuk membangunkan negara China daripada keberkesanan Ever- Victorious Army .Mereka sedar
bahawa kelemahan China perlu dibaiki dengan menguatkan bidang persenjataan dan
perkapalan di China dengan meniru kekuatan tentera barat.Oleh sebab itu, mereka
menjalankan usaha- usaha pembinaan kilang senjata dan perkapalan.Tseng Kuo- fan
yang mendapat pendidikan Konfusius berpendapat bahawa pembahruan dalam bidang ketenteraan yang dilakukan oleh
China harus mengikuti ajaran moral dan etika.[15]Berlandaskan
prinsip ini beliau telah membina sebuah kilang senjata di Kiangsi pada tahun
1855, di Anqing pada tahun 1861 sebuah
lagi kilang senjata telah dibina.[16]Kilang
ini menggunakan tenaga buruh untuk mengeluarkan peluru, senapang, peluru
meriam, dan serbuk peletup.Di samping itu, beliau juga telah membina kapal wap
bersaiz kecil. Pada tahun 1865 ,Tseng Kuo- fan dan Li Hung – chang dan Li Hung
– chang juga telah menaja untuk membina Kilang Senjata Kiangnan di Shanghai.
Selain itu,kilang senjata ini juga menjadi biro penterjemahan.Hasil
penterjemahannya ialah sebanyak 156 karya barat daripadanya 98 buah karya telah
diterbitkan.[17]Terdapat
juga badan- badan persendirian seperti
Depot Buku Saintifik ( Ko Chih Shu She ) dan Persatuan Penterjemahan Shanghai (
I Shu Kung Hui) yang menjalankan usaha penterjemahan.[18]
Tseng Kuo- fan juga telah menghantar sebuah memorial yang sulit setahun sebelum
kematiannya ,ia mengandungi pekara yang dapat memodekan China . Antara pekara
yang terkandung dalamnya ialah memindah pusat negara dari Peking ke tempat yang
lain, memansuhkan pengamalan rasuh dalam kerajaan, membuat reformasi
ketenteraan dengan menubuhkan tentera moden dan tentera laut dan kedua- dua
badan tersebut diletakkan di bawah kerajaan pusat, menyemak semula
perbendaharaan kerajaan dan meletakkannya di bawah kerajaan pusat, dan membuat
reformasi dalam pemilihan pekerja dalam perkhidmatan kerajaan.[19]
Tso Tsung- tang pula percaya bahawa pembinaan kapal
mampu menukar China aripada sebuah kuasa yang lemah dan miskin kepada sebuah
Negara yang kuat dan kaya[20].Oleh
itu, Limbungan kapal Foochow telah dibina pada tahun 1866.Pembinaaan limbungan
kapal ini dianggap sebagai pencapaian kedua penting dalam Gerakan Menguatkan
Diri.[21]
Kapal pertama yang dikeluarkan oleh limbungan ini ialah Wan Nien Ching pada 10
Jun 1869.Li Hung – chang yakin bahawa jika China memiliki kapal wap, senjata
dan bahan letupan ia akan dapat menghalang China daripada dicerobohi oleh kuasa
asing.Beliau juga member amaran kepada China untuk meniru cara pembinaan kapal
dan pembuatan senjata supaya dapat menyekat Jepun.Pada pandangan Li Hung –
chang pula China perlu menyesuaikan diri dengan senjata dan kapal barat supaya
dapat menyekat kemaraan kuasa barat.
Li Hung- chang mula menguasai gerakan menguatkan
diri di peringkat tempatan setelah Tseng Kuo- fan meninggal dunia pada tahun
1872, dengan diikuti Tso Tsung – tang yang ditugaskan untuk hapuskan
pemeberontakan Islam di barat laut China dan Sinkiang dari tahun 1866- 1880.Li
Hung – chang bertekad untuk memodenkan bidang ketenteraan di China. Beliau juga
telah menghantar beberapa orang pegawainya ke Jerman unuk menjalani latihan di
sana, telah mendirikan sekolah persediaan tentera di Tientsin di bawah
pengawasan Jerman, menaungi pembinaaan sekolah – sekolah moden seperti sekolah
ketenteraan, sekolah telegraf dan segainya,
dan juga telah menubuhkan Armada
Tentera Laut .[22]
Selain itu, pada tahun 1872, Syarikat Pelayaran Kapal wap Perdagang China juga
telah ditubuhkan untuk menyekat penguasaan syarikat kapal asing.Beliau juga
sedar bahawa China perlu melibatkan diri dalam bidang perindustrian dan
perlombongan.Oleh sebab itu, beliau sendiri menubuhkan kilang tekstil kapas di
Shanghai pada tahun 1882. Kemudian dengan batuan Tang Tingshu bekas compradore ,
Li Hung –chang telah membuka lombong arang batu moden di Kaiping pada tahun
1878.Secara ringksnya gerakan menguatkan diri ini dapat dibahagikan kepada 3
peringkat utama iaitu:
Terdapat
3 peringkat dalam gerakan ini
-peringkat pertama dari tahun 1861- 1872,
tumpuan diberikan kepada hubungan
diplomatik dan kekuatan tentera.
