PENGENALAN
Wanita pada zaman silam mempunyai kedudukan yang rendah
seperti wanita di dalam masyarakat arab jahiliyah, hindu- budha serta Kristian
sehinggakan mereka ini dianggap sebagai alat permainan bagi kaum
lelaki.Kebanyakkan wanita dijadikan sebagai hadiah, dizalimi, dijadikan sebagai
tawanan perang , dibunuh dan sebagainya. Contohnya anak perempuan dalam
masyarakat jahiliah akan dibunuh secara hidup- hidup keran mereka beranggapan
bahawa anak perempuan tidak berguna dan hanya boleh memalukan keluarga . Di India
mereka sanggup membunuh bayi perempuan dengan member susu yang beracun kerana
mereka beranggapan bahawa anak perempuan merupakan sesuatu yang membebankan dan
jug akan memalukan keluarga.Namun begitu , kedatangan Islam sedikit sebanyak
telah mengubah status serta kedudukan wanita dalam masyarakat .
Walaupun kaum lelaki menjadi ketua
keluarga tetapi wanita juga turut mempunyai hak dalam kehidupan serta pelengkap
kepada kehidupan lelaki.Persoalan tentang wanita banyak diperkatakan dalam teks
– teks kesusasteraan MelayuTradisional.Tidak kira dalam bentuk puisi mahupun
prosa. Sebagai contohnya, Syair Siti
Zubaidah Perang China, Syair Bidasari , Riwayat Kelantan , Hikayat Raja- Raja
Pasai , Sulalatus Salatin dan lain- lain lagi. Penceritaan yang terdapat
didalam pensejarahan Melayu tradisional ini telah menonjolkan penglibatan
kedudukan kaum wanita dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi, sosial dan
lain- lain. Sungguhpun mereka tidak terlibat secara langsung tetapi pengaruh
mereka sangat memberi kesan yang mendalam keatas sistem pemerintahan serta
pentadbiran kerajaan dan juga dalam aspek sosio- budaya.
a) Wanita Sebagai Penerus Waris Atau
Generasi Kepada Sesuatu Kerajaan
Dalam
Sulalat-us – Salatin , kisah tentang wanita bermula apabila Putri
Syahrul Bariyah “bariwati” yang “terlalu amat baik parasnya” itu didakwa
“tiada ada berbagai pada masa itu” dan “
cahaya mukanya gilang gemilang seperti cahaya matahari, dan terlalu amat
bijaksana budinya”[1]
Puteri ini telah dikhawinkan oleh Nabi Khidir dengan Raja Iskandar Zulkarnain
yang berbagsa Rom , yang dikatakan “ diserahkan Allah Ta ‘ala segala kerajaan
dunia ini kepadanya”.[2]
Melalui perkhawinan tersebut seorang lelaki yang menajdi pemula satu rentetan
zuriat raja- raja besar di benua India , Asia Tengah dan Farsi telah lahir.[3]
Seterusnya Puteri Cendani Wasis telah lahir
daripada keturunan lelaki ini.Puteri ini dikatakan “terlalu baik
parasnya, pada zaman itu tiadalah sebagainya seorang pun”[4]dan
raja Culan yang menjelajah alam di bawah laut telah berkhawin dengan Puteri
Mahtabul Bahri, iaitu anak
kepada Raja Fatabul – Ard .Hasil daripada perkhawinan mereka ini
lahirlah tiga orng putera yang muncul di Bukit Si Guntang Mahamiru, yang
didkawa sebagai leluhur Raja- Raja Melayu.[5]Peranan
wanita yang dapat dikesan dalam perenggan ini ialah , wanita merupakan penerus
warisan atau zuriat yang terbaik sehingga dapat mengwujudkan sebuah sistem politik beraja yang terbaik dan
disegani.
Wan
Sendari pula
dilihat sebagai seorang yang mempunyai ketahanan yang luar biasa sehingga dapat
mengahadapi “daulat” Seri Teri Buana yang telah memudaratkan 39 perempuan
tempatan yang dikhawini tanpa sebarang syarat sebelumnya.Mudarat kehadiran raja
dari luar ini hanya dapat diatasi selepas waadat diadakan ( perjanjian
berikrar) .Melalui peristiwa ini jelas bahawa
peranan wanita atau kedudukan wanita merupakan sangat penting. Kekuatan
unsur kebaikan yang ada pada Wan Sendari, puteri peribumi mampu melawan atau menawarkan “tulah” bawaan
Seri Teri Buana yang berasal dari luar.
