Monday, 30 December 2013

BINCANGKAN PENGARUH RANCANGAN MALAYAN UNION TERHADAP GERAKAN NASIONALISME DI TANAH MELAYU

PENGENALAN
Nasionalisme di Tanah Melayu adalah satu gerakan bersifat tempatan menuju ke arah pembentukan negara bangsa. Gerakan nasionalisme Melayu satu gerakan mewakili gerakan nasionalisme di Tanah Melayu yang menggunakan unsur-unsur dan ciri-ciri serta berlandaskan politik tempatan sedangkan politik kaum lain berlandaskan kepada negara asal mereka. Periodisasi 1946-1948, memperlihatkan corak kegiatan nasionalisme yang pelbagai warna dan sangat lincah. Tempoh ini memperlihatkan pertentangan sengit di antara dua kumpulan utama dalam kegiatan nasionalisme iaitu kanan dan kiri atau radikal dengan konservatif dan juga pihak ketiga iaitu orang bukan Melayu yang cuba mendapatkan kuasa politik dan kedudukan tetap dalam politik di Semenanjung  Tanah Melayu. Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada Januari 1946 merupakan isu penting yang mencorakkan nasionalisme di Tanah Melayu.
RANCANGAN MALAYAN UNION
Sebelum Jepun menyerah kalah, British telah merangka satu rancangan untuk melancarkan sebuah kerajaan baru di Tanah Melayu. Rundingan mengenai rancangan ini telah dibuat di antara Whitehall (Pejabat Tanah Jajahan) dengan Pejabat Perang sejak bulan Febuari 1943.[1] Kedua-dua bersetuju untuk menubuhkan unit perancangan yang dinamakan sebagai Malayan Planning Unit dalam Julai 1943 yang diketuai oleh Mejar Jeneral Ralph Hone. Rancangan ini dikenali sebagai Resconstruction of Malaya.[2]. Dalam tahun 1944, kabinet perang telah mengeluarkan arahan-arahan tertentu berkaitan dengan pentadbiran di Tanah Melayu, dengan itu jawatankuasa kabinet mengenai Malaya dan Borneo telah dilantik pada 4 Januari 1944. Jawatankuasa ini telah mengkaji berbagai perkara termasuk rancangan menyatukan Tanah Melayu sebagai usaha membina semula negara ini. Perkara tersebut dibincangkan dalam mesyuarat yang diadakan pada 22 Mac 1944 yang dihadiri oleh Clement Attlee (selaku Lord President) dan Edward Gent, Setiausaha Tanah Jajahan yang kemudiannya menjadi Gabenor Malayan Union.[3]
            Rancangan Malayan Union ini dirangka oleh British kerana orang-orang British tidak berpuas hati dengan pentadbiran yang ada di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Pada masa itu, terdapat tiga jenis pentadbiran iaitu Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Oleh itu, Hone telah ditugaskan untuk merangka satu bentuk pentadbiran baru untuk Tanah Melayu dan akhirnya usul untuk menggabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat kecuali Singapura menjadi Malayan Union telah dibentangkan. Cadangan untuk Malayan Union ini telah dibentangkan pertama kalinya oleh Edward Gent, Penolong Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British pada Januari 1944 di Parlimen United Kingdom.[4]
            Pada awalnya, Sabah dan Sarawak juga telah dimasukkan ke dalam cadangan awal Malayan Union namun kemudiannya telah dikeluarkan daripada cadangan terakhir kerana pihak British belum bersedia ketika itu dan masih lagi berada dalam keadaan yang kurang stabil. Manakala Singapura pula tidak dimasukkan ke dalam Malayan Union tetapi dijadikan sebagai tanah jajahan mahkota British yang berasingan.[5] British berhasrat untuk membentuk sebuah bangsa Malayan Union yang terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu penubuhan Malayan Union ini adalah bertujuan untuk melahirkan semangat cintakan Tanah Melayu terutamanya di kalangan orang-orang Cina dan India kerana taat setia mereka masih lagi kepada negara asal mereka. Dengan penubuhan Malayan Union, British berharap bangsa ini akan melupakan negara asal mereka dan menumpukan taat setia sepenuhnya terhadap Malayan Union dengan kaedah pemberian kerakyatan yang longgar kepada mereka. Malayan Union memberikan kewarganegaraan terbuka kepada orang bukan Melayu, ia dianggap sebagai hadiah atau penghargaan yang diberikan kepada orang bukan Melayu kerana kesetian mereka semasa semasa perang.[6] Selain itu, ia juga dilaksanakan untuk memastikan wujudnya sumber tenaga buruh Cina dan India disamping pelaburan yang berterusan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu.
            Selain itu, pembentukan Malayan Union adalah disebabkan kerana British terikat dengan Piagam Atlantik pada 14 Ogos 1941 yang mengisytiharkan hak negara-negara untuk berkerajaan sendiri. Sebelum hasrat ini tercapai pentadbiran yang stabil perlu diwujudkan. Oleh itu, menurut pihak British, Malayan Union perlu ditubuhkan. Selain itu, Tanah Melayu sememangnya terkenal sebagai pengeluar bijih timah dan getah terbesar di dunia ketika itu.[7] Keadaan ini menyebabkan Tanah Melayu menjadi sumber ekonomi terbesar bagi tanah jajahan Britis, Oleh itu, British ingin mengekalkan dan menjamin kekuasaannya di Tanah Melayu. Dengan penubuhan Malayan Union, hasrat British ini akan terlaksana dan keadaan ini akan membolehkan Britsh terus menguasai ekonomi Tanah Melayu dan mengurangkan kuasa politik orang Melayu.
            Punca utama kemarahan orang Melayu melalui Malayan Union ialah penukaran mengenai naungan kepada jajahan British.[8] Semua anggota majlis dalam Malayan Union hendaklah menyatakan taat setia kepada Ratu Inggeris dan bukan lagi kepada raja-raja Melayu. Malayan Union akan diperintah oleh seeorang gabenor dengan Majlis Mesyuarat Kerja (Executive Committee) dan sebuah Majlis Mesyuarat Negeri. Melalui rancangan ini, gabenor mempunyai kuasa yang besar dan kuasa muktamad terhadap sesuatu hal pentadbiran di Tanah Melayu dan Singapura. Kuasa yang ada pada gabenor ini lebih besar daripada kuasa Raja-raja Melayu itu sendiri.[9] Malayan Union telah diisytiharkan secara rasminya pada 1 April 1946 di King house, Kuala Lumpur dan Sir Edward Gent telah dilantik sebagai gabenornya yang pertama.
REAKSI MASYARAKAT TERHADAP MALAYAN UNION
Pada 1 April 1946, satu perintah bagi pembentukan Malayan Union telah disiarkan dalam warta kerajaan yang dikenali sebagai “Surat Perintah 6724”. Berdasarkan surat perintah inilah kertas putih Malayan Union disediakan.[10] Apabila kandungan kertas putih perjanjian Malayan Union disiarkan, keadaan ini telah menggemparkan orang-orang Melayu. Api nasionalisme yang terpendam dan membara semakin kelihatan. Tambahan pula, pada masa itu semangat orang Melayu semakin membara apabila melihat warga Indonesia memperjuangkan kemerdekaan mereka daripada penjajah Belanda. Keadaan ini menyemarakkan lagi api kemarahan orang Melayu agar bangun dan bangkit menentang tipu helah penjajah Inggeris yang hendak merampas hak dan kekuasaan orang-orang Melayu dan mengetahui bahawa raja-raja mereka telah dipaksa oleh Mac Micheal untuk menurunkan tandatangan.[11] Mereka telah keluar beramai-ramai untuk menentang pembentukan rancangan Malayan Union di Tanah melayu.[12]
             Penentangan mereka telah dilakukan sejak bulan November 1945 dengan satu perarakan di Kota Bharu Kelantan. Ini kemudiannya diikuti dengan perarakan di Alor Setar dan Johor pada bulan Januari 1946.[13] Misalnya, di Batu Pahat Dato Onn Jaafar telah mengetuai orang-orang Melayu pelbagai golongan dari serata pelusuk kampung untuk keluar berarak ke bandar Batu Pahat (Pengaram) dengan membawa sepanduk sebagai tanda bantahan mereka terhadap rangcangan British itu. Bantahan serta tunjuk perasaan juga dilakukan oleh orang-orang Melayu (termasuk golongan wanita) di negeri-negeri lain.[14] Gagasan Malayan Union amatlah mengecewakan orang Melayu kerana Malayan Union akan menghapuskan keistimewaan orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Sebaliknya,rancangan Malayan Union  lebih memberi faedah kepada orang bukan Melayu. Orang bukan Melayu sangat menyokong pembentukan Malayan Union kerana kerakyatan yang memuaskan. Hal ini kerana, Malayan Union telah memperkenalkan konsep kerakyatan Jus soli iaitu kerakyatan dengan hak yang sama rata kepada semua yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura, serta kepada imigran yang menetap sekurang-kurangnya 10 tahun di situ tanpa mendiskriminasi mana-mana masyarakat. Orang Cina bersetuju dengan dasar Dual Nationality dalam Malayan Union.[15] Dianggarkan 1.6 juta orang Cina atau 62.5 % daripada penduduk Cina di Tanah Melayu akan menjadi rakyat Malayan Union.[16] Bakinya mendapat kerakyatan melalui syarat-syarat lain. Orang bukan Melayu hanya menentang pemisahan Singapura daripada Malayan Union dan Pulau Pinang dari Negeri-negeri Selat. Namun demikian, ada juga orang bukan Melayu yang menentang Malayan Union kerana melihat Malayan Union sebagai satu jajahan dan tidak demokratik. Reaksi ini mulai timbul apabila rancangan Malayan Union ditangguhkan. Orang Cina dan India mula melihat British menipu mereka lalu menunjukkan penentangan  bersifat kolonial.
AKHBAR TEMPATAN
Akhbar-akhbar Melayu turut memainkan peranan yang aktif sebagai penyebar dan penggalak perasaan penentangan rancangan Malayan Union tersebut. Akhbar-akhbar yang terdapat pada masa itu seperti Warta Negara di Pulau Pinang, Majlis di Kuala Lumpur dan Utusan Melayu Singapura. Pengarang-pengarang akhbar banyak mengulas dan memberi pendapat mengenai rancangan tersebut melalui rencana-rencana yang diterbitkan dalam akhbar. Tulisan-tulisan mereka telah menyemarakkan lagi semangat orang-orang Melayu.[17] Melalui akhbar, masyarakat Melayu dapat mengetahui peristiwa yang berlaku pada masa itu. Misalnya, akhbar masjlis menyiarkan  berita pertama mengenai Malayan Union pada 12 Oktober 1945 dan hampir setiap hari menyiarkan ulasan-ulasan mengenai Malayan Union.[18]
            Penentangan orang Melayu adalah bersifat tempatan. Penentangan orang Melayu telah mendapat simpati daripada beberapa orang ahli parlimen British seperti Captain Gammans, Sir John Barlow, Viscount Marchwood, Viscout Elibank dan beberapa orang lagi. Pegawai-pegawai tinggi British yang pernah bertugas di Tanah Melayu seperti Sir Richard Winstedt, Maxwell, Alex Mc Adam, dan Arold Robinson turut menentang rancangan Malayan Union.[19]  Bantahan serta tentangan yang dilakukan oleh orang-orang Melayu itu tidak dihiraukan oleh kerajaan British. Malah, pihak Inggeris tetap bertegas untuk meneruskan cita-cira mereka itu tanpa menghiraukan bantahan yang berlaku di sekeliling mereka dengan membuat pengisytiharan tentang penubuhan kerajaan Malayan Union di Tanah Melayu pada 1 April 1946.[20]
            Penentangan terhadap Malayan Union pada masa itu berlaku secara berasingan, seolah-olah tidak ada kesepaduan di dalam tindakan yang dilakukan oleh orang-orang melayu. Melihat kepada keadaan ini, pihak akbar-akbar Melayu pada masa itu seperti akhbar majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara telah menyeru supaya menyatukan seluruh gerakan-gerakan mereka yang ada agar pergerakan orang-orang Melayu menjadi lebih teratur dan tersusun. Sebagai menyahut cabaran daripada akbar-akbar tempatan, Dato Onn Jaafar yang dipertua Pergerakan Melayu Seluruh Johor (PMSJ) telah mengambil inisiatif awal dengan menulis surat-surat terbuka kepada persatuan-persatuan Melayu supaya diadakan satu kongres yang dapat menyatukan seluruh orang-orang Melayu di dalam sebuah kesatuan.[21] Surat terbuka daripda Dato Onn Jaafar ini telah disiarkan di dalam akbar Majlis keluaran 25 januari 1946.[22] Seruan serta cadangan daripada Dato Onn Jaafar ini telah mendapat sambutan baik daripada persatuan-persatuan Melayu dan orang perseorangan yang ingin melihat orang-orang Melayu bersatu dalam menentang Malayan union. Daripada surat Dato Onn tersebutlah yang akhirnya terlaksana satu perjumpaan besar-besaran di antara persatuan Melayu di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. [23]

