Tuesday, 4 June 2013

Peranan Wanita dalam aspek sosial di Tanah Melayu awal abad ke-20

PENGENALAN
Di Malaysia sejarah mengenai kaum wanita perlu diperluaskan kerana mereka juga memainkan peranan yang penting dalam beberapa aspek di negara kita misalnya dari segi politik, ekonomi dan sosial. Sejarah mengenai kaum wanita di Malaysia amatlah penting disebabkan mereka juga adalah individu yang berperanan dalam mewarnai senario negara kita pada hari ini dalam pelbagai bidang. Bukan kaum lelaki sahaja yang mempunyai tanggungjawab dan peranan yang sepatutnya dalam sesuatu bidang itu, akan tetapi wanita juga turut tidak terkecuali dalam memikul peranan-peranan yang sewajarnya dan menjalankan tanggungjawab yang besar selari dengan kaum lelaki. Buktinya, pada masa kini peranan kaum wanita dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran sangat jelas dilihat di mana ada dalam kalangan ahli-ahli kabinet seperti menteri-menteri di beberapa kawasan, jawatannya telah disandang oleh kaum wanita. Hal ini menunjukkan bahawa bukan sahaja kaum lelaki mampu berkuasa untuk memegang jawatan dalam beberapa bidang tetapi wanita juga turut tidak ketinggalan untuk bergiat aktif dan berkecimpung dalam menguruskan hal ehwal politik, ekonomi dan sosial.
Wanita dalam era Perang Dunia Kedua yang digambarkan dalam novel yang berjudul Adik Datang karya A. Samad Said menunjukkan bahawa golongan wanita sering disifatkan sebagai golongan yang tidak berpelajaran tinggi atau tidak mempunyai pelajaran langsung. Keadaan ini secara tidak langsung telah memperlihatkan bahawa kaum wanita ini seolah-oleh tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Sehubungan itu, latar belakang desa di mana penduduknya kuat memegang adat memberi kesan kepada kedudukan dan peranan wanita dalam masyarakat itu. Hal ini ternyata menyebabkan wanita sering dipandang sebagai golongan yang tidak penting dan dilihat sebagai golongan yang tidak mampu memikul tanggungjawab besar seiring dengan kaum lelaki. Inilah hakikatnya sekiranya masyarakat desa yang masih berfikiran ortodoks dan terlalu taksub akan adat yang dipegang.
Dalam pada itu, kemiskinan hidup juga telah menyekat perkembangan untuk kaum wanita ini mencari ilmu malah langsung tidak mementingkan pendidikan formal. Kebiasaannya anak-anak perempuan desa akan dihantar mengaji al-Quran untuk mendapat kefahaman agama serba sedikit. Selain itu, anak-anak perempuan juga pengalaman sosialnya sejak kecil lebih ditumpukan kepada rumah tangga menyebabkan mereka jarang untuk mendapat pendidikan secara formal. Dari kecil lagi mereka lebih diberi tumpuan untuk mempelajari ilmu rumah tangga atau pun lebih kepada pendidikan secara tidak formal ini seperti menguruskan rumah tangga, mengemas rumah, menjahit pakaian, menjaga adik-adik dan sebagainya. Tujuan latihan-latihan ini diadakan adalah sebagai persediaan untuk menjadi ibu yang akan menguruskan rumah tangga  yang merupakan tujuan utama hidup mereka.
Sememangnya dalam masyarakat tradisi, seseorang wanita itu hanya berperanan sekadar memenuhi tanggungjawab sebagai seorang anak. Apabila meningkat dewasa, status yang dicapainya adalah untuk menjadi isteri kepada suami dan ibu kepada anak-anak kelak. Peranan wanita sabagai anak perempuan, isteri dan ibu dilihat lebih tertumpu kepada ruang hidup yang dianggap private iaitu digambarkan sebagai kehidupan yang lebih bersifat persendirian di mana mereka menjaga keperibadian diri sendiri agar maruah diri tidak tercalar sewenang-wenangnya. Itulah hakikat kehidupan seorang wanita pada amnya. Dalam ruang hidup yang dianggap private ini, tugas ataupun peranan yang dimainkan oleh wanita adalah berkisar kepada fungsi biologi, sosial dan ekonomi seperti melahirkan anak, mengasuh serta manjaga mereka.
Sejajar dengan itu, Tun Hussein Onn pernah berkata “Penyertaan kaum wanita dalam pembangunan dapat dilihat dengan jelas dalam bidang kehidupan masyarakat kita seperti pelajaran, kesihatan, pentadbiran, politik, pembangunan tanah, kebajikan malah juga keselamatan negara kita.” Oleh itu, jelaslah bahawa peranan kaum wanita adalah sangat penting dalam pembangunan sesebuah negara.

PERANAN WANITA DALAM ASPEK SOSIAL DI TANAH MELAYU
1)      Pendidikan
Sekitar abad ke-19, sistem pendidikan vernakular telah diperkenalkan. Tujuannya adalah untuk menjaga kestabilan politik, menghapuskan buta huruf dan menghasilkan pekerja bertaraf rendah. Hal ini dapat dilihat apabila dasar British telah memberikan pendidikan asas selama empat tahun sahaja kerana bimbang pendidikan tinggi akan menyebabkan mereka ditentang. Antara contoh sekolah yang dibuka oleh British pada awal abad ke-20 ini ialah Penang Free School (1821), Sekolah Melayu Bayan Lepas (1855), Sekolah Melayu harian di Teluk Belanga dan Kampung Gelam (1856).[1] Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah Melayu ini tidak mendapat sambutan kerana pada masa itu ibu bapa tidak mahu kehilangan tenaga kerja kerana dalam tempoh itu juga, anak-anak merupakan golongan yang aktif ekonomi dan banyak membantu ibu bapa mereka bekerja misalnya bertani di sawah padi dan melakukan akiviti-aktiviti ekonomi lain seperti penternakan dan sebagainya. Selain itu, ibu bapa juga risau akan pengasingan pelajaran agama.
Secara tradisinya, pendidikan pada masa itu hanya dibenarkan di sekolah-sekolah agama atau pondok sahaja. Namun begitu, pada tahun 1817, sekolah pertama yang dibuka bagi perempuan ialah Penang Free School. Walau bagaimanapun, bilangan wanita yang mendapat pendidikan Inggeris masih terlalu kecil jumlahnya terutamanya kaum Melayu. Kebanyakan orang Melayu yang menghantar anak-anak perempuan ke sekolah Inggeris adalah rata-ratanya datang dari latar belakang bandar dan keluarga yang senang di mana sebahagian besarnya adalah berketurunan India dan Arab.[2] Melalui pendidikan yang diterima ini, subjek-subjek yang diajar adalah lebih kepada peranan kaum wanita seperti pembuatan kraf, peranan sebagai ibu dan juga isteri. Pada tahun 1904, kelas latihan untuk pupils teacher telah diadakan di Raffles Institute dan Raffles Girls School di Singapura. Pada tahun 1905 pula, kelas latihan normal telah didirikan di Kuala Lumpur manakala pada tahun 1907 didirikan di Pulau Pinang dan 1913 di Melaka.
Seiring dengan itu, penubuhan kelas-kelas latihan ini penting bagi wanita Melayu terutamanya menceburkan diri dalam bidang perguruan. Pada tahun 1916, terdapat tidak lebih 100 orang murid perempuan di Singapura. Sungguhpun begitu, pada 1920-an berlaku perubahan apabila ibu bapa menghantar anak-anak perempuan untuk mendapatkan pendidikan formal.[3] Kepentingan pelajaran ditekankan kerana golongan wanita merupakan guru pertama kepada anak-anak. Peranan ini dianggap sangat penting bagi mewujudkan generasi baru yang lebih baik fizikal dan spiritualnya. Faktor perubahan seruan di akhbar, usaha para pemimpin, peranan dan gesaan guru-guru sekali gus telah menyebabkan jumlah kehadiran murid bertambah. Tujuan meningkatkan kehadiran murid-murid untuk mengikuti pendidikan secara formal ini adalah untuk menjanjikan peluang pekerjaan yang lebih baik terutamanya dalam kalangan guru-guru untuk mendapat peluang menjadi seorang pendidik.[4] Dengan itu, guru-guru wanita sememangnya memainkan peranan penting bagi memujuk ibu bapa supaya bersikap terbuka terhadap pendidikan untuk anak-anak perempuan.
Dalam bidang pendidikan ini juga, kebiasaannya ibu bapa lebih cenderung menghantar anak-anak lelaki ke sekolah kerana lelaki bakal menjadi pemimpin dan menambah pendapatan keluarga berbanding anak perempuan. Selain itu, ibu bapa kurang kesedaran dari segi kepentingan pendidikan kepada anak-anak perempuan.[5] Anak-anak perempuan hanya diberi perhatian dari segi pendidikan asas dan bahasa Melayu sahaja bagi menguruskan rumah tangga. Sekolah perempuan tidak banyak didirikan kerana tidak mendapat sambutan daripada penduduk setempat. Perkara ini jelas terbukti apabila hanya 12 buah sekolah perempuan didirikan iaitu 10 buah di Perak dan 2 buah di Selangor pada awal abad ke-20.[6] Namun begitu, terdapat perubahan dalam pemikiran masyarakat Melayu terhadap pendidikan anak-anak perempuan. Perubahan-perubahan yang berlaku ini adalah disebabkan oleh seruan akhbar iaitu daripada majalah Al-Imam, Bulan Melayu, Saudara, Majlis, Majalah Guru dan lain-lain. Selain itu, ia juga adalah disebabkan usaha para pemimpin dan Sultan serta saranan tokoh-tokoh seperti Za’ba, Syed Syeikh Al-Hadi dan lain-lain. Dalam masa yang sama, peranan dan gesaan guru-guru untuk membina sekolah perempuan juga merupakan sebab perubahan dalam pemikiran masyarakat Melayu terhadap pendidikan anak-anak perempuan.