Hal ini membuktikan bahawa Wan Sendari dapat menundukkan “sial” , bencana dan
“bahaya” yang datang dari luar. Maka dapat dikatakan bahawa wanita juga dapat membawa kepada keamanan dan
kegembiraaan kerana dapat menghapuskan pekara buruk yang dibawa oleh lelaki
luar melalui gejala baik yang wujud dalam dirinya.Ketahanan Wan Sendari ini
dapat dilihat dalam catatan Sulalat- us-
Salatin seperti berikut:
Maka Seri Teri Buana pun
berkhawinlah dengan tuan puteri anak Demang Lebar Daun itu,Setelah hari malam,
maka baginda pun beradulah dengan tuan puteri; setelah hari siang, maka dilihat
oleh Seri Teri Buana akan tuan puteri Wan Sendari tiada kedal, maka terlalu
suka baginda , maka baginda pun menyuruh memberi tahu Demang Lebar Daun
.[Demang Lebar Daun] pun segera datang, maka dilihat Demang Lebar Daun anaknya selamat, suatupun
tiada berbahayanya , maka ia pun terlalu sukacita melihat anaknya itu selamat
, tiada berbahaya.[6]
b) Wanita Sebagai Ketua Negara
Pada
kebiasaanya golongan wanita dipandang sebagai golongan yang lemah dan tidak
boleh memerintah kerajaan kerana kurang kepandaiaan dan kemampuan , tetapi
hakikatnya hal ini adalah tidaka benar apabila terdapat bukti melalui
penulisan- penulisan tradisional yang menunjukkan bahawa wanita juga sebagai
pemerintah kerajaan yang utama.Sebagai contohnya, dalam karya Bustan Al Salatin
menunjukkan Ratu Safiyatuddin yang
merupakan Permaisuri Sultan Iskandar Thani yang telah memerintah Acheh. Karya
ini juga menyatakan bahawa beliau mempunyai sifat kebijaksanan, keberanian,
ketangkasan dalam menjalankan tugasnya sebagai pemerintah selama 35 tahun di
Acheh. Di dalam Riwayat Kelantan pula, Che
Siti /Paduka Siti merupakan pengasas kerajaan Kelantan atau sebelumnya
dikenali sebagai “Negeri Serendah
Sekebun Bunga Cerang Tegayung”dengan gelaran Seri Maharani Puteri.Beliau
juga pernah sebagai seorang pemimpin semasa di Kuala Lebir , Kuala Sungai
Kelantan . Che Siti dilantik menjadi Raja kerana akalnya yang tajam serta bijaksana.Selepas
perlantikan tersebut Che Siti telah menjalankan tugas dan tanggungjawab baginda
dengan baik.[7]
Baginda juga telah mentadbir negeri dengan adil dan saksama dan disukai oleh
seluruh rakyatnya.Melalui naskah Riwayat Kelantan ini dapat dilihat bahawa Che
Siti sebagai watak wanita yang berperanan penting dan kedudukannya diangkat
serta dimartabatkan sebagai pemimpin yang dianggap berjaya pada zaman itu.