PARTI-PARTI GERAKAN NASIONALISME
PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA (PKMM)
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada Oktober 1945, dengan campur tangan PKM yang sedang cuba berbaik-baik dan menyeludup masuk ke parti politik kiri Melayu dan bukan Melayu untuk menubuhkan ‘Malayan United Front’ menentang British dan cuba mengambil alih pentadbiran.[24] Dasar politik PKMM iaitu menegakkan Indonesia Raya dan bekerjasama dengan bangsa lain. Dasar menegakkan Indonesia Raya adalah lanjutan daripada rancangan yang terbengkalai semasa era zaman pendudukan Jepun. [25]  Pendekatan politik PKMM sangat progresif dibandingkan dengan UMNO. PKMM ingin menjadi sebagai parti politik yang berkuasa. PKMM cuba melahirkan satu negara yang mengiktiraf kedudukan politik yang kekal untuk bangsa dagang yang tinggal dan lahir di Tanah Melayu selari dengan konsep dalam Malayan Union yang mengiktiraf sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu sebagai warganegara.[26]   Oleh sebab itu, PKMM semasa perjumpaannya dengan Edward Gent telah mendesak supaya kerakyatan dibuka kepada seluruh kepulauan Melayu. Hal ini akan memudahkan PKMM mengimbangi kuasa politik Parti Komunis Malaya dan orang bukan Melayu dalam Indonesia Raya.[27]
            Dalam usaha memperkuatkan pengaruh, PKMM  mula membentuk API, AWAS, diikuti pula oleh BATAS (Barisan Tani Semalaya). Disamping itu, PKMM mempunyai hubunan yang rapat dengan GERAM (Gerakan Anti Muda), MATA (Majlis Agama Tertinggi, dan Hizbul Muslimin. Organisasi ini sealiran dengan PKMM iaitu menentang penajajah dan menghadapi saingan dari UMNO. Api muncul dari rancangan PKMM untuk mengadakan perarakan raksaksa di Ipoh, semasa memperingati usia enam bulan kemerdekaan Indonesia.[28] PKMM juga dalam gerakan menuntut kemerdekaan lantang menyuarakannya menerusi “Pelita Malaya” dan “Suluh Melayu”dengan sokongan Suara Rakyat. PKMM pernah bekerjasama dengan UMNO namun hanya bertahan selama lima bulan sahaja disebabkan perbezaan ideologi.[29] PKMM pada masa itu bukan sahaja tidak bersetuju dengan Malayan Union, tetapi juga menentang penjajahan British. Manakala UMNO pada ketika itu juga menentang Malayan Union tetapi sedia menerima jajahan British buat sementara sekiranya kedaulatan Raja-raja Melayu dikembalikan sebelum perang dunia kedua dan pemberian hak kerakyatan melalui prinsip jus soli dihapuskan. Bagi PKMM pula, PKMM tidak bersetuju bekerjasama dengan kerajaan British dan tidak mengangap kedaulatan Raja-raja Melayu perlu diutamakan sangat. Oleh itu, dalam bulan Januari 1946, PKM telah mengambil keputusan untuk keluar dari UMNO.[30]
UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)
United Malays National Organisation atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah didirikan hasil kesedaran politik orang Melayu. UMNO ditubuhkan pada Mac 1946, dan secara rasmi pada Mei 1946 yang dianggotai oleh pertubuhan-pertubuhan negeri dan persatuan-persatuan  sosioekonomi masyarakat Melayu. penubuhan UMNO adalah ekoran daripada rasa perlunya diwujudkan kesatuan Melayu untuk menentang Malayan Union. Dasar UMNO  adalah untuk menentang  Malayan Union dan mendesak British mengembalikan status Quo raja-raja Melayu, negeri Melayu dan orang Melayu agar dasar politik Tanah Melayu untuk Melayu dilaksanankan. UMNO ditubuhkan bukan sahaja dengan matlamat yang berbeza dengan PKMM tetapi juga dengan struktur dan rangka yang berlainan.[31] UMNO lebih memikirkan kepentingan orang Melayu Semenanjung Tanah Melayu. Apa yang diperjuangkan adalah survival bangsa Melayu Semenanjung dari penjajahan mutlak British. UMNO tidak dipengaruhi oleh mana-mana unsur luar seperti PKMM yang dikuasai PKM.
            Kongres Melayu Setanah Melayu yang pertama telah diadakan dari 1 hingga 4 Mac bertempat di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.  Kongres itu telah dirasmikan oleh sultan Selangor iaitu Sultan Hisamudin Alam Shah. Seramai 300 orang wakil dari seluruh semenanjung  Tanah Melayu, termasuk Dr. Burhanudin, Ahmad Boestaman, Sa’don Zubir, Dato Panglima bukit Gantang, Haji Ishak Lufti, dan lain-lain serta puluhan ribu rakyat Malaya telah menghadiri kongres ini.[32] Kongres yang berlangsung selama empat hari telah berjaya mengambil kata sepakat menubuhkan parti politik yang paling besar iaitu Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu (United Malay National Organisation) atau UMNO dengan slogan “Hidup Melayu untuk menentang Malayan Union.” [33]  
            Pada 29 dan 30 mac 1946, Dato Onn telah mengadakan kongres tergempar untuk membincangkan tindakan-tindakan yang harus diambil untuk menghalang kerajaan British daripada melaksanakan Malayan Union di Tanah Melayu. Kongres kedua telah mengambil satu ketetapan agar orang-orang Melayu memulaukan majlis perlantikan gabenor jeneral dan memohon Raja-raja Melayu agar tidak menghadri majlis perlantikan tersebut yang diadakan pada 1 april 1946. Majlis perlantikan gabenor general yang pertama yang diadakan itu telah dipulaukan sepenuhnya oleh orang-orang  Melayu. Raja-raja Melayu telah berjaya dipujuk agar tidak menghadirinya.
            Apabila undang-undang tubuh atau perlembagan UMNO disiapkan oleh jawatankuasa khas, maka Kongres Melayu Ketiga telah diadakan untuk menubuhkan UMNO dengan rasminya. Kongres ini telah diadakan di Istana Besar Johor Bharu pada 11 dan 12 Mei 1946. Perasmian kongres ini telah dilakukan oleh Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail. Di dalam persidangan ini undang-undang tubuh atau perlembagaan UMNO telah disahkan dengan rasminya. Dengan pengesahan tersebut maka UMNO telah ditubuhkan dengan rasminya. Di dalam mensyuarat agung yang pertamanya diadakan selepas pengesahan piagamnya, Dato Onn Jaafar telah dipilh menjadi Yang Dipertua Agung UMNO yang pertama. Selepas itu, UMNO dan raja-raja Melayu terus berjuang untuk menamatkan Malayan Union di Tanah Melayu. Satu Jawatankuasa Kerja yang dianggotai oleh wakil-wakil daripada kerajaan British, Raja-raja Melayu dan UMNO telah dibentuk. Melalui Jawatankuasa Kerja itu akhirnya Malayan Union telah dimansuhkan dan satu perjanjian Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani di antara raja-raja Melayu dengan wakil kerajaan British di King House, Kuala Lumpur pada 21 Januari 1948. Persekutuan Tanah Melayu mula berkuatkuasa pada 2 Febuari 1948.[34]