Di samping itu juga, jumlah pelajar perempuan mula bertambah apabila ajaran agama dan al-Quran diajar di sebelah pagi. Sehubungan itu, wanita-wanita yang berpendidikan telah dilantik sebagai guru dengan latihan diberikan di maktab-maktab perguruan. Oleh itu, ada dalam kalangan kaum wanita ini yang sesetengahnya menjadi penulis dan ada di antara mereka yang menerbitkan majalah sendiri seperti Bulan Melayu (1930) yang lantang mengkritik kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan ekonomi.  Antara tokoh yang banyak berusaha memajukan pendidikan anak-anak perempuan ialah Hajah Zainon Sulaiman (Ibu Zain) dengan menubuhkan maktab perguruan di Melaka pada tahun 1935 dan sekolah Inggeris untuk wanita yang pertama pada tahun 1939 di Johor.[7]
Sekitar tahun 1920-an, para elit agama tempatan seperti Syed Syeikh Al-Hadi, Syeikh Mohammad Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Taha yang menggelarkan diri mereka ‘Kaum Muda’ telah melakukan sebuah reformasi agama yang turut melibatkan isu pendidikan wanita. Menurut kaum muda ini, wanita juga turut diberikan pendidikan supaya mereka lebih maklum tentang keperluan-keperluan bangsa. Malahan, mereka turut menegaskan bahawa apabila wanita diberikan pendidikan, wanita juga boleh menjadi seorang intelektual setanding dengan lelaki.





2)      Persatuan
Pada awal 1920-an, media massa memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat golongan wanita Melayu. Sebagai contoh akhbar Bulan Melayu menyarankan kaum wanita untuk melibatkan diri dengan berpersatuan. Tujuannya adalah untuk mengembangkan pemikiran dan memberi ilmu pengetahuan terhadap kaum wanita. Gerakan Kesedaran Kebangsaan pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 menunjukkan penglibatan wanita adalah sangat sedikit.[8] Walau bagaiamanapun, pendudukan Jepun yang menggalakkan wanita bebas daripada kehidupan tradisional telah menyediakan wanita ke arah berpersatuan.
Pada tahun 1940, kaum ibu mula terlibat dalam gerakan berpersatuan. Ibu Zain telah menubuhkan Kesatuan Guru Malaya iaitu persatuan wanita Melayu pertama pada tahun 1930 dengan matlamat memajukan ahli-ahlinya. Persatuan Perempuan Melayu Johor mula ditubuhkan pada 25 April 1930 di Batu Pahat. Tujuan penubuhan persatuan itu adalah untuk menerbitkan majalah Bulan Melayu, menyatukan ibu bapa, kanak-kanak dengan guru-guru serta untuk menjalankan kegiatan seperti berbahas, berpidato dan lain-lain. Antara persatuan-perstaun lain termasuklah Kesatuan Melayu Singapura yang telah menubuhkan parti wanita pada tahun 1940, kemudian menubuhkan pula Persatuan Wanita Melayu Terhormat Johor yang diasaskan oleh Azizah Jaafar dan seterusnya ialah Persatuan Melayu Perak.
Di samping itu, peranan yang dimainkan oleh media massa sekitar tahun 1920-an telah membangkitkan semangat kaum wanita Melayu. Antaranya ialah peranan akhbar Bulan Melayu yang menyarankan kaum wanita untuk melibatkan diri dengan persatuan. Hal ini sebenarnya bertujuan mengembangkan lagi pemikiran dan memberikan ilmu pengetahuan kepada kaum wanita.[9] Sebagai contoh, Ibu Zain telah menubuhkan Kesatuan Guru Malaya pada tahun 1930 iaitu persatuan wanita Melayu pertama dengan bertujuan untuk memajukan ahlinya. Selain itu, Persatuan Perempuan Melayu Johor telah ditubuhkan pada 25 April 1930 di Batu Pahat dengan tujuan menerbitkan majalah Bulan Melayu, menyatukan ibu bapa, kanak-kanak dengan guru-guru serta menjalankan kegiatan seperti berbahas, berpidato dan sebagainya.[10] Antara persatuan lain yang ditubuhkan termasuklah Persatuan Guru-Guru Wanita di Melaka.

