Pengenalan
British
telah menjalankan sistem ekonomi berasaskan kapitalisme yang memberi ruang
kepada pengumpulan kekayaan dan keuntungan yang maksimum oleh individu atau pihak
tertentu dengan menguasai emapt kepentingan seperti modal, tanah, buruh dan
teknologi. Pengenalan sistem ekonomi kapitalisme di NNM telah membawa perubahan
dalam terhadap ekonomi masyarakat Melayu sebelum kedatangan British. Penguasaan
British ke atas NNM didesak oleh kepentingan ekonomi. Persaingan antara
beberapa Eropah seperti Belanda, Amerika Syarikat, Perancis dan lain-lain untuk
mendapatkan kekayaan bijih timah, emas dan sebagainya di Asia Tenggara ini
menyebabkan British berasa tergugat seterusnya mendorong untuk campur tangan
secara langsung NNM pada tahun 1874.
Sehubungan dengan itu, pergolakan politik yang
berlaku antara pembesar di NNM mewujudkan keadaan yang tidak aman. Selain itu, masalah
dan kelemahan yang berlaku dalam sistem Residen turut menyumbang kepada
penubuhan Persekutuan 1896.[1]
Hal ini kerana tidak ada kesepakatan dalam pentadbiran. Residen memerintah
secara bebas dan setiap negeri mempunyai undang-undang yang berbeza. Penubuhan
persekutuan NNMB dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896 telah mengambungkan negeri
Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang di bawah satu unit pentadbiran dan
dikenali sebagai Persekutuan 1896.[2] Keempat-empat
negeri Melayu ini berada di bawah bidang kuasa Residen Jeneral di Kuala Lumpur
yang bertanggungjawab kepada Gabenor (Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura).[3]
Penggabungan negeri dibawah satu pentadbiran yang seragam telah merancakan
pengaliran modal dan ekonomi British di Tanah Melayu.
Penubuhan NNMB/
Persekutuan 1896
Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu (NNMB) atau Persekutuan 1896 telah ditubuhkan secara rasmi
pada 1 Julai 1896 yang mengambungkan
Perak, Selangor, Pahang dan negeri Sembilan dibawah satu pemerintahan pusat
yang efektif. Frank Swettenham merupakan individu yang bertanggungjawab mengemukakan
idea penubuhan persekutuan sejak 1893, iaitu semasa beliau masih lagi menjadi
Residen British di Perak. Beliau menghantar satu memorandum mengenai idea
persekutuan kepada Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Sir Cecil Clementi Smith
pada 1893. Cadangan tersebut kemudiannya beri kepada Joseph Chamberlain, iaitu
Setiausaha Tanah Jajahan dan Gabenor baru C. B. H. Mitchell untuk
mempertimbangkan cadangan tersebut.[4]
Rancangan Persekutuan telah mendapat persetujuan Chamberlain dan telah
dilaksanakan oleh Swettenham yang telah mendapat persetujuan raja-raja Melayu.
Sultan Idris di Perak dan raja-raja negeri Melayu telah bersetujuan menerima
rancangan ini atas jaminan yang diberikan oleh Swettenham bahawa perjanjian ini
akan mengawal kuasa Residen di negeri masing-masing.[5]
Perjanjian
atau dokumen yang mengikat Negeri-negeri Melayu di bawah Persekutuan amat
ringkas dan ia hanya mempunyai lima artikel, namun begitu perjanjian ini yang
menentukan nasib NNMB sehingga 1909. Perjanjian ini dilaksanakan melalui Skim
Perkhidmatan Persekutuan yang menggariskan tugas pegawai-pegawai Persekutuan.
Skim Persekutuan ini mempunyai 20 perkara dan ia menyentuh kuasa Persuruhjaya
Tinggi, Residen Jeneral, Residen, Raja-Raja Melayu, Pegawai Persekutuan, Peguam
Negara, Cuti Pegawai Kerajaan, pencen dan hieraki hubungan pegawai Persekutuan
dan negeri dengan Residen dan Residen Jeneral.[6] Melalui persekutuan, seorang Residen
akan dilantik untuk menguruskan pentadbiran termasuklah hal-hal berkaitan
dengan kewangan keempat-empat negeri tersebut. Sultan hanya berkuasa dalam hal
ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Kuasa residen tidak lagi bebas seperti sebelumnya kerana tertakluk di bawah
Residen Jeneral. Majlis Mesyuarat
Negeri (MMN) hanya berkuasa meluluskan undang-undang yang dipersetujui dan
tiada kuasa pembatal undang-undang.[7]
Undang-undang akan digubal oleh Penasihat Undang-Undang yang telah dilantik. Keadaan ini menjadikan Residen Jeneral
muncul sebagai orang paling berkuasa dalam persekutuan kerana semua hal
pentadbiran dijalankan atas arahan beliau. Sultan, Residen dan MMN tidak dapat
mengawal kuasa Residen Jeneral kerana mereka semua tertakluk dibawah arahan
Residen dalam menjalankan pentadbiran negeri.