Selain
itu, Seorang lagi wanita yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam naskah Riwayat Kelantan ialah Puteri Saadong .Puteri Saadong telah
memerintah negeri Serendah Sekebun Bunga selepas pemerintahan ibu angkatnya ,
Encik Siti Jarum Tegiling . Puteri Saadong dikatakan sebagai seorang yang
mempunyai rupa paras yang amat cantik dan tidak ada tandingan untuknya. Kecantikannya
telah memyebabkan dia menjadi rebutan kepada sekalian anak- anak raja pada
waktu itu.Apabila ibunya sedar tentang pekara ini Encik Siti telah mengahwinkan
Puteri Saadong dengan Raja Abdullah yang juga berketurunan Raja Jembal .Puteri
Saadong telah dilantik menjadi raja bagi mewarisi taktha kerajaan daripada
ibunya. Puteri Saadong juga dikatakan sebagai seorang pemerintah atau raja yang
baik.Negeri Serendah Sekebun Bunga yang berada di bawah pentadbirannya
digambarkan berada dalam keadaan aman dan tenteram. Mengenai kecekapan dan
kebijaksanaan pemerintahan Puteri Saadung digambarkan seperti berikut;
“Sepeninggalan Encik Siti,
memerintahlah Puteri Saadung di Kota Jelasin
Negeri Serendah Sekebun
Bunga dengan adil dan murah . Dari sehari ke
Sehari bertambah ramai
sehingga masyurlah negeri Serendah dan keelokan
Raja Perempuan hingga ke Benua
Siam…”[8]
Puteri
Saadong juga telah menukarkan nama pangillan negerinya dari Serendah Sekebun
Bunga kepada negeri Kilatan ( kemudian disebut sebagai Kelantan , sebab pelat
lidah sebutan orang- orang tua, dibunyikan dengan bunyi Kelantan).Nama Kilatan
ini pda mulanya telah diberikan oleh
Raja Abdullah kepada bukit tempat persembunyian mereka semasa mearikan diri
dari buruan tentera Siam.[9]
Selain
itu, dalam Sulalat- us – Salatin terdapat kisah tentang Wan Seri Bini . Wan Seri Bini merupakan Raja dan pengasas Kerajan
Bintan. Sulalat-us- Salatin telah memulakan hikayat dengan Bintan yang sudah
mempunyai kerajaan yang dipimpin oleh seorang wanita:
Adapun
akan Bintan itu[rajanya] perempuan, Wan Seri Bini namanya;pada satu riwayat
Permaisuri Sakidar Syah namanya itu ialah , baginda pun raja besar; lagi pada
zaman itu ialah yang pergi ke benua Syam. Permaisuri Sakidar Syahlah yang
pertama nobat, maka siturut oleh raja- raja yang lain .[10]
Wan
Seri Bini merupakan orang yang pertama melaksanakan nobat menunjukkan betapa
pentingnya peranan beliau dalam pembentukan upacara dan adat istiadat istana
Kerajaan Melayu lama.Semasa pemerintahannya juga Bintan diperlihatkan sebagai
sebuah Kerajaan yang dihormati dan menjadi tumpuan dunia sekitarnya.[11]
Selain itu , wanita juga telah memerintah di Paatani. Contohnya Raja Hijau telah mula untuk memerintah Patani selepas peristiwa pembunuhan abangnya pada
tahun 1584.Semasa pemerintahannya Patani merupakan sebuah kerajaan yang makmur
.Raja Hijau juga telah menggalakan aktiviti pertanian dan banyak empangan dan
juga terusan telah dibina.Selepas pemerintahan Raja Hijau , Raja Biru, Raja
Ungku dan Raja Kuning juga telah memerintah Patani Pekara ini menunjukkan bahawa wanita pada
zaman Tradisional ini juga telah menjadi pemerintah bagi sebuah kerajaan yang
masyur seperti Patani.[12]
c) Wanita Dalam Bidang Ekonomi
dalam
Sulalat-us – Salatin , Wan Empuk dan Wan
Malini merupakan dua orang perempuan
berhuma di tanah Andalas. Peristiwa ini menunjukkan bahawa terdapat wanita
Melayu tradisional yang juga melibatkan diri dalam bidang pertanian.[13]
d) Wanita Sebagai Penentu Waris
Taktha
Peranan Tun
Senaja menjadi penting apabila beliau menjadi penentu sejarah zaman akhir Melaka iaitu setelah
Bendahara Tun Perpatih Putih meninggal dunia , Sultan Mahmud Syah pula baru naik taktha dan masih muda lagi.
Seramai sembilan orang pembesar utama
telah dikumpulkan untuk tujuannya adalah untuk memilih salah seorang daripada
mereka untuk menjadi Bendahara.Peranan Tun Senaja ini dapat dilihat pada masa
ini, anak Tun Kudu dan Balu Sultan ‘Alauddin Ri’ayat Syah, yang berada di
belakang pintu , mengarah anaknya Sultan Mahmud Syah supaya melantik adiknya,
Tun Muzahir , yang pada masa itu yang berada dalam jawatan Temenggung. Menurut
Sulalat-us- Salatin kisah ini diceritakan seperti berikut:
…Maka titah Sultan Mahmud Syah , “
Siapa daripada anatara Orangkaya sekalian akan jadi Bendahara? Barangsiapa
patut?”