·
Tsungli Yemen (1861) mempunyai 5
jabatan dengan 4 jabatan mengurus hubungan dengan Britain, Perancis, Rusia
dan Amerika Syarikat dan jabatan kelima ialah Jabatan Tentera Laut.Terdapat
juga 2 Pesuruhjaya Tinggi di Tientsin dan Shanghai.
·
Sekolah bahasa asing Tung- wen Kuan (TWK) 1862, untuk melahirkan
penterjemah , menjadi pusat penterjemahan bahasa barat.
·
Pembinaan kilang senjata
Kiangnan, peralatannya dibeli dari Amerika Syarikat.
·
Pada tahun 1866, Operasi
limbungan kapal Foochow, ia menjadi pusat pendidikan dan latihan bagi
pegawai- pegawai laut China.
·
Peringkat kedua dari tahun 1872-1885-
“China’s chronic weakness stems from
poverty”, tumpuan diberikan kepada usaha untuk memperkayakan China dan
juga umtuk meguatkan ketenteraan.
ü
Membentuk Biro Perlembagaan Arang
Batu K’ai-p’ing
ü
Membina kilang tekstil di Kansu
ü
Kilang kain kapas di Shanghai
ü
Telegraf dari Taku ke Tientsin
ü
Membina akademik tentera laut di
Tienstin.
·
Peringkat ketiga dari tahun 1885-
1895
ü
Akademik laut dan ketenteraan di
Tientsin telah dibina
ü
Kilang tekstil kapas di Shanghai
ü
Lombong arang batu moden dibina
di Kaiping
|
HALANGAN
BAGI GERAKAN MENGUATKAN DIRI
TENTANGAN
DARIPADA GOLONGAN KONSERVATIF
Terdapat
pelbagai halangan bagi gerakan menguatkan diri ini antaranya ialah, golongan
konservatif menentang usaha pembahruan ini.Misalnya apabila Putera Kung dalam
tahun 1867 memperkenalkan jabatan astronomi dan matematik di TWK dan menjemput
professor asing untuk mengajar mata pelajaran
itu telah mengahadapi tentangan daripada Grand – Secretary Wo- jen,pendukung utama sarjana Neo- Confucian.Beliau mempersoalkan
bagaimanakah mereka harus menerima pelajaran orang yang tidak bertamadun
berbanding kebaikan ajaran China sendiri?Lupakah orang China tentang penaklukan
orang asing ke atas Peking dan membakar Iatana Musim Panas?Oleh kerana
pendirian beliau yang tidak bersetuju dengan pembahruan ini Wo- jen telah
menolak untuk menjadi ahli Tsungli Yemen dengan memberi alasan tidak sihat. [23]Selain
itu, sarjana China juga akan menghalang beberapa
langkah pembangunan China kerana perasaan
cemburu dalam kalangan mereka.Misalnya,Yung Wing sering mendapat tentangan
daripada beberapa pegawai sarjana tertinggi negara China apabila beliau
berusaha untuk meningkatkan pencapaian Gerakan Menguatkan Diri . Usaha beliau
yang seterusnya ialah beliau cuba membawa sebanyak 120 pelajar China ke
Hartford, Connecticut, usaha ini juga ditentang oleh pihak sarjana klasik yang
tidak percaya bahawa hubungan dengan pihak Barat boleh menyebabkan mereka lupa
dan meninggalkan ajaran moral Konfusius. [24]
FAHAMAN
BAHAWA ORANG ASING TIDAK BERTAMADUN MASIH KEKAL
Golongan Konservatif masih lagi berpegang pada
fahaman yang menyatakan bahawa orang asing sebagai tidak bertamadun.Mereka
menuduh pembelajaran dari Barat dianggap sebagai ajaran syaitan manakala orang
China yang mempunyai kaitan dengan orang Barat sebagai hamba syaitan.Golongan
Konservatif ini juga contohnya telah mengkritik beberapa projek pemodenan seperti projek Limbungan Kapal Foochow kerana
dituduh memerlukan perbelanjaan yang banyak dan diminta untuk menghentikannya. [25]Mereka
juga bimbang bahawa akibat daripada kegiatan pemodenan ala- barat keharmonian
alam atau fengshui akan terganggu Mereka
juga risau akan aktiviti seperti pembukaan lombong, pembinaan
jalan kereta api dan telegraf akan menggangu nenek moyang maharaja.Hal ini akan
menyebabkan mata pencarian pekerja- pekerja pengangkutan air hilang,penggunaan
wang kerajaan yang banyak dan terpaksa bergantung kepada mesin- mesin dan
kepakaran asing.Usaha menguatkan diri ini menjadi lebih lemah kerana
menggunakan slogan “penyeliaan pegawai dan operasi swasta”.Slogan ini
membolehkan para sarjana konservatif menyekat pembangunan gerakan berkenaan
.Golongan pengurus projek pula terpaksa akur dengan setiap keputusan golongan
konservatif.[26]
PEMIMPIN
GERAKAN PEMBAHRUAN MENINGGAL DUNIA
Pada tahun 1872, Tseng Kuo- fan seorang pemimpin
wilayah yang disegani telah meninggal dunia.Pada tahun 1876 pula Wen Hsiang
telah meninggal dunia.Nasib Putera Kung juga tidak baik kerana Maharani Balu
Tzu Hsi ( 1835- 1908) telah menyigkirkan Putera Kung daripada kepimpinan utama
kerajaan.Putera Kung merupakan seorang pemimpin yang berpandangan jauh ,
berwibawa serta berkebolehan dalam bidang pentadbiran dan diplomasi telah menajadi
mangsa Maharani Balu Tzu Shi yang cuba menyingkirkannya daripada politik istana
manakala Putera Ching yang dianggap sebagai seorang yang tidak jujur telah mengambil alih jawatan beliau
sebagai sebagai ketua Tsungli Yamen.Walaupun
beliau kembali ke politik Istana Ching tetapi ia sudah terlambat kerana ia dikuasai oleh golongan konservatif yang
antipembahruan.Putera Kung juga telah meninggal dunia pada tahun1898. Maka
tentangan golongan konservatif menjadi lebih kuat apabila beberapa pemimpin
gerakan ini meninggal dunia.