PUTERA-AMCJA
Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu atau AMCJA telah ditubuhkan pada 22 Disember 1946. AMCJA dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock dan setiausahanya Joh Eber [35] yang terdiri daripada Straits Chines British Assocation (SCBA), Malayan Indian Congress (MIC), Malayan Democratic Youth League (NDYL), Malayan People’s Anti-japanese Ex –Comrades Assocation dan beberapa organisasi kecil yang lain. kesatuan Demokratik Malaya (Malayan Demaocratic Union) merupakan parti berhaluan kiri yang memainkan peranan dalam majlis ini. AMCJA telah menimbulkan tiga prinsip utama iaitu, Tanah Melayu yang bersatu termasuklah Singapura, kerajaan pusat yang dibentuk haruslah dipilih oleh rakyat, dan sesiapa yang ingin tinggal menetap di Tanah Melayu patut diberi kerakyatan.[36] Dalam usaha mendapatkan sokongan, AMCJA menerangkan cadangan-cadangan mereka melalui media iaitu akhbar. Malah, pertubuhan ini turut mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran.
            Selain dari AMCJA, ada juga kumpulan lain yang menyuarakan cadangan mereka mengenai perlembagaan tersebut. Kumpulan ini dikenali sebagai Pusat Tenaga Rakyat ataupun PUTERA. PUTERA adalah parti berhaluan kiri yang ditubuhkan pada 22 Febuari  1947 dan dipimpim oleh Ishak Haji Muhammad (Pak sako). PUTERA terdiri daripada PKMM, Angkatan Muda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Gerakan Angkatan Muda (GERAM), Barisan Tani Se Malaya (BATAS) dan Majlis Agama Tertinggi Se Malaya (MATA). PUTERA sebenarnya merupakan gabungan parti politik berhaluan kiri yang menentang penjajah di mana ia mahukan sebuah perlembagaan yang memberikan lebih banyak kebebasan kepada rakyat. PUTERA menentang cadangan persekutuan Tanah Melayu.
            Dalam bulan Mac 1947, AMCJA dan PUTERA telah membentuk sebuah perikatan. PUTERA menyokong prinsip-prinsip utama AMCJA. Sebagai tambahannya, PUTERA juga mahukan Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan Tanah Melayu. Perikatan ini dikatakan disokong oleh seramai 550 000 orang rakyat Tanah Melayu.[37] Oleh itu, parti ini menggesa pihak British supaya berhenti berunding dengan lain-lain kumpulan di Tanah Melayu tetapi rundingan diteruskan dengan pihak perikatan AMCJA – PUTERA. Namun demikian, British tidak menghiraukan cadangan-cadangan AMCJA – PUTERA dan meneruskan rundingan dengan Sultan-sultan dan UMNO. Jawatankuasa perundingan orang Melayu dikatakan tidak sehaluan di mana masing-masing hanya cuba melindungi kaumnya sendiri.[38] Akhirnya mereka tidak dapat memberi cadangan yang tegas sehingga British akhirnya berunding dengan UMNO sahaja dan dalam bulan Julai 1947, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah siap digubal.
            Bantahan yang kuat dari orang bukan Melayu telah timbul apabila mendengar mengenai perlembagaaan tersebut. PUTERA dan AMCJA telah mengadakan satu hartal pada 20 Oktober 1947. Hartal adalah bantahan di mana semua kedai-kedai dan perniagaan ditutup. Pelaksanaan Hartal ini telah menyebabkan semua kegiatan ekonomi di kawasan Bandar terhenti. Kesan hartal ini dirasai di semua negeri kecuali Perlis, Kelantan, dan Terengganu.[39] Mereka berjaya menunjukkan bantahan mereka, namun tidak berjaya mengubah keputusan British. K.J. Ratnam mengatakan bahawa, keadaan ini berlaku disebabkan AMCJA gagal mendapatkan sokongan secara bersatu, dan pada masa yang sama orang Melayu menguasai politik.[40] Hal ini kerana, gabungan Cina dan India tidak cukup kukuh untuk menentang perlembagaan. Sir Edward Gent bagi pihak British dan raja-raja Melayu telah menandatangani perjanjian pembubaran Malayan union yang sekaligus memberi jalan kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu bagi menggantikan Malayan Union.[41]
            Pada bulan Jun 1948, British telah mengisytiharkan darurat atau emergency atau perlembagaan rakyat setelah pembunuhan tiga pengurus ladang getah British di Sungai Siput.[42] Dengan pengisytiharan ini beberapa parti berhaluan kiri telah pun diharamkan dan pemimpinnya ditangkap oleh  British.  Ini termasuk PKM, PKMM, API dan AWAS (Parti Hizbul Muslimin yang ditubuhkan pada 1948 juga diharamkan). Malayan Democratic Union menarik diri dari arena politik atas alasan suasana politik serta pengaruh parti-parti haluan kiri di Persekutuan Tanah Melayu. PKM dikatakan ingin mencetuskan satu revolusi atau pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan oleh Malcolm Macdonald, iaitu Pesuruhjaya Tinggi British di Asia Tenggara. Bristish telah mengambil tindakan ketenteraan yang kuat untuk menangani ancaman daripada PKM dan konflik ini dilabelkan sebagai ‘communist insurgency’.[43]
            Lanjutan daripada ini, secara tidak langsung pengaruh parti-parti berhaluan kiri berkurangan dalam arena politik. Sebahagian besar pemimpin-pemimpin berhaluan kiri ini telah dipenjarakan oleh pihak British. PKMM misalnya telah berkurangan kerana beberapa pemimpim utamanya dipenjarakan dibawah Emergency Ordinance 1948.[44] Selain itu, beberapa pemimpin gerakan kiri seperti Mustapha Hussain misalnya telah memasuki UMNO dan parti lain. Manakala Tan Cheng Lock yang dahulunya merupakan memimpin AMCJA pula telah menubuhkan parti Malayan Chinese Association pada bulan Feb 1949.[45]