Penubuhan Persekutuan
1896 telah membantu pengaliran modal
1. Faedah persekutuan
Di
bawah pentadbiran Persekutuan ini, British telah mewujudkan Persidangan Residen
NNMB yang dimulakan pada tahun 1986 dan ia bersidang hampir setiap tahun.
Persidangan ini dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi, Residen Jeneral, keempat-empat
residen, penasihat Pulau Pinang, beberapa ketua jabatan Persekutuan dan
beberapa dari ahli MMN. Persidangan ini bertujuan untuk menyelaras pentadbiran
dan juga membincangkan isu berkaitan NNMB seperti kesihatan, imigrasi, tanah,
lombong dan pengangkutan kereta api. Faedah langsung kaedah ini ialah
memungkinkan pentadbir Inggeris dan orang Melayu dari NNM bertemu dan bertukar
pendapat. Persidangan Raja-raja Melayu (DURBAR) telah ditubuhkan selepas
pembentukan persekutuan. Ia berlangsung di Kuala Kangsar dalam tahun 1897.
Persidangan ini merupakan satu persidangan yang penting dan bersejarah kerana
pada masa itu empat raja Melayu berjumpa dan bertukar pendapat serta berkongsi
masalah.[8]
Ini secara tidak langsung membantu dalam pengaliran modal British di Tanah
Melayu.
2. Penubuhan Jabatan
Persekutuan
Persekutuan
telah membuka jalan kepada penubuhan beberapa jabatan persekutuan bagi
membolehkan pengagihan kekayaan negeri kaya kepada negeri yang miskin.[9] Antara
jabatan persekutuan ini seperti Majistret, Peguam Negara, Ketua Jentera, Ketua
Auditor, Ketua Juru Ukur, Ketua Pesuruhjaya Tanah dan Galian, Persuruhanjaya
Polis dan Penjara, Inspektor Sekolah serta Inspektor Pos dan Telegraf. Penubuhan Jabatan Persekutuan ini
telah membawa kepada penubuhan perkhidmatan awam dan para pegawai kini
mempunyai pengangan yang sama bagi memajukan NNMB. Sekiranya pegawai persekutuan hanya bertugas dengan semangat
kenegerian, ia menyebabkan mereka hanya bekerja untuk negeri asal mereka
sahaja. Keadaan ini dilihat sebagai salah satu faktor NNMB tidak mencapai
kemajuan. Oleh sebab itu, pegawai-pegawai
Persekutuan ini telah direkrut untuk kesemua NNM dan mereka telah memberi
sumbangan untuk memajukan NNM.
3. Kewangan Persekutuan
Penubuhan
Persekutuan telah membuka kepada pembahagian perbelanjaan Persekutuan dan negeri.
Dalam Perkara 2 Skim Persekutuan telah memperuntukkan bahawa kesemua NNM perlu
mengkhaskan keuntungan negeri bagi gaji Residen Jeneral, pegawai-pegawai
kategori C dan D dalam perbendaharaan persekutuan. Pendapatan negeri selebihnya
untuk keperluan negeri masing-masing.[10] Pembahagian perbelanjaan ini bertujuan
membantu kerajaan persekutuan mengetuai rancangan bagi memajukan aktiviti
pembangunan seperti jalan raya, jalan kereta api serta kemudahan asas yang
lain.
Sehubungan
dengan itu, persekutuan mempunyai kewangan yang cukup untuk membantu negeri
yang mempunyai kekurangan upaya seperti Pahang dan Negeri Sembilan. Artikel 20
Skim Persekutuan mengandungi peruntukan bahawa Perak perlu memperuntukkan 53%
daripada pendapatan untuk perbelanjaan Persekutuan, Selangor 42%, Negeri Sembilan
4% dan Pahang 1%.[11]
Peruntukan ini membolehkan
Persekutuan membiayai penubuhan jabatan-jabatan Persekutuan seperti Jabatan
Pertanian, Hutan, Polis, Kerja Raya dan lain-lain bagi menggerakkan rancangan
ekonomi untuk kemajuan NNMB.[12] Dengan
adanya kewangan Persekutuan, ia membolehkan kerajaan Persekutuan memberi
pinjaman kewangan kepada Kerajaan Siam bagi membina landasan kereta api yang
menghubungkan Bangkok dengan Kelantan dibawah Perjanjian Bangkok 1909.