KEDUDUKAN
MAHARANI BALU TZU HSI YANG KUAT
Kedudukan Maharani Balu Tzu Hsi semakin kuat apabila
cuba mengatur politik kerajaan dengan menjadi pemangku maharaja kepada 2
maharaja iaitu Maharaja Tung- chih ( 1862-1874)dan Kuang – hsu
(1875-1908).Maharani Balu Tzu His yang berkuasa dalam kerajaan China telah
meletakkan Li Lien – ying sebagai perisiknya.Li Lien – ying merupakan seorang
sida- sida , beliau telah mengambil peluang ini untuk mengukuhkan kedudukannnya
dalam pengaruh maharani.Tso Tsung Tang seorang pemimpin gerakan menguatkan diri
terpaksa melupakan impian pembahruannya kerana ditugaskan untuk memadam gerakan
Kebangkitan Islam di barat laut China.[27]
PERSAINGAN
DENGAN KUASA BARAT
Kelemahan gerakan ini juga jelas kelihatan apabila
beberapa usaha menguatkan diri terpaksa bersaing dengan kuasa Barat.Syarikat
Pelayaran Kapal Wap Saudagar China menghadapi persaingan daripada syarikat
kapal asing.Walaupun beberapa pelabuhan perjanjian di pesisir pantai China
telah dibuka dan ia memudahkan lagi perjalanan kapal- kapal dagang namun syarikat
ini tidak berjaya untuk memanfaatkan kemudahan itu kerana masalah pentadbiran
selain persaingan kapal wap British.Pembukaan lombong arang batu di Kaiping
pula mengalami hutang yang banyak sehingga terpaksa diambil alih oleh syarikat
asing.[28]Kuasa
asing juga menguasai kebanyakan
perkembangan pembinaan jalan kereta api dan keadaan ini bertambah teruk apabila
Perang China- Jepun meletus.Kesan perang ini juga membawa kesan besar ke atas
perluasaan hak- hak imperialis asing di China. Dan juga kerana faktor
imperialis asing. Contohnya hak wilayah asingan , timbul gerakan anti asing dan
sebagainya .
Akhirnya
China telah gagal di tangan Perancis dan Jepun telah menguji kekuatan China
selepas melakukan pelbagai pembahruan dalam ketenteraan . Di samping itu,
timbul juga persoalan sama ada gerakan menguatkan diri ini Berjaya atau gagal.
Hakikatnya ialah gerakan menguatkan diri ini telah mengalami kegagalan setelah China kalah dengan Jepun dan Perancis.Kegagalan
dengan kedua- dua kuasa tersebut telah
menunujukkan kelemahan yang ketara gerakan menguatkan diri.Gerakan yang
bertunjangkan kekuatan ketenteraan menjadi tidak berguna apabila China kalah di
tangan tentera Perancis dan Jepun.Kekalahan yang mereka tidak dapat terima
ialah apabila mereka kalah pada tentera Jepun kerana kekalahan di tangan kuasa
sesame Asia agak memalukan China.Pada 23 Ogos 1884, sebanyak 12 buah kapal
Perancis menyerang Foochow dan mereka berjaya menenggelamkan 11 buah kapal
China serta memusnahkan Limbungan Kapal Foochow seterusnya menyekat
penghantaran bijirin dari selatan China ke utara Sungai Yangtze . Akhirnya
China terpaksa mengakui pertuanan Perancis di Annam. Dengan kekalahan ini ia
menunjukkan tanda- tanda kelemahan pertama gerakan menguatkan diri ini.[29]
Manakala China juga telah gagal dengan kuasa Jepun akibatnya China terpaksa
menerima syarat- syarat dalam Perjanjian Shimonoseki pada tahun 1895.Semua ini
menunujukkan kegagalan China untuk memanfatkan hasil pembahruannya.Walaupun
pelbagai kilang sejata, pluru dan kapal dibina tetapi ia masih gagal untuk
mempertahankan China daripada serangan kuasa asing.Gerakan ini hanya berjaya
untuk menumpaskan kebangkitan dalaman sahaja, melalui gerakan ini Dinasti Ching
telah berjaya diselamatkan daripada ditumbangkan tetapi gerakan ini gagal untuk
mempertahan kan China daripada kuasa asing. Pemimpin China juga tidak memberi
sokongan kepada gerakan ini, hal ini
dapat dilihat apabila Maharani Balu Tzu Shi mengambil kesempatan sebagai pemangku
maharaja untuk menggunakan wang bagi pembahruan tentera laut untuk membaiki
Istana Musim Panas .Sementara itu Li Hung- chang juga mempunyai kuasa yang
terhad dan tidak mendapat sokongan daripada pihak tentera dari wilayah lain
seperti tentera Nanyang dan armada dari Canton dan Foochow.Semua ini telah
menyebabkan kegagalan gerakan ini. Melalui kegagalan gerakan menguatkan diri
ini ia menunjukkan bahawa China bukan sahaja memerlukan kekuatan ketenteraan
tetapi perubahan pemikiran dan stuktur politik pihak pemerintah . Jika China
tidak berubah maka selagi itulah China akan ketinggalan.Oleh itu sebuah
reformasi politik telah berlaku di China bagi memperkemaskan pentadbiran China
selaras dengan pembahruaanya dari segi sosioekonomi dan ketenteraan .Mereka menuntut
agar China perlu mncontohi gerakan pembahruan yang dilakukan di Jepun. Antara
pemimpin yang termashyur dalam pembahruan ini ialah Kang Yu Wei.