KESIMPULAN
Kesimpulannya, British sebagai pemegang kuasa politik Tanah Melayu telah memperkenalkan Malayan Union yang telah mengundang pelbagai reaksi daripada Masyarakat sehingga membawa kepada gerakan penentangan. Malayan Union merupakan satu penjajahan politik ke atas Tanah Melayu. Dasar naungan yang dijalankan ke atas negeri-negeri Melayu selama ini di cabut dan segala kuasa eksekutif dan perundangan di ambil oleh Raja England dan parlimen British. Kita dapat katakan bahawa Malayan Union pencetus kepada gerakan nasionalisme di Tanah Melayu yang terdiri daripada parti berhaluan kanan dan kiri. Rancangan Malayan Union dianggap oleh J. de V. Allen sebagai sesuatu yang menggegarkan orang Melayu seolah-olah satu gempa telah berlaku. 1 April 1946 mencatatkan titik peralihan yang mengubah corak perjalan sejarah negera ini iaitu hari penubuhan Malayan Union yang dianggap oleh orang Melayu sebagai titik hitam apabila mereka kehilangan kuasa di tanah air sendiri.
            Malayan Union telah membawa perubahan yang ketara ke atas politik orang Melayu. Krisis Malayan Union pada 1946  memperlihatkan pembentukan parti UMNO untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu. UMNO sebagai satu parti baru telah pun ditubuhkan pada Mei 1946  adalah untuk membantah penubuhan Malayan Union yang berkuasa pada 1 april 1946 dan boleh dikatakan memberi tekanan politik kepada pentadbiran kolonial British. Dalam tempoh awal ini, parti ini bersaing dengan PKMM untuk mendapat sokongan masyarakat Melayu, dimana akhirnya UMNO lebih berjaya meraih sokongan kuat daripada masyarakat.[46] UMNO telah muncul sebagai parti utama dan kemudian disaingi oleh PAS pada tahun 1959 sehingga kini.[47] Oleh kerana kesedaran politik yang ada pada orang Melayu, keadaan ini menyebabkan Malayan Union telah dibubarkan. Pembubaran Malayan Union adalah merupakan satu kejayaan yang besar bagi orang Melayu dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Akhirnya, usaha-usaha orang Melayu telah membuahkan hasil apabila Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.







BIBLIOGRAFI
BUKU
Ahmad Zahid Hamidi, Pemuda UMNO : Kepimpinan dan perjuangan, Kuala Lumpur: Yayasan Gerak Bakti             kebangsaan Malaysia dengan Kerjasama Utusan Publications & Distributors  Sdn.             Bhd. 1973.
Ahmad Masjidin, ‘Sejarah Masyarakat Melayu  Moden’, Malayan Union dari Kaca Mata Warta  Negara, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 1984.
Abu Bakar Hamid, et al, ‘UMNO Johor 50 tahun : memartabatkan bangsa Melayu’, Perjuangan   UMNO Menentang             Malayan Union dan Menuntut Kemerdekaan 1946-1957, Kuala       Lumpur : Berita Publishing, 1996.
Arkib Negara Malaysia, Hari ini dalam Sejarah, Jilid I, kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia,     1981.
Jaafar Albar, ‘UMNO 20 Tahun’, Sa-layang Pandang Sejarah Perjuangan UMNO 20 Tahun, Kuala        Lumpur: Ibu Pejabat      UMNO, 1966.
Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu,  Kuala Lumpur : Penerbit Universiti             Malaya, 1998.
Ramlah Adam, ‘Sejarah dan Proses Pemantapan Negara-Bangsa : Prosiding Kongres Sejarah        Malaysia Kedua’, Parti    kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Parti Komunis     Malaya, 1945-1948: Satu        Penelitian Mengenai        Kegiatan Politik Mereka, Kuala          Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 1998.
Thambirajah, M., Malaysia dalam Sejarah, Kuala Lumpur : Federal Publications, 1979.
Zakiah Hanum, Tercabarnya Maruah Bangsa, Kuala Lumpur : Penerbitan Lajmeidakh Sdn. Bhd.,           1987.

KERTAS PERSIDANGAN
Fernando, Joseph M., Wacana Merdeka “Menghayati Perjuangan Kemerdekaan”, Peranan Parti Perikatan             dalam Gerakan Menuntut Kemerdekaan, 23 September, Kuala Lumpur:     Universiti Malaya, 2011.
LATIHAN ILMIAH
Bushra Yusoff, ‘Tan Sri Datuk Syed Jaafar Albar : Peranan dan Kegiatannya dalam Politik Di      Malaysia’, Latihan Ilmiah, 1995.
Maimun Noor, ‘Gerakan Politik Kiri Melayu sehingga 1948’, Latihan ilmiah, 1992.

ARTIKEL AKHBAR
Utusan Malaysia, 21 Januari 1948.

ARTIKEL JOURNAL
M.R. Stenson, ‘The Malayan Union and the Historians’, Journal of Southeast Asian History, Bil. 10, No. 2, 1969.