4. Undang-undang
Lombong yang SeragamSebelum
penubuhan persekutuan setiap negeri mempunyai undang-undang lombong yang
tersendiri. Undang-undang lombong yang berasingan ini hanya dinyatakan sebagai
pajakan untuk perlombongan dan peraturan berkaitan hak melombong. Misalnya, Perak
memperkenalkan undang-undang lombong yang berasingan dikenali Kod Perlombongan
1895. Pada 1899 keempat-empat negeri Melayu mula memiliki satu kod perlombongan
yang seragam diperkenalkan secara berasingan di kesemua negeri-negeri Melayu
Bersekutu sejak 1899 dan ia memberi sumbangan terutama kepada pelombong bijih
timah.
Pengenalan
undang-undang lombong diseragamkan supaya tidak menimbulkan rasa tidak puas
hati bagi pelabur yang mendapat faedah kurang dari negeri-negeri yang
mengamalkan dasar perlombongan liberal. Hasrat ini telah dinyatakan dalam
Laporan Tahunan Residen Jeneral kepada Pesuruhjaya Tinggi pada tahun 1896.
Menurutnya :
One of the
objective of the Federation was gives Governor (now appointed High Commissioner
for the Malay State) an adviser who would speak in sympathy with the interests
and aspirations of the Malay State and those enjoyed in developing them,
Whether as officials, planters, mines or traders.[13]
Keseragaman
dalam undang-undang ini membawa kepada keperluan diwujudkan suatu dasar yang
menyokong kegiatan ekonomi British. Kini berlaku peningkatan kemasukan buruh
Cina ke NNMB dan lebih banyak kawasan
perlombongan bijih timah dan ladang getah dibuka. Akibatnya banyak kampung dan
bandar berkembang di kawasan-kawasan tersebut. Pemodal Eropah telah memperkenalkan
kaedah baru dalam perlombongan bijih timah seperti pam hidrol dan lombonh bawah
tanah.
5. Meningkatkan Aktiviti
Pertanian British di NNMB
Persekutuan
1896 telah menyeragamkan undang-undang yang berkaitan tanah, lombong dan
aspek-aspek lain. Sistem tanah di NNM sebelum pentadbiran British adalah sistem
Tanah Tradisi (Malay Customary Tenure),
iaitu semua tanah adalah hak milik sultan. Dasar tanah Inggeris mula
diperkenalkan pertama kali di daerah Krian, Perak pada 1875. Misalnya, pada 31
Januari 1885, suatu kod Undang-Undang Umum dilaksanakan di Perak di bawah
Peraturan Majlis no. 20 yang menyediakan peruntukan untuk pajakan selama 999
tahun bagi tanah pertanian dan disyaratkan sesiapa sahaja yang menduduki tanah
selepas tarikh ini dianggap sebagai menyewa di tanah kerajaan dan setiap
pemilikan tanah perlu membayar cukai sebanyak 30 sen seekar. Pada 1897 di
keempat-empat NNMB diperkenalkan Undang-Undang Tanah Umum yang seragam, iaitu
di Perak di bawah peraturan (No. 17), di Selangor (No. 15), Pahang (No. 28) dan
Negeri Sembilan (No. 22). Di bawah undang-undang ini semua tanah dibahagikan
kepada tiga kelas iaitu tanah bandar, tanah luar bandar sebanyak 100 ekar atau
kurang dan tanah luar bandar melebihi 100 ekar. Undang-undang tanah ini telah
dipinda pada 1903 di setiap negeri dan pindaan seterusnya pada 1909.
Di
bawah persekutuan sektor pertanian mengalami pertumbuhan yang pesat hasil
galakan kerajaan. Galakan ini termasuklah pemberian tanah yang liberal dengan
pengenalan undang-undang tanah yang khusus. Contohnya, undang-undang tanah pada
tahun 1900 menetapkan sewa bagi tanah-tanah pertanian melebihi 10 hektar
dikenakan cukai sebanyak 1 dolar setiap tahun. Selain itu, negeri mempunyai
kuasa memiliki tanah terbiar milik orang Cina serta menubuhkan tabung pertanian
penanaman yang menyediakan jumlah peruntukan jumlah peruntukan besar dengan
mudah dan murah. Hal ini jelas menampakan aktiviti ekonomi ini menyumbang
kepada pengaliran modal.
Banyak
undang-undang menyokong sektor pertanian digubal antaranya ialah dasar tanah
dan percukaian yang lebih liberal, penubuhan stesyen-stesyen penyelidikan
pertanian dan penubuhan tabung pinjaman penanaman pada 1904. Malah, buku
panduan untuk memberi maklumat tentang faedah tanaman getah kepada bakal
pengusaha juga diterbitkan. Antaranya ialah Federated
Malay State : General Informations for Intending Settlers pada 1900.[14]
Kepesatan dalam pengeluaran pertanian membawa kepada penubuhan Jabatan
Pertanian pada 1905. Pada masa yang sama pihak British turut menyediakan pengetahuan
teknikal dan nasihat kepada pengusaha sektor pertanian. Malah, ladang-ladang
yang besar telah dibuka dengan menggunakan kaedah-kaedah saintifik untuk
pelbagai tanaman komersial ketika itu. Sehubungan dengan itu, mereka juga
membawa masuk ramai buruh India yang murah untuk bekerja di ladang, lombong
bijih timah dan kerja-kerja awam.[15] Pada
tahun 1897 Kesatuan Peladang telah ditubuhkan.[16]
Persatuan ini bertanggungjawab dalam merangsang pengeluaran pertanian ketika
itu. Kesatuan Peladang juga memperjuangkan hak pekerja ladang dan membantu
pemilik ladang membuat pinjaman untuk mengusahakan pertanian.