KANG
YU WEI DAN PEMBAHRUANNYA
Kang Yu wei ( 1858-1927) dilahirkan di Nan- hai,
Kwangtung dalam sebuah keluarga berada.Pada tahun 1882,apabila beliau
mengunjungiShanghai, beliau kagum dengan pentadbiran gaya Barat di Shanghai.
Maka beliau mula memikirkan cara untuk memajukan negaranya.Untuk menyebarkan
ideanya syarahan telah diadakan di Kwangtung.Selain itu, beliau juga telah
menubuhkan sekolah Wanmu,mengeluarkan karyanya bertajuk Study Notes at Changhsingli , A
Study of the Forged Classics dan An
Inquiry into Confucius’Reform,menyarankan perubahan dan reformasi di China
Sekolah Wanmu yang ditubuhkan oleh beliau ini juga akhirnya menjadi pusat
latihan dan penyebaran idea politik Kang Yu Wei untuk mengadakan pembahruan di
China.Pusat ini berjaya menarik ramai peminat. Pada muanya hanya terdapat 20
orang pelajar dan pada tahun 1894 terdapat sebanyak 100 orang pelajar. [30]Kang
Yu Wei juga menyeru agar membentuk pemerintahan bercorak monarki berperlembagaan
untuk menggantikan sistem monarki feudal. Beliau juga mengalakkan rakyat
terlibat pembangunan industri moden , mengembangkan modal negara, menghapuskan
system peperiksaan perkhidmatan awam yang memilih pegawai menerusi penulisan ( stereotyped eight legged essay), dan
menggalakkan pembelajaran kebudayaan bojuis barat.Selain itu Kang Yu Wei juga
turut menghantar memorial kepada istana dan menyebarkan risalah kepada orang
ramai.Malangnya kebanyakkan memorial yang dihantar oleh beliau telah ditolak
oleh pihak kerajaan. Tanpa berputus asa beliau telah berusaha lagi. Untuk
menyebarkan idea pembahruannya lagi Kang Yu Wei telah menerbitkan akhbar Chung
Wai Chi Wen ( Buletin Dunia)pada 1895. Akhbar ini telah diedarkan secara
percuma kepada pegawai kerajaan.Hasilnya ialah telah menarik minat dan sokongan beberapa orang pegawai kerajaan.
Antaranya ialah Wen Ting shih dan Chen Chih. Idea Kang Yu Wei telah diluaskan
lagi oleh Wen Ting Shih dengan menubuhkan sebuah persatuan yang dikenali
sebagai Chiang Hsueh Hui ( Persatuan Belajar Menjadi kuat) di Peking.[31]
Pengerusi persatuan ini ialah Chen Chin dan setiausahanya ialah Liang Chi chao.Antara
akativiti yang dijalankan oleh persatuan
ini ialah syarahan, penterjemahan buku dari Shanghai dan bercadang untuk
menubuhkan perpustakaan.Kesemua usaha pembahruan yang dilakukan oleh kumpulan
pembahruan ini telah menimbulkan kebimbangan
kepada pihak Maharani Balu Tzu- hsi dan pengikutnya.Mereka mula bertindak
dengan mengahalau Kang Yu Wei keluar daripada Peking manakala pengedaran akhbar Chung Wai Chi Wen pula dihentikan.Oleh sebab itu, Kang Yu Wei
telah pergi ke Shanghai , dengan sokongan Chan Chih tung Gabenor Jeneral Liangkiang cawangan Chiang
Hsueh – Hui di Shanghai 4 tugas utama penubuhan ini ialah menterjemahkan dan
mencetak buku,menerbitkan surat khabar, menubuhkan perpustakaan dan menubuhkan
muzium.Selan itu, Kang Yu Wei dan pengikutnya juga menubuhkan Pao Kuo Hui
(Persatuan Melindungi Negara) ia bertujuan untuk melindungi China pemerintahan
Dinasti Ching.Usaha Kang Yu Wei yang menghantar beberapa memorial yang menyeru
pembahruan akhirnya menarik minat maharaja dan akhirnya Maharaja Kuang Hsu
telah mengeluarkan dikri untuk
manjalankan pembahruan pada 11 Jun 1898. Kang Yu Wei juga telah dilantik
sebagai ahli Tsungli Yemen . Pembahruan ini dikenali sebagai Pembahruan Seratus Hari .Istana
maharaja telah mengeluarkan dikri untuk memberi penjelasan tentang perubahan di
China.Ia juga bertujuan untuk menjadikan China sebagai sebuah Negara yang moden
dan berperlembagan. Lebih daripada 110
dikri dikeluarkan sepanjang pembahruan ini.[32] Antara
dikrinya ialah :
Pendidikan
-
gantikan “the Eight – Legged Essay”
dalam peperiksaan awam kepada esei berkaitan isu- isu semasa . Menubuhkan
Universiti Kemaharajaan di Peking dan sekolah moden di wilayah yang akan
mengajar pengajaran China dan Barat . Sebuah sekolah perubatan di bawah
Universiti Kemaharajaan dicadangkan untuk dibina.