[1] Ahmad Masjidin, ‘Sejarah Masyarakat Melayu  Moden’, Malayan Union dari Kaca Mata Warta  Negara, Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 1984, hlm. 191.
[2] Ibid.
[3] Zakiah Hanum, Tercabarnya Maruah Bangsa, Kuala Lumpur: Penerbitan Lajmeidakh Sdn. Bhd., 1987, hlm. 7.
[4] Ibid.
[5] Thambirajah, M., Malaysia dalam Sejarah, Kuala Lumpur: Federal Publications, 1979,  hlm. 2.
[6] M.R. Stenson, ‘The Malayan Union and the Historians’, Journal of Southeast Asian History, Bil. 10, No. 2, 1969, hlm. 345.
[7] Thambirajah, M., Malaysia dalam Sejarah,  hlm. 2.
[8] Zin Mahmud et al., Kepimpinan & Perjuangan Pemuda UMNO, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 2008, hlm. 4.
[9] Zin Mahmud et al., Kepimpinan & Perjuangan Pemuda UMNO, hlm. 5.
[10] Arkib Negara Malaysia, Hari ini dalam Sejarah, Jilid I, kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia, 1981, hlm. 63.
[11] Jaafar Albar, ‘UMNO 20 Tahun’, Sa-layang Pandang Sejarah Perjuangan UMNO 20 Tahun, Kuala Lumpur : Ibu Pejabat                 UMNO, 1966, hlm. 31.
[12]Ahmad Zahid Hamidi, Pemuda UMNO : Kepimpinan dan perjuangan, Kuala Lumpur: Yayasan Gerak Bakti kebangsaan Malaysia dengan Kerjasama Utusan Publications & Distributors  Sdn. Bhd., 1973, hlm. 1.
[13] Ramlah Adam, ‘Sejarah dan  Proses Pemantapan Negara-Bangsa : Prosiding Kongres Sejarah Malaysia                 Kedua’, Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Parti Komunis Malaya, 1945-1948 : Satu Penelitian Mengenai Kegiatan Politik Mereka, Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia, 1998, hlm. 753.
[14] Bushra Yusoff, ‘Tan Sri Datuk Syed Jaafar Albar : Peranan dan Kegiatannya dalam Politik Di Malaysia’, Latihan Ilmiah, 1995, hlm. 25.
[15] Ahmad Masjidin, ‘Sejarah Masyarakat Melayu  Moden’, Malayan Union dari Kaca Mata Warta  Negara, hlm. 193.
[16]Abu Bakar Hamid, et al, ‘UMNO Johor 50 Tahun : Memartabatkan Bangsa Melayu’, Perjuangan UMNO  Menentang Malayan Union dan Menuntut Kemerdekaan 1946-1957, Kuala Lumpur: Berita Publishing, 1996, hlm. 46.
[17]Ahmad Zahid Hamidi, Pemuda UMNO : Kepimpinan dan perjuangan, hlm. 3.
[18] Zakiah Hanum, Tercabarnya Maruah Bangsa, hlm. 11.
[19] Ahmad Zahid Hamidi, Pemuda UMNO : Kepimpinan dan perjuangan, hlm. 3.
[20] Ibid., hlm., 4.
[21] Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu,  Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, 1998, hlm. 4.
[22] Ahmad Zahid Hamidi, Pemuda UMNO : Kepimpinan dan perjuangan, hlm. 4.
[23]Ibid., hlm., 4.
[24]Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu,  hlm. 115.
[25] Ibid.
[26]Ibid., hlm. 116.
[27]Ibid., hlm. 117.
[28] Maimun Noor, ‘Gerakan Politik Kiri Melayu sehingga 1948’, Latihan ilmiah, 1992, hlm. 56.
[29] Ibid.
[30] Ibid., hlm. 60.
[31] Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu,  hlm. 117.
[32] Maimun Noor, ‘Gerakan Politik Kiri Melayu sehingga 1948’, Latihan ilmiah, 1992, hlm. 53.
[33] Ahmad Masjidin, ‘Sejarah Masyarakat Melayu  Moden’, Malayan Union dari Kaca Mata Warta  Negara, hlm. 4.
[34]Ahmad Zahid Hamidi, Pemuda UMNO : Kepimpinan dan perjuangan, hlm. 5.
[35] Thambirajah, M., Malaysia dalam Sejarah, hlm. 6.
[36] Ibid.
[37]Ibid.
[38]Ibid., hlm. 7.
[39]Ibid.
[40] M.R. Stenson, ‘The Malayan Union and the Historians’, hlm. 351.
[41] Utusan Malaysia, 21 Januari 1948, hlm. 2.
[42] Fernando, Joseph M., Wacana Merdeka “Menghayati Perjuangan Kemerdekaan”, Peranan Parti Perikatan dalam Gerakan Menuntut Kemerdekaan, 23 September, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2011, hlm. 3.
[43] Ibid.
[44] Ibid.
[45] Ibid.
[46] Fernando, Joseph M., Wacana Merdeka “Menghayati Perjuangan Kemerdekaan”, Peranan Parti Perikatan dalam Gerakan Menuntut Kemerdekaan,  hlm. 2.
[47]Ramlah Adam, ‘Sejarah dan  Proses Pemantapan Negara-Bangsa : Prosiding Kongres Sejarah Malaysia Kedua’, Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Parti Komunis Malaya, 1945-19.48 : Satu Penelitian Mengenai Kegiatan Politik Mereka, Kuala Lumpur : Persatuan Sejarah Malaysia, 1998, hlm 770.

Peranan dan pengaruh persatuan/kesatuan separa politik di Tanah Melayu.

Pengenalan
Persatuan dan kelab telah mula ditubuhkan pada sekitar tahun 1910 di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.Tetapi kelab dan persatuan ini hanyalah berbentuk aktiviti sukan dan sosial sahaja.Bukan itu sahaja, kelab dan persatuan ini tidak melibatkan diri dalam politik atas alasan selesa dengan bantuan yang dihulurkan pemerintah British pada ketika itu.Penubuhan kelab dan persatuan ini memainkan peranan dalam menyemai dan membentuk semangat kesedaran dalam kalangan masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Tetapi ianya mulai berubah pada sekitar tahun 1920-an sehingga 1930-an.
Oleh itu, sepanjangtahun 1920-an sehingga 1930-an telah munculnya kesatuan/persatuan yang bersifat kenegerian dan separa politik di Tanah Melayu. Terdapat tiga golongan pemimpin yang menubuhkan kesatuan/persatuan yang bersifat separa politik ini.Golongan pertama ialah reformis agama berpendidikan Arab, golongan cendikiawan yang radikal dan berpendidikan Melayu serta golongan pentadbir yang berpendidikan Inggeris.[1]Manakala dalam tahun 1930-an, matlamat utama mereka adalah lebih kepada pembentukan pertubuhan Se-Tanah Melayu yang bertujuan untuk membangkitkan minat masyarakat Melayu kepada tuntutan yang dilakukan oleh golongan orang bukan Melayu.


Kesedaran berpolitik dalam masyarakat Melayu wujud setelah berlakunya gerakan Islah di bahagian Timur Tengah terutamanya Mesir, Mekah dan Madinah. Selain itu, media massa juga memainkan peranan dalam menyebarkan isu-isu sosio-ekonomi yang bertujuan menimbulkan kesedaran dan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Melayu. Oleh itu, kemunculan kesatuan dan persatuan separa politik ini adalah bertujuan untuk mencapai matlamat mereka yang tersendiri, iaitu mereka ingin mengekalkan pemerintahan di bawah British dan memberikan taat setia kepada raja Melayu.Antara persatuan/kesatuan separa politik yang ditubuhkan di Tanah Melayu adalah seperti Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Muda, Persatuan Melayu Selangor dan sebagainya.