6. Kemunculan Institusi
Pendidikan
Pengaliran
modal asing di NNMB juga disebabkan faktor perkembangan institusi pendidikan
seperti institusi pendidikan getah, institusi pendidikan perubatan dan
lain-lain. Kesemua institusi ini berperanan menjalankan penyelidikan bagi
mencari kaedah terbaik bagi meningkatkan pengeluaran. Malahan institusi
pendidikan perubatan ditubuhkan pada tahun 1971 adalah bertujuan untuk mengawal
penyakit dengan melakukan penyelidikan
mengenai penyakit malaria dan beri-beri. Institusi pendidikan getah
ditubuhkan pada tahun 1926 untuk memajukan perusahaan getah, manakala pada
tahun 1905, British menubuhkan Jabatan Pertanian, Jabatan Hutan, Jabatan Parit
dan Tali Air dan Lembaga Pinjaman Pertanian. Hal ini telah menggalakkan
kesatuan bagi mempromosikan sektor pertanian dan perlombongan di NNM.
7. Kemajuan Kemudahan
Infrastruktur
Kemajuan
kemudahan-kemudahan asas seperti telegraf, pos, jalan raya, jalan kereta api,
sekolah, hospital dan telekomunikasi mula disediakan dengan lebih pesat setelah
penubuhan Persekutuan 1896. Pada awalnya, jalan raya dibina bagi menghubungkan
kawasan bijih timah dengan pelabuhan, seterusnya diluaskan pembinaan jalan raya
keseluruh semenanjung bagi tujuan mengintergrasikan Tanah Melayu. Fungsi jalan
kereta api pada asalnya untuk tujuan menghubungkan kawasan perlombongan dengan
pelabuhan. Contohnya, Kuala Lumpur dengan Pelabuhan Kelang,[17]
manakala jalan kereta api pertama dibina pada tahun 1885 pula menghubungkan
Taiping dengan Port Weld. Atas inisiatif
Swettenham, kereta api Persekutuan telah bermula pada 1898. Menjelang 1903,
sudah terdapat landasan kereta api yang terus menyambung Prai dengan Seremban. Sultan
Perak bersama-sama pembesar-pembesar Melayu telah menaiki kereta api terus dari
Kuala Kangsar ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Durbar kedua di Kuala Lumpur pada
1903. Sesungguhnya perkembangan kereta api dari 1897 hingga 1909 mengalami
kerancakkan selepas penubuhan Persekutuan dan ia telah berjaya menghubungkan
bahagian utara dan selatan semenanjung.[18]
Selain
itu, kesan kewujudan perkhidmatan kapal stim telah menggalakkan golongan buruh
imigran berhijrah ke Tanah Melayu kerana jarak perjalanan yang murah dan cepat
menggunakan Terusan Suez. Kemampuan Persekutuan 1896 melaksanakan rancangan-rancangan
pembangunan sosial ini adalah bertitik tolak dari Skim Persekutuan. Ia
menetapkan bahawa setiap negeri Melayu harus memperuntukan sebahagian
pendapatan negeri untuk perbelanjaan Persekutuan. Melalui peruntukan ini
pentadbiran Persekutuan dapat menyediakan pelbagai kemudahan asas di NNMB.
Kelemahan Sistem
Persekutuan 1896
1) Ketiadaan
Pembahagian Kuasa Antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaaan Negeri
Berdasarkan
artikel 18 Skim Persekutuan tidak menentukan bidang kuasa dengan jelas antara
jabatan-jabatan persekutuan, kuasa residen dan jabatan-jabatan di peringkat
negeri. Residen masih mempunyai
kuasa mutlak diperingkat negeri dan kuasa residen mengatasi kuasa jabatan
persekutuan. Ketua jabatan
persekutuan menuntut kecekapan dan tindakan segera dalam sesuatu keputusan. Hal
ini kerana sesuatu keputusan yang hendak dibuat perlu melalui jabatan negeri
atau residen. Keadaan ini melambatkan pembangunan dan dikatakan membuang masa. Pegawai Persekutuan mendesak supaya
kuasa residen ini dihapuskan secara beransur-ansur. Tindakan ini jelas
menunjukkan campurtangan pegawai persekutuan dalam bidang kuasa residen.