3)      Pekerjaan
Dalam tempoh ini, kebebasan bekerja dan mencari sara hidup bagi wanita semakin menyerlah. Apabila wanita diberikan pendidikan, mereka dapat menceburkan diri dalam bidang perguruan ekoran gesaan daripada pihak pemerintah yang mengalami masalah kekurangan guru wanita dalam bidang pendidikan. Keperluan dalam memenuhi tenaga guru wanita ini telah mendorong kepada penubuhan Maktab Perguruan Perempuan Durian Tunggal, Melaka pada tahun 1935. Selain daripada bidang pendidikan, wanita pada awal abad ke-20 ini turut menceburkan diri dalam bidang kejururawatan. Hal ini berpunca daripada isu kematian ibu dan bayi yang mengalami peningkatan sekitar tahun 1920.
Bagi mangatasi masalah ini, pegawai perubatan wanita telah disediakan untuk membantu mengurangkan bilangan kematian bayi. Bidan-bidan kampung yang terlatih turut diambil dalam kalangan wanita luar bandar untuk mengajar mereka tentang penjagaan kesihatan, kebersihan, zat makanan dan sebagainya. Malahan, dengan adanya perlantikan pegawai kesihatan ini pemikiran masyarakat yang terlalu bergantung kepada perubatan tradisional semata-mata dapat diubah.
Penyertaan wanita dalam pelbagai pofesion semakin menyerlah pada abad ini misalnya dalam bidang perguruan. Memandangkan wanita yang berpendidikan semakin bertambah, maka penyertaan mereka dalam profesion perguruan juga turut bertambah. Hal ini adalah disebabkan gesaan daripada pemerintah kerana kekurangan guru wanita dalam institusi pendidikan. Peranan wanita sebagai pendidik tidak begitu ketara kerana kerjaya ini telah didominasi oleh kaum lelaki.[11] Dipercayai bahawa kerjaya kaum wanita dalam bidang pendidikan telah bermula pada tahun 1600, tetapi ia hanya cenderung untuk mendidik anak-anak sahaja. Mereka yang layak akan diberi latihan perguruan di maktab-maktab yang ada. Untuk merealisasikan peranan wanita sebagai seorang pendidik, maka sebuah maktab telah ditubuhkan untuk wanita pada tahun 1935 iaitu Maktab Perguruan Perempuan Durian Daun, Melaka.[12] Menjelang abad ke-20, ahli-ahli pemikir Barat telah mengubah cara pemikiran mereka dan mula memberi kebebasan kepada kaum wanita seperti kebebasan yang dinikmati oleh kaum lelaki. Wanita telah diberi kebebasan seperti bebas bersuara, mencari ilmu, bekerja mencari rezeki, memimpin dan sebagainya. Bermula pada abad inilah profesion wanita sebagai pendidik mula terserlah.
Dalam bidang kejururawatan pula menyaksikan bahawa profesion ini bermula sekitar awal abad ke-20. Menurut rekod di Selangor pada tahun 1914, hospital kerajaan sangat memerlukan khidmat wanita Melayu sebagai jururawat dan bidan. Isu kematian ibu dan bayi yang tinggi sekitar tahun 1920 telah mendapat perhatian yang serius daripada pelbagai pihak.[13] Oleh sebab itu, pegawai perubatan wanita telah disediakan bagi membantu mengurangkan bilangan kematian bayi pada tahun 1925. Bidan-bidann kampung yang terlatih diambil dalam kalangan wanita luar Bandar bertujuan untuk mengajar mereka tentang penjagaan kesihatan, kebersihan, zat makanan, cuaca dan sebagainya. Kehadiran Pegawai Kesihatan ini juga sebagai langkah untuk menukar pemikiran masyarakat yang terlalu bergantung kepada perubatan tradisional semata-mata.

4)      Penulisan dan Kesusasteraan
Wanita pada abad ini telah mula melibatkan diri dalam aktiviti penulisan mahupun kesusasteraan. Kesusasteraan Melayu moden dapat dilihat terutamanya dalam penulisan cerpen dan surat khabar. Pada tahun 1940, muncul tokoh-tokoh kesusasteraan Melayu moden seperti Azizah (Dr. Mahmud), Kalsom Hj. Saadun (Gugurnya Kembang Melati), Adibah Amin (Ibu Tirikah yang Kejam?) dan lain-lain lagi. Pada tahun 1947 di Kedah, kaum ibu lebih sepakat dan maju dalam kegiatan luaran yang boleh meningkatkan taraf ekonomi wanita terutamanya.
Menjelang awal abad ke-20, wanita sudah mula bergiat dalam bidang penulisan dan kesusasteraan melalui penulisan majalah dan novel. Walaupun penglibatan wanita dalam bidang ini lebih lambat daripada penulis lelaki, namun kemunculan penulis wanita sangat penting dalam mengenengahkan isu-isu wanita hasil pengalaman mereka sendiri. Bulan Melayu merupakan pelopor majalah untuk wanita. Dalam genre penulisan novel, novel pertama yang dihasilkan oleh wanita ialah berjudul ‘Cinta Budiman’ karya Rafiah Yusuf yang diterbitkan pada tahun 1941.[14] Salah seorang penulis muda yang agak terkenal pada dekad 40-an dan 50-an ialah Khalidah Adibah Amin atau nama pena beliau ialah Adibah Amin. Beliau merupakan anak sulung Ibu Zain iaitu pengasas dan ketua sidang pengarang Bulan Melayu.
Dalam majalah Bulan Melayu, para penulis dan guru-guru wanita digalakkan menulis rencana, puisi (pantun dan syair) serta cerpen. Salah seorang penulis wanita tersebut ialah Kamariah Saadon yang pada masa itu masih gadis belasan tahun menulis puisi dengan menggunakan nama samaran Melati Tanjung Puteri. Menurut Kamariah Saadon, penglibatannya dalam bidang penulisan dalam usia yang muda itu merupakan hasil galakan daripada Ibu Zain sendiri selaku ketua pengarang majalah tersebut.
Selain daripada Majalah Bulan Melayu, majalah Hiboran (1946-1958) dan Mutiara turut menampung karya penulis wanita. Kedua-dua buah majalah ini dipimpin oleh Harun Aminurrashid yang merupakan seorang tokoh nasionalis dan novelis yang mempunyai pandangan positif terhadap penulis wanita.[15] Majalah Hiboran khususnya menempatkan cerpen, puisi, rencana oleh wanita malah dihiasi dengan gambar penulis wanita serta berita mengenai mereka. Keluaran ini mendapat sambutan yang baik daripada penulis wanita keseluruhannya. Malahan, Harun Aminurrashid bertindak melantik penulis wanita menjadi ‘penulis khas’ yang bermakna tulisan atau karya mereka akan terus diberi tempat dalam keluaran majalah itu. Antara penulis wanita yang dikategorikan sebagai ‘penulis khas’ itu ialah Norma Kedah.

5)      Hiburan
Peranan wanita pada awal abad ke-20 ini dalam bidang hiburan boleh dipecahkan kepada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Melihat kepada peranan wanita Melayu dalam aspek hiburan ini didapati pada tahun 1930 hingga 1940-an, Singapura menjadi tumpuan banyak kumpulan bangsawan dari Indonesia di mana dapat dilihat penglibatan kaum wanita terutamanya wanita Melayu sememagnya sangat menyerlah dalam bidang hiburan seperti pementasan terutamanya kumpulan bangsawan sebagai pelakon profesional. Sebagai contoh Siti Hawa yang pernah menjadi Seri Panggung. Senario ini telah menjadi bukti bahawa wanita Melayu telah bergiat dalam masyarakat sebagai insan seni. Pada akhir tahun 1930-an beberapa saudagar Cina telah menubuhkan beberapa syarikat filem.[16]
Melihat kepada wanita Cina pula, kebanyakan daripada mereka adalah bekerja sebagai pelacur domestik di rumah pelacuran. Hal ini adalah disebabkan berlaku peningkatan kuli-kuli wanita Cina. Mereka juga merupakan isteri kepada kuli Cina di Tanah Melayu.[17] Begitu juga dengan wanita India di mana pada tahun 1910 hingga 1942 berlaku perkembangan penanaman getah, ramai pekerja India dibawa masuk ke Tanah Melayu.



Oleh hal yang demikian peranan sosial wanita India ini adalah sebagai pemuas nafsu untuk majikan mereka dan kaum lelaki. Fenomena pelacuran secara sukarela ini wujud adalah disebabkan desakan hidup. Jadi, mereka sanggup menggadaikan diri untuk mendapatkan wang bagi meneruskan kehidupan seharian.[18] Dengan itu, situasi yang berlaku kepada wanita Cina dan India di Tanah Melayu ini ternyata jelas memperlihatkan peranan yang mereka mainkan dari segi hiburan iaitu dengan menjalankan aktiviti pelacuran.