Kesatuan Melayu Singapura
Kesatuan ini merupakan salah sebuah pergerakan semi-politik Melayu pertama[2] yang ditubuhkan pada tahun 1926 di Negeri-Negeri Selat.Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ini diasaskan oleh Mohamad Eunos Abdullah[3] dan dibantu oleh Tengku Abdul Kadir dan Embok Suloh.Sebelum menubuhkan KMS ini, Mohamad Eunos merupakan salah seorang ahli Dewan Mesyuarat bagi Negeri-Negeri Selat (NNS) pada tahun 1924. KMS juga telah menubuhkan beberapa cawangan lain seperti di Melaka dan Pulau Pinang.[4]
Terdapat beberapa matlamat penubuhan KMS ini ialah menggalakkan ahli-ahlinya bergerak dengan aktif dalam urusan pentadbiran.[5]Bukan itu sahaja, KMS juga memperjuangkan kemajuan dan kepentingan masyarakat Melayu dalam bidang politik dan juga pendidikan serta mewakili masyarakat Melayu dalam berurusan dengan pemerintah dalam segala aspek yang berkaitan dengan masyarakat Melayu.Di samping itu, KMS juga bertanggungjawab dan mengambil berat mengenai pendidikan masyarakat Melayu.
KMS merupakan salah sebuah persatuan separa politik yang bersifat taat setia dan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan semasa penubuhannya.Antara perkara yang jelas dilakukan oleh KMS ialah membantu mengadakan parti meraikan atau parti perpisahan bagi seseorang pegawai yang telah berkhidmat di Tanah Melayu serta sebagainya. Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan berikut :

“…. Giving tea parties to greet and farewell arriving and departing governers, presenting loyal address, and organizing appropriate functions to mark such British royal occasions as the Jubilee of King George V, the death of that monarch.…”[6]

Walaupun begitu penubuhan KMS di Singapura ini telah menarik perhatian masyarakat Melayu melalui bidang kewartawanan.Kewartawanan Melayu telah memberikan kesedaran kepada para pembacanya mengenai penubuhan persatuan-persatuan di negeri-negeri Melayu pada waktu tersebut.Dan melalui penubuhan persatuan tersebutlah, masyarakat Melayu boleh menyuarakan hak dan kebebasan mereka.Bukan itu sahaja, persatuan-persatuan tersebut dijadikan sebagai medium untuk membela nasib-nasib orang Melayu.Terdapat beberapa akhbar dan majalah yang digunakan bagi menimbulkan dan memupuk semangat kesedaran kepada penduduk di Tanah Melayu terutamanya orang Melayu sendiri.Antaranya ialah Idaran Zaman, Saudara, Warta Malaya, Majlis, Majalah Malaya dan sebagainya.[7]
Justeru itu, pada tahun 1927, empat orang wakil orang Melayu telah dilantik oleh pentadbiran British di dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan dengan tujuan sebagai wakil bagi orang Melayu Negeri-negeri Melayu Bersekutu.Bukan itu sahaja, melalui cadangan penubuhan persatuan negeri itu telah membolehkan masyarakat Melayu menyuarakan pendapat mereka kepada kerajaan British.Dan ianya juga berfungsi sebagai medium untuk wakil-wakil Melayu untuk memberikan pandangan mereka kepada kerajaan British di Tanah Melayu. KMS juga mempunyai pengaruh dan dijadikan sebagai mentor terutamanya dalam aspek pentadbiran kepada persatuan-persatuan negeri yang lain. Antara persatuan negeri yang terlibat ialah Persatuan Melayu Perak (1937), Persatuan Melayu Selangor (1938)[8] dan Persatuan Melayu Pahang (1938).
Maka, kewujudan KMS ini dikatakan memberi pengaruh di Tanah Melayu melalui akhbar-akhbar yang menimbulkan semangat kesedaran dalam kalangan masyarakat Melayu sendiri.Bahkan KMS juga dirujuk oleh persatuan/kesatuan yang seterusnya selepas penubuhan KMS.Oleh itu, KMS juga dikatakan sebagai perintis kepada penubuhan persatuan/kesatuan separa politik di Tanah Melayu sebelum tahun 1941.

Persatuan Sahabat Pena Malaya
Pada sekitar tahun 1934, sebuah akhbar, iaitu Saudara yang diterbitkan dua minggu sekali di Pulau Pinang telah memperkenalkan satu ruangan yang dikenali sebagai Pembaca Muda. Ruangan ini telah dicetuskan oleh golongan reformis agama dan diketuai oleh Syeikh Tahir Jalaluddin.[9]Tetapi ruang pembaca muda telah ditukarkan bagi ruangan Wartawan Muda. Bermula daripada ruangan inilah, maka Sahabat Pena diperkenalkan melalui artikel yang berjudul ‘berkenaan Sahabat Pena’ (concerning Pen-Friend). Maka, pada 7 April 1934 telah ditubuhkan Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) yang bertujuan untuk membaiki kedudukan ekonomi dan sosial masyarakat Melayu sendiri.Tetapi penubuhan PASPAM ini telah dirasmikan oleh Syed Alwi pada bulan September 1934.
PASPAM merupakan salah satu persatuan yang berasaskan kepada sastera.Bukan itu sahaja, PASPAM juga telah berusaha untuk menyatupadukan masyarakat di Tanah Melayu terutamanya masyarakat Melayu, Sabah dan juga Sarawak.Oleh itu, penubuhan PASPAM boleh dikatakan sebagai salah satu persatuan yang mempunyai keahliannya meliputi seluruh Tanah Melayu termasuklah Sabah dan Sarawak pada ketika itu.Bukan itu sahaja, terdapat juga penambahan ahli dalam PASPAM ini.Misalnya pada tahun 1937, jumlah ahli yang berdaftar dalam PASPAM telah meningkat kepada lebih kurang 10,000 orang ahli.[10]
PASPAM ini telah dipimpin oleh salah seorang ahli daripada golongan cendikiawan Pulau Pinang, iaitu S. M. Zainal Abidin.Melalui persatuan ini, orang-orang Melayu dapat menyuarakan hak dan pandangan mereka melalui forum-forum yang dianjurkan oleh PASPAM sendiri.Bukan itu sahaja, masyarakat Melayu juga dapat memajukan diri mereka dalam pelbagai aspek dan melahirkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Melayu yang berada di semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan juga Sarawak. Justeru itu, penubuhan PASPAM juga dilihat sebagai asas  timbulnya semangat kesedaran dalam kalangan masyarakat Melayu.
Penubuhan persatuan ini telah berjaya mendapat sambutan daripada orang ramai kerana penyusunan organisasi dan perlembagaan yang teratur dan sistematik.Manakala keanggotaannya pula terdiri daripada golongan guru, pegawai kerajaan dan juga para peniaga.Misalnya Syeikh Abdullah sebagai Penasihat Kehormat dan juga Tunku Abdul Rahman, iaitu salah seorang ahli yang bergiat aktif dalam PASPAM.Slogan PASPAM turut diperkenalkan, iaitu ‘Hidup Bahasa Hiduplah Bangsa’ yang telah melambangkan semangat nasionalisme.

Pada awalnya tumpuan utama PASPAM hanyalah mengutamakan aspek kebudayaan tetapi lama-kelamaan pengaruh PASPAM dilihat semakin berkurangan dalam kalangan masyarakat Melayu.Hal ini berlaku kerana minat orang-orang Melayu mula berubah kepada aspek politik.[11]Oleh itu, penubuhan PASPAM ini telah memupuk semangat kesedaran dan perpaduan masyarakat Melayu, Sabah dan Sarawak melalui ruangan akhbar pada ketika itu.Selain itu, penubuhan PASPAM juga boleh dikatakan berjaya menghapuskan semangat kenegerian yang timbul pada tempoh masa tersebut.