2) Kuasa Residen
Diketepikan
Residen
tidak mempunyai kuasa eksekutif dibawah skim persekutuan kerana segala tindakan
residen boleh dibatalkan oleh setiausaha persekutuan, residen jeneral dan
persuruhjaya tinggi.[19] Apabila pelabur memohon tanah
keputusan pemohonan dibuat oleh pegawai persekutuan yang tidak mengetahui
tentang hal ehwal tempatan. Beliau bertindak sedemikian kerana alasan residen
mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan keatas permohonan tersebut. Keadaan ini menunjukkan pegawai
persekutuan lebih berpengaruh dan berkuasa dari residen. Hakikatnya ia
bertentangan dengan tugas pegawai persekutuan sebagai penasihat kepada pegawai
tempatan berdasarkan skim persekutuan. Menurut
sarjana yang mengkaji pembangunan NNMB pada awal abad ke-20 menyatakan bahawa
residen dan sultan menjadi individu yang dilupakan dalam proses penguatkuasaan
yang berlebihan di Kuala Lumpur.
Sehubungan
dengan itu, berlaku situasi apabila ketua jabatan persekutuan melawat
pegawai-pegawai rendah diperingkat negeri tetapi tidak mengambil inisiatif
menghubungi sultan atau residen atau langsung tidak memaklumkan tentang lawatan
tersebut. Sistem persekutuan ini
tidak menyediakan satu mekanisme yang jelas dalam usaha untuk membolehkan
kerajaan pusat membantu NNMB. Kelemahan ini dikritik oleh pegawai Inggeris di
dalam majalah ‘British Malaya’. Masalah ini berterusan apabila banyak
keputusan dibuat oleh residen tetapi telah dibatalkan oleh pegawai persekutuan
diperingkat pusat.
3) Ketiadaan
Perundangan Persekutuan
Ketiadaan
perundangan persekutuan untuk meluluskan undang-undang di NNMB membuktikan
kelemahan sistem pentadbiran ini. Persekutuan mengekalkan kuasa perundangan
diperingkat Majlis Mesyuarat Negeri yang berperanan sebagai badan perundangan
dan penasihat.[20] Kebanyakan undang-undang yang
melibatkan NNMB digubal oleh Penasihat Undang-undang, kemudiannya dimajukan di
setiap Majlis Mesyuarat Negeri untuk kelulusan. Namun peruntukkan ini
bertentangan dengan hasrat penubuhan persekutuan yang bersetuju mengadakan
sebuah kerajaan pusat untuk menyelaras undang-undang di NNMB.
4) Kuasa Residen
Jeneral Mengatasi Kuasa Persuruhjaya Tinggi dan Residen
Persuruhjaya
tinggi bertanggungjawab kepada Residen Jeneral. Residen pula berkuasa
diperingkat negeri. Dalam perlaksanaan sistem ini terdapat perbezaan dari segi
teori dan praktikel apabila kuasa residen jeneral mengatasi persuruhjaya tinggi
dan raja-raja Melayu. Residen Jeneral
tidak berunding dengan sultan sebelum sesuatu keputusan dibuat. Perkara ini
turut ditegaskan oleh seorang pegawai Inggeris di dalam majalah ‘British Malaya’ yang menyatakan bahawa
tidak diketahui oleh orang ramai undang-undang telah digubal selepas penubuhan
persekutuan tanpa merujuk kepada sultan.
Selepas
penubuhan persekutuan kebanyakan perundangan atau bil-bil dirangka di Kuala
Lumpur dan dihantar melalui pejabat residen jeneral kepada residen-residen
dengan disertakan kertas minit untuk diberi komen. Kertas minit ini dinyatakan
untuk diluluskan dalam mesyuarat akan datang di MMN. Dalam banyak kes bil-bil
ini tidak dilihat langsung oleh sultan tetap diluluskan sebagai telah
diperkenan oleh duli sultan dalam MMN. Kuasa
Residen Jeneral ini dapat dilihat dalam kebanyakan kes yang melibatkan
pemohonan tanah untuk tujuan pertanian dan perlombongan di NNM. Residen Jeneral mempunyai kuasa
pemutus untuk menolak nasihat residen dan persuruhjaya tinggi.
5) Konflik antara
Pegawai Diperingkat Negeri dengan Jabatan Persekutuan
Pembahagian
kuasa yang tidak jelas antara pentadbir dalam sistem persekutuan ini telah
menyebabkan berlakunya konflik antara pegawai diperingkat negeri dengan jabatan
persekutuan.[21]
Misalnya, Jabatan Tanah dan Galian membuat keputusan sendiri tanpa merujuk
kepada pegawai daerah merangkap pengutip hasil. Beliau adalah individu yang
mengetahui keadaan yang berlaku di lokasi. Masalah menjadi serius apabila terdapat
peraturan semua urusan diperingkat jabatan negeri harus melalui residen sebelum
dimajukan kepada jabatan persekutuan. Halangan Birokrasi ini melewatkan
kelulusan sesuatu pemohonan yang dibuat oleh pelabur. Oleh itu jelas
menunjukkan bahawa pembahagian kuasa yang tidak jelas ini telah menyumbang
kepada konflik antara pentadbir persekutuan.
