Assalamualaikum, hari ini cik Aj ingin berkongsikan ilmu yang cik Aj perolehi semasa menghadiri kelas perkahwinan, keluarga dan kekerabatan iaitu mengenai konflik dalam perkahwinan. Isu-isu sebegini sebenarnya perlu kita ambil perhatian, sama ada kepada yang sudah dan belum mendirikan masjid sebagai panduan dalam meniti kehidupan dalam berumah tangga.
Sebelum bercakap dengan lebih mendalam mengenai konflik rumah tangga, eloklah terlebih dahulu cik Aj memberi sedikit definisi "apa itu konflik rumah tangga..?? ". Konflik rumah tangga boleh didefinisikan sebagai sikap hubungan, peranan, komuniskasi dan sikap, nilai san reaksi pasangan suami isteri tidak sejajar dengan gambaran alam perkahwinan yang harmoni dan tenang.
Terdapat dua bentuk konflik dalam rumah tangga iaitu konflik dalaman iaitu melibatkan konflik dalam lingkungan rumah tangga dan konflik Luaran iaitu konflik dengan orang luar yang boleh membawa kesan kepasa keluarga.
Antara punca-punca konflik dalam rumah tangga berlaku adalah disebabkan:- Ketidaksefahaman & sikap cuai pasangan suami isteri terhadap peranan masing-masing.
- Sikap suami yang bengis
- Suami/isteri yang suka berpoya-poya
- Isteri yang terlalu cemburu
- Suami yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin
- Suami mempunyai hubungan dengan perempuan lain
- Perzinaan - suami/isteri
- Campur tangan mertua
to be continued....