Pentadbiran
Kerajaan – Menghapuskan badan kerajaan yang tidak
menjalankan tugas sebenar dan tidak penting termasuk
ü Gabenor di Hupeh, Kwangtung dan Yunnan.
ü Pengarah
Urusan bagi Sungai Kuning, Penjaga( intendants) Circuit untuk pengangkutan bijirin
dan penjaga garam.
ü Menyarankan
agar kerajaan progresif dibentuk , memajukan pentadbiran dengan lebih cekap ,
menghapuskan gaya kerja yang lembap, dan menyusun prosedur kerja baru untuk
urusan pentadbiran keajaan . Menggalakkan cadangan daripada rakyat untuk diserahkan kepada pegawai kerajaan.
Membenarkan orang Manchu menyertai perniagaan
Industri-
Menganjurkan pembinaan jalan kereta api dan pembangunan bidang pertanian ,
industri dan perdagangan ( Jun 20)
Lain-lain-
lawatan
pegawai tinggi ke luar Negara, menjaga hal ehwal mubaligh, membaiki dan memudahkan kod undang- undang dan
menyediakan belanjawan.[33]
RAMPASAN
KUASA
Pemulihan ini akhirnya memghadapi tentangan daripada
pihak konservatif.Reformasi ini juga telah mengancam order lama di
China.Golongan konservatif mula berasa terancam apabila banyak jawatan
dihapuskan dan digantikan. Maka golongan konservatif ini telah menuduh Kang Yu
Wei dan rakan- rakanya sebagai perampas kuasa. [34] .Hal
ini dapat dilihat dengan perancangan untuk membunuh Junglu pembantu Maharani serta menangkap Maharani
Balu Tzu Hsi di Istana Musim Panas.Tetapi rancangan ini telah digagalkan oleh
Yuan Shih kai yang telah mendedahkan rancangan ini kepada Junglu.Setelah 3 bulan
reformasi dijalankan, rampasan kuasa
telah dilakukan oleh Maharani Balu Tzu Hsi dan pentadbiran konservatif
dipulihkan semula pada 21 September 1898 [35],
dan Kang Yu Wei terpaksa melarikan diri ke Hong Kong melalui bantuan pihak British dan seterusnya mendapat perlindungan
di Jepun.Di samping itu, wang tunai telah ditawarkan oleh pihak istana kepada
sesiapa yang berjaya membunuh Kang Yu Wei.Pembunuh upahan juga telah diupah
oleh pihak istana untuk membunuh beliau di Jepun tetapi usaha ini berjaya
digagalkan oleh pihak Jepun[36].Liang
Chi chao berjaya melarikan diri ke kedutaan Jepun dan kemudiannya dibawa ke
Jepun .Manakala enam orang pengikutnya telah ditangkap, dibicarakan dan
dijatuhi hukuman bunuh atas tuduhan
menderhaka kepada maharani oleh Grand
Council . Gerakan ini juga gagal kerana akhirnya gerakan ini telah
ditamatkan apabila golongan konservatif
berjaya menguasai China semula. Daripada kegagalan pembahruan ini juga
kita dapat kesan bahawa China bukan sahaja perlu mambaiki sistem ketenteraanya tetapi perlu juga
membaiki sistem pemerintahannya juga.
Selepas rampasan kuasa ini beberapa perubahan telah dilakukan oleh
Maharani Balu Tzu Shi. Kerajaan Dinasti Ching dikuasai oleh kumpulan konservatif
.Antara ahli konservatif yang dilantik sebagai ahli Grand Council ialh Junglu, Yulu Chi hsiu dan Kang I sebagai
setiauasaha Grand Council. Selain
itu, Maharani Bali Tzu Hsi juga telah menukar Li Hung chang daripada jawatan
Gabenor Jeneral Chihli ke selatan China . Junglu telah mengambil alih
jawatan beliau. Dengan penguasaan
golongan konservatif dalam kerajaan Ching mereka mengamalkan dasar perlindungan
kedaulatan China serta menolak permintaan kuasa asing untuk meluaskan pengaruh
di China.