Kegagalan Persekutuan
dalam Menarik Pelaburan di NNMB
Para
pelabur tempatan dan asing tidak akan tertarik untuk melabur di NNMB, jika
sering terdapat perubahan dalam undang-undang dan pentadbiran yang tidak
memihak kepada mereka. Dalam perlaksanaan persekutuan terdapat pelbagai
halangan yang tidak disenangi oleh pelabur. Antaranya adalah seperti Pejabat
Tanah Jajahan tidak tahu tentang perkembangan di NNMB, Pejabat Tanah Jajahan
membatalkan keputusan yang dibuat oleh Persuruhjaya Tinggi, Residen Jeneral dan
Residen. Malahan adakalanya Pejabat Tanah Jajahan memihak kepada para pelabur
yang merujuk kes-kes mereka secara peribadi ke Pejabat Tanah Jajahan walaupun
dianggao tidak adil.[22]
Antara kes-kes yang menunjukkan Persekutuan 1896 tidak membantu dalam
pengaliran modal seperti :
A. Halangan Pemberian Tanah
kepada Puan Maxwell
Dasar
tidak bersimpati Pesuruhjaya Tinggi dan Pejabat Tanah Jajahan terhadap pelabur
dapat dilihat dalam kes pemohonan tanah lombong sebanyak 500 ekar di daerah
Kinta oleh Puan Maxwell (janda William Edward Maxwell bekas Timbalan Residen
Perak) pada 27 Jun 1900 atas pihak anaknya Eric Maxwell. Pemohonan tersebut
telah dipertimbangkan oleh pemangku Residen Perak, A. R. Venning. Menurut
beliau adalah wajar untuk mempertimbangkan permohonan Puan Maxwell kerana
kerajaan pada waktu yang sama telah meluluskan permohonan pemohon lain (pemohon
China dan Eropah). Namun apabila ia dirujuk kepada Residen Jeneral, Frank
Swettenham pemohonan tersebut telah ditolak tanpa memberi alasan yang konkrit.
Kemudian kes ini dirujuk kepada Pejabat Tanah Jajahan, pegawai tetap C. P.
Lucas tidak dapat membuat keputusan dan menegaskan ia hal tempatan. Akhirnya
beliau menerima keputusanyang dibuat oleh Residen Jeneral. Dalam hal ini jelas
menunjukkan keputusan yang dibuat oleh Pejabat Tanah Jajahan adalah berdasarkan
suatu andaian dan ia tidak menyokong pelabur yang layak di NNMB.[23]
B. Kes antara Pelabur
New Zeland dengan Residen Jeneral
Seorang
pelabur New Zeland, Charles Alma Barker ingin memperkenalkan sistem
perlombongan kapal korek pada awal abad ke-20. Barker telah membuat pemohonan
pada 10 April 1901 untuk dapat konsesi tanah lombong tetapi beliau menghadapi
masalah dari residen. Pada awalnya beliau memohon tanah seluas 400 ekar dan ia
mendapat kelulusan tetapi pemohonan untuk tambahan 800 ekar tanah lombong tidak
diluluskan. Walau bagaimanapun, beliau diminta untuk menunggu lebih dari
setahun.[24]
Pemohonan untuk 800 ekar tambahan mendapat sokongan daripada residen, pakar
geologi, warden lombong dan jurutera negeri. Akhirnya pemohonan ini dibatalkan
atas alasan tuntutan tanah tersebut di dalam daerah orang Sakai dan perlu
dikembalikan kepada mereka. Barker hampa kerana beliau telah membelanjakan
banyak wang untuk memjalankan kerja-kerja pospek dan beliau mengalami kerugian
besar. Kes ini menunjukkan Barker telah dipermainkan oleh British dan beliau
diminta menunggu untuk jangka masa yang lama.
C. Pemberian Tanah
Dihadkan kepada 320 Ekar
Di
Selangor pemberian tanah dihadkan 320 ekar (320
acre System) kepada bakal pengusaha pertanian. Peraturan ini ditentang oleh
Residen dan Residen Jeneral tetapi Pesuruhjaya Tinggi bertegas mahu meneruskan
sistem ini. Apabila dirujuk kepada Pejabat Tanah Jajahan mereka mahu dasar yang
menyokong pelabur. Malah, undang-undang yang menghadkan pemberian tanah ini
tidak dilaksanakan di NNM lain. Di Perak, tanah yang ditawarkan kepada
pengusaha dihadkan kepada 640 ekar.[25]
Dengan ini jelas menunjukkan sikap Pesuruhjaya Tinggi ini tidak menguntung atau
menarik para pelabur yang berpotensi. Berdasarkan kes ini dapat diperhatikan
terdapat ketidakselarasan dalam membuat sesuatu keputusan yang melibatkan
pelaburan di NNMB.