Maka
sembah Paduka Tuan , “Tuanku ,sekalian yang Sembilan orang ini semuanya
patutlah jadi Bendahara . Brangsiapa yang dikehendaki Yang Dipertuan, itulah
jadikan Bendahara.” Maka[Tun Senaja] bonda Sultan Mahmud Syah menegar dari
balik pintu , maka bonda Sultan Mahmud Syah berkata apada anakanda baginda ,
“Tun Muzahirlah jadi Bendahara”. Maka titah Sultan Mahmud Syah , “Pak
Muzahirlah jadi Bendahara” . Maka sekalian orang pun kabullah akan Seri
Maharaja jdi Bendahara. [14]
Melalui peristiwa ini dapat dilihat
bahawa wanita Melayu tradisional pada masa itu mempunyai kedudukan yang penting
dalam menetukan waris taktha. Hal ini dapat dilihat apabila Tun Senaja menyuruh
anaknya Sultan Mahmud Syah telah menuruti arahan ibunya untuk melantik
adiknya Tun Muzahir sebagai Bendahara. Walaupun Tun Muzahir ini tidak layak
untuk memgang jawatan tersebut Selain
itu, wanita juga dilihat dapat memerintah di sebalik tadbir di dalam zaman yang
dikuasai oleh orang lelaki . Ia juga membuktikan kebijaksanaan seorang wanita dalam merebut jawatan dan
menguasai sistem politik di Melaka.
Selain
itu , Tun Fatimah juga dilihat
sebagai penentu waris taktha .Hal ini dapat dibuktikan apabila Sultan Mahmud
berkhawin dengan Tun Fatimah selepas membunuh Bendahara Seri Maharaja mereka
tidak hidup dengan bahagia serta ia juga tidak membawa keuntungan kepada negara
Melaka.Oleh kerana terlalu sedih dan menyerahkan takthanya kepada anaknya Raja
ahmad yang masih mentah. Walaupun Sultan
Mahmud menyatakan Tun Fatimah debagai “Raja Perempuan”, namun Tun Fatimah masih
lagi tidak menyukai Sultan Mahmud. Tun Fatimah sudah mengandung sebanyak tiga
kali tetapi tiga kali pun beliau menggugurkan kandungannya. Apabila Sultan
Mahmud bertanya kepadanya beliau menjawab “Apatah
kerja Raja beranak dengan beta lagi?Kerana anak Raja yang kerajaan telah ada”.Maka Sulatan Mahmud pun telah
berjanji dengan Tun Fatimah bahawa “
jangan dibuang anak kita ini; jika laki- laki ilah kita rajakan”.[15]
Setelah Raja Ahmad meninggal dunia, Sultan Mahmud telah kembali untuk
memerintah semula.Apabil Tun Fatimah melahirkan anak lelai , Raja Ali , atau
lebih dikenali sebagai Raja ‘Alauddin, janji kepada Tun Fatimah telah
dipercepatkan:
Serta
baginda [Raja ‘Aalauddin Syah] jadi, peterana tepat Raja Muzzafar Syah duduk itu pun diambil orang . Setelah tujuh
hari Sultan [Raja] ‘Aalauddin Syah duduk di luar , dicukur orang, oleh ayahanda
baginda; maka permaidani daripada Raja Muzaffar Syah diambil orang, menjadi
tinggal tikar hamparan seperti adat orang kebanyakkan . Setelah empat puluh
hari di uar, Sultan ‘Aalauddin ditabalkan oleh ayahanda baginda dia atas
kerajaan ; maka disuruh sebut “Sultan
Muda”.[16]
Melalui
peristiwa tersebut juga dapat ditegaskan bahawa wanita Melayu Tradisional telah
memainkan peranan yang penting dalam menentukan waris dalam sesuatu kerajan.
e) Wanita Sebagai Alat Pendamaian
Dan Pengerat Hubungan Dalam Politik Negara
Menurut
Sulalat - us- Salatin, Radin Galuh
Cendera Kirana , Puteri Majapahit telah dikhawinkan dengan Sultan Melaka
berperanan memesrakan hubungan Tanah Jawa dengan Tanah Melayu. Selain itu ,
hubungan kerajaan Melayu yang berpusat di Singapura dengan benua Keling juga
dapat dieratkan apabila Raja Singapura yang ketiga berkhawin dengan Puteri Tala Pancadi dari Bija Nagara. Selain
itu, Puteri Hang Liu ( Hang Li Po )
juga telah memesrakan hubungan antara Kerajaan China dengan Kerajaan Melayu
Melaka melalui perkhawinannya dengan Sultan Mansur Syah.Selepas perkhawinan
tersebut juga barulah Sultan Mansur Syah mahu berkirim sembah kepada raja China
yang berbunyi, “ Sahaya anak raja Melaka , empunya sembah pada raja benua China”.