KESIMPULAN
Wanita pada abad ini telah bergerak maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kemahiran pekerjaan, berpersatuan, kepimpinan dan sebagainya. Mereka harus yakin bahawa mereka juga mampu bersama-sama setaraf dengan lelaki dalam bidang yang diceburi. Tanggapan bahawa tempat wanita hanyalah di ceruk-ceruk dapur haruslah dihapuskan. Sikap dan pandangan perlulah diubah antaranya seperti sikap kaum lelaki terhadap kaum wanita, sikap kaum wanita itu sendiri terhadap diri dan perjuangan mereka serta sikap masyarakat umum terhadap kehidupan moden di mana bukan sesuatu yang luar biasa bagi kaum wanita berganding bahu dengan kaum lelaki dalam usaha untuk memajukan taraf kehidupan masing-masing.
Dalam Islam, ketokohan Saidatina Khadijah sebagai tokoh koperat dan ahli perniagaan yang berjaya telah menjadi inspirasi kepada kaum wanita dan juga lelaki. Tidak kurang juga ketokohan Aisyah sebagai seorang ilmuan dan pakar rujuk kepada sahabat dan keluarga baginda Rasul telah membuktikan bahawa Islam meletakkan wanita pada tempat yang tinggi. Jelas di sini bahawa peranan wanita amatlah penting dalam membentuk identiti sesebuah negara yang maju dan berdaulat.
Selain itu, secara tradisinya kehidupan seorang gadis dilingkungi kebiasaan adat yang dikenakan. Pada masa ini mereka tidak mempunyai peranan sosial seperti kaum lelaki. Peranan wanita telah mengalami perubahan menjelang awal abad ke-20 melalui penglibatan kaum wanita dalam pelbagai bidang sosial. Perubahan sedikit demi sedikit mula berlaku apabila kaum wanita diberi peluang untuk mendapat pendidikan. Melalui pendidikan, kaum wanita mula mendapat kedudukan sosial yang lebih baik dalam pelbagai bidang. Sememangnya peranan wanita perlu diangkat dan diberi perhatian yang sewajarnya.
Di samping itu, wanita pada abad ini telah mengalami perubahan dan bergerak maju dalam beberapa bidang seperti pendidikan, pekerjaan, berpersatuan serta penulisan dan kesusasteraan. Pendapat lama yang mengatakan wanita hanya berkelayakan di ceruk-ceruk dapur sahaja haruslah dihapuskan. Pandangan masyarakat terhadap wanita juga patut diubah dengan meneliti hak dan perjuangan mereka. Dalam meniti arus kehidupan moden, gandingan antara lelaki dan wanita dalam memajukan taraf kehidupan masing-masing bukanlah sesuatu perkara yang luar biasa. Oleh itu, jelaslah bahawa peranan wanita sewajarnya dianggap penting bagi menyumbang ke arah pembentukan sebuah negara maju. 

RUJUKAN
  • Aziz Ibrahim, Peranan Wanita dalam Pendidikan dan Kehidupan, Kuala Lumpur: Unit Pelancar Angkatan Koperasi Kebangsaan  Malaysia, 1983.
  • Fatimah Ali, Peranan Wanita dalam Pembentukan Keluarga Cemerlang, Kuala Lumpur: Pusat Pembangunan & Pendidikan Komuniti, 1998.
  • Jamilah Ariffin, Women and Development in Malaysia, Petaling Jaya: Pelanduk Publications, 1992.
  • Hamid Arshad, “Peranan Wanita dan Pertubuhan Wanita dalam Pembangunan Keluarga”, Seminar Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Peringkat Kebangsaan, Kuala Lumpur: 27-29 Jul 1984.
  • Azizah Kassim, Wanita dan Masyarakat, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 1985.
  • Rosnah Baharudin, Wacana Wanita Melayu dan Sastera, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003.
  • Roziah Omar, The Malay woman in the Body : Between Biology and Culture, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti, 1994.
  • Campbell, Persia Crawford, Chinese Coolie Emigration to Countries within the British Empire, London: Frank Cass & Co. Ltd., 1971.
  • Jamilah Ariffin, Migration of Women Workers in Peninsular Malaysia : Impact and Implication, Women in the Cities of Asia, Migration and Urban Adaptation, Boulder, Colo.: Westview Press, 1984-Risalah.



[1] Aziz Ibrahim, Peranan Wanita dalam Pendidikan dan Kehidupan, Kuala Lumpur: Unit Pelancar Angkatan Koperasi Kebangsaan  Malaysia, 1983, hlm. 52.
[2] Aziz Ibrahim, Peranan Wanita dalam Pendidikan dan Kehidupan, hlm. 54.
[3] Ibid.
[4] Ibid, hlm. 66.
[5] Fatimah Ali, Peranan Wanita dalam Pembentukan Keluarga Cemerlang, Kuala Lumpur: Pusat Pembangunan & Pendidikan Komuniti, 1998, hlm. 113.
[6] Fatimah Ali, Peranan Wanita dalam Pembentukan Keluarga Cemerlang, hlm. 128.
[7] Jamilah Ariffin, Women and Development in Malaysia, Petaling Jaya: Pelanduk Publications, 1992, hlm. 76.
[8] Hamid Arshad, “Peranan Wanita dan Pertubuhan Wanita dalam Pembangunan Keluarga”, Seminar Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Peringkat Kebangsaan, Kuala Lumpur: 27-29 Jul 1984.
[9] Azizah Kassim, Wanita dan Masyarakat, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 1985, hlm. 37.
[10] Azizah Kassim, Wanita dan Masyarakat, hlm. 48.
[11] Aziz Ibrahim, Peranan Wanita dalam Pendidikan dan Kehidupan, Kuala Lumpur: Unit Pelancar Angkatan Koperasi Kebangsaan  Malaysia, 1983, hlm. 83.
[12] Aziz Ibrahim, Peranan Wanita dalam Pendidikan dan Kehidupan, hlm. 85.
[13] Rosnah Baharudin, Wacana Wanita Melayu dan Sastera, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003, hlm. 114.
[14] Rosnah Baharudin, Wacana Wanita Melayu dan Sastera, hlm. 121.
[15] Ibid.
[16] Roziah Omar, The Malay woman in the Body : Between Biology and Culture, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti, 1994, hlm. 69.
[17] Campbell, Persia Crawford, Chinese Coolie Emigration to Countries within the British Empire, London: Frank Cass & Co. Ltd., 1971, hlm. 93.
[18] Jamilah Ariffin, Migration of Women Workers in Peninsular Malaysia : Impact and Implication, Women in the Cities of Asia, Migration and Urban Adaptation, Boulder, Colo.: Westview Press, 1984-Risalah.