KEMUNCULAN
BOXER
Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan munculnya
pergerakan Boxer ini,pembahagian China pada hujung abad ke 19,telah menimbulkan
kebimbangan dan kemarahan dalam kalangan pihak kerajaan dan juga rakyat.Ancaman
imprealisme asing keatas China boleh dilihat apabila China kalah dengan Jepun
pada tahun 1895 ,telah menyebabkan China terpaksa membayar ganti rugi kepada
kerajaan Jepun.Kerajaan China telah meningkatkan cukai ke atas penduduknya.
Semasa pemerintahan Maharaja Tung Chih dikatakan nilai cukai telah meningkat sebanyak dua kali ganda.Selepas perang
candu cengkaman ekonomi oleh kuasa
asing telah memberi kesan negatif kepada
ekonomi tempatan, cukai kastam yang hanya 5 % . Kain kapas asing lebih murah
iaitu1/3 daripada harga keluaran kain kapas yang dihasilkan oleh industri
tempatan .[37]
Keadaan menjadi lebih teruk apabila syarikat
- syarikat dan kapal-kapal asing
mula masuk ke China. [38]Situasi
ini menyebabkan beberapa industri di China terpaksa ditutup dan membawa kepada
pembuangan ramai pekerja, apabila kadar pengangguran meningkat masalah jenayah
juga turut meningkat di China.Selain itu, barangan import seperti kapas dari India, Eropah ,
Amerika Syarikat dan Jepun juga telah
meningkat dan hal ini juga membawa kesan buruk kepada industry kampung China,
manakala barangan kegunaan domestic orang Barat
seperti wain, spirit, dan cerut adalah bebas cukai. [39]
Agama
Kristian yang dibawa oleh orang Barat juga telah mngancam
kedudukan agama dan kepercayaan tardisi China seperti Konfusius, Taoism dan
Buddha . [40]Agama
Kristian ini juga dilindungi dengan polisi gun boat.Perjanjian Tientsin dan
Konvensyen Peking telah memburukkan keadaan lagi. Melalui perjanjian ini golongan
mubaligh boleh bergerak ke pedalaman China.Melalui Konvensyen Peking pada
tahun1860 gerakan mubaligh diberi hak untuk menyewa dan membeli tanah untuk
tujuan pembinaan gereja.Para mubaligh juga bersedia untuk melindungi pemeluk
agama Kristian daripada tindakan undang- undang tempatan.[41]Perasaan
antigolongan Kristian ini semakin meningkat apabila khabar angin menerusi
risalah dan poster yang membuat tuduhan terhadap agama Kristian.Antaranya ialah
mubaligh ini akan mencungkil mata kanak- kanak untuk membuat barangan logam
yang berharga, makan bayi dan dinyatakan
juga bahawa golongan pemeluk agama Kristian daripada kalangan orang China boleh
menyimpan anak perempuan mereka untuk tujuan bersuka ria.[42] Mubaligh kristian ini juga
menggunakan kesempatan daripada dikenakan undang- undang China dan perlindungan
daripada kuasa asing untuk meluaskan pengaruh mereka.
Selain itu, masalah
bencana alam seperti kemarau yang melanda di utara dan barat laut China
telah menyebabkan tanaman harian tidak subur akibatnya berlaku kebuluran penduk
China di utara .Terdapat kepercayaan bahawa kejadian kemarau dan diikuti dengan
kebuluran ini kerana Tuhan marah kepada penduduk China yang meninggalkan ajaran
nenek moyang mereka. Maka orang China diseru untuk menyertai Boxer sebelum
tentera dari syurga turun menentang agama Kristian di China.[43]
Mereka juga beranggapan bahawa aktiviti- aktiviti imprelisme asing yang
menganggu alam sekitar seperti pembukaan kawasan lombong pembinaan jalan kereta
api dan telegraf.Aktiviti- aktiviti itu orang asing ini didakwa oleh pengikut
Boxer telah membawa kepada kemarahan tuhan yang membawa bencana kepada rakayat
China. Oleh itu, orang China mempunyai
tanggungjawab untuk mengahapuskan orang asing yang berada di bumi China.[44]
PERGERAKAN
BOXER
Kumpulan Boxer ini percaya bahawa kuasa asing harus
disingkir secara kuasa sakti dam membantu membina masyarakat China yang baru
serta memulakan sebuah zaman keemasan.Antara sepanduk yang mereka gunakan ialah
“Kematian dan kemusnahan untuk orang asing dan semua usaha mereka.”Musuh utama
mereka ialah oarang barat, oarang China yang memeluk agama Kristian dan orang
yang menggunakan barangan barat.Penentangan ini bermula pada tahun 1898 di
Shantung dan sepanjang sempadan Chihli, banyak berlaku peristiwa pembunuhan ke
atas orang China Kristian dan mubaligh Kristian .[45] Apabila
Boxer melakukan keganasan di Tsinan , Chining dan beberapa bandar lain Yu Hsien
, gabenor Shantung telah menyebelahi gerakan Boxer ini dan tidak bertindak
terhadap gerakan tersebut.Pada 21 Jun 1900 Maharani Tzu Shi telah
mengistiharkan perang keatas kuasa asing.Beliau menyatakan bahawa, “ China