Hal ini menunjukkan bahawa perkhawinan antara puteri dari China dengan sultan
Melaka telah memperkukuhkan hubungan pesaudaraaan dan hubungan diplomatic
anatara kedua kerajaan besar iaitu Melayu- China.[17]
f) Wanita Sebagai Hadiah Atau
Tawanan Perang
Dalam
Riwayat Kelantan , semasa peperangan antara negeri Melaka dengan Kelantan,
Kelantan telah mengalami kekalahan dan 3 orang puterinya telah menjadi tawanan
perang salah seorang daripadanya ialah Puteri Onang Kening yang akhirnya
berkhawin dengan Sultan Mahmud[18].Selain
itu, Dang Bibah dan Dang Bunga menajadi hadiah yang berserta dengan eas urai 7
tahil daripada Sultan Mansur Syah kepada Makhdum Mua kerana berjaya menjawab
persoalan yang berkaitan dengan agama daripada baginda tentang syurga dan
neraka yang tercatit di dalam kitab Darul Mazlum.[19]
9) Wanita Sebagai Mainan Dan
Pertikaian
Wanita
juga kadangkala menjadi tenaga yang menghidupkan suasana dan kadangkala menjadi
punca pertikaian . Terdapat beberapa peristiwa yang dikisahkan dalam Sulalat-us
– Salatin yang menunujukkan bahawa waniat kadngkala dijadikan sebagai mainan
dan kadangkala wanita juga menjadi punca pertikaian sesama manusia. Pada suatu
malam , Sultan Mahmud “pergi bermain “ dengan isteri Tun Biyajit. Setelah tengah malam , baginda pun bergegas
mahu pulang tetapi terserempak dengan
Tun Biyajit bersama beberapa oarang pengikutnya. Hampir – hampir berlaku
pertikaman antara para pengiring Sultan dengan Tun Biyajit dan orang- orangnya.
Menurut Sulalat - us – Slatin perkembangan selanjutnya ialah:
… oleh Tun Biyajit akan isterinya
itu diberinya talaknya syahadan ia pun tiadalah mau mengahadap dan bekerja
lagi. Maka oleh Sultan Mahmud Syah; akan Biyajit itu dibujuknya , dihantar
baginda seorang gundik baginda , Tun Iram Sendari namanya , diambilnya oleh Tun
Biyajit ; tetapi sungguhpun demikian , tiada juga Tun Biyajit mau ke majlis.[20]
Selain
itu , peristiwa pembunuhan anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang
menjadi gundik kesayangan Raja Iskandar Syah, raja di Singapura. Sang Rajuna
Tapa telah disula di hujung pasar . Pembunuhan anak perempuan Sang Rajuna Tapa
telah menyebabkan ayahnya membelot
dengan membantu Majapahit menakluki Singapura Sultan Iskandar pula telah
melarikan diri ke Semenanjung dan akhirnya mengasaskan kerajaan di
Melaka.Tindakan Sang Ranjuna Tapa adalah
selaras dengan waad Seri Teri Buana dan Demang Lebar Daun di Palembang dahulu .
kesal dengan perbuatan Raja terhadap
anaknya , Sang Ranjuna Tapa menjadi marah
“Jikalau sungguh sekalipun anak
hamba ada berbuat jahat , bunuh ia saja- saja , mengapatah maka diberi malu
demikian itu?”Oleh kerana raja melanggar waad .[21]
Melalui peristiwa ini jelas menunujukkan bahawa wanita juga boleh menjadi
mainan dan punca kepada pertikaian yang boleh mengakibatkan keruntuhan sesebuah
kerajaan .