D. Halangan ke atas
pengusaha Chan Seek Peng
Kes
ini memperlihatkan halangan yang diadakan oleh Pegawai Daerah Tampin terhadap
penghantar ubi kayu dari kilang pengusaha Chan Seek Peng ke Melaka pada Ogos
1900. Alasan beliau Chan Seek Peng perlu membayar yuran perubatan kepada
kerajaan negeri dan menyatakan bahawa Melaka bukan dalam wilayah negeri
Sembilan. Daripada pemeriksaan mendapati Seek Peng telah membayar yuran
perubatan dan tindakan Pegawai Daerah yang menahan ubi kayu telah membawa
kerugian kepada beliau. Malahan Seek Peng terpaksa menggunakan pendapatannya
sendiri untuk menyelesaikan gaji pekerja. Apabila isu ini dibawa kepada
Residen, Residen Jeneral dan Pesuruhjaya Tinggi mereka bersetuju bahawa pegawai
daerah telah bertindak tanpa usul periksa dan tindakan beliau tidak
menguntungkan pelabur.
E. Halangan ke atas
Syarikat Raub (Raub Company)
Tindakan
kurang bijak Residen telah meletakkan pelabur dalam keadaan yang merugikan.
Misalnya dalam kes Residen Pahang mengambil tanah milik Syarikat Raub dengan
alasan Raub mengalami pertambahan penduduk dan ia memerlukan tanah untuk
memajukan kawasan perbandaran baru. Residen Jeneral meminta Residen memberi
penjelasan atas perkara tersebut. Penjelasan Residen ialah beliau bertindak
berasaskan arkitel 3 perjanjian pemberian tanah yang peruntukkan kepada residen
untuk mengambil tanah pada bila-bila masa diperlukan oleh kerajaan. Namun dalam
kes ini adalah perlu untuk residen bertimbang rasa terhadap para pelabur.
Sesungguhnya dasar residen ini tidak memihak kepada pelabur.[26]
Oleh itu, jelas membuktikan persekutuan gagal untuk mencipta suasana yang idea
bagi pengaliran kapital ke NNMB.
Kesimpulan
Pembentukkan
NNMB telah menggalakkan pengaliran modal dengan adanya pelbagai kemajuan dan
kemudahan asas sehingga membawa kepada perkembangan social seperti kewujudan
pos, telegraf, jalan raya, hospital dan lain-lain di NNMB. Kemampuan
Persekutuan mengimbangi pengaliran modal di NNM telah berjaya membantu
negeri-negeri yang miskin bagi mengecapi kemajuan seiring dengan perkembangan
pembangunan. Penubuhan jabatan-jabatan Persekutuan untuk merancakkan
pertumbuhan ekonomi negeri-negeri Melayu dan keseragaman pentadbiran untuk
menarik para pelabur menjadi pertimbangan utama bagi mengadakan rancangan
Persekutuan. Walau bagaimanapun, kelemahan yang terdapat dalam sistem
pentadbiran ini seperti pembahagian kuasa yang tidak jelas antara petadbir,
halangan dan konflik pentadbir kepada pelabur serta perlaksanaan pentadbiran
tidak seperti yang termaktub dalam Skim Persekutuan ini sememangnya menjadi
penghalang kepada pengaliran modal di NNMB.
[1] Joginder Singh Jessy,
Sejarah Tanah Melayu (1400-1959),
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978, hlm. 308.
[2] Ibid.
[3] Lotfi
Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963,
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distibutiors, 1975, hlm. 177.
[4] H. S. Barlow, Swettenham, Kuala Lumpur: Southdene
Sdn. Bhd.,1995, hlm. 458.
[5] Sivachandralingam
Sundara Raja, ‘Persekutuan 1896 : Antara Impian dan Kenyataan,’ Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya,
Jil. 10, 2002, hlm. 54.
[6] Sivachandralingam
Sundara Raja, The Federation Scheme of 1895 as an Obstacle to Capital
Penetration in Federated Malay State, International Association of Historians
of Asia Conference, 17th : 18-22 December 2002: Dhaka, Bangladesh, 2002,
hlm. 1.
[10] Sivachandralingam
Sundara Raja, ‘Persekutuan 1896 : Antara Impian dan Kenyataan,’ Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya,
Jil. 10, 2002, hlm.58.
[15] Hasrom
Haron, Sejarah Tanah Melayu 1400-1965,
Kuala Lumpur: Penerbit Preston-Times Sdn. Bhd., 1975, hlm. 171.
[17] Lotfi
Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963,
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distibutiors, 1975, hlm. 168.