Kedudukan Wanita dalam pensejarahan Melayu Tradisional

 PENGENALAN
Wanita pada zaman silam mempunyai kedudukan yang rendah seperti wanita di dalam masyarakat arab jahiliyah, hindu- budha serta Kristian sehinggakan mereka ini dianggap sebagai alat permainan bagi kaum lelaki.Kebanyakkan wanita dijadikan sebagai hadiah, dizalimi, dijadikan sebagai tawanan perang , dibunuh dan sebagainya. Contohnya anak perempuan dalam masyarakat jahiliah akan dibunuh secara hidup- hidup keran mereka beranggapan bahawa anak perempuan tidak berguna dan hanya boleh memalukan keluarga . Di India mereka sanggup membunuh bayi perempuan dengan member susu yang beracun kerana mereka beranggapan bahawa anak perempuan merupakan sesuatu yang membebankan dan jug akan memalukan keluarga.Namun begitu , kedatangan Islam sedikit sebanyak telah mengubah status serta kedudukan wanita dalam masyarakat .
             Walaupun kaum lelaki menjadi ketua keluarga tetapi wanita juga turut mempunyai hak dalam kehidupan serta pelengkap kepada kehidupan lelaki.Persoalan tentang wanita banyak diperkatakan dalam teks – teks kesusasteraan MelayuTradisional.Tidak kira dalam bentuk puisi mahupun prosa. Sebagai contohnya, Syair Siti Zubaidah Perang China, Syair Bidasari , Riwayat Kelantan , Hikayat Raja- Raja Pasai , Sulalatus Salatin dan lain- lain lagi. Penceritaan yang terdapat didalam pensejarahan Melayu tradisional ini telah menonjolkan penglibatan kedudukan kaum wanita dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi, sosial dan lain- lain. Sungguhpun mereka tidak terlibat secara langsung tetapi pengaruh mereka sangat memberi kesan yang mendalam keatas sistem pemerintahan serta pentadbiran kerajaan dan juga dalam aspek sosio- budaya.    

a) Wanita Sebagai Penerus Waris Atau Generasi Kepada Sesuatu Kerajaan
Dalam Sulalat-us – Salatin , kisah tentang wanita bermula apabila  Putri Syahrul Bariyah “bariwati” yang “terlalu amat baik parasnya” itu didakwa “tiada  ada berbagai pada masa itu” dan “ cahaya mukanya gilang gemilang seperti cahaya matahari, dan terlalu amat bijaksana budinya”[1] Puteri ini telah dikhawinkan oleh Nabi Khidir dengan Raja Iskandar Zulkarnain yang berbagsa Rom , yang dikatakan “ diserahkan Allah Ta ‘ala segala kerajaan dunia ini kepadanya”.[2] Melalui perkhawinan tersebut seorang lelaki yang menajdi pemula satu rentetan zuriat raja- raja besar di benua India , Asia Tengah dan Farsi telah lahir.[3] Seterusnya Puteri Cendani Wasis telah lahir  daripada keturunan lelaki ini.Puteri ini dikatakan “terlalu baik parasnya, pada zaman itu tiadalah sebagainya seorang pun”[4]dan raja Culan yang menjelajah alam di bawah laut telah berkhawin dengan Puteri Mahtabul Bahri,  iaitu  anak  kepada Raja Fatabul – Ard .Hasil daripada perkhawinan mereka ini lahirlah tiga orng putera yang muncul di Bukit Si Guntang Mahamiru, yang didkawa sebagai leluhur Raja- Raja Melayu.[5]Peranan wanita yang dapat dikesan dalam perenggan ini ialah , wanita merupakan penerus warisan atau zuriat yang terbaik sehingga dapat  mengwujudkan sebuah  sistem politik beraja yang terbaik dan disegani.
            Wan Sendari pula dilihat sebagai seorang yang mempunyai ketahanan yang luar biasa sehingga dapat mengahadapi “daulat” Seri Teri Buana yang telah memudaratkan 39 perempuan tempatan yang dikhawini tanpa sebarang syarat sebelumnya.Mudarat kehadiran raja dari luar ini hanya dapat diatasi selepas waadat diadakan ( perjanjian berikrar) .Melalui peristiwa ini jelas bahawa  peranan wanita atau kedudukan wanita merupakan sangat penting. Kekuatan unsur kebaikan yang ada pada Wan Sendari, puteri peribumi  mampu melawan atau menawarkan “tulah” bawaan Seri Teri Buana  yang berasal dari luar. Hal ini membuktikan bahawa Wan Sendari dapat menundukkan “sial” , bencana dan “bahaya” yang datang dari luar. Maka dapat dikatakan bahawa wanita juga  dapat membawa kepada keamanan dan kegembiraaan kerana dapat menghapuskan pekara buruk yang dibawa oleh lelaki luar melalui gejala baik yang wujud dalam dirinya.Ketahanan Wan Sendari ini dapat dilihat dalam  catatan Sulalat- us- Salatin   seperti  berikut:  
Maka Seri Teri Buana pun berkhawinlah dengan tuan puteri anak Demang Lebar Daun itu,Setelah hari malam, maka baginda pun beradulah dengan tuan puteri; setelah hari siang, maka dilihat oleh Seri Teri Buana akan tuan puteri Wan Sendari tiada kedal, maka terlalu suka baginda , maka baginda pun menyuruh memberi tahu Demang Lebar Daun .[Demang Lebar Daun] pun segera datang, maka dilihat  Demang Lebar Daun anaknya selamat, suatupun tiada berbahayanya , maka ia pun terlalu sukacita melihat anaknya itu selamat , tiada berbahaya.[6]

b) Wanita Sebagai Ketua Negara
Pada kebiasaanya golongan wanita dipandang sebagai golongan yang lemah dan tidak boleh memerintah kerajaan kerana kurang kepandaiaan dan kemampuan , tetapi hakikatnya hal ini adalah tidaka benar apabila terdapat bukti melalui penulisan- penulisan tradisional yang menunjukkan bahawa wanita juga sebagai pemerintah kerajaan yang utama.Sebagai contohnya, dalam karya Bustan Al Salatin menunjukkan Ratu Safiyatuddin yang merupakan Permaisuri Sultan Iskandar Thani yang telah memerintah Acheh. Karya ini juga menyatakan bahawa beliau mempunyai sifat kebijaksanan, keberanian, ketangkasan dalam menjalankan tugasnya sebagai pemerintah selama 35 tahun di Acheh. Di dalam Riwayat Kelantan pula, Che Siti /Paduka Siti merupakan pengasas kerajaan Kelantan atau sebelumnya dikenali sebagai “Negeri Serendah  Sekebun Bunga Cerang Tegayung”dengan gelaran Seri Maharani Puteri.Beliau juga pernah sebagai seorang pemimpin semasa di Kuala Lebir , Kuala Sungai Kelantan . Che Siti dilantik menjadi Raja kerana akalnya yang tajam serta bijaksana.Selepas perlantikan tersebut Che Siti telah menjalankan tugas dan tanggungjawab baginda dengan baik.[7] Baginda juga telah mentadbir negeri dengan adil dan saksama dan disukai oleh seluruh rakyatnya.Melalui naskah Riwayat Kelantan ini dapat dilihat bahawa Che Siti sebagai watak wanita yang berperanan penting dan kedudukannya diangkat serta dimartabatkan sebagai pemimpin yang dianggap berjaya pada zaman itu.
Selain itu, Seorang lagi wanita yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam naskah Riwayat Kelantan ialah Puteri Saadong .Puteri Saadong telah memerintah negeri Serendah Sekebun Bunga selepas pemerintahan ibu angkatnya , Encik Siti Jarum Tegiling . Puteri Saadong dikatakan sebagai seorang yang mempunyai rupa paras yang amat cantik dan tidak ada tandingan untuknya. Kecantikannya telah memyebabkan dia menjadi rebutan kepada sekalian anak- anak raja pada waktu itu.Apabila ibunya sedar tentang pekara ini Encik Siti telah mengahwinkan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah yang juga berketurunan Raja Jembal .Puteri Saadong telah dilantik menjadi raja bagi mewarisi taktha kerajaan daripada ibunya. Puteri Saadong juga dikatakan sebagai seorang pemerintah atau raja yang baik.Negeri Serendah Sekebun Bunga yang berada di bawah pentadbirannya digambarkan berada dalam keadaan aman dan tenteram. Mengenai kecekapan dan kebijaksanaan pemerintahan Puteri Saadung digambarkan seperti berikut;
                 “Sepeninggalan Encik Siti, memerintahlah Puteri Saadung di Kota Jelasin
                   Negeri Serendah Sekebun Bunga dengan adil dan murah . Dari sehari ke
                   Sehari bertambah ramai sehingga masyurlah negeri Serendah dan keelokan
                    Raja Perempuan hingga ke Benua Siam…”[8]