adalah lemah . Hanya rakyat China boleh membantu . kalau tiada sokongan mereka
maka kita tidak aka dapat menyelematkan Negara ?”.[46] Banyak harta orang asing musnah termasuk
beberapa pejabat kedutaan terbakar.Ada pemimpin China yang tidak menyokong
gerakan Boxer ini contohnya, Li Hung – chang dan Chang Chih- tung telah
mengabaikan arahan berperang dengan kuasa asing. Akibatnya kebangkitan Boxer
ini hanya berlaku di beberapa kawasan sahaja, terutamnya di Peking , Tientsin ,
Manchuria, Mongolia dan Shansi.Pada 13 Ogos 1900 , kuasa barat Berjaya menawan
Peking, Maharani dan Mharaja telah melarikan diri ke Sian , Shensi.Pergerakan
Boxer ini juga telah menemui kegagalan .Apabila Kuasa asing Berjaya mereka
telah mengenakan hukuman berat ke atas China.Iaitu melalui sebuah perjanjian
yang dikenali sebagai Protokol Boxer pada 7 September 1901, ia mengandungi 12
perkara antaranya ialah misi memohon maaf, -Misi memohon maaf, Kerajaan China
diminta bina tugu peringatan , dan memohon maaf kepa Maharaja Jerman.Menghukum
pemimpin yang menyokong boxer dan gantung peperiksaan awam di beberapa
wilayah.Kuasa barat dapat hak untuk kekalkan tentera di Peking untuk jaga
kedutaan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya ialah terdapat pelbagai reaksi yang
ditunjukkan oleh kerajaan dan rakyat biasa untuk menghadapi kuasa asing,ada
yang bercorak positif dan ada yang berbentuk radikal. Atau bercorak negatif .Kesemua
gerakan ini menunujukkan China memerlukan pembahruan fizikal
ketenteraan,perubahan pemikiran dan perubahan dalam stuktur politik Cina.
Melalui gerakan pembahruan in juga
akhirnya beberapa pembahruan telah berlaku di China antaranya ialah wujudnya jabatan khas , Tsungli Yamen menjadi
Kementerian Hal ehwal Luar Negara ,penyusunan semula pendidikan dan kanak-
kanak perempuan diberikan pendidikan serta wujudnya perlembagaan dan dewan
perhimpunan di peringkat pusat dan wilayah dan reformasi pentadbiran juga telah
diadakan dan sistem peperiksaan lama
juga telah dihapuskan .
BIBLIOGRAFI
·
Diana Preston, The
Boxer Rebellion China’s War On Foreigners1900, Robinson , London, 2002.
·
Eileen
Tamura,
China: Understanding Its Past, Volume
1, Uniersity of Hawaii Press, 1997.
·
Frederick Wakeman, Jr., The Fall of Imperial China, The Free
Press, New York, 1956.
·
Han- Yin Chen Shen , “Tseng Kuo- fan in Peking , 1840-1852: His
Ideas on Statecraft and Reform”, The Journal of Asian Studies , Vol. 27,
No. 1 ( Nov ., 1967).
·
Immanuel Hsu, The Rise of Modern China , 5th ed, Oxford: Oxford
University Press 1995.
·
Lanxian Xiang , The Origins of Boxer war , London , New York Routledge Curzon ,
2003.
·
Michael , Franz , “Revolution and Renaissance in Nineteenth Century China : The Aage of
Tseng Kuo- fan,the Pacific Historical Rewiew , Vol . 16, No. 2 ( May, 1947
).
·
Suffian Mansor, Sejarah China Moden, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur,
2012.
·
S. M. Meng , The Tsungli Yamen : Its Organization
and Function , Cambridge: Harvard University Press, 1962.
·
S.L.Tikhvinsky, Modern History of China , Moscow: Progress Publishers , 1983.
·
Swisher Earl, “Chinese Intellectuals And The Western Impact,
1838-1900,”Comparative Studies in Society and History, Vol .1 , No . 1.(
Oct , 1958)
·
Victor Purcell, The Boxer Uprising : A Background Study, Cambridge : Cambridge
University Press, 1963.
·
Kwang – Ching Liu , “ Steamship Enterprise In Nineteenth Century
China ,” The Journal of asian Studies , Vol . 18, No. 4 ( Aug ., 1959) .
[1] Swisher, Earl , “Chinese Intellectuals And The Western Impact ,
1838-1900,”Comaparative Studies in Society and History , Vol 1, No. 1.(Oct.,
1958), hlm 27.
[2]
Suffian
Mansor, Sejarah China Moden, Penerbit
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2012 , hlm 55.
[3]
Swisher,
Earl , “Chinese Intellectuals And The
Western Impact , 1838-1900,”Comaparative Studies in Society and History ,
Vol 1, No. 1.(Oct., 1958), hlm 27.
[4] Ibid, hlm 27.
[5]
Immanuel
Hsu, The Rise of Modern China , 5th
ed, Oxford : Oxford University Press
1995 ,hlm 275.; Suffian Mansor, Sejarah
China Moden, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2012 ,hlm 56.
[6] Ibid ,hlm 56.
[7] Immanuel Hsu, The Rise of Modern China , 5th
ed, Oxford : Oxford University Press 1995 , hlm 276.; Suffian Mansor, Sejarah China Moden, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2012
,hlm 56.