h) Wanita Dalam Bidang Penulisan
Kebanyakkan
karya- karya sejarah Melayu Tradisional telah ditulis atau dihasilkan oleh
golongan atasan serta bangsawan yang datangnya dari keluarga pemerintah. Hal
ini kerana golongan wanita ini yang mempunyai kepandaiaan serta mempunyai
peluang untuk mengaji.Hal ini boleh dilihat daripada waris perempuan daripada
Raja Ali Haji yang menlis tentang wanita . Sebagai contohnya ialah cucu Raja
Ali Haji iaitu, Hikayat Sayriful –
Aakthar.
i) Wanita Dikaitkan Dengan Kuasa
Puteri Gunung
Ledang merupakan wanita yang mempunyai hubungan dengan kuasa, pemerintahan dan
negara.Kisahnya bermula apabila Raja Melaka begitu ghairah untuk mengatasi
“segala raja- raja di dalam dunia ini”dengan mengahwini puteri ajaib yang
dikatakan tinggal di puncak Gunung Ledang. Apabila Sultan Melaka menghantar
utusan untuk merisik beberapa syarat telah dikenakan oleh Puteri Gunung Ledang
anatarnya ialah:
Jikalau
Raja Melaka hendak akan daku , buatkanlah aku jambatan emas satu, jambatan
perak satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang . Akan peminangannya: hati
nyamuk, tujuh dulang; hati kuman , tujuh dulang ;air pinang,muda setempayan;air
mata setempayan ; darah Raja semangkuk;dan darah anak Raja ,semangkuk.[22]
Akhirnya
Sultan Melaka telah kalah kerana walaupun semua sayarat yang lain dapat
ditunaikannya, tetapi “tiada sampai hati “,syarat menyediakan semangkuk darah
anakandanya itu tidak dapat dipenuhinya. [23]Pekara
ini menunjukkan bahawa wanita paza zaman Tradisional juga menpunyai kusa atau
sakti yang menjadi rebutan pemerintah. Selain itu, daripada peristiwa tersebut
boleh juga dikatakan bahawa wanita pada zaman tersebut mempunyai hak ke atas
dirinya dan juga hak untuk membuat keputusan dan bijak .Puteri Gunung Ledang
telah menolak lamaran Sultan Melaka dengan sopan dan bijak , ini menunjukkan
Puteri Gunung Ledang boleh membuat keputusan sendiri untuk menolak lamaran
Sultan Melaka dengan mengenakan syarat yang luar biasa.
KESIMPULAN
Berdasarkan
perbincangan di atas , ia jelas menunujukkan peranan dan kedudukan wanita dalam
pensejarahan Melayu tradisional adalah sangat penting. Kedudukan dan peranan
kaum wanita pada zaman pensejarahan Melayu tradisional dapat dilihat dari
pelbagai aspek antaranya ialah wanita sebagai
penerus waris atau generasi
kepada sesuatu kerajaan,wanita sebagai
ketua Negara, wanita dalam bidang ekonomi, wanita sebagai penentu waris taktha,
wanita sebagai alat pendamaian dan pengerat hubungan dalam politik negara,
wanita sebagai hadiah atau tawanan perang,wanita sebagai mainan dan pertikaian,
wanita dalam bidang penulisan dan wanita juga dikaitakn dengan kuasa. Kaum
wanita pada masa itu bukan sahaja berperanan dalam hal politik mereka juga
turut mempunyai kedudukan yang penting dari aspek ekonomi dan juga sosial. Wanita-
wanita dalam pensejarahan Melayu tradisional juga telah memberi banyak impak
penting ke atas pekara yang berhubung dengan fenomena politik dan sosio- budaya
masyarakat sezaman dengan mereka.
BIBLIOGRAFI
1)
Abdul
Rahman Haji Ismail , Sulalat- us Salatin
( Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa,Penerbit
Universiti Sains Malaysia , 2008 .
2)
Farrish
A . Noor dan Eddin Khoo, Spirit of Wood:
The Art of Malay Woodcarving, Tuttle Publishing, 2003.
3) Martinus Nijhoff, Hikajat
Bandjar: A Study in Malay Historiography, Issue 1 , 1968.
4)
Maziar
Mosaffari Falarti, Malay Kingship in
Kedah: Religion, Trade, and Society, Rowman & Littlefield, 2012.