Kesatuan Melayu Muda (1937-1938)
Kesatuan Melayu Muda atau singkatan namanya adalah KMM[12] merupakan salah sebuah persatuan/kesatuan yang berlandaskan politik yang ditubuhkan di Tanah Melayu.KMM ini ditubuhkan secara rasmi pada bulan Mei 1937 di Kampung Baru, Kuala Lumpur.Terdapat juga sesetengah buku menyatakan bahawa KMM telah ditubuhkan pada bulan April 1938 di Kuala Lumpur.[13]Objektif penubuhan KMM ini adalah untuk menggalakkan perpaduan pemuda-pemuda Melayu di semenanjung Tanah Melayu, meningkatkan tahap pendidikan masyarakat Melayu dan menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu serta merapatkan hubungan Tanah Melayu dengan Indonesia.Penubuhan kesatuan ini bertujuan untuk menimbulkan semangat kesedaran dalam kalangan masyarakat Melayu.
Selain itu, keanggotaannya terdiri daripada  kalangan pelajar-pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris, pelajar-pelajar Sekolah Teknik Kuala Lumpur, pelajar-pelajar Sekolah Pertanian Serdang, golongan radikal Melayu dan juga para wartawan daripada akhbar Majlis.KMM merupakan salah sebuah kesatuan yang berdaftar dengan menggunapakai peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Liga Pemuda India Selangor atau The Selangor Indian Youth League.[14]
            KMM merupakan salah sebuah badan politik yang pertama  ditubuhkan di Tanah Melayu.Dasar perjuangan KMM pula dikatakan lebih bersifat anti-penjajah dengan memperjuangkan kemedekaan dan membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah Barat.Selain itu, KMM merupakan pergerakan di Tanah Melayu yang tidak menyatakan sebarang kesetiaan mereka kepada sultan mahupun pihak penjajah Tanah Melayu. Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan berikut :

“….tidak menunjukkan kesetiaan samada kepada sultan-sultan ataupun kepada British dan tidak pula menyarankan tidak bekerjasama, tetapi berusaha bagi memupuk perasaan-perasaan nasionalisme di kalangan ahli-ahlinya. Sokongannya yang kuat datang dari rakyat jelata….” (Ibrahim Haji Yaakob)[15]


Bukan itu sahaja, KMM juga dilihat banyak dipengaruhi oleh pergerakan nasionalisme yang berlaku di Indonesia.Misalnya pergerakan Jong Jawa dan pergerakan Jong Sumatera.KMM juga turut mengadakan hubungan rapat dengan beberapa orang pemimpin Parti Komunis Indonesia misalnya Alimin.Hal ini menunjukkan kesungguhan KMM untuk menggabungkan kemerdekaan antara Tanah Melayu dengan Indonesia.[16]
            KMM merupakan sebuah pergerakan   yang menjadikan isu kemerdekaan mereka sebagai teras utama perjuangan mereka berbanding kesatuan/persatuan yang lain pada ketika itu yang hanya memberikan fokus utama dalam aspek pendidikan dan masa hadapan kanak-kanak Melayu. Dan kebanyakan idea dan pandangan ahli-ahli KMM disuarakan melalui akhbar Warta Malaya yang pada masa itu menjadi lidah perjuangan KMM sendiri.[17]Justeru itu, KMM merupakan sebuah kesatuan Melayu yang sudah mempunyai matlamat yang tersendiri untuk membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah dan berusaha untuk memperolehi kemerdekaan. Pemimpin KMM sendiri dilihat telah melakukan pelbagai usaha dan cara untuk mencapai matlamat KMM sendiri.




Persatuan Melayu Selangor.
Sebelum Persatuan Melayu Selangor (PMS) ditubuhkan, terdapat satu perjumpaan telah diadakan di Sultan Sulaiman Club, kampung baru, Kuala Lumpur untuk menubuhkan sebuah pertubuhan dan seramai 13 orang cendikiawan telah hadir ke perjumpaan tersebut. Antaranya ialah Tengku Ismail Bin Tengku Mohd Yasin (seorang peguam), Raja Bon Bin Raja Yahya, Raja Uda Bin Raja Mohamad, Abdul Rahim Kajai, Osman Kalam, Ramli Bin Haji Tahir, Muhammad Yunus Hamidi (pengarang surat khabar Majlis), Raja Yaakub Bin Raja Alang, Syed Abdul Ghani, Haji Othman Bin Abdullah,[18] Abdul Rahman Bin Haji Othman, Mohd Dahlan Bin Haji Mas’ud (pengarang dan penulis) dan  Mohamad Amin Bin Mohamad Yusuf [19]atau Nakhoda Mohd Amin.[20] Oleh itu, PMS telah ditubuhkan pada bulan Jun 1938 di Kuala Lumpur dan Yang Dipertua pertama bagi PMS ialah Tengku Ismail Bin Tengku Mohd. Yassin.[21]
Pada sekitar tahun 1936, PSM mulai bergerak secara perlahan-lahan dalam bidang politik.Namun pergerakan politik PSM adalah terhad kepada membuat rayuan kepada pihak kerajaan sahaja. Oleh kerana pada ketika Tanah Melayu dijajah oleh pihak British, maka PSM tidak menggunakan cara yang mendesak ataupun menbidas kerajaan ketika itu. Tidak juga menggunakan kekerasan yang akan mengakibatkan mereka digelar komunis. Selain itu juga mereka tidak menggunakan sebarang ayat-ayat suci daripada Al-Quran kerana dikhuatiri akan dipenjara oleh pihak  kerajaan pada ketika itu. Justeru itu, PMS boleh dikatakan sebagai sebuah pengerakan yang sangat sempit dan terhad juga.
Struktur rasmi persatuan ini dapat menjelaskan susunan pentadbiran negeri Selangor sendiri.Misalnya daripada aspek pentadbiran pusat akan diwakili oleh pegwai-pegawai. Manakala setiap daerah diwakili oleh seorang wakil.Terdapat beberapa daerah yang diwakili dalam ahli-ahli jawatankuasa. Antaranya Haji Abdul Rahim Kajai, Othman Kalam, Muhammad Yunus Hamidi, Raja Ya’akub Bin Raja Alang, Haji Othman Bin Haji Abdullah, Haji Muhammad Dahlan Bin Haji Mas’ud dan Haji Abdul Rahman Bin Haji Othman yang mewakili daerah Kuala Lumpur. Daerah Klang pula diwakili oleh Haji Mohamad Noh Bin Haji Muhamad Tahir, daerah Kuala Selangor pula diwakili oleh Raja Alang Dan Cikgu Abu Hassan (Jeram). Bagi daerah Ulu Langat pula diwakili oleh Haji Abdul Jalil dan Haji Ahmad Kamil dan Haji Nordin Bin Nawi, Haji Abdul Rashid serta Kamarudin pula mewakili daerah Ulu Selangor.
Antara perjuangan PMS adalah ingin mengutip derma pelajaran yang digunakan untuk anak-anak Melayu melanjutkan pelajaran mereka ke negara Timur Tengah seperti Mesir, Madinah dan Mekah bagi ilmu agama. Manakala bagi ilmu-ilmu duniawi mereka akan dihantar ke Eropah.Bukan itu sahaja, PMS juga pernah menuntut supaya angkatan Askar Melayu diperbesar sehingga menjadi kepada 10 batalion, mendesak untuk mewujudkan angkatan Askar Udara dan Askar Laut Tanah Melayu.Di samping itu juga PMS juga meminta supaya kemasukan orang-orang asing ke Tanah Melayu disekat dan diperketatkan lagi. Manakala kemasukan orang-orang dari Indonesia digalakkan kerana mereka berasal daripada rumpun yang sama dengan orang Melayu.[22]

PMS juga pernah menjalinkan kerjasama dengan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) dan telah mengadakan beberapa kongres Melayu. Antara kongres yang terawal ialah diadakan pada tahun 1937 di pejabat Tengku Ismail Bin Tengku Mohd Yasin di Klyne Street, Kuala Lumpur.[23]Seterusnya kongres kedua dilakukan di Singapura pada tahun 1938 dan seterusnya pada tahun 1939 di Kuala Lumpur. Dan pada tahun seterusnya kongres antara PMS denga KMS dilakukan secara bergilir-gilir di Kuala Lumpur dan Singapura. Tetapi selepas Jepun berjaya menguasai Tanah Melayu tiada sebarang kongres atau pertemuan di antara kedua-dua persatuan ini.