Puteri Saadong juga telah menukarkan nama pangillan negerinya dari Serendah Sekebun Bunga kepada negeri Kilatan ( kemudian disebut sebagai Kelantan , sebab pelat lidah sebutan orang- orang tua, dibunyikan dengan bunyi Kelantan).Nama Kilatan ini  pda mulanya telah diberikan oleh Raja Abdullah kepada bukit tempat persembunyian mereka semasa mearikan diri dari buruan tentera Siam.[9]
Selain itu, dalam Sulalat- us – Salatin terdapat kisah tentang Wan Seri Bini . Wan Seri Bini merupakan Raja dan pengasas Kerajan Bintan. Sulalat-us- Salatin telah memulakan hikayat dengan Bintan yang sudah mempunyai kerajaan yang dipimpin oleh seorang wanita:

Adapun akan Bintan itu[rajanya] perempuan, Wan Seri Bini namanya;pada satu riwayat Permaisuri Sakidar Syah namanya itu ialah , baginda pun raja besar; lagi pada zaman itu ialah yang pergi ke benua Syam. Permaisuri Sakidar Syahlah yang pertama nobat, maka siturut oleh raja- raja yang lain .[10]

Wan Seri Bini merupakan orang yang pertama melaksanakan nobat menunjukkan betapa pentingnya peranan beliau dalam pembentukan upacara dan adat istiadat istana Kerajaan Melayu lama.Semasa pemerintahannya juga Bintan diperlihatkan sebagai sebuah Kerajaan yang dihormati dan menjadi tumpuan dunia sekitarnya.[11] Selain itu , wanita juga telah memerintah di Paatani. Contohnya Raja Hijau telah  mula untuk memerintah Patani  selepas peristiwa pembunuhan abangnya pada tahun 1584.Semasa pemerintahannya Patani merupakan sebuah kerajaan yang makmur .Raja Hijau juga telah menggalakan aktiviti pertanian dan banyak empangan dan juga terusan telah dibina.Selepas pemerintahan Raja Hijau , Raja Biru, Raja Ungku dan Raja Kuning juga telah memerintah Patani  Pekara ini menunjukkan bahawa wanita pada zaman Tradisional ini juga telah menjadi pemerintah bagi sebuah kerajaan yang masyur seperti Patani.[12]

c) Wanita Dalam Bidang  Ekonomi
dalam Sulalat-us – Salatin , Wan Empuk dan Wan Malini  merupakan dua orang perempuan berhuma di tanah Andalas. Peristiwa ini menunjukkan bahawa terdapat wanita Melayu tradisional yang juga melibatkan diri dalam bidang pertanian.[13]

d) Wanita Sebagai Penentu Waris Taktha
 Peranan Tun Senaja menjadi penting apabila beliau menjadi  penentu sejarah zaman akhir Melaka iaitu setelah Bendahara Tun Perpatih Putih meninggal dunia , Sultan Mahmud Syah pula  baru naik taktha dan masih muda lagi. Seramai  sembilan orang pembesar utama telah dikumpulkan untuk tujuannya adalah untuk memilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi Bendahara.Peranan Tun Senaja ini dapat dilihat pada masa ini, anak Tun Kudu dan Balu Sultan ‘Alauddin Ri’ayat Syah, yang berada di belakang pintu , mengarah anaknya Sultan Mahmud Syah supaya melantik adiknya, Tun Muzahir , yang pada masa itu yang berada dalam jawatan Temenggung. Menurut Sulalat-us- Salatin kisah ini diceritakan seperti berikut:
Maka titah Sultan Mahmud Syah , “ Siapa daripada anatara Orangkaya sekalian akan jadi Bendahara? Barangsiapa patut?”
Maka sembah Paduka Tuan , “Tuanku ,sekalian yang Sembilan orang ini semuanya patutlah jadi Bendahara . Brangsiapa yang dikehendaki Yang Dipertuan, itulah jadikan Bendahara.” Maka[Tun Senaja] bonda Sultan Mahmud Syah menegar dari balik pintu , maka bonda Sultan Mahmud Syah berkata apada anakanda baginda , “Tun Muzahirlah jadi Bendahara”. Maka titah Sultan Mahmud Syah , “Pak Muzahirlah jadi Bendahara” . Maka sekalian orang pun kabullah akan Seri Maharaja jdi Bendahara. [14]

Melalui peristiwa ini dapat dilihat bahawa wanita Melayu tradisional pada masa itu mempunyai kedudukan yang penting dalam menetukan waris taktha. Hal ini dapat dilihat apabila Tun Senaja menyuruh anaknya Sultan Mahmud Syah  telah menuruti arahan ibunya untuk melantik adiknya Tun Muzahir sebagai Bendahara. Walaupun Tun Muzahir ini tidak layak untuk memgang jawatan tersebut  Selain itu, wanita juga dilihat dapat memerintah di sebalik tadbir di dalam zaman yang dikuasai oleh orang lelaki . Ia juga membuktikan kebijaksanaan  seorang wanita dalam merebut jawatan dan menguasai sistem politik di Melaka.
Selain itu , Tun Fatimah juga dilihat sebagai penentu waris taktha .Hal ini dapat dibuktikan apabila Sultan Mahmud berkhawin dengan Tun Fatimah selepas membunuh Bendahara Seri Maharaja mereka tidak hidup dengan bahagia serta ia juga tidak membawa keuntungan kepada negara Melaka.Oleh kerana terlalu sedih dan menyerahkan takthanya kepada anaknya Raja ahmad  yang masih mentah. Walaupun Sultan Mahmud menyatakan Tun Fatimah debagai “Raja Perempuan”, namun Tun Fatimah masih lagi tidak menyukai Sultan Mahmud. Tun Fatimah sudah mengandung sebanyak tiga kali tetapi tiga kali pun beliau menggugurkan kandungannya. Apabila Sultan Mahmud bertanya kepadanya beliau menjawab “Apatah kerja Raja beranak dengan beta lagi?Kerana anak Raja yang kerajaan telah ada”.Maka Sulatan Mahmud pun telah berjanji dengan Tun Fatimah bahawa “ jangan dibuang anak kita ini; jika laki- laki ilah kita rajakan”.[15] Setelah Raja Ahmad meninggal dunia, Sultan Mahmud telah kembali untuk memerintah semula.Apabil Tun Fatimah melahirkan anak lelai , Raja Ali , atau lebih dikenali sebagai Raja ‘Alauddin, janji kepada Tun Fatimah telah dipercepatkan:
Serta baginda [Raja ‘Aalauddin Syah] jadi, peterana tepat Raja Muzzafar Syah  duduk itu pun diambil orang . Setelah tujuh hari Sultan [Raja] ‘Aalauddin Syah duduk di luar , dicukur orang, oleh ayahanda baginda; maka permaidani daripada Raja Muzaffar Syah diambil orang, menjadi tinggal tikar hamparan seperti adat orang kebanyakkan . Setelah empat puluh hari di uar, Sultan ‘Aalauddin ditabalkan oleh ayahanda baginda dia atas kerajaan ;  maka disuruh sebut “Sultan Muda”.[16]