5)
Norhayati
Ab. Rahman , “Peranan dan Kedudukan Wanita Dalam Naskah- Naskah Melayu
Terpilih,” Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu 2009.
6)
Ooi
Keat Gin, Southeast Asia: A Historical
Encyclopedia, from Angkor Wat to Timor,
R-Z. volume three, ABC-CLIO, 2004.
7) Patit
Paban Mishra, The History
of Thailand, ABC- CLIO, 2010 .
8)
Ruzy
Suliza Hashim, Out of the Shadows Women
in Malay Court Narratives, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi ,
2003.
9) Siti Hawa
Salleh,Malay Literature of the Nineteenth
Century, ITBM, 2010 .
10) . W.G
.Shellabear, Sejarah Melayu : satu
pembicaraan kritis dari pelbagai bidang, Heinemann Educational Books Asia, Kuala Lumpur ,1978.
[1]Abdul Rahman
Haji Ismail , Sulalat- us Salatin ( Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan
Bahasa,Penerbit Universiti Sains Malaysia , 2008, hlm 72-73.
[2] Abdul Rahman
Haji Ismail , Sulalat- us Salatin (
Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa,hlm 72-73.
[3] Ibid
[4] Ibid.
[5] Ibid.
[6]Abdul
Rahman Haji Ismail , Sulalat- us Salatin
( Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa,Penerbit
Universiti Sains Malaysia , 2008, hlm 74. ;Maziar Mosaffari Falarti, Malay Kingship in Kedah: Religion, Trade,
and Society, Rowman & Littlefield, 2012, hlm 71.;Martinus Nijhoff, Hikajat
Bandjar: A Study in Malay Historiography, Issue 1 , 1968, hlm 85.
[7] Norhayati Ab.
Rahman , “Peranan dan Kedudukan Wanita Dalam Naskah- Naskah Melayu Terpilih,”
Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu 2009, Kuala Lumpur , hlm 266.
[8] Norhayati Ab.
Rahman , “Peranan dan Kedudukan Wanita Dalam Naskah- Naskah Melayu Terpilih,”
Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu 2009, Kuala Lumpur , hlm 268.
[9] Ibid, hlm 268.
[10] Abdul Rahman
Haji Ismail , Sulalat- us Salatin (
Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa,Penerbit Universiti
Sains Malaysia , 2008, hlm 74.
[11] Ibid, hlm 74.
[12] Farrish
A . Noor dan Eddin Khoo, Spirit of Wood: The Art of Malay Woodcarving, Tuttle
Publishing, 2003, hlm 56.; Patit
Paban Mishra, The History
of Thailand, ABC- CLIO, 2010, hlm, 57.
[13] Abdul Rahman
Haji Ismail , Sulalat- us Salatin (
Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa, hlm 73.
[14]Ibid, hlm 77. ;Ooi
Keat Gin, Southeast Asia: A Historical
Encyclopedia, from Angkor Wat to Timor,
R-Z. volume three, ABC-CLIO, 2004 ,
hlm 820.
[15] Abdul Rahman
Haji Ismail , Sulalat- us Salatin (
Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa,Penerbit Universiti
Sains Malaysia , 2008, hlm 79-80.
[16] Abdul Rahman
Haji Ismail , Sulalat- us Salatin (
Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa,hlm 80.
[17] Norhayati Ab.
Rahman , “Peranan dan Kedudukan Wanita Dalam Naskah- Naskah Melayu Terpilih,”
Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu 2009, Kuala Lumpur , hlm 271.; Ruzy
Suliza Hashim, Out of the Shadows Women
in Malay Court Narratives, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi ,
2003 , hlm 131.
[18] W.G
.Shellabear, Sejarah Melayu : satu pembicaraan kritis dari
pelbagai bidang,
Heinemann Educational Books Asia, Kuala
Lumpur ,1978 , hlm103.
[19] A.Samad Ahmad
(penyelenggara), Sulalatus-us – Salatin-
Sejarah Melayu, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm 158.
[20] Abdul Rahman
Haji Ismail , Sulalat- us Salatin (
Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa,Penerbit Universiti
Sains Malaysia , 2008, hlm 84.
[21] Ibid, hlm 83.
[22] Abdul Rahman
Haji Ismail , Sulalat- us Salatin (
Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa,Penerbit Universiti
Sains Malaysia , 2008, hlm 81-82.
No comments:
Post a Comment