[8]Ibid , hlm
56.;S.L.Tikhvinsky, Modern History of
China , Moscow: Progress Publishers , 1983 , hlm 241.
[9] Suffian Mansor,
Sejarah China Moden, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2012, hlm 57.
[10] Immanuel Hsu, The Rise of Modern China , 5th
ed, , Oxford : Oxford University Press 1995
, hlm 267.
[11] S.L.Tikhvinsky,
Modern Hitsory of China , Moscow:
Progress Publishers , 1983 , hlm 246.
[12] Suffian Mansor, Sejarah China Moden, Penerbit
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2012, hlm 59.
[13]Swisher, Earl, “Chinese Intellectuals And The Western
Impact, 1838-1900,”Comparative Studies in Society and history , Vol 1, No.
1 ( Oct , 1958), hlm 30 . ; Suffian Mansor, Sejarah
China Moden, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2012, hlm 59.
[14]Michael , Franz
, “Revolution and Renaissance in Nineteenth
Century China : The Age of Tseng Kuo- fan,
the Pacific Historical Rewiew , Vo 16, No .2 ( May , 1947), hlm 148.
[15] Ibid ,hlm 147.
[16]
Suffian
Mansor, Sejarah China Moden, Penerbit
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2012 hlm 62.
[17] Immanuel Hsu, The Rise of Modern China , 5th
ed, Oxford : Oxford University Press 1995 ,hlm 279.; Suffian Mansor, Sejarah China
Moden, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2012, hlm 62.
[18] Victor Purcell,
The Boxer Uprising : A Background Study, hlm 113.
[19] Swisher, Earl, “Chinese Intellectuals And The Western
Impact, 1838-1900,”Comparative Studies in Society and history , Vol 1, No.
1 ( Oct , 1958),hlm 31.
[20] S.L.Tikhvinsky,
Modern Hitsory of China , Moscow:
Progress Publishers , 1983 , hlm 248.
[21] Immanuel Hsu, The Rise of Modern China , 5th
ed, Oxford : Oxford University Press 1995 , hlm 283.
[22]
Suffian
Mansor, Sejarah China Moden, Penerbit
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2012 ,hlm 64.
[23]
Suffian
Mansor, Sejarah China Moden, Penerbit
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2012, hlm 64.
[25]S. M. Meng , The Tsungli
Yamen : Its Organization and Function , Cambridge: Harvard
University Press, 1962, hlm 68- 77. ; Suffian Mansor, Sejarah China Moden, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur,
2012, hlm 65.
[26]Ibid , hlm 65.
[27] Suffian Mansor,
Sejarah China Moden, Penerbit Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, 2012, hlm 66.
[28]
Suffian
Mansor, Sejarah China Moden, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2012, hlm
66.
[29]
Ibid, hlm
70.
[30]
Suffian
Mansor, Sejarah China Moden, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2012,
hlm 80.
[31] Victor Purcell, The Boxer Uprising : A Background Study, Cambridge : Cambridge
University Press, 1963, hlm 103.
[32]
Frederic
Wakeman, Jr, The Fall of Imperial China,
Free Press , New York, 1956, hlm 212.
[33] Immanuel Hsu, The Rise of Modern China , 5th
ed, Oxford: Oxford University Press
1995, hlm 357-376. ;Suffian Mansor, Sejarah China Moden, Penerbit Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, 2012, hlm 84.
[34] Lanxian Xiang ,
The Origins of Boxer war , London ,
New York Routledge Curzon , 2003, hlm 21.; Suffian Mansor, Sejarah China Moden, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2012
hlm 84.
[35] Eileen Tamura, China: Understanding Its Past, Volume 1,
Uniersity of Hawaii Press, 1997, hlm 139-140.
[36] Suffian Mansor,
Sejarah China Moden, Penerbit
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2012, hlm 84.
[37]
Immanuel Hsu, The Rise of Modern China
, 5th ed, Oxford: Oxford University Press 1995, hlm 389.
[38]
Kwang
– Ching Liu , “ Steamship Enterprise In
Nineteenth Century China ,”, The Journal of asian Studies , Vol . 18, No. 4
( Aug ., 1959) ,hlm
435-436.
[39] Victor Purcell,
The Boxer Uprising : A Background Study,
Cambridge : Cambridge University Press, 1963, hlm 130.
[40] Eileen Tamura, China: Understanding Its Past, Volume 1, Uniersity of Hawaii Press,
1997, hlm 14.
[41] Eileen Tamura, China:
Understanding Its Past, Volume 1, Uniersity of Hawaii Press, 1997, hlm 141.
[42] Diana Preston ,The Boxer Rebellion China’s War On
Foreigners, 1900, Robinson , London, 2002, hlm 28.
[43] Suffian Mansor,
Sejarah China Moden, Penerbit
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2012, hlm 87-88.
[44]Ibid , hlm 84.
[45] Eileen Tamura, China:
Understanding Its Past, Volume 1, Uniersity of Hawaii Press, 1997,
hlm140- 141.
[46] Frederick
Wakeman, Jr., The Fall of Imperial China,
The Free Press, New York, hlm 219.; Diana Preston, The
Boxer Rebellion China’s War On Foreigners, 1900, Robinson , London, 2002,
hlm 30-31.
No comments:
Post a Comment