Melalui peristiwa tersebut juga dapat ditegaskan bahawa wanita Melayu Tradisional telah memainkan peranan yang penting dalam menentukan waris dalam sesuatu kerajan.

e) Wanita Sebagai Alat Pendamaian Dan Pengerat Hubungan Dalam Politik Negara
Menurut Sulalat - us- Salatin, Radin Galuh Cendera Kirana , Puteri Majapahit telah dikhawinkan dengan Sultan Melaka berperanan memesrakan hubungan Tanah Jawa dengan Tanah Melayu. Selain itu , hubungan kerajaan Melayu yang berpusat di Singapura dengan benua Keling juga dapat dieratkan apabila Raja Singapura yang ketiga berkhawin  dengan Puteri Tala Pancadi dari Bija Nagara. Selain itu, Puteri Hang Liu ( Hang Li Po ) juga telah memesrakan hubungan antara Kerajaan China dengan Kerajaan Melayu Melaka melalui perkhawinannya dengan Sultan Mansur Syah.Selepas perkhawinan tersebut juga barulah Sultan Mansur Syah mahu berkirim sembah kepada raja China yang berbunyi, “ Sahaya anak raja Melaka , empunya sembah pada raja benua China”. Hal ini menunjukkan bahawa perkhawinan antara puteri dari China dengan sultan Melaka telah memperkukuhkan hubungan pesaudaraaan dan hubungan diplomatic anatara kedua kerajaan besar iaitu Melayu- China.[17]

f) Wanita Sebagai Hadiah Atau Tawanan Perang
Dalam Riwayat Kelantan , semasa peperangan antara negeri Melaka dengan Kelantan, Kelantan telah mengalami kekalahan dan 3 orang puterinya telah menjadi tawanan perang salah seorang daripadanya ialah Puteri Onang Kening yang akhirnya berkhawin dengan Sultan Mahmud[18].Selain itu, Dang Bibah dan Dang Bunga menajadi hadiah yang berserta dengan eas urai 7 tahil daripada Sultan Mansur Syah kepada Makhdum Mua kerana berjaya menjawab persoalan yang berkaitan dengan agama daripada baginda tentang syurga dan neraka yang tercatit di  dalam  kitab Darul Mazlum.[19]

9) Wanita Sebagai Mainan Dan Pertikaian
Wanita juga kadangkala menjadi tenaga yang menghidupkan suasana dan kadangkala menjadi punca pertikaian . Terdapat beberapa peristiwa yang dikisahkan dalam Sulalat-us – Salatin yang menunujukkan bahawa waniat kadngkala dijadikan sebagai mainan dan kadangkala wanita juga menjadi punca pertikaian sesama manusia. Pada suatu malam , Sultan Mahmud “pergi bermain “ dengan isteri Tun Biyajit. Setelah tengah malam , baginda pun bergegas mahu pulang tetapi  terserempak dengan Tun Biyajit bersama beberapa oarang pengikutnya. Hampir – hampir berlaku pertikaman antara para pengiring Sultan dengan Tun Biyajit dan orang- orangnya. Menurut Sulalat - us – Slatin perkembangan selanjutnya ialah:
            … oleh Tun Biyajit akan isterinya itu diberinya talaknya syahadan ia pun tiadalah mau mengahadap dan bekerja lagi. Maka oleh Sultan Mahmud Syah; akan Biyajit itu dibujuknya , dihantar baginda seorang gundik baginda , Tun Iram Sendari namanya , diambilnya oleh Tun Biyajit ; tetapi sungguhpun demikian , tiada juga Tun Biyajit mau ke majlis.[20]

Selain itu ,  peristiwa pembunuhan anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang menjadi gundik kesayangan Raja Iskandar Syah, raja di Singapura. Sang Rajuna Tapa telah disula di hujung pasar . Pembunuhan anak perempuan Sang Rajuna Tapa telah  menyebabkan ayahnya membelot dengan membantu Majapahit menakluki Singapura Sultan Iskandar pula telah melarikan diri ke Semenanjung dan akhirnya mengasaskan kerajaan di Melaka.Tindakan Sang Ranjuna Tapa  adalah selaras dengan waad Seri Teri Buana dan Demang Lebar Daun di Palembang dahulu .  kesal dengan perbuatan Raja terhadap anaknya , Sang Ranjuna Tapa menjadi marah “Jikalau sungguh sekalipun anak hamba ada berbuat jahat , bunuh ia saja- saja , mengapatah maka diberi malu demikian itu?”Oleh kerana raja melanggar waad .[21] Melalui peristiwa ini jelas menunujukkan bahawa wanita juga boleh menjadi mainan dan punca kepada pertikaian yang boleh mengakibatkan keruntuhan sesebuah kerajaan .

h) Wanita Dalam Bidang  Penulisan
Kebanyakkan karya- karya sejarah Melayu Tradisional telah ditulis atau dihasilkan oleh golongan atasan serta bangsawan yang datangnya dari keluarga pemerintah. Hal ini kerana golongan wanita ini yang mempunyai kepandaiaan serta mempunyai peluang untuk mengaji.Hal ini boleh dilihat daripada waris perempuan daripada Raja Ali Haji yang menlis tentang wanita . Sebagai contohnya ialah cucu Raja Ali Haji  iaitu, Hikayat Sayriful – Aakthar.

i) Wanita Dikaitkan Dengan Kuasa
 Puteri Gunung Ledang merupakan wanita yang mempunyai hubungan dengan kuasa, pemerintahan dan negara.Kisahnya bermula apabila Raja Melaka begitu ghairah untuk mengatasi “segala raja- raja di dalam dunia ini”dengan mengahwini puteri ajaib yang dikatakan tinggal di puncak Gunung Ledang. Apabila Sultan Melaka menghantar utusan untuk merisik beberapa syarat telah dikenakan oleh Puteri Gunung Ledang anatarnya ialah:
Jikalau Raja Melaka hendak akan daku , buatkanlah aku jambatan emas satu, jambatan perak satu, dari Melaka datang ke Gunung Ledang . Akan peminangannya: hati nyamuk, tujuh dulang; hati kuman , tujuh dulang ;air pinang,muda setempayan;air mata setempayan ; darah Raja semangkuk;dan darah anak Raja ,semangkuk.[22]

Akhirnya Sultan Melaka telah kalah kerana walaupun semua sayarat yang lain dapat ditunaikannya, tetapi “tiada sampai hati “,syarat menyediakan semangkuk darah anakandanya itu tidak dapat dipenuhinya. [23]Pekara ini menunjukkan bahawa wanita paza zaman Tradisional juga menpunyai kusa atau sakti yang menjadi rebutan pemerintah. Selain itu, daripada peristiwa tersebut boleh juga dikatakan bahawa wanita pada zaman tersebut mempunyai hak ke atas dirinya dan juga hak untuk membuat keputusan dan bijak .Puteri Gunung Ledang telah menolak lamaran Sultan Melaka dengan sopan dan bijak , ini menunjukkan Puteri Gunung Ledang boleh membuat keputusan sendiri untuk menolak lamaran Sultan Melaka dengan mengenakan syarat yang luar biasa.    


KESIMPULAN
Berdasarkan perbincangan di atas , ia jelas menunujukkan peranan dan kedudukan wanita dalam pensejarahan Melayu tradisional adalah sangat penting. Kedudukan dan peranan kaum wanita pada zaman pensejarahan Melayu tradisional dapat dilihat dari pelbagai aspek antaranya ialah wanita sebagai  penerus waris atau  generasi kepada  sesuatu kerajaan,wanita sebagai ketua Negara, wanita dalam bidang ekonomi, wanita sebagai penentu waris taktha, wanita sebagai alat pendamaian dan pengerat hubungan dalam politik negara, wanita sebagai hadiah atau tawanan perang,wanita sebagai mainan dan pertikaian, wanita dalam bidang penulisan dan wanita juga dikaitakn dengan kuasa. Kaum wanita pada masa itu bukan sahaja berperanan dalam hal politik mereka juga turut mempunyai kedudukan yang penting dari aspek ekonomi dan juga sosial. Wanita- wanita dalam pensejarahan Melayu tradisional juga telah memberi banyak impak penting ke atas pekara yang berhubung dengan fenomena politik dan sosio- budaya masyarakat sezaman dengan mereka.

BIBLIOGRAFI
1)      Abdul Rahman Haji Ismail , Sulalat- us Salatin ( Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa,Penerbit Universiti Sains Malaysia , 2008 .
2)      Farrish A . Noor dan Eddin Khoo, Spirit of Wood: The Art of Malay Woodcarving, Tuttle Publishing, 2003.

3)      Martinus  Nijhoff, Hikajat Bandjar: A Study in Malay Historiography, Issue 1 , 1968.

4)      Maziar Mosaffari Falarti, Malay Kingship in Kedah: Religion, Trade, and Society, Rowman & Littlefield, 2012.
5)      Norhayati Ab. Rahman , “Peranan dan Kedudukan Wanita Dalam Naskah- Naskah Melayu Terpilih,” Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu 2009.
6)      Ooi Keat Gin, Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to Timor, R-Z. volume three, ABC-CLIO, 2004.

7)      Patit Paban Mishra, The History of Thailand, ABC- CLIO, 2010 .

8)      Ruzy Suliza Hashim, Out of the Shadows Women in Malay Court Narratives, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi , 2003.
9)      Siti Hawa Salleh,Malay Literature of the Nineteenth Century, ITBM, 2010 .
10)  . W.G .Shellabear, Sejarah Melayu : satu pembicaraan kritis dari pelbagai bidang, Heinemann Educational Books Asia,  Kuala Lumpur ,1978.



[1]Abdul Rahman Haji Ismail  , Sulalat- us Salatin ( Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa,Penerbit Universiti Sains Malaysia , 2008, hlm 72-73. 
[2] Abdul Rahman Haji Ismail , Sulalat- us Salatin ( Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa,hlm 72-73.
[3] Ibid
[4] Ibid.
[5] Ibid.

[6]Abdul Rahman Haji Ismail , Sulalat- us Salatin ( Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa,Penerbit Universiti Sains Malaysia , 2008, hlm 74. ;Maziar Mosaffari Falarti, Malay Kingship in Kedah: Religion, Trade, and Society, Rowman & Littlefield, 2012, hlm 71.;Martinus  Nijhoff, Hikajat Bandjar: A Study in Malay Historiography, Issue 1 , 1968, hlm 85.


[7] Norhayati Ab. Rahman , “Peranan dan Kedudukan Wanita Dalam Naskah- Naskah Melayu Terpilih,” Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu 2009, Kuala Lumpur , hlm 266.
[8] Norhayati Ab. Rahman , “Peranan dan Kedudukan Wanita Dalam Naskah- Naskah Melayu Terpilih,” Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu 2009, Kuala Lumpur , hlm 268.
[9] Ibid, hlm 268.
[10] Abdul Rahman Haji Ismail , Sulalat- us Salatin ( Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa,Penerbit Universiti Sains Malaysia , 2008, hlm 74.
[11] Ibid, hlm 74.

[12] Farrish A . Noor dan Eddin Khoo, Spirit of Wood: The Art of Malay Woodcarving, Tuttle Publishing, 2003, hlm 56.; Patit Paban Mishra, The History of Thailand, ABC- CLIO, 2010, hlm, 57.

[13] Abdul Rahman Haji Ismail , Sulalat- us Salatin ( Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa, hlm 73.
[14]Ibid, hlm 77. ;Ooi Keat Gin, Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to Timor, R-Z. volume three, ABC-CLIO, 2004 , hlm 820.
[15] Abdul Rahman Haji Ismail , Sulalat- us Salatin ( Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa,Penerbit Universiti Sains Malaysia , 2008, hlm 79-80.
[16] Abdul Rahman Haji Ismail , Sulalat- us Salatin ( Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa,hlm 80.
[17] Norhayati Ab. Rahman , “Peranan dan Kedudukan Wanita Dalam Naskah- Naskah Melayu Terpilih,” Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu 2009, Kuala Lumpur , hlm 271.; Ruzy Suliza Hashim, Out of the Shadows Women in Malay Court Narratives, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi , 2003 , hlm 131.
[18] W.G .Shellabear, Sejarah Melayu : satu pembicaraan kritis dari pelbagai bidang, Heinemann Educational Books Asia,  Kuala Lumpur ,1978 , hlm103.
[19] A.Samad Ahmad (penyelenggara), Sulalatus-us – Salatin- Sejarah Melayu, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm 158.
[20] Abdul Rahman Haji Ismail , Sulalat- us Salatin ( Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa,Penerbit Universiti Sains Malaysia , 2008, hlm 84.
[21] Ibid, hlm 83.
[22] Abdul Rahman Haji Ismail , Sulalat- us Salatin ( Sejarah Melayu ) Cerakinan Sejarah , Budaya dan Bahasa,Penerbit Universiti Sains Malaysia , 2008, hlm 81-82.

[23] Siti Hawa Salleh,Malay Literature of the Nineteenth Century, ITBM, 2010, hlm 46.

Tuesday, 30 April 2013

Konflik dalam Keluarga dan perkahwinan


Assalamualaikum, hari ini cik Aj ingin berkongsikan ilmu yang cik Aj perolehi semasa menghadiri kelas  perkahwinan, keluarga dan kekerabatan iaitu mengenai konflik dalam perkahwinan. Isu-isu sebegini sebenarnya perlu kita ambil perhatian, sama ada kepada yang sudah dan belum mendirikan masjid sebagai panduan dalam meniti kehidupan dalam berumah tangga.

Sebelum bercakap dengan lebih mendalam mengenai konflik rumah tangga, eloklah terlebih dahulu cik Aj memberi sedikit definisi "apa itu konflik rumah tangga..?? ". Konflik rumah tangga boleh didefinisikan sebagai sikap hubungan, peranan, komuniskasi dan sikap, nilai san reaksi pasangan suami isteri tidak sejajar dengan gambaran alam perkahwinan yang harmoni dan tenang.

Terdapat dua bentuk konflik dalam rumah tangga iaitu konflik dalaman iaitu melibatkan konflik dalam lingkungan rumah tangga dan konflik Luaran iaitu konflik dengan orang luar yang boleh membawa kesan kepasa keluarga.
Antara punca-punca konflik dalam rumah tangga berlaku adalah disebabkan:

  1. Ketidaksefahaman & sikap cuai pasangan suami isteri terhadap peranan masing-masing.
  2. Sikap suami yang bengis
  3. Suami/isteri yang suka berpoya-poya 
  4. Isteri yang terlalu cemburu
  5. Suami yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin
  6. Suami mempunyai hubungan dengan perempuan lain
  7. Perzinaan - suami/isteri
  8. Campur tangan mertua
to be continued....

Persidangan di Calcultta telah mendorong PKM untuk melancarkan gerakan bersenjata di Tanah Melayu pada Jun 1948. Jelaskan

PENGENALAN Komunisme berkembang dan melebarkan pengaruhnya di Tanah Melayu dan di seluruh Asia kerana pandangan para pemikir komunis ...