Kesimpulan
Secara kesimpulannya, kesatuan atau persatuan yang wujud d Tanah Melayu pada tahun 1920-an lebih mengutamakan isu-isu sosial dan tidak bersifat penentangan terhadap kerajaan. Wujud juga persatuan/kesatuan yang bersifat kenegerian. Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan daripada ucapan Dato Onn Ja’afar, iaitu :

“ Onn membidas orang Melayu yang suka sangat mengekalkan diri mereka sebagai orang Selangor, orang Perak ataupun orang Johor, sehingga perasaan kenegerian itu menjadi terlalu tebal, walaupun mereka berasal daripada satu bangsa dan kebudayaan……”[24]

Maka, disebabkan inilah maka wujudnya beberapa kesatuan/ persatuan yang berusaha untuk menyatupadukan masyarakat Melayu. Oleh itu, persatuan/kesatuan yang wujud sekitar tahun 1930-an mula mengalami perubahan dan semangat kesedaran mula muncul dalam kalangan masyarakat Melayu. Oleh itu, kebanyakkan persatuan/kesatuan yang muncul pada ketika itu lebih dikatakan bersifat separa politik.Misalnya KMS yang hanya mahukan kepentingan orang Melayu dijaga.Berlainan pula dengan PASPAM kerana semangat kenegerian berjaya dihapuskan secara perlahan-lahan.

Berbeza pula dengan penubuhan KMM pula lebih bersifat radikal kerana menentang dasar-dasar kerajaan yang ketika itu Tanah Melayu sudah dijajah oleh British.Bukan itu sahaja, KMM juga berusaha untuk membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman pihak penjajah.Di samping memperkenalkan konsep ‘Melayu Raya’ tetapi malangnya konsep tersebut gagal dilaksanakan kerana pihak Indonesia telah mendapatkan kemerdekaan pada bulan Ogos 1948.Manakala Persatuan Melayu Selangor (PMS) pula dikatakan sebagai salah sebuah persatuan negeri yang terawal ditubuhkan di Tanah Melayu. Matlamat PMS adalah untuk memastikan anak-anak Melayu memperolehi pendidikan. Bukan itu sahaja.PMS juga dikatakan berusaha untuk memperbesar angkatan Askar Melayu.Di samping itu, PMS juga mencadangkan supaya Tanah Melayu mempunyai askar udara dan askar laut di Tanah Melayu.
Maka pada tahun yang berikutnya, Tanah Melayu telah mempunyai sebuah persatuan yang menyatupadukan masyarakat Melayu, iaitu UMNO.UMNO ditubuhkan untuk masyarakat Melayu bagi memperolehi kemerdekaan Tanah Melayu.Selepas itu, muncul pula kesatuan yang mewakili masyarakat Cina dan India.Tujuannya untuk memastikan Tanah Melayu beroleh kemerdekaan.





Bibliografi
Buku
Abd Aziz Ahmad dan Alias Mohamed, Persatuan Melayu Singapura, Petaling Jaya : Gateway Publishing House Sdn. Bhd., 2004.
Gillbert Khoo, Dorothy Lo, Asia Dalam Perubahan : Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, Singapura : Heinemann Educational Books (Asia), 1978.
Insun Sony Mustapha, Memoir Mustapha Hussain Kebangkitan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999.
Khoo Kay Kim, Sejarah Masyarakat Melayu Moden, Kuala Lumpur : Persatuan Muzium Malaysia, 1984.
Mohamed Salleh Lamry, Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan, Bangi : Penerbit University Kebangsaan Malaysia, 2009.
William R. Roff, The Origins of Malay Nationalism, Kuala Lumpur : Oxford University Press, 1994.
Zulhilmi Paidi, Rohani Ab. Ghani, Kenegeraan Malaysia Isu-Isu Dalam Pembinaan Negara, Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2008.



[1] Gillbert Khoo, Dorothy Lo, Asia Dalam Perubahan : Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, Singapura : Heinemann Educational Books (Asia), 1978, hlm. 202.
[2] Khoo Kay Kim, Sejarah Masyarakat Melayu Moden, Kuala Lumpur : Persatuan Muzium Malaysia, 1984, hlm. 135.
[3]Mohamad Eunos Abdullah merupakan seorang pegawai kerajaan.Beliau menerima pendidikan dari dua aliran, iaitu berpendidikan Melayu dan Inggeris, iaitu di Raffles Institutions.Beliau juga pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan.Turut dilantik sebagai Penasihat hal ehwal masyarakat Melayu di Singapura oleh kerajaan Negeri-Negeri Selat.
[4] Abd Aziz Ahmad dan Alias Mohamed, Persatuan Melayu Singapura, Petaling Jaya : Gateway Publishing House Sdn. Bhd., 2004, hlm. 13.
[5]Khoo Kay Kim, Sejarah Masyarakat Melayu Moden, hlm. 135.
[6] William R. Roff, The Origins of Malay Nationalism, Kuala Lumpur : Oxford University Press, 1994, hlm. 193.
[7]Ibid., hlm. 136.
[8]Ibid., hlm. 150.
[9] William R. Roff, The Origins of Malay Nationalism, hlm. 212.
[10] Gillbert Khoo, Dorothy Lo, Asia Dalam Perubahan : Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, hlm. 202.
[11]Ibid.
[12] KMM pada asalnya merupakan Persatuan Belia Muda dan menggunakan slogan ‘Satu Untuk Semua, Semua Untuk Satu’ atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai “One For All, All For One”. Kesatuan ini ditubuhkan oleh Ibrahim Haji Yaakob dan dibantu Mustapha Hussain selaku Naib Presiden, Hassan Haji Manan sebagai Setiausaha Agung, Othman Mohd Noor selaku Setiausaha dan Idris Hakim sebagai Bendahari serta beberapa ahli Jawatankuasa Pusat seperti Abdul Karim Rashid, Bahar Bin Abik, Sulung Bin Chik, Onan Haji Siraj, Ishak Haji Muhammad, Abdullah Samad Ahmad dan Abdul Kamil.
[13] Insun Sony Mustapha, Memoir Mustapha Hussain Kebangkitan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999, hlm. 198.
[14]Insun Sony Mustapha, Memoir Mustapha Hussain Kebangkitan Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO, hlm.  199.
[15] Ibid.
[16]Penggabungan kemerdekaan tersebut dikenali sebagai konsep ‘Melayu Raya’ atau ‘Indonesia Raya’.Konsep ini medapat sambutan yang besar dalam kalangan penduduk Tanah Melayu.Keadaan ini telah menyebabkan pihak penjajah Tanah Melayu pada ketika itu, British melihat KMM sebagai satu ancaman kepada mereka.
[17] Rohani haji ab. Ghani, ‘Nasionalisme Malaysia : Quo Vadis’ dalam  Zulhilmi Paidi, Rohani Ab. Ghani, Kenegeraan Malaysia Isu-Isu Dalam Pembinaan Negara, Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2008, hlm. 67.
[18]Beliau merupakan salah seorang pengurus akhbar Majlis tetapi menurut William R. Roff, beliau merupakan salah seorang ahli yang terlibat dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan menjawat jawatan setiausaha KMM.
[19] Menurut William R. Roff, beliau merupakan  pemilik kepada akhba Majlis.
[20]Abd Aziz Ahmad dan Alias Mohamed, Persatuan Melayu Selangor, hlm. 1-2.
[21]Beliau telah dibantu oleh Raja Bon Bin Raja Yahya sebagai Naib Yang Dipertua.Manakala Ramli Bin Haji Tahir sebagai setiausaha dan bendahari telah dijawat oleh Mahmud Bin Haji Abdul Rahman.
[22]Ibid., hlm. 9.
[23]Ibid., hlm. 14.
[24] Rohani haji ab. Ghani, ‘Nasionalisme Malaysia : Quo Vadis’ dalam  Zulhilmi Paidi, Rohani Ab. Ghani, Kenegeraan Malaysia Isu-Isu Dalam Pembinaan Negara, hlm. 66.

Persidangan di Calcultta telah mendorong PKM untuk melancarkan gerakan bersenjata di Tanah Melayu pada Jun 1948. Jelaskan

PENGENALAN Komunisme berkembang dan melebarkan pengaruhnya di Tanah Melayu dan di seluruh Asia kerana pandangan para pemikir komunis ...