[22] Sivachandralingam
Sundara Raja, “Konflik Pentadbir dan Pelabur Melayu Bersekutu 1896-1909”,
Kertas Kerja Dibentangkan Dalam Seminar Kebangsaan Sosio-ekonomi dan IT Ke-2,
11-12 Ogos 2004, Anjuran Pusat Penyelidikan dan Perundingan Universiti Utara
Malaysia, 2004, hlm. 4.
[23] Sivachandralingam
Sundara Raja, “Konflik Pentadbir dan Pelabur Melayu Bersekutu 1896-1909”,
Kertas Kerja Dibentangkan Dalam Seminar Kebangsaan Sosio-ekonomi dan IT Ke-2,
11-12 Ogos 2004, Anjuran Pusat Penyelidikan dan Perundingan Universiti Utara
Malaysia, 2004, hlm. 4-5.
[24] Sivachandralingam
Sundara Raja, ‘Charles Alma Baker : Penglibatan dalam Perluasaan Ekonomi Tanah
Melayu dan Konflik dengan Pentadbir British,’ Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Jil. 15, 2007, hlm.
34-38.
[25] Sivachandralingam
Sundara Raja, “Konflik Pentadbir dan Pelabur Melayu Bersekutu 1896-1909”,
Kertas Kerja Dibentangkan Dalam Seminar Kebangsaan Sosio-ekonomi dan IT Ke-2,
11-12 Ogos 2004, Anjuran Pusat Penyelidikan dan Perundingan Universiti Utara
Malaysia, 2004, hlm. 5.
[26] Sivachandralingam
Sundara Raja, “Konflik Pentadbir dan Pelabur Melayu Bersekutu 1896-1909”,
Kertas Kerja Dibentangkan Dalam Seminar Kebangsaan Sosio-ekonomi dan IT Ke-2,
11-12 Ogos 2004, Anjuran Pusat Penyelidikan dan Perundingan Universiti Utara
Malaysia, 2004, hlm. 6.
SENARAI RUJUKAN
1. Hasrom Haron, Sejarah Tanah Melayu 1400-1965, Kuala Lumpur: Penerbit Preston-Times Sdn. Bhd., 1975.
2. H. S. Barlow, Swettenham, Kuala Lumpur: Southdene Sdn. Bhd.,1995.
3. Joginder Singh Jessy, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978.
4. Lotfi Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distibutiors, 1975.
5. Sivachandralingam Sundara Raja, ‘Charles Alma Baker : Penglibatan dalam Perluasaan Ekonomi Tanah Melayu dan Konflik dengan Pentadbir British,’ Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Jil. 15, 2007.
6. Sivachandralingam Sundara Raja, ‘Persekutuan 1896 : Antara Impian dan Kenyataan,’ Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Jil. 10, 2002.
7. Sivachandralingam Sundara Raja, The Federation Scheme of 1895 as an Obstacle to Capital Penetration in Federated Malay State, International Association of Historians of Asia Conference, 17th : 18-22 December 2002 :Dhaka, Bangladesh, 2002.
8. Sivachandralingam Sundara Raja, “Konflik Pentadbir dan Pelabur Melayu Bersekutu 1896-1909”, Kertas Kerja Dibentangkan Dalam Seminar Kebangsaan Sosio-ekonomi dan IT Ke-2, 11-12 Ogos 2004, Anjuran Pusat Penyelidikan dan Perundingan Universiti Utara Malaysia, 2004.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAdakah Anda Memerlukan kewangan pinjaman segera?
ReplyDelete* Pemindahan Sangat cepat dan cepat ke akaun bank anda
* Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
akaun bank
* Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
* Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
* Syarat-syarat pinjaman adalah bayaran fleksibel dan bulanan
*. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
Kami menawarkan balasan awal kurang dari 24 jam
pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
dari awak.
Hubungi syarikat amanah berlesen yang dibenarkan dan dibenarkan
bahawa bantuan kewangan kepada negara-negara lain.
Untuk maklumat lanjut Soalan dan borang permohonan pinjaman Hubungi kami melalui
e-mail: matildablakeloanfirm@gmail.com
Dr Matilda Blake
Pemilik dan Pengasas
Matilda Blake Firma Pinjaman
Adakah Anda Memerlukan kewangan pinjaman segera?
ReplyDelete* Pemindahan Sangat cepat dan cepat ke akaun bank anda
* Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
akaun bank
* Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
* Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
* Syarat-syarat pinjaman adalah bayaran fleksibel dan bulanan
*. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
Kami menawarkan balasan awal kurang dari 24 jam
pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
dari awak.
Hubungi syarikat amanah berlesen yang dibenarkan dan dibenarkan
bahawa bantuan kewangan kepada negara-negara lain.
Untuk maklumat lanjut Soalan dan borang permohonan pinjaman Hubungi kami melalui
e-mail: matildablakeloanfirm@gmail.com
Dr Matilda Blake
Pemilik dan Pengasas
Matilda Blake Firma Pinjaman