Wednesday, 18 December 2013

Pembentukan Manchuria

PERANAN JEPUN DALAM PEMBENTUKAN MANCHUKOU/MANCHURIA

PENDAHULUAN   
Manchuria merupakan sebuah wilayah kuno yang terletak di sebelah Timur Laut China juga dikenali sebagai Dongbei yang berhampiran dan bersempadan dengan Korea Utara (selatan) dan Rusia (barat laut, utara dan timur).[1] Manchuria merupakan wilayah subur yang mempunyai keluasan 450, 000 batu persegi dan mempunyai sumber-sumber hutan yang bernilai tinggi serta kawasan galian yang luas.[2]Sejak China ditakluki oleh kaum Manchu, Manchuria telah menjadisebahagian dari Empayar China yang dikenali sebagai Tiga Wilayah Timur.Kaum Manchu merupakan golongan minoriti, manakala golongan majoriti adalah terdiri daripada orang Han terdapat juga orang Korea, Jepun dan Mongol. Manchuria kini telah meliputi wilayah-wilayah Republik Rakyat China seperti Liaoning, Jilin dan Heilongjiang.
Perhubungan Jepun dengan wilayah ini bermula sejak perang Rusia-Jepun yang berlaku pada tahun 1904-1905.Hasil daripada Persetiaan Portsmouth 1905, Jepun telah mendapat kedudukan istimewa di Manchuria. Malah hak-hak dan konsesinya termasuk daerah Kwantung, bekas jalan kertapi Rusia dari Dairen ke Changchung dan jalan keretapi Antung-Mukden.[3]Perkembangan ini dilihat penting bagi status negara Jepun sebagai sebuah kuasa dunia yang baru muncul. Perkihdmatan-perkhidmatan keretapi ini dikendalikan oleh Syarikat Keretapi Manchuria yang dikuasai oleh pihak Jepun.[4] Jepun telah menumpukan sepenuh perhatian kepada wilayah ini berikutan Manchuria itu sendiri mempunyai bahan galian yang boleh dibekalkan untuk memenuhi permintaan industri di Negara Jepun seperti arang batu dan besi yang amat berguna untuk industri kereta dan kapal terbang. Malah faktor Jepun yang menginginkan pasaran tetap untuk lambakan barangan siap dan bekalan bahan mentah dapat diselesaikan apabila Jepun mendapati bahawa Manchuria merupakan kawasan pasaran yang baik bagi kedua-dua tujuan tersebut.[5]Oleh itu, pada tahun 1932, Empayar Jepun menjadikan Manchuria yang juga dipanggil Manchukuo sebagai negara boneka. Manakala Maharaja terakhir Qing iaitu Pu-yi telah dibawa keluar dari persaraan baginda di Tianjin[6]dan dijadikan pemimpin tertinggi di Manchukuo. Sungguhpun Manchukuo dibawah pimpinan Maharaja Qing, namun pada hakikatnya, negeri itu sebenarnya dikawal ketat oleh Jepun, yang menggunakan ia sebagai pangkalan mereka untuk pengembangan kuasa ke Asia.
Selain itu penubuhan Manchukuo ini hanya diakui oleh 23 negara dari 80 negara yang terdapat di dunia pada masa itu.Namun satu gerakan gerila bawah tanah yang terdiri daripada Manchurian soldiers, orang awam bersenjata, dan komunis Cina menentang pendudukan Jepun, ramai daripada mereka telah datang untuk menetap di tanah jajahan baru. Setelah Perang Dunia Kedua berakhir pada tahun 1945, Kerajaan Manchukuo dimansuhkan berikutan dikuasai oleh Kesatuan Soviet dan kemudian dikembalikan sebahagian kepada Republik China.
PERANAN JEPUN DALAM PEMBENTUKAN MANCHUKUO
1.      PEREBUTAN SEMENANJUNG LIAOTUNG
Kemenangan Jepun dalam peperangan China-Jepun pada tahun 1895, telah menjadikan Jepun sebagai sebuah kuasa yang agong di Asia. Keadaan ini menyebabkan kuasa-kuasa barat begitu iri hati dan bimbang terhadap langkah-langkah Jepun seterusnya.[7]Konflik pertama antara Rusia dan Jepun untuk mengawal Manchuria timbul dalam perebutan Semenanjung Liaotung.[8] Semasa Jepun beroleh kemenangan semasaperang China-Jepun, Jepun telah menuntut agar pihak China menyerahkan Semenanjung Liaotung kepada Jepun.[9]Namun Jepun mendapat tekanandaripada tiga kuasa besar Eropah iaitu Jerman, Rusia dan Perancis yang telah mendesak agar Jepun menyerahkan semula Semenanjung Liaotung kepada China.[10]Melalui muslihat dan ugutan, Rusia kemudiannya pada tahun 1896, telah mendapat hak pajakan ke atas Semenanjung Liaotung selama 25 tahun yang membolehkan Rusia memanjangkan jalan keretapi yang menghubungkan pelabuhan di Dairen(Dailian) danPort Arthur (Lushun).[11]Malah Rusia turut mendapat hakpembinaan Landasan Keretapi China Timur (Chinese Eastern Railway) melalui Harbin ke pelabuhan Vladivostok.Landasan keretapi yang menghubungkan Vladivostok melalui Manchuria ini dapat mengurangkan kos tenaga dan belanja pembinaannya berikutan ia merupakan jalan singkat yang dapat menggantikan jalan yang dijangka sejauh 600 batu jika melalui Utara Manchuria di kawasan yang bergunung-ganang.[12]
Selain itu, dalam usaha mengukuhkan kedudukannya di Manchuria, Rusia bertindak dengan menempatkan seramai 25,000 orang di Port Arthur dan Dailian.Malah kebangkitan Boxer pada tahun 1900, telah membolehkan Rusia menawan Harbin, Hailer dan Tsitsihar serta Mukden di Manchuria.Apabila Rusia berjaya menguasai Manchuria dan wilayah Chihli, keadaan ini telah menyebabkan kuasa-kuasa lain iaitu England, Amerika Syarikat dan Jepun juga cuba untuk mendapatkan hak yang lebih dari China. Dominasi Rusia ini sangat membimbangkan Jepun tambahan lagi, Manchuria merupakan sebuah kawasan yang kaya dengan bahan mentah, strategik dan mempunyai tanah yang subur.Kebimbangan Jepun bertambah kuat apabila mengetahui Semenanjung Liaotung digunakan untuk pangkalan angkatan laut bagi Rusia.[13] Hal ini kerana Semenanjung Liaotung itu sendiri mempunyai peranan dalam melindungi kepentingan Jepun di Korea. Jepun yang telah lama tidak berpuas hati dengan pencerobohan Rusia di Manchuria telahmenganggap bahawa ini merupakan satu ancaman kepada kepantingan Jepun di Korea.[14] Hal ini kerana, dari segi strategik, Korea merupakan sebuah pusat pertahanan Jepun dan menjadi batu loncatan bagi Jepun untuk meluaskan pengaruhnya di Asia Timur. Oleh itu, perebutan Semenanjung Liaotung ini telah menjadi sebahagian daripada peranan Jepun untuk bertapak di wilayah Manchuria itu sendiri seterusnya membawa kepada pembentukan negara boneka Manchukuo.
2.      PERANG RUSIA – JEPUN  (1904 – 1905)
Sejak abad-19, Kesatuan Soviet telah melakukan pengembangan wilayah dan mengilhakkan hampir seluruh Manchuria yang kira-kira seluas 1/9 wilayah China. Rusia mahukan Manchuria kerana politik air panas mereka untuk mencari pelabuhan yang boleh digunakan sepanjang tahun dan bebas dari ais membeku pada musim sejuk. Perluasan Rusia ke Manchuria ini amat membimbangkan Jepun. Manchuria menjadi satu kawasan di Timur Jauh yang penting bagi Rusia dari segi ketenteraan dan ekonomi. Malah Manchuria dianggap sebagai wilayah pembekal (supplier) dan jalan perhubungan yang baik dengan kedudukannya di Seberia Timur.[15]Apabila berlakunya Pemberontakan Boxer, Rusia mendapat alasan untuk membawa askar-askarnya ke Selatan melalui Manchuria dan keadaan ini memungkinkan Rusia untuk menguasai Teluk Chihli dari Taku Bar dan ke Chemulpo yang juga merupakan jalan masuk ke Seoul yang merupakan kawasan kepentingan Jepun.Rusia menuntut kuasa ekonomi atas kekayaan Manchuria Selatan dan juga menuntut agar diadakan satu kawasan berkecuali di Korea di Utara Garisan Lintang 39° darjah dan keadaan ini telah menimbulkan ketegangan antara Rusia-Jepun.
Pada Julai 1903 Jepun telah membuka rundingan dengan Rusia untuk mendapatkan persefahaman mengenai kawasan timur laut China dan Korea. Namun Rusia telah menolak cadangan yang dikemukakan oleh Jepun di mana Jepun telah mendesak Rusia untuk mengembalikan pentadbiran Manchuria kepada China dan Rusia hendaklah mengiktiraf kepentingan politik dan ekonomi Jepun di Korea.[16] Jepun yang kemudiannya mencadangkan bahawa satu garisan ditetapkan di Utara Korea yang mana kawasan utara sebagai pengaruh Rusia, manakala di kawasan selatan pula merupakan kawasan pengaruh Jepun.[17] Selain itu juga, Jepun bukan sahaja ingin menggunakan Manchuria sebagai pasaran beliau tetapi juga untuk menggunakan sumber-sumber yang terdapat di Manchuria. Masalah Manchuria dan Korea menyebabkan berlakunya krisis di antara Jepun dan Rusia. Oleh kerana tiada persetujuan yang dicapai, apabila Rusia bertindak tidak memberikan jawapan yang jelas, akhirnya pada 6 Februari 1904, Jepun telah memutuskan perhubungan diplomatik dengan RusiaseterusnyaJepun mengistiharkan perang pada 10 Februari 1904 dengan Rusia.[18]
Perang ini ditamatkan melaluiPerjanjian Porstmouth (5 September 1905).[19] Antara syarat-syarat perjanjiannya adalahRusia telah bersetuju untuk mengakui kepentingan-kepentingan politik, tentera dan ekonomi Jepun di Korea, Selatan Manchuria dan pajakan 25 tahun Semenanjung Liaotung serta jalan keretapi yang menyambung Port Athur dan Dailian(Mukden)diserahkan kepada Jepun, Rusia juga haruslah menyerahkan separuh dari Pulau Sakhalin di Utara Hokkaido serta hak-hak istimewa ke atas Korea dan Koreamestilah menerima seorang Residen Jepun di negaranya danJepun diberi hak menggunakan jalan kereta api Manchuria yangtelah dibina oleh Rusia.Melaluiperang Rusia-Jepun ini,Jepun telah memperolehi faedah yang besar.Malah,ancaman Rusia ke atas Korea juga telah berjaya dihapuskan dan perjanjian ini turut menjadikan Jepun semakin berkuasa dan menakluk Korea pada tahun 1910.Jepun telah mendirikan banyak pangkalan-pangkalan tentera darat, laut dan udara serta turut membina landasan-landasan keretapi dan jalan raya dengan tujuan bagi memenuhi keperluan militarinya.Perang ini, turut memberi kesempatan kepada Jepun untuk menguasai Manchuria seterusnya menggantikan Rusia sebagai kekuatan asing yang dominan di Manchuria. Setelah Jepun berjaya menapak semula di Manchuria, Rusia mula menumpukan perhatian semula ke kawasan Balkan yang telah ditinggalkan sejak sekian lama.Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa peranan Jepun dalam menangani kuasa Rusia ini telah mengukuhkan lagi kedudukan Jepun di wilayah Manchuria, seterusnya membantu Jepun dalam membentu sebuah kerajaan baru iaitu negara boneka Manchukuo.
3.      KONFLIK CHINA – JEPUN
Pada 18 Januari 1915,menerusituntutan 21yang telah dikemukakan oleh Jepun kepada China,Jepun telah mengambil kesempatan untuk menguasai Manchuria. Tuntutan yang digariskan dalam Kumpulan II mengkehendaki China bersetuju melanjutkan pemajakkan Pelabuhan Port Arthur dan Dailian dan juga Jalan Keretapi Selatan Manchuria dan Jalan Keretapi Antung-Mukden dari 25 ke 99 tahun. Selain itu juga, China hendaklah membenarkan rakyat Jepun memiliki dan menyewa tanah untuk tujuan-tujuan perdagangan, perusahaan dan pertanian. Rakyat Jepun juga hendaklah dibenarkan memasuki dan menetap di Selatan Manchuria dan bahagian Timur Mongolia. Malah, China juga dikehendaki untuk mendapatkan persetujuan daripada Jepun sebelum memberi hak kepada kuasa-kuasa lain untuk membina landasan keretapi atau menerima sebarang pinjaman untuk tujuan tersebut.[20] Keadaan ini jelas menunjukkan peranan yang dimainkan oleh pihak Jepun yang perlahan-lahan mula bertapak dan mengukuhkan kekuasaannya di Manchuria itu sendiri.
Pada akhir 1920-an Jepun bimbang akan penyatuan China di bawah parti Kuomintang (KMT) akan membahayakan kepentingan Jepun di Manchuria.Ekspedisi ke Utara yang melibatkan penyatuan meluas daripada Canton ke Hankow dan berakhir di Peking dan Tientsin.[21] Namun Manchuria masih lagi bebasdaripada kawalan kerajaan nasionalis (KMT).Apabila tentera KMT berjaya menawan Peking, tentera Jepun telah memberi amaran menerusi memorandum bertarikh 18 Mei 1928 kepada kerajaan Nasionalis dan juga tentera di bawah pimpinan Chang Tso-lin agar pergerakan itu tidak mara terus ke Manchuria.[22] Tindakan ini disemarakkan lagi apabila Perdana Menteri Jepun General Tanaka Giichi menegaskan kepentingan Jepun di Manchuria harus dipertahankan.Oleh itu, persidangan Timur (Tohokaigi) mencadangkan polisi Jepun ke atas China dengan memutuskan hak Jepun campurtangan secara positifnya dalam hubungan mengenai Manchuria dan Mongolia.Dalam hal ini telah membawa kepada pembunuhan Chang Tso-Lin (disyaki dibunuh oleh Jepunapabila tenteranya berundur ke Manchuria)[23] dan Jepun berusaha menggantikan beliau dengan Yung Yu-ting yang merupakan orang kepercayaan Jepun namun gagal sebaliknya diganti oleh Chang Hsueh-liang.Genderal Manchuria Chang Hsueh-liang, yang menggantikan ayahnya berjiwa patriotik dan pro-komintang telahbertindak menghentikan pembangunan keretapi Manchuria Selatandengan menentang usaha  Jepun  membina jalan keretapi Tunhua di wilayah Kirin.Malah Chang Hsueh-liang yang diberi kepercayaan memimpin wilayah Timur Laut China, cuba menyaingi Jalan Keretapi Selatan dengan harapan membina sebuah lagi landasan keretapi.Disamping itu juga, Chang turut membenarkan KMT menubuhkan cawangannya serta membenarkan propaganda menentang hak dan keistimewaan Jepun di Manchuria.Pihak Jepun yang telah bersedia untuk bertindak menghalang kemaraan tentera KMT ini akhirnya telah menimbulkan ketegangan yang berterusan antara kedua-dua pihak hingga berlakunya beberapa insiden besar bermula dengan pencerobohan secara langsung tentera Jepun ke atas Manchuria pada awal tahun 1930-an.[24]
Selain itu, dalam usaha mengukuhkan kedudukannya,Jepun telah menubuhkan Liga Pemuda Manchuria (Manshu Seining Renmei) pada 1928 sebagai alat bagi mempertahankan kedudukan Jepun di Manchuria. Keahiannya seramai 3,000 orang terdiri daripada ahli-ahli Syarikat Jalan Keretapi Manchuria Selatan dan golongan pedagang bebas Jepun di Manchuria. Mereka menjadi pendesak kepada kerajaan Jepun dan mempertahankan kepentingan Jepun di Manchuria. Pertubuhan Liga Pemuda Manchuria ini telah mendapat simpati daripada Leftenan Koloneal Ishiwara (Ishihara) Kanji dan Kolonel Itagaki Seishiro. Oleh itu, pada tahun 1929 Ishihara telah mencadangkan untuk membuat kajian tentang persiapan untuk pentadbiran Manchuria di bawah penaklukan Jepun. Ishihara juga telah mencadangkan agar satu insiden diwujudkan untuk memulakan penaklukkan Jepun ke atas Manchuria. Oleh itu, rancangan meletupkan jalan keretapi Manchuria Selatan telah dirancang tetapi tidak dipersetujui oleh tentera Maharaja Jepunpada ketika itu.Namun begitu,Peristiwa Wanpaoshan[25]telah menjadipendorong kepada berlakunya penaklukan Jepun ke atas Manchuria.
Oleh itu, pada 18 September 1931, Jepun telah bertindak dengan menghantar tenteranya ke Manchuria dan pada tarikh tersebut juga satu letupandilandasan keretapi yang dimiliki oleh pihak Jepun di stesen Peityang menjadi titik tolak kepada penyerangan Jepun ke atas Manchuria. Sungguhpun kerosakan yang berlaku tidak begitu berat, tetapi ia mendatangkan implikasi yang serius apabila pihak Jepun mejadikan insiden itu sebagai alasan untuk menduduki Manchuria dengan mengarahkan pasukan tenteranya untuk memasuki Manchuria dan menghukum gabenor yang lemah.Malah, pihak Jepun yang memulakan serangan ke atas China dengan alasan bagi mempertahankan diri telah membawa kepada kejayaan dalam menawan beberapa bandar di timur laut China seperti Mukden, Antung (19September), Yingkow (20 September),dan Kirin (21September).Pada 15 Januari 1932, keseluruhan Manchuria Selatan ditawan oleh tentera Jepun.Setelah melengkapkan penawanan ke atas Manchuria, pada 9 Mac 1932 Jepun telah menukar nama Manchuria kepada Manchukuo dengan membentuk kerajaan boneka.[26]Kerajaan Manchuria dan China tidak dapat menahan kemaraan serangan tentera Jepun itu berikutan serangan ini dilihat telah dirancang dengan baik seterusnya membawa kepada pendudukan Jepun di seluruh Manchuria.
4.      PEMBENTUKAN NEGARA BARU
Di Mukden, Kolonel Doihara menjadi Datuk Bandar dengan dibantu oleh jawatankuasa pentadbiran China pada 20 November 1931 dibawah Dr. Chao Hsin-po yang merupakan seorang peguam yang dilantik di Jepun. Liaotung dinamakan semula sebagai Fengtian dan ditubuhkan jawatankuasa keamanan dan ketenteraman pada 10 November 1931. Manakala gabenor wilayah tersebut iaitu Tsung Shih-yi pula telah memberi sokongan kepada Jepun. Terdapat dua lagi gabenor iaitu General His Hsia (Kirin) dan General ChangChing-hui (Heilungkiang) juga berkhidmat dibawah kerajaan Jepun. Jepun melakukan usaha seterusnya dengan menubuhkan negara baru bagi Manchuria. Pada 16 dan 17 Februari 1932, satu persidangan telah diadakan dan dihadiri oleh dua orang gabenor pro-Jepun, Datuk Bandar Mukden dan dua orang putera Mongol telah diadakan di Mukden. Persidangan ini telah meluluskan penubuhan Majlis Pentadbiran Tertinggi Timur Laut yang mana badan ini telah mengisyhtiharkan negara baru yang merdeka bagi Manchuria pada 18 Februari 1932. Negera baru yang dikenali sebagai Manchukuo ini berpusat di Chang-chun (Hsinking, New Capital) di wilayah Kirin. Pada Mac 1932 telegram dikeluarkan bagi memaklumkan negara luar tentang pembentukan negara baru Manchukuo. Jepun telah menghantar dutanya yang juga commander in chief (panglima besar) tentera Kwantung dan gabenor wilayah pajakan ke Manchuria iaitu General Nobuyoshi Muto. Keadaan ini jelas menunjukkan peranan Jepun dalam membentuk kerajaan boneka baru di wilayah tersebut dengan menawan wilayah Manchuria sedikit demi sedikit.


5.      PERLANTIKAN MAHARAJA
Selepas pencerobohan Manchuria oleh Jepun pada tahun 1931, bekas Maharaja China, Henry Pu-yi telah diangkat sebagai ketua Negara dan menjadi ketua eksekutif. Beliau ditabal sebagai maharaja Manchukuo secara rasmipada 1 Mac 1934 dengan menggunakan gelaran Maharaja Kang Teh. Perlantikan Maharaja Henry Pu-yi dalam Negara baru Manchukuo ini adalah untuk memberi gambaran bahawa penubuhan negara baru ini adalah sah.[27]Pemerintahan Maharaja Pu-yi ini mendapat nasihat daripada tentera Kwantung sebagai wakil Maharaja Jepun dan ia sebahagian daripada usaha Jepun untuk mempertahankan haknya di Manchuria.[28] Selain itu juga, bagi badan eksekutif dibawah Perdana Menteri iaitu Cheing Hsiao-hso pula terdiri daripada beberapa menteri seperti Hsieh Chieh-Shih sebagai Menteri Luar, Ohashi Chuichi Naib (Menteri luar), Kamai Takuzo (Setiausaha Agong), Ting Chien-hsiu sebagai Menteri Komunikasi, Feng Hang-Ching (Menteri Kehakiman), Chang Ching-huei (President Majlis Penasihat), His Hsia (Menteri Kewangan), Chang Yen-Ching (Menteri Industri) dan Tsang Shih-yi menjadi Menteri Dalam Negeri.
Walaupun dikatakan negara baru Manchukuo adalah sebuah Negara yang merdeka, namun pada hakikatnya Manchukuo dikuasai dan diawasi oleh Jepun denagn tujuan untuk menjadikan Manchuria sebagai asas kepada perindustrian dan ketenteraan Jepun dalam meluaskan pengaruhnya di Asia Timur.[29] Perlantikan jawatan-jawatan terpenting pada nama sahaja ia dipegang oleh orang-orang Manchu tetapi pada hakikatnya kuasa sebenar terletak di tangan tentera Kwantung/Jepun.[30] Malah, pegawai-pegawai Jepun turut dilihat majoritinya menguasai jawatan-jawatan terpenting secara langsung atau tidak langsung sebagai penasihat-penasihat[31] dalam kerajaan Manchukuo. Keadaan ini dapat dilihat di mana Lambaga Hubungan Awam (General Affairs Board)diketuai oleh pengarah besar dan enam orang ahli yang kesemuanya terdiri daripada orang Jepun. Mereka memainkan peranan dalam menguruskan belanjawan, perancangan dan perlantikan dalam Manchukuo National Air Ways 1931,The Manchukuo Film Association 1937, dan Central Bank of Manchukuo 1932.Selain itu juga, di Manchukuo telah dibentuk tentera Manchukuo termasuk laut dan udara.
6.      PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA
Penubuhan Negara baru Manchukuo ini telah diakui oleh 23 negara dari 80 negara yang terdapat di dunia pada ketika itu.Liga Bangsa Bangsa menerusi Laporan Lyton telah mengakui kedudukan Jepun di Manchuria dan megecap boneka Manchukuo sebagai di bawah kawalan tentera dan pegawai Jepun.[32] Namun begitu, Laporan Lyton menolak kenyataan Jepun bahawa serangan Jepun pada 18 September sebagai tindakan menpertahankan diri dan mengutuk Jepun sebagai penyerang danturut menolak tuntutan yang menyatakan bahawa Manchukuo dibina sendiri oleh orang Manchu.[33]“Manchuria telah ditelan bulat-bulat sebagai taklukan Jepun”.[34]Manakala dalam kalangan kuasa-kuasa besar, seperti Empayar Jepun sendiri, Kesatuan Soviet Union, Perancis, Itali, Sepanyol dan Jerman telah mengiktiraf negara baru Manchukuo secara diplomatik. Pengiktirafan antarabangsa terhadap penubuhan negara baru Manchukuo dilihat apabilaJepun mengiktiraf Manchukuo pada 19 September 1932, Vatican pada 18 April 1934 dan El Salvador pada 19 Mei 1934, diikuti oleh Soviet Union pada 1935, Itali 29 November 1936 dan Jerman pada 20 Februari 1938. Semasa Perang Dunia Kedua Slovakia, Perancis, Romani (1940), Bulgaria, Finland, Denmark, Croatia 2 Ogos 1941, Kerajaan China dibawah Wang Jing-wei (1940), Thailand (1941) dan Filipina pada tahun 1943.

KESIMPULAN
Kesimpulan, sejak negara China ditakluki oleh kaum Manchu, wilayah Manchuria telah menjadi sebahagian dari Empayar China yang dikenali sebagai Tiga Wilayah Timur.Perhubungan Jepun dengan wilayah ini bermula sejak perang Rusia-Jepun yang berlaku pada tahun 1904 – 1905.Hasil daripada Persetiaan Portsmouth 1905, Jepun mendapat kedudukan istimewa di Manchuria. Manchuria kemudiannya menjadi wilayah di bawah pemerintahan penjajah Jepun 1932 – 1945.[35]Pada tahun 1934, perlembagaan telah diluluskan dan Manchuria diberi nama Manchukuo dan merupakan sebuah negara beraja. Namun semasa Perang Dunia Kedua, Jepun yang cuba mengekalkan kemerdekaan Manchukuo dari serangan kuasa asing telah berusaha mengelak serangan daripada Soviet Union dengan menandatangani Perjanjian Berkecuali 1941 dalam tempoh dua tahun. Walau bagaimanapun setelah Perang Dunia Kedua berakhir pada tahun 1945, Kerajaan Manchukuo terpaksa dimansuhkan berikutan dikuasai oleh Kesatuan Soviet dan kemudian ianya kembali menjadi sebahagian daripada Republik China.











RUJUKAN
BUKU
Khoo Gilbert &Lo. Doroty, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books, 1978.
Ogata, sadako N., Defiance in Manchuria: the making of Japanese foreign policy, 1931 – 1932, Landon: Cambridge University Press, 1964.
R.S. Chaurasia, History Of Japan, New Delhi: Atlantic Publishers and Distributors, 2003.
Suffian Mansor,Sejarah China moden,Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2009.
W.G Beasley, Japanese Imperialisme 1894 – 1945, New York: Oxford University Press, 1991
ARTIKEL JURNAL
Khozln Mohd. Tamrin,“Perang Rusia-Jepun 1905”, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, artikel jebat bil.2, 1972 /73.
LAMAN WEB





[2]Khoo Gilbert & Lo. Doroty, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books, 1978, hlm, 1095.
[3]Khoo Gilbert & Lo. Doroty, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, hlm, 1095.
[4]Ibid., hlm, 1095.
[5]R.S. Chaurasia, History Of Japan, New Delhi: Atlantic Publishers and Distributors, 2003, hlm, 149.
[7]Khozln Mohd. Tamrin,“Perang Rusia-Jepun 1905”, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, artikel jebat bil.2, 1972/73, hlm 25.
[8]Semenanjung Liaotung merupakan kawasan rebutan bagi Rusia dan Jepun berikutan ia mempunyai kepentingan yang tersendiri. Bagi Rusia, Semenanjung Liaotung diperlukan bagi mendaptkan pelabuhan air panas untuk kegunaan angkatan lautnya dan keadaan ini menyebabkan Rusia membina jalan keretapi di Manchuria dengan tujuan untuk mengauasai kawasan Semenanjung Liaotung 
[10]Pada 5 Mei , Jepun bersetuju dan telah menandatangai satu perjanjian mengembalikan Semenanjung Liaotung kepada China dan untuk ini, Jepun telah mendapat tambahan di dalam jumlah ganti rugi menjadi 230, 000, 000 taels.
[12]Khozln Mohd. Tamrin, “Perang Rusia-Jepun 1905”,hlm 27.
[13]Ibid., hlm 28.

[14]Khoo Gilbert & Lo. Doroty, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, hlm, 922.
[15]Khozln Mohd. Tamrin,“Perang Rusia-Jepun 1905”, hlm 26.

[16]Khoo Gilbert & Lo. Doroty, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, hlm, 921 -922.
[17]Ibid., hlm,921 -922.
[18]Ibid., hlm, 922.
[19]Perjanjian Porstmouth, Rusia diwakili oleh Baron Rosen dan Mr. Witte manakala Jepun diwakili oleh Baron Komura, Mr. Takahira dan Viscount Kaneko.
[20]Khoo Gilbert & Lo. Doroty, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, hlm, 972 -974.
[21]Suffian Mansor, Sejarah China moden, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2009, hlm, 139.
[22]Suffian Mansor, Sejarah China moden, hlm, 139.
[23]Ibid., hlm, 139.
[24]Ibid., hlm, 139.
[25]Perbalahan mengenai kekeliruan mengenai hak orang-orang Korea untuk membina taliair merentasi  tanah kepunyaan orang-orang Cina telah menyebabkan camput tangan daripada pihak polis  konsular Jepun beriktan apabila orang-orang Korea dihalau keluar daripada daerah tersebut. Keadaan ini telah mencetuskan perbalahan dan pergaduhan antara orang Cina dan orang Korea namun ianya tidak melibatkan sebarang kecederaan.Pada Julai 1931, suatu perbalahan antara orang-orang Cina dan Korea berlaku di Kampung Wanpaoshan berdekatan dengan Changchun. Peristiwa ini telah dibesar-besarkan oleh akhbar-akhbar Jepun dan juga Korea yang seterusnya telah mencetuskan rusuhan anti-Cina meletus yang menyebabkan kira-kira 127 orang Cina terbunuh, rumah-rumah mereka dipecah dan dibakar, malah harta benda mereka turut dimusnahkan.
[26]Suffian Mansor, Sejarah China moden, hlm, 158.
[27]Khoo Gilbert & Lo. Doroty, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, hlm, 1099.
[28]Suffian Mansor, Sejarah China moden, hlm, 158.
[30]Khoo Gilbert & Lo. Doroty, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, hlm, 1104.
[31]Ibid., hlm, 1104.
[32]Suffian Mansor, Sejarah China moden, hlm, 161.
[33]Ibid., hlm, 161.
[34]Khoo Gilbert & Lo. Doroty, Asia Dalam Perubahan: Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, hlm, 1100.

Nasionalisme di China

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PIHAK BRITISH UNTUK MEMPERTAHANKAN PENEMPATAN ASING MEREKA DARIPADA KEBANGKITAN NASIONALISME CHINA PADA TAHUN 1920 an.

PENDAHULUAN

Penempatan asing merupakan kawasan yang didiami oleh kuasa asing di wilayah China. Penempatan asing di China terbahagi kepada dua iaitu yang pertama konsesi dikategorikan sebagai kawasan dimiliki oleh satu kuasa asing sahaja. Misalnya, penempatan kuasa asing British dan Perancis. Yang kedua ialah penempatan antarabangsa iaitu penempatan yang dimiliki bersama antara beberapa kuasa asing, misalnya Amerika Syarikat dan British. Contoh bentuk penempatan ini ialah Shanghai.[1] Antara wilayah China yang menjadi penempatan kuasa asing ialah Shanghai, Hankow, Canton, Tientsin, Amoy, Jiujiang, Chenkiang, Suzhou, Hangzhou, Shamian Island, dan sebagainya. Kuasa asing ini terdiri daripada British, Amerika, Rusia, Perancis, Itali, Jepun, Jerman dan lain-lain yang memiliki beberapa konsesi di China. Antara penempatan yang paling menjadi perhatian kuasa asing ialah yang pertama wilayah Shanghai, kedua Tientsin, dan seterusnya Hankow. Kesemua wilayah ini telah menyumbang kepada pendapatan dalam ekonomi China. Pada tahun 1930 melalui pendapatan di Tientsin menurun 7.82% tetapi Tientsin masih menjadi penyumbang kedua pendapatan tetap disamping Shanghai iaitu 47.92%.[2]
            Penempatan British di wilayah China pula seperti di Amoy, Chinkiang, Hankow, Shanghai, dan Tientsin. British memiliki enam konsesi di Tientsin.[3] British mempunyai kawasan penempatan yang luas meliputi 6149 mou.[4] Kuasa asing telah meminta China untuk menyediakan sebidang tanah di pelabuhan perjanjian untuk kawasan penempatan orang asing. Motifnya untuk mendapat perlindungan luas terhadap penduduk asing. Penubuhan konsesi bermula dengan Konvensyen Peking yang ditandatangani pada tahun 1860 antara tiga kuasa barat pertama diberi hak penempatan ialah British, Perancis dan Amerika Syarikat. Konvensyen tersebut membenarkan kuasa-kuasa barat membuka penempatan asing. Penubuhan penempatan asing ini bermula di Nanking.
Kemunculan kebangkitan nasionalisme di China terdiri daripada parti Koumintang (KMT), Parti Komunis China (PKC), dan golongan pelajar. Kebangkitan nasionalisme China bermula dibuktikan melalui “The Chinese showed their patriotic spirit in several way such as by boycotting American goods 1905, demonstration against the twenty-one demands 1915, and may fourth movement 1919.[5] Berikutnya, pada tahun 1920, nasionalisma China menjadi lebih aktif dan bersatu menentang imperialisme barat. Konsesi British dibina pada tahun 1860 dan kemunculan konsesi-konsesi British ini membangkitkan semangat nasionalisme terhadap orang Cina kerana tidak mempunyai hak kekuasaan yang luas dan jelas.
Kebangkitan nasionalisme ini dilihat bermula sebelum tahun 1920 an lagi dan peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum itu menjadi pemangkin kepada tercetusnya kemaraan China pada tahun 1920 an. Oleh itu, kemunculan nasionalisme ini memberi masalah kepada pihak British untuk mengekalkan penempatan asing mereka dalam mewujudkan suasana aman dan harmoni. Pelbagai rintangan yang mereka hadapi sehingga menyebabkan mereka terpaksa menyerah semula wilayah mereka kepada China.

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PIHAK BRITISH DALAM KEBANGKITAN NASIONAL CHINA
1)      Gerakan 4 Mei
Permulaan pergerakan nasionalisme dilihat melalui Gerakan 4 Mei yang merupakan satu kebangkitan semangat nasionalisme rakyat China sebagai satu tindakan memprotes kegiatan imperialisme yang berlaku ke atas China. Di mana pada 4 Mei 1919, kira-kira 5000 orang pelajar dari institusi pengajian tinggi termasuklah Universiti Peking berhimpun di Medan Tiananmen mengadakan tunjuk perasaan atau demonstrasi membantah keputusan Persidangan Damai Versaille mengenai penyerahan Shantung kepada Jepun. Mereka menuntut pengembalian hak-hak China di Shantung dan mendesak Kerajaan China supaya tidak menandatangani Perjanjian Versailles. Jepun juga telah membuat Tuntutan 21 dan juga keistemewaan yang lain tetapi telah ditolak pihak China. Penggerak kepada gerakan ini telah berkumpul di Medan Tiannmen dan melaungkan slogan ‘Hapuskan Pengkhianat’, ‘Jangan Tandatangani Perjanjian’ dan ‘Pelihara Kedaulatan China’.
Gerakan 4 Mei telah berjaya mencapai matlamatnya disebabkan desakan yang hebat dari golongan pelajar, pedagang dan pekerja yang mendapat sokongan dari masyarakat China dan juga perwakilan China di Persidangan Versailles yang enggan menandatangani perjanjian kerana syarat-syaratnya yang berat sebelah. Perjanjian Versaille dianggap tidak rasional dan melampau terhadap kedaulatan China maka golongan pelajar bangkit menentang perjanjian damai tersebut.[6] Gerakan 4 Mei juga telah merintis jalan bagi perkembangan fahaman Komunis di China. Gerakan 4 Mei memperlihatkan bahawa gerakan buruh juga turut menyertai golongan pelajar dalam memprotes Perjanjian Versailles.[7] Gerakan ini melihatkan permulaan berlakunya kebangkitan nasionalisme untuk menentang orang barat.

2)      Ekspedisi ke Utara
Pemangkin kepada kebangkitan nasionalisme China seterusnya ialah Ekspedisi ke Utara. Pada tahun 1926 ditanda sebagai bermulanya Ekspedisi ke Utara di bawah KMT untuk menyatukan china.[8] Ekspedisi ini berakhir pada tahun 1928 dengan tujuan sebagai kempen penyatuan China. Satu matlamat kerajaan nasionalis selepas menjayakan Ekspedisi ke Utara ialah memulihkan imej dan maruah China dengan mendesak supaya hak wilayah asing dan hak wilayah asing kuasa asing dihapuskan.[9] Ekspedisi ini mendapat kejayaan dengan disertai tentera seramai kira 85,000 yang terdiri daripada tentera KMT dan PKC serta 6,000 kadet daripada akademik Whampoa Military Academy. Susunan strategi dengan melakukan serangan dua peringkat iaitu yang pertama menawan lembah sungai Yangtze dan keduanya menyingkirkan Chang Tso-Lin dari Peking.[10] Ekspedisi ke Utara berjaya menawan semula konsesi British di Hankow dan Kuikiang pada tahun 1927. Dengan kekuatan semangat untuk menyatukan China, mereka telah berjaya menawan beberapa bandar penting di tengah China seperti Changsa (12 Julai 1926), Yoochow dan Tsunyang (Ogos 1926) dan Wuhan (September 1926).[11] Kejayaan demi kejayaan KMT dengan menawan semula beberapa wilayah China dan ekspedisi berakhir pada tahun 1928 apabila tawan Peking.[12] Hal ini jelas menunjukkan bahawa ekspedisi ini mendatangkan masalah pada British sehingga menyebabkan mereka terpaksa menyerahkan konsesi di China.

3)      Gerakan Pelajar
Masalah lain yang dihadapi oleh pihak British dalam mempertahankan penempatan asing mereka ialah berlakunya kebangkitan golongan pelajar dalam bangun menentang penjajah asing. Pergerakan golongan pelajar ini boleh dilihat pembabitannya dalam pelbagai peristiwa besar yang berlaku di China seperti Gerakan 4 Mei, Gerakan 30 Mei dan sebagainya. Pada tahun 1910an pelajar yang mendapat pendidikan Barat dan Jepun telah kembali ke tanah air, merekalah yang menjadi perangsang kepada gerakan nasionalisme di China.[13] Kebanyakan daripada golongan pelajar ini telah menyertai KMT dan sebahagiannya menyertai PKC. Semangat golongan pelajar berpusu-pusu dilihat dibandar dan kebanyakan mereka mendaftar dalam Whampoa Military Academy.[14] Mereka juga menubuhkan satu parti baru yang dikenali sebagai Young China Party (Chauvinist) sebagai agenda nasionalisme mereka. Selain itu, Universiti Shanghai memasuki parti KMT dan PKC untuk aktif dalam propaganda revolusi dan mengalakkan pelajar untuk terlibat dalam kebangkitan golongan pekerja.[15]
Kebangkitan pertama yang melibatkan golongan pelajar ialah Gerakan 4 Mei yang memperlihatkan kepada penentangan berhubung Perjanjian Versaille. Golongan pelajar turut bersama-sama terlibat dalam menentang perjanjian ini yang dikatakan merugikan pihak China dalam pemberian wilayah Shangtung kepada Jepun. Yang kedua ialah Gerakan 30 Mei 1925 yang berpunca daripada pembunuhan orang China di kilang milik Jepun. Kesan peristiwa-peristiwa ini telah menimbulkan kemarahan pihak China maka golongan pelajar dan sekumpulan pekerja berkumpul mengadakan demonstrasi. Pergerakan nasionalisme meletus di Shanghai pada Mei 1925, pelajar cina dan pekerja bersama-sama membentuk kesatuan pekerja, pedagang, dan pendidikan untuk membuat demonstrasi pembunuhan pekerja China di kilang Jepun. Sebanyak 12 pendemontrasi dibunuh oleh polis British di Penempatan Antarabangsa di Shanghai pada 30 Mei, hal ini telah mencetuskan pergerakan skala besar nasionalisme China.[16] Pergerakan 30 Mei menjadi bermula penyebaran secara langsung pihak Cina dan terdapat peristiwa seperti Shankee Incident di Canton, boikot barang British di Hong Kong, dan demonstrasi di Hankow, Kiukiang, Peking, Chunking, dan Tientsin.[17]
Shameen Incident atau Shankee Incident  berlaku pada 23 Jun 1925 yang dilakukan di depan konsesi British dan Perancis iaitu di Canton. Ekoran daripada penentangan terhadap pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh British di Shanghai. Pelajar dan golongan pekerja membuat demonstrasi jalanan yang akhirnya menyebabkan ada yang terkorban dan tercedera. Peristiwa ini berlaku apabila British dan Perancis telah menembak golongan yang menyertai demonstrasi tersebut dimana tembakan tersebut berlaku semasa demonstrasi sedang dijalankan. Berita ‘Shameen Incident’ 1925 dan peristiwa 30 Mei, menjadi pemangkin sentimen nasionalisme kalangan China, terutama pelajar.[18] Pada hari sabtu 30 Mei ini, pelajar dari lapan kolej di kawasan Shanghai berkumpul di Penempatan Antarabangsa untuk membangkitkan perjanjian yang tidak adil dan undang-undang ketenteraan di China dan permintaan untuk enam rakan-rakan yang ditangkap untuk dibebaskan.[19] Hal ini jelas melihatkan kebangkitan golongan pelajar ini menjadi duri bagi British dalam menangani kebangkitan golongan  nasoinalisme China.

4) Pemulauan
British juga menghadapi masalah apabila menghadapi pemulauan daripada penduduk cina. Misalnya, Di Shanghai kuasa barat telah menghadapi pemulauan penduduk cina ini. Kesan daripada pembunuhan 12 pendemonstrasi di depan Balai Polis di Penempatan Antarabangsa.[20] Kejadian ini dikenali sebagai peristiwa 30 Mei 1925. Selain itu, Shakee Incident yang berlaku pada tahun yang sama telah mendorong perdagangan British di Hong Kong dan Canton dipulaukan.[21] Pembunuhan beramai-ramai ini menyebabkan berlaku kebangkitan orang cina. Pihak komunis juga mengapi-apikan semangat nasionalisme China dengan propaganda mengecam sikap boikot kuasa imperialisme ini. Selain itu, pihak asing turut menghadapi pemulauan dalam aspek ekonomi dimana pihak china menggalakkan membeli daripada barangan china sahaja. Pemulauan yang dihadapi oleh pihak British diatas tindakan mereka membunuh pendemonstrasi ini diibaratkan tertikam diri mereka sendiri kerana menghadapi pemulauan daripada pihak China.
5)  Rundingan
Masalah yang seterusnya terpaksa dihadapi British ialah perlu membuat rundingan semula dengan pihak China. Rundingan ini sedikit sebanyak mengganggu hak keharmonian penempatan asing British. Usaha dimulakan dengan menghantar surat kepada semua kuasa asing yang bertapak di China supaya mengadakan rundingan semula untuk menghapuskan sebarang ketidakadilan dalam perjanjian sebelumnya.[22] Chiang Kai Shek meminta orang asing mematuhi undang-undang China, terutama menghapuskan hak orang asing di konsesi-konsesi dan penempatan asing di pelabuhan perjanjian.[23] Rundingan antara kerajaan nasionalis China dengan pihak Brtish bersetuju menyerahkan konsesi British di Hankow dan Kiukiang. Rundingan juga melibatkan Memorandum Disember 1926 yang mahu menjalankan hubungan berbaik dengan kerajaan Nasionalis antara China dan British. Rundingan ini sebagai dasar British untuk pertahankan konsesi mereka dan kepentingan pihak British dalam mengelak kebangkitan China. Peringkat awalnya China tidak setuju dengan rundingan tersebut kerana dikatakan hanya memberi kepentingan kepada pihak British sahaja. Keenganan pihak China bekerjasama memberi masalah kepada pihak British untuk mengekalkan penempatan asing mereka.

KONSESI BRITISH DI UTARA CHINA (TIENTSIN)

Salah satu konsesi British ialah Tientsin iaitu terletak di utara China dan merupakan bandar kedua terpenting dalam aspek perdagangan British selepas Shanghai. British di kawasan utara tidak mengalami penderitaan yang kritikal berbanding dengan di bahagian tengah dan selatan China. Di laporkan tiada gerakan anti-british yang sebenar-benarnya berlaku, tiada serangan, tiada demonstrasi, dan gangguan yang menjadi kemalangan besar di Tientsin.[24] Di Tientsin hakikatnya kehidupan British di utara aman dan damai bebas daripada kesengsaraan hidup di China, melaporkan jalan sibuk dengan kereta dan pejalan kaki, orang awam menjalankan kehidupan yang gembira, kanak-kanak sibuk bermain permainan, dan sambutan krismas berlangsung tanpa ganguan.[25] Namun, terdapat kebangkitan gerakan nasional pada pertengahan 1920an mengancam kedudukan British yang berada di Tientsen dan juga kawasan pendalaman. Contohnya di Lembah Sungai Yangtze, kebangkitan nasionalisme disebabkan masyarakat British disitu dalam kuantiti yang besar telah menimbulkan kebimbangan.[26] Aktiviti pelajar cina serang beberapa kilang orang asing, membuat demonstrasi di Tientsin, dan boikot sekolah Mubaligh.[27] Namun, British tidak melakukan sebarang tindakan untuk menghentikan kekacauan di Tientsin ini.

DASAR YANG DIBUAT OLEH BRITISH UNTUK MENGELAK KEBANGKITAN NASIONALISME DI KONSESI

1)         Pendekatan utama
Penempatan British di Tientsin menjadi landasan kerajaan British untuk membuat hubungan baik dengan pihak berkuasa China, terutama dengan kumpulan Fengtian di bawah Chan Tso Lin.[28] Pihak British mengambil pendekatan yang sederhana (berbaik-baik) untuk mengelak sebarang kesan aktivis china. Walaubagaimanapun British masih dalam keadaan rapuh kerana perlu kawal tidak hanya konsesi di Tientsin tetapi juga di kepentingan kawasan lain.[29] Oleh itu, sebagai langkah penyelesaiannya pindah komuniti British daripada kawasan pendalaman ke Tientsin. Sehubungan itu, keseluruhan komuniti British boleh dilindungi sebagai langkah berjaga-jaga untuk semua konsesi. Oleh itu, semua konsesi-konsesi British telah disatukan dibawah kawalan Majlis Perbandaran British Tianjin (MPBT) untuk perlindungan.
2)         TBCI (Tientsin British Committee Of Information)
Selain itu, pengenalan TBCI hanya harapan British sebagai suara untuk melindungi hak mereka di Tientsin. Untuk mengelak serangan cina pedagang British membuat senjata sendiri melalui TBCI ini.[30] Pembentukan biro ini sebagai strategi untuk menghalang serangan balas propaganda cina dan mempengaruhi dasar kerajaan British. Biro ini sebagai alat British di Tientsin untuk menyerang nasionalisme cina.[31] Fungsi TBCI turut membantu membetulkan pandangan negatif terhadap British di China dan menjaga kawalan keselamatan terhadap kepentingan British. Jelaslah bahawa peranan TBCI ini sebagai langkah British untuk mengelak sebarang kebangkitan pihak China dan menjaga kepentingan mereka di China.

3)         Memorandom Disember
Pada masa yang sama kerajaan British menggunakan lebih banyak dasar liberal dalam ‘Memorandom Disember’. Hal ini bertujuan untuk memperbaiki hubungan baik pihak Britain dan Cina. Contohnya, memulangkan konsesi mereka di Tientsin dan luar wilayah.[32] Dasar yang diperkenalkan ini sebagai langkah British untuk pertahankan konsesi mereka di penempatan asing. Oleh itu, hasil perundingan ‘Memorandom Disember’ ini begitu penting bagi pihak British dalam menjaga kepentingan mereka.

4)         Peranan Golongan Mubaligh
Selain itu, kumpulan lain masyarakat British yang memainkan peranan penting untuk mengekalkan penempatan asing mereka di Utara Cina ialah golongan mubaligh. Motif mereka bukan kepada keuntungan tetapi untuk mengubah cina. Tetapi mereka masih mendapat pandangan negatif dari Cina.[33] Misalnya, orang Cina mengkritik dengan mengatakan golongan mubaligh ini telah melakukan kucar kacir di China. Apabila British berada dibawah serangan cina pada pertengahan 1920an, golongan mubaligh mula bercakap untuk mengubah suai kaedah dan operasi mereka di China.[34] Mereka perlu ubah peraturan dengan meminda perlembagaan mereka dengan mematuhi perintah kerajaan China. Hal ini bertujuan untuk mengelak daripada sebarang kritikan ke arah imperialisme British. Dasar ini sebagai langkah untuk membina keharmonian antara British dengan pihak China.

5)         Pentadbiran British di konsesi
Pentadbiran Majlis Perbandaran British Tianjin (MPBT) dipecahkan kepada dua bahagian iaitu bahagian sekretariat (pentadbiran) dan akaun (kewangan).[35] Terdapat tiga jabatan utama yang terdapat di konsesi iaitu Jabatan Kerja Raya, Elektrik dan Air. Pelbagai kemudahan disediakan MPBT untuk konsesi ini, contohnya Hospital, Keselamatan, Bomba, dan Sekolah. Misalnya, Sekolah rendah untuk semua penduduk konsesi tanpa mengira latar belakang bangsa.[36] Di Tientsin turut mempunyai pendidikan “sekolah grammar” yang dibuka pada tahun 1905. Samuel Lavington Hart iaitu seorang mubaligh kristian cuba memperbaiki hubungan orang china dan barat dengan menubuhkan Tianjin Anglo-Chinese College (TACC). Pusat pendidikan yang dibina tanpa sekatan latar belakang pelajarnya bertujuan mengelak sebarang kebangkitan China dan mewujudkan suasana harmoni. MPBT turut mempunyai dua hospital iaitu Hospital Victoria dan Hospital Isolation.[37] Komuniti asing turut membina beberapa kelab di Tientsin, antaranya Tientsin Race Club, iaitu kelab yang terkaya tetapi tidak kepada orang China.[38] London Missionary Society (LMS) merupakan badan dakwah kristian yang penting di Tientsin yang muncul pada 1861, di Tientsin ada dua gereja iaitu Taku Road dan Drum Tower.[39] Kesemua dasar yang dijalankan ini bagi mengelak campurtangan pihak China di konsesi British. Malah, sebaliknya jika ada penglibatan orang cina dalam pentadbiran mereka bertujuan untuk menutup lebihan kuasa pihak british dan sekaligus mengelak sebarang gerakan nasionalisme China ini bangkit.



























KESIMPULAN

Kesimpulannya, jelaslah bahawa kebangkitan nasionalisme China telah mendatangkan masalah pada British dalam mengekalkan penempatan asing mereka. Bagi Negara china nasionalismenya berhadapan dengan dua musuh utama iaitu imperialis barat dan monarki mutlak serta perpecahan.[40] Pelbagai strategi yang digunakan oleh British melalui dasar halus dan kasar untuk melembutkan hati pihak China. Tetapi usaha  ini sedikit sebanyak diterima dan ditolak oleh pihak China kerana terdapatnya usaha hanya untuk kepentingan sebelah pihak British sahaja bukan pihak China sendiri. Akibat daripada kebangkitan nasionalisme ini beberapa penempatan asing di China berjaya kembali ke tangan China di sebabkan kemaraan ini berjaya mematahkan sayap pihak British. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum ini menjadi pemangkin kepada berlakunya kebangkitan nasionalisme China pada tahun 1920an. Boleh dikatakan bahawa kebangkitan nasionlisme ini hampir semua melibatkan peranan golongan pelajar. Pada 29 Disember 1929, China telah mengumumkan penghapusan segala hak-hak istimewa terhadap semua orang asing bermula 1 Januari 1930. Tidak lama kemudian Jepun pula yang menyerang China pada tahun 1937.[41]











BIBLIOGRAFI

Abdullah Zakaria Ghazali, Azharuddin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor,            Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur 1800-1963, Kuala Lumpur:            Fajar Bakti Sdn. Bhd, 2000.

C. Martin Wilbur, The Nationalist Revolution In China 1923-1928, Cambridge: Cambridge            University Press, 1983.

John Israel, Student Nationalism In China 1927-1937, California, Stanford University Press,         1966.

Suffian Mansor, Sejarah China Moden, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2009.

Suffian Mansor, “Tientsin and its Hinterland in Anglo-Chinese relations 1925-1937”,        University of Bristol: Department of Historical Studies, Tesis, 2009. 

Suffian Mansor, “Konsesi British Di Tianjin Sebelum 1925: Satu Bentuk Imperialisme Di China”, Sejarah, No. 17, 2009.





[1] Suffian Mansor, Sejarah China Moden, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2009, hlm. 68.
[2] Suffian Mansor, “Tientsin and its Hinterland in Anglo-Chinese relations 1925-1937”, University of Bristol: Department of Historical Studies, Tesis, 2009, hlm. 42.
[3] Suffian Mansor, “Konsesi British Di Tianjin Sebelum 1925: Satu Bentuk Imperialisme Di China”, Sejarah, No. 17, 2009, hlm. 2.
[4] Suffian Mansor, “Tientsin and its Hinterland in Anglo-Chinese relations 1925-1937”, hlm. 75.
[5] Ibid., hlm. 108.
[6] Suffian Mansor, Sejarah China Moden, hlm. 122.
[7] Abdullah Zakaria Ghazali, Azharuddin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur 1800-1963, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd, 2000, hlm. 363.
[8] Suffian Mansor, “Tientsin and its Hinterland in Anglo-Chinese relations 1925-1937”, hlm. 1.
[9] Suffian Mansor, Sejarah China Moden, hlm. 157.
[10] Ibid., hlm. 134.
[11] Ibid.
[12] Abdullah Zakaria Ghazali, Azharuddin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur 1800-1963, hlm. 380.
[13] Ibid., hlm. 348.
[14] C. Martin Wilbur, The Nationalist Revolution In China 1923-1928, Cambridge: Cambridge University Press, 1983, hlm. 27.
[15] Ibid., hlm. 21.
[16] Suffian Mansor, “Tientsin and its Hinterland in Anglo-Chinese relations 1925-1937”, hlm. 14.
[17] Ibid.
[18] Suffian Mansor, “Tientsin and its Hinterland in Anglo-Chinese relations 1925-1937”, hlm. 116.
[19] C. Martin Wilbur, The Nationalist Revolution In China 1923-1928, hlm. 22.
[20] Suffian Mansor, Sejarah China Moden, hlm. 134.
[21] Ibid.
[22] Suffian Mansor, Sejarah China Moden, hlm. 157.
[23] Ibid.
[24] Suffian Mansor, “Tientsin and its Hinterland in Anglo-Chinese relations 1925-1937”, hlm. 144.
[25] Suffian Mansor, “Tientsin and its Hinterland in Anglo-Chinese relations 1925-1937”, hlm. 144.
[26] Ibid.
[27] Ibid., hlm. 145.
[28] Ibid.
[29] Ibid.
[30] Suffian Mansor, “Tientsin and its Hinterland in Anglo-Chinese relations 1925-1937”, hlm. 146.
[31] Ibid.
[32] Ibid., hlm. 147.
[33] Ibid.
[34] Suffian Mansor, “Tientsin and its Hinterland in Anglo-Chinese relations 1925-1937”, hlm. 148.
[35] Suffian Mansor, “Konsesi British Di Tianjin Sebelum 1925: Satu Bentuk Imperialisme Di China”, Sejarah, No. 17, 2009, hlm. 11.
[36] Ibid., hlm. 12.
[37]Suffian Mansor, “Tientsin and its Hinterland in Anglo-Chinese relations 1925-1937”, hlm.  80.
[38] Ibid.
[39] Suffian Mansor, “Tientsin and its Hinterland in Anglo-Chinese relations 1925-1937”, hlm. 81.
[40] Abdullah Zakaria Ghazali, Azharuddin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros, Suffian Mansor, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur 1800-1963, hlm. 336.
[41] Ibid., hlm. 380.

Persidangan di Calcultta telah mendorong PKM untuk melancarkan gerakan bersenjata di Tanah Melayu pada Jun 1948. Jelaskan

PENGENALAN Komunisme berkembang dan melebarkan pengaruhnya di Tanah Melayu dan di seluruh Asia kerana pandangan para pemikir